Bahaya Stroke atau Angin Ahmar

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :) Salam Jumaat dan apa khabar... Harap semuanya baik-baik di penghujung minggu. Yang tengah bercuti dan hendak pulang ke rumah, berhati-hati di jalan raya. Hari ni rasa nak bercerita pasal stroke atau angin ahmar.

Stroke ini terjadi apabila terdapat masalah bekalan aliran darah ke otak yang mungkin disebabkan oleh saluran darah ke otak tersumbat atau saluran darah dalam otak pecah (aneurysm). Apabila terjadinya perkara ini, maka bekalan oksigen ke otak akan terganggu dan menyebabkan sel-sel di otak mati.

Terdapat tiga jenis strok:

1. Ischemic Strokes
Stroke yang paling biasa terjadi, akibat daripada saluran darah (arteri) yang berdekatan dengan otak tersumbat. Ada juga kes di mana saluran darah yang agak jauh dari otak tersumbat tetapi aliran darah yang perlahan ke otak menyebabkan terjadinya stroke. Selalunya aliran darah ini tersumbat oleh lemak yang dipanggil plak menghalang laluan darah. 

2. Hemorrhagic Strokes
Stroke ini disebabkan oleh salur darah yang berada di dalam otak bocor atau pun pecah dan terdedah. Keadaan ini memberi tekanan kepada sel-sel otak dan menyebabkan sel tersebut rosak dan darah membanjiri ruang di antara otak dan tengkorak. Stroke ini selalu terjadi disebabkan oleh tekanan (hypertension), mengambil ubatan yang mencairkan darah ataupun aneurysm (kelemahan dalam dinding salur darah yang menyebabkan salur tersebut pecah).

3. Transient Ischemic Attack (TIA)
TIA adalah berbeza daripada jenis-jenis strok yang dibincangkan di atas kerana ia bersifat sementara. Namun, faktor penyebabnya adalah seperti Ischemic stroke iaitu disebabkan oleh penyumbatan salur darah. Walaubagaimana pun, jangan ambil ringan dengan keadaan stroke ini kerana ia adalah amaran awal sebelum berlakunya keadaan stroke yang lebih parah. Jadi apabila menghadapi keadaan ini, eloklah diambil langkah-langkah pencegahan untuk menghalang serangan stroke yang lebih buruk.

Simptom-Simptom stroke:
  • Kelihatan seperti keliru dan menghadapi masalah dalam percakapan dan pemahaman.
  • Sakit kepala dan muntah-muntah.
  • Rasa kebas pada muka, lengan atau kaki , terutamanya pada sebelah badan.
  • Menghadapi masalah penglihatan sama ada sebelah atau kedua-dua belah mata.
  • Rasa sukar untuk berjalan, termasuk terasa pening-pening dan tangan atau kaki tidak seiringan.

Strok boleh menyebabkan masalah kesihatan yang berpanjangan. Lebih cepat strok di ketahui, lebih baik untuk proses pemulihannya.

Kesan-kesan stroke:
  • Mengalami masalah dalam mengawal proses pembuangan air kecil atau besar.
  • Mengalami tekanan perasaan.
  • Kesakitan di tangan atau kaki terutama sekali apabila terdapat perubahan suhu persekitaran.
  • Kelemahan atau kelumpuhan di sebahagian atau keseluruhan badan.
  • Mengalami kesukaran untuk mengawal dan menggambarkan emosi.

Untuk mengenalpasti stroke di peringkat awal, ahli keluarga atau kawan-kawan yang berhampiran boleh melaksanakan FAST.

F - Face drooping atau pun menyuruh pesakit untuk senyum. Lihat sama ada senyuman tersebut seimbang atau senget.

A - Arm weakness. Suruh pesakit mendepangkan kedua-dua tangan dan lihat sama ada salah satu tangan lebih rendah daripada tangan yang sebelahnya.

S - Speech difficulty iaitu menghadapi masalah pertuturan yang tidak jelas.

T - Terus call ambulans untuk kecemasan.



Pencegahan awal adalah yang terbaik. Jika terasa seperti sesuatu yang tidak kena pada tubuh badan, maka segeralah dapatkan nasihat dan rawatan yang sepatutnya daripada pegawai perubatan. Jagalah pemakanan kerana masalah salur darah tersumbat selalunya disebabkan pemakanan yang tidak terjaga, mungkin kerana mengambil terlalu banyak makanan yang berminyak dan berlemak. Bagi saudara seislam, boleh amalkan doa ini sebagai perlindungan daripada Allah untuk mengelakkan angin ahmar.

Doa angin ahmar:


Namun, jika ada saudara atau kawan-kawan yang sedang menderita kerana strok, hulur-hulurkan bantuan emosi. Gembirakan mereka, sokong mereka untuk pulih, atau hadiahkan mereka supplemen untuk mereka usaha untuk pulihkan diri daripada strok.

Boleh juga jika anda ingin mencuba Vivix daripada Shaklee. Sesungguhnya setiap penyakit ada ubatnya. Vivix adalah supplemen yang membantu memperbaiki dan menguatkan sel-sel yang terjejas atau rosak disebabkan oleh masalah salur darah tersumbat.

Apabila sel-sel ini pulih, maka aliran darah di dalam badan juga akan kembali diperbaiki. InsyaAllah, pesakit juga akan mengalami proses penyembuhan. Tidak mustahil pesakit stroke akan pulih :)

Nak dapatkan Vivix? Hubungi saya di 012-5538628

Diana
SID: 1112978


Reference:

http://www.medicalnewstoday.com/articles/7624.php

http://strokeassociation.org/STROKEORG/WarningSigns/Stroke-Warning-Signs-and-Symptoms_UCM_308528_SubHomePage.jsp

http://www.webmd.com/stroke/news/20030213/got-minute-you-could-diagnose-stroke

Bahaya Viral Infection

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Kali ni nak cerita pasal jangkitan virus kepada manusia... Kalau dalam bahasa inggerisnya disebut viral infection. 




Viral infection yang terjadi boleh dikesan dalam beberapa cara (berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya dan orang-orang sekeliling):

1. Demam bersama sakit tekak, batuk dan selsema.
2. Sakit-sakit badan dan demam.
3. Muntah-muntah dan cirit-birit.

Kalau tengok gambarajah di atas, banyak lagi rupanya kawasan-kawasan yang boleh mendapat jangkitan virus.

Baru-baru ni saya terkena jangkitan yang ketiga... Iaitu muntah-muntah dan cirit-birit. Jangkitan virus ni boleh berjangkit ye. Asalnya anak-anak buah saya muntah-muntah. Yang bongsu tu lembik jugakla jadinya. Tapi tak seteruk mana. Kemudian habis mereka sekeluarga dijangkiti. Ada yang sampai demam.. Ada yang berhenti sampai cirit-birit je.

Kemudian berlarutan ke baby saya.. Alhamdulillah cepat je baby saya kembali sihat. Haha... Teka apa jadi? 

Heee pada malam itu... Saya teringin nak makan mee mamak.. Tapi minta suami belikan maggi goreng... Perut sebenarnya rasa tak sedap.. Lepas makan... Buang air besar... Tapi perut nampak kembung macam mengandung 4 bulan.. Saya fikir mungkin angin... Suruh suami urut kepala dan belakang... Tiba-tiba terus uweeeekkkk.. Memang muntah segala isi perut... Ingatkan berakhir di situ.. Rupanya selepas itu sampai keesokan harinya... Tak henti-henti muntah dan cirit...

Saya minum air kosong.. Kluar balik... Minum 100 plus pun tak lama keluar balik.. Memang dahaga sangat... Terlupa Performance Drink masih ada sedikit lagi... Saya admitkan diri di wad supaya air dapat dimasukkan melalui drip.. Tak tahan dah..

Alhamdulillah... Allah nak saya berehat.. Dah lama tak ditimpa ujian sakit.. Kali ni memang betul-betul rehat... Masa mengandung dulu juga sangat sihat... 

Mungkin antibodi saya kurang kuat selepas mendapat jangkitan virus tersebut... On and off saya kebelakangan ni saya selalu kurang sihat... 

Alhamdulillah bulan ni bulan promosi Nutriferon... Penguat sistem imun dan melindungi tubuh badan kita daripada serangan virus... Apa lagi... Memang saya takkan lepaskan peluang mengamalkan Nutriferon :) InsyaAllah semuanya dengan keizinan Allah.


Nak dapatkan Nutriferon dan konsultasi kesihatan dengan percuma? Hubungi 012-5538628

Diana
SID: 1112978

Minggu Pertama Kelahiran Bayi

Apa yang perlu diketahui?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :) Harapnya semua sihat-sihat selalu. Kali ni, nak flash back sikitla... Balik kepada masa minggu pertama kelahiran bayi... Sambil membantu ibu-ibu yang sedang teruja menunggu kelahiran bayi mereka :) 

Ibu-ibu yang sedang hamil anak sulung, mesti tak sabar-sabar untuk menunggu kehadiran orang baru di dalam keluarga. Ibu yang sedang menantikan bayi kedua da seterusnya, InsyaAllah dah boleh bayang apa yang bakal ditempuh oleh mereka :) Jom kita baca senario yang selalu dialami oleh ibu dan bayi:


Ibu:

  • Selepas melahirkan, kebanyakan ibu-ibu yang telah menempuh kelahiran normal, selalunya akan lebih bertenaga, happy dan excited dengan kehadiran bayi yang telah lama ditunggu-tunggu. Tenaga banyak lagi waktu ni :)
  • Selepas kelahiran, ibu-ibu akan mula menyusukan bayi. Pada waktu ini, ibu dan bayi akan belajar untuk mendapatkan lekapan yang betul serta posisi yang selesa untuk menyusu.
  • Susu ibu mungkin tidak kelihatan. Tapi teruskan aje menyusu dan bonding dengan baby. Waktu ini, hanya titisan colustrum yang dikeluarkan.
  • Rasa sakit akibat jahitan atau koyakan minor selepas bersalin. Nak duduk pun kena perlahan-lahan.
  • Ibu-ibu juga akan mula mengurut pada hari ketiga. Selalunya mengurut sampai tiga hari.
  • Pada masa ini, ibu-ibu juga akan berbengkung dan jika berpantang secara tradisional, bahan-bahan seperti pilis dan param akan disapu di kepala dan badan ibu.
  • Pada waktu malam, kemungkinan besar ibu-ibu akan menghabiskan masa menyusukan bayi. Oleh itu, ibu-ibu akan kekurangan tidur.
  • Badan akan terasa sakit-sakit. Bagi yang melahirkan anak kedua, mungkin terasa sakit seperti contraction kerana rahim sedang mengecut lagi.
  • Susu akan mula dihasilkan dan payudara akan menjadi bengkak dan menyakitkan jika bayi tidak menyusu dengan betul.
  • Ibu dan ayah mungkin akan berulang-alik ke klinik kesihatan atau bermalam di hospital jika bacaan kuning bayi adalah tinggi.
  • Sesetengah ibu mungkin akan mengalami baby blues... iaitu rasa tertekan dan serba tak kena. Dapatkan sokongan daripada suami dan ahli keluarga.

Bayi:
  • Kebanyakan masa terutama di siang hari, bayi akan tidur aje.
  • Selalunya di malam hari, bayi ingin menyusu atau berada dalam pelukan ibu sahaja. Letak aje, mesti bangun :)
  • Jika bayi berjaga, bayi mungkin ingin menyusu, tidak selesa kerana membuang air besar, pampers terlalu penuh, panas, sejuk dan banyak lagi kemungkinan lain.
  • Sesetengah bayi akan menunjukkan tanda-tanda mengalami demam kuning pada hari kedua dan ketiga. Ada juga seawal hari pertama.
  • Bayi mungkin akan dibawa ke klinik kesihatan atau hospital untuk pemeriksaan demam kuning. Sesetengah kes, bayi terpaksa bermalam dan menerima rawatan phototheraphy untuk mengubati demam kuning.

Minggu pertama selepas kelahiran bayi, memang ibu-ibu harus banyak bersabar dan kuat. Oleh itu, ibu-ibu harus memastikan diet pemakanan semasa berpantang adalah berkhasiat dan memberi tenaga kepada ibu. Sesetengah ibu boleh juga mengamalkan supplemen seperti Set Berpantang daripada Shaklee yang sangat baik dan sangat menjimatkan kerana boleh disambung pemakanannya walaupun selepas tempoh berpantang tamat :)



Nak dapatkan Set Berpantang Shaklee? Hubungi saya di 012-5538628.

Hearty . Love . Healthy 
Diana

Shaklee SID: 1112978
012-5538628.

Hilangkan nappy rash atau ruam lampin dengan selamat

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca-pembaca sekalian... Apa khabar :) Harap semua pembaca sihat-sihat selalu.... Hari ni nak berkongsi cerita pasal nappy rash atau ruam lampin yang selalu dialami oleh bayi. Mesti ibu-ibu nak hilangkan nappy rash atau ruam lampin dengan selamat dan tanpa menggunakan bahan-bahan kimia atau steroid kan...Kali ini saya nak berkongsi cerita saya...

Baru-baru ni, baby saya mengalami cirit-birit yang agak kerap... Dalam sehari mungkin 4 atau 5 kali saya terpaksa menukar pampers. Apabila sudah beberapa hari mengalami cirit-birit, saya lihat punggung baby saya dah mula menjadi kemerah-merahan... Risaula si manja kesakitan kan... nampaknya nappy rash atau ruam lampin nak mengacau si manja saya...

Kat rumah saya ade krim untuk nappy rash yang diperoleh secara percuma semasa menjalani pemeriksaan kehamilan.. Tapi saya lebih suka nak pakai krim serba guna Herbal Blend dari Shaklee ni... Krim yang memang saya yakin bebas bahan kimia dan organik.. .. Jadi semasa menukar pampers selepas baby saya cirit, saya akan bilaskan dulu dengan air bersih. Saya tak nak pakai wet tissue aje.. melekit rasanya kulit baby. Selepas itu, saya sapu krim Herbal Blend di tempat-tempat yang kemerah-merahan... Beberapa kali juga saya sapu selepas menukar pampers.... Alhamdulillah.. Keesokan harinya.... hilang sudah merah-merah di punggung baby saya.... :) Lega rasa...

Pengalaman saya dengan anak pertama dulu.... saya terpaksa pakai bermacam-macam krim yang saya sendiri tak pasti kandungan krim tersebut... Tapi kali ini... Alhamdulillah dengan keizinan Allah.... dengan mudah, memang hilang nappy rash tu... Krim Herbal Blend ni memang banyak sangat kebaikannya... Selain daripada untuk merawat ruam lampin, orang dewasa atau kanak-kanak juga boleh menggunakannya jika mengalami masalah gatal-gatal atau ruam di kulit. Nama pun "serbaguna" kan :)


Bagi ibu-ibu yang mencari-cari krim Herbal Blend ni, bolehlah menghubungi saya di 012-5538628. InsyaAllah, krim ni memang lembut untuk kulit dan sangat membantu ibu-ibu dalam menghadapi pelbagai keadaan anak-anak.

Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy


ID: 1112978
Kind Hearty Enterprise

Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ Viber: 012-5538628

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC

COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek

Cara-Cara Mengurangkan Perut Buncit Selepas Bersalin

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.... Apa azam tahun 2016 anda? Haha.... Setiap orang mesti ada azam yang tersendiri kan... Kali ni, jom kita berkongsi cara-cara mengurangkan perut buncit selepas bersalin.



Selepas bersalin, memanglah ibu-ibu takkan dapat menjadi ramping sekelip mata. Ada yang mengambil masa sebulan, dua bulan... 6 bulan... setahun dan lebih lagi... Tapi... dengan menjaga pemakanan (bukan mengurangkan makanan tau, especially ibu-ibu yang menyusu) dan senaman yang bersesuaian, InsyaAllah, berat badan akan menurun dan badan akan kembali ramping seperti dulu-dulu :)

Ok..kembali kepada cara-cara mengurangkan perut buncit selepas bersalin:

1. Menyusukan bayi
Ini adalah cara yang paling senang.... Memang lumrah setiap ibu ingin menyusukan bayi yang dilahirkan. Maka berusahalah untuk menyusukan bayi anda, walaupun perjalanan menyusukan bayi, bukanlah perkara yang mudah. Lengkapkan ilmu berkenaan penyusuan dan dapatkan pertolongan orang-orang yang mahir dalam penyusuan bayi. 

Apabila ibu-ibu menyusukan bayi, ibu-ibu sebenarnya juga membantu proses mengecutkan rahim dengan lebih cepat. Kalau anak pertama, ibu-ibu tidak akan merasa sangat proses pengecutan rahim tu... Tetapi apabila masuk anak kedua, ibu-ibu mungkin akan terasa sakit yang dipanggil rengat. Rasa macam sengal pinggang atau sesetengah orang cakap macam sakit kontraksi.

Masa tukang urut mengurut saya pada hari ketiga, rahim saya sudah mengecut. Terkejut juga tukang urut tu... saya cakap mungkin sebab penyusuan secara esklusif. Apabila kita menyusukan bayi, badan kita juga akan membakar kalori untuk menghasilkan susu ibu... Maka, susukan bayi anda. InsyaAllah berat badan juga tidak akan meningkat.

2. Pemakaian bengkung semasa berpantang dan sesudah berpantang. 
Waktu berpantang, ada sesetengah ibu tidak dapat memakai bengkung atas banyak faktor... Macam saya, kesibukan menjaga bayi di hospital kerana jaundis, menyebabkan saya mengabaikan pemakaian bengkung... Berbeza dengan anak sulung dulu, bengkung memang dipakai setiap hari. Jadi, untuk mengurangkan perut buncit, disiplinkan diri memakai bengkung setiap hari.

3. Balut perut
Kalau terasa susah memakai bengkung kerana mengganggu pergerakan, maka ibu-ibu boleh mencuba kaedah ini. Gunakan plastik yang digunakan untuk membungkus makanan (yang nipis dan boleh melekat-lekat tu). Gunakan plastik itu untuk melilit bahagian pinggang anda (sebelum melilit dengan plastik itu, anda boleh menggunakan campuran kapur dan jus limau kasturi yang disapu ke perut). 

Kalau pakai krim yang menghilangkan selulit tu pun bolehla... Asalkan plastik tu melekat di perut anda. Balut beberapa layer plastik tersebut di perut anda dan pakai baju dan seluar seperti biasa. Boleh dibuat pada malam hari atau siang selama beberapa jam. Motifnya agar perut berpeluh (macam bersauna) dan InsyaAllah, lama-lama akan mengurangkan inci di pinggang juga :)

4. Senaman
Senaman memang tidak boleh dielakkan. Kalau nak all out, buatlah selepas habis berpantang, luka dah pulih dan badan pun da segar. Sebelum nak fokus kepada senaman tertentu, check dulu sama ada ibu-ibu ada mengalami Diastasis Recti atau tidak. Ini adalah untuk mengoptimakan keberkesanan senaman yang akan dibuat oleh ibu-ibu. 

Apakah Diastasis Recti? 
Diastasis Recti adalah pengasingan otot abdomen yang terjadi disebabkan proses kehamilan. Hampir 2/3 daripada ibu-ibu yang hamil mengalaminya. Dengan keadaan diastasis recti, ibu-ibu harus memperbaiki dulu keadaan ini sebelum meneruskan rutin senaman seperti sit up dan sebagainya yang tidak sesuai bagi kes ini. 


Cara-cara senaman untuk memulihkan masalah Diastasis Recti akan dibincangkan pada entry yang lain,

5. Menjaga Pemakanan
Inilah yang paling penting.... Orang kata...dietla tara mana sekalipun... kalau makan setempayan... tak kurus-kurus juga... heeee... 

Selepas melahirkan anak... adalah sangat penting menjaga pemakanan.... terutama ibu-ibu yang menyusukan bayi... kurangkan mengambil makanan seperti sayur-sayur yang berangin seperti kobis.... kerana takut bayi juga kembung... Makan sikit-sikit tapi kerap... yang penting, pada waktu makan utama, pastikan semua nutrisi seperti karbohidrat, protein, serat adalah seimbang dengan keperluan badan.

Untuk kesihatan dan juga proses mengikis lemak dari perut, anda boleh amalkan epal hijau sebiji setiap pagi selama seminggu. Kemudian pada minggu kedua, amalkan jus lemon suam.... InsyaAllah, ada kesan yang baik untuk kesihatan dan membantu mengurangkan perut buncit :)

Kalau nak cuba pemakanan supplemen yang membantu menurunkan berat badan dengan sihat, boleh amalkan supplemen Shaklee berikut:

- Lecithin
- Alfalfa Complex
- Omega Guard 
- Herblax

Nak dapatkan supplemen-supplemen di atas? Hubungi saya di 012-5538628. Anda akan diajar cara-cara pengambilan supplemen ini untuk proses mengurangkan berat badan dengan sihat dan InsyaAllah berkesan :)

Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy


ID: 1112978
Kind Hearty Enterprise

Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ Viber: 012-5538628

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC

COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek

Penyelesaian Bagi Masalah Bengkak Susu

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca-pembaca budiman sekalian :) Hari ni saja nak sembang pasal bab penyusuan.... Kali ni pasal masalah bengkak susu yang dialami oleh hampir kesemua ibu-ibu yang baru melahirkan bayi. Mari kita tengok penyelesaian bagi masalah bengkak susu ni.



Selepas beberapa hari melahirkan bayi, selalunya ibu-ibu pastinya akan menghadapi masalah bengkak susu. Pertama sekali, ini disebabkan oleh lekapan bayi masih belum sempurna sepenuhnya untuk mengeluarkan susu dengan optima. Penyelesaian pantas ialah, jangan biarkan... Memang masa bengkak ni, sakit sangat kan... Jadi ibu-ibu kena pam susu tersebut untuk mengurangkan bengkak. Pada masa yang sama, kerap susukan bayi anda :)

Ada juga ibu-ibu yang telah pam susu tersebut dan susukan bayi.... Tapi payudara masih lagi bengkak dan sakit. Ini mungkin bermakna puting susu tersumbat dan menyukarkan pengeluaran susu. Jadi bersihkan puting susu dengan tuala suam... Tindakan ini membantu membuang kulit-kulit mati yang menyumbatkan lubang susu.

Pada masa yang sama, ambillah tuala yang direndam dalam air suam, dan tuam ke payudara. Urut-urut payudara (ke arah puting) untuk mengurangkan sakit dan membantu melancarkan pengeluaran susu. InsyaAllah sakit dan bengkak susu akan berkurangan.

Bagi sesetengah orang, masalah ini dapat diselesaikan dengan mudah. Namun ada juga ibu-ibu yang menderita bengkak payudara yang mungkin menyebabkan kes yang lebih serius seperti mastitis dan sebagainya. Maka, boleh juga dicadangkan ibu-ibu untuk mengambil supplemen Lecithin untuk membantu mengurangkan bengkak payudara dan melancarkan pengeluaran susu.

Kebaikan Lecithin:
- Memecahkan lemak-lemak. Apabila lemak-lemak dipecahkan, maka lebih senang untuk dikeluarkan. Dalam kes ini, pengaliran susu akan lebih lancar.
- Apabila pengeluaran susu lancar, maka puting susu juga tidak akan mudah tersumbat.
- Akhirnya, bengkak susu akan berkurangan.

Selain itu, Lecithin juga bagus untuk mengurangkan berat badan. Kan tugasnya memecahkan lemak, maka Lecithin juga membantu memecahkan lemak-lemak dalam badan :)

Nak dapatkan Lecithin dan nak extra tips macam mana nak mengurangkan berat badan dengan Lecithin? Hubungi saya di 012-5538628

Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy


ID: 1112978
Kind Hearty Enterprise

Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ Viber: 012-5538628

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC

COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek

Semuanya naik.... Haishhhhh....

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Semoga hari ini lebih baik daripada semalam... Hari ni, saja lah rasa nak berceloteh berkaitan kenaikan harga tol, tambang komuter dan LRT.... Ewahhhh banyak sungguh kenaikannya... Dalam Facebook tengok orang post pasal perbezaan harga tiket sebelum dan selepas kenaikan.... 

Semalam pergi ke Mont Kiara... Saya ni tak pandai sangat jalan kat area sana... dua kali terambil salah simpang dan terpaksa tempuh tol... nak patah balik... kena tempuh balik tol yang sama... Adehhhh... dah la sekali tol RM3.00... Manyak mahal woooo... 4 kali kena bayar tol semalam.. dah jadi RM12... pengsan....

Kemudian, saya survey-survey tambang LRT yang baru dinaikkan.... Allahuakhabar,.. Kalau sekali sekala naik LRT, ok la lagi.. tapi kalau hari-hari naik... memang kena beli yang Smart Pass tu semua untuk berjimat... Orang-orang yang tinggal berdekatan dengan stesen LRT semua tu... mungkin tak terasa sangat kenaikannya berbanding orang-orang yang tinggal jauh, terpaksa memakir kereta di stesen LRT dan naik LRT. 

Rungsing dengan kenaikan tambang yang memang perlu dibayar harian... Tak termasuk lagi segala subsidi yang akan dimansuhkan bermula tahun 2016. Allahuakhbar, semoga Allah memelihara kita semua rakyat marhain ini. 



Pada yang sihat dan kuat, mungkin boleh memikirkan cara-cara untuk mencari rezeki tambahan untuk menampung segala kenaikan yang terpaksa ditanggung nanti... Tak kisahla perniagaan MLM atau apa sekalipun, asalkan halal...

Kalau berminat nak join Shaklee... Yuran seumur hidup adalah RM68.90 (selepas GST). Selebihnya adalah atas usaha sendiri. Namun kami takkan biarkan anda keseorangan... Kumpulan sokongan akan membantu anda dalam memulakan langkah dalam perniagaan ini :) Anda buat, InsyaAllah anda dapat. Lagi pun, kesihatan yang baik adalah satu nikmat yang tidak harus didustakan...

Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy


ID: 1112978
Kind Hearty Enterprise

Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ Viber: 012-5538628

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC

COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek

Penawar Bagi Usia Meningkat

Assalamualaikum dan salam sejahtera :) Cepat sungguh masa berlalu.. Dah masuk Disember 2015. Hari tu ingat baru masuk Januari..sekarang da sampai ke penghujung tahun... Begitu jugalah dengan umur kita... dulu muda remaja, cantik menawan... sekarang ni tak muda remaja dah.. cantik menawan masih lagi... heeee :p

Okla.. cakap pasal cantik menawan ni... apabila usia meningkat... tak bermakna kita pun harus jadi tak cantik dah... Tak bermakna kulit muka pun da mula berkedut... Ada orang yang pandai jaga diri... Walaupun umur 70-an masih kelihatan seperti 40-an. Semuanya bergantung dengan cara hidup kita... Pemakanan kita... Tapi diakui zaman sekarang ni... susah betul nak jaga pemakanan.. Maklumlah semuanya nak cepat... kadang-kadang drive-in aje.... Cara hidup pun da banyak berubah... Nak tidur awal tu...kadang-kadang susah sangat... Kesannya dapat kita tengok pada diri kita sendiri la.. Mata sembab... badan letih... muka pun nampak tak berseri dan tua... 

Orang-orang sekarang... kena jaga kesihatan lebih sikit... Bumi pun dah tua.. pencemaran dan radikal bebas berleluasa. Maka... pengambilan supplemen la yang penting... Kaum wanita tentunya amat mementingkan penampilan luaran yang cantik kan... Badan kita ni, sebenarnya mempunyai kolagen yang menyebabkan tubuh montok dan anjal... Kolagen terdapat pada kornea, kanta mata, kulit, salur darah, rambut (keratin), kuku, rawan sendi dan gigi, tulang sumsum, dan tisu-tisu yang menyelaputi organ-organ dalaman kita. Banyak kan...

Apabila usia semakin meningkat, kolagen dalam badan akan mula berkurangan... Vitamin C menghasilkan kolagen.. Vitamin C pula adalah sejenis vitamin yang tidak disimpan di dalam badan tapi larut air dan akan dikumuh melalui pembuangan air kecil. Oleh itu, proses penuaan yang berlaku menyebabkan kolagen juga semakin berkurangan dalam tubuh. Sebab itulah, apabila usia meningkat, kita mula merasa sakit sendi macam sakit lutut, sakit tumit, muka mula menampakkan kedut-kedutan, kulit menjadi kusam dan tidak bermaya.

Nak menggantikan kolagen yang hilang, banyakkan makan vitamin C atau pun ambil terus kolagen. Tapi.... nak beli kolagen di pasaran tu... berhati-hatilah.. banyak sangat di pasaran dan kita tak tahu bagaimana keadaan produk tersebut. Pilihlah dari sumber semulajadi yang diyakini.

Bulan Disember ni... Shaklee ada membuat promosi kolagen beli 6 kotak kolagen dapat free sekotak lagi... Kolagen yang berkualiti, bukan murah... Jadi masa promosi ni lah kita borong kolagen banyak-banyak... Kolagen ni bolehla dikatakan sebagai penawar bagi usia meningkat.

Harga Retail Collagen Shaklee RM298.00 sekotak... Tapi kalau beli bulan ni... boleh jimat banyak sangat. Jom.. cepat-cepat hubungi saya 012-5538628 untuk tawaran hebat... Tawaran yang jarang sekali datang tau... :)



Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy


ID: 1112978
Kind Hearty Enterprise

Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ Viber: 012-5538628

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC

COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek

4 Tips Bertenaga Bekerja Selepas Cuti Bersalin

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :) Alhamdulillah bertemu kita kembali... Maaf lama tak update blog... InsyaAllah slowly akan mula konsisten semula :) Memandangkan cuti bersalin atau maternity leave da habis.. Maka kembalilah semula kita ke pejabat. 

Biasalah kan...semasa berpantang, kita banyak berjaga malam bersama baby... situasi ini terikut-ikut sehingga kita kembali berkerja semula. Ada baby yang tidur malam, okla, tak terganggu sangat tidur. Tapi, kalau baby tidur pun, ada ibu-ibu yang bangun tengah malam dalam pukul 3 pagi untuk mengepam susu, ada yang tidur lewat dalam pukul 1 pagi untuk mengemas rumah dan banyak lagi. Jadi keesokannya kemungkinan besar, kalau ibu-ibu tak mengantuk di pagi hari, mungkin menjelang tengahari da mula terasa lemau.... Saya nak share la tips saya sendiri untuk lebih bertenaga selepas cuti bersalin :)



1. Buat jadual dengan suami untuk bergilir-gilir menjaga bayi jika bayi bangun malam. Contohnya dari pukul 12 malam sehingga 3 pagi, giliran ayah menjaga bayi. Dari 3 pagi sehingga pukul 6 pagi, giliran ibu pula.

2. Kalau bayi bangun menyusu susu ibu, maka ibu boleh menyusukan bayi dalam posisi yang berbaring supaya ibu boleh rehat atau tidur sambil menyusukan bayi. Maka tak perlulah ayahnya bangun. Jika bayi minum susu botol atau meragam hendak berdukung, maka ikutlah waktu shift masing-masing. 

3. Untuk memastikan badan bertenaga, supplemen untuk ibu tidak boleh diabaikan. Sungguh ni, bukan kerana saya peniaga Shaklee dan nak promote vitamin saya, tapi ni pengalaman saya sendiri sekarang ni. Memang saya amalkan Set Menyusu Shaklee tapi memang terasa sangat kebaikan mengamalkan set menyusu ini, terutamanya kesan Ostematrix (tablet kalsium) yang diambil 4 biji sebelum tidur yang memberi kesan mudah bangun pagi dan bertenaga semasa di pejabat tanpa rasa mengantuk. (Alhamdulillah, dengan izin Allah jua, saya rasa lebih bertenaga sepanjang hari).

4. Apabila pulang dari pejabat, memang kadangkala dah rasa flat dah badan ni, terutamanya apabila menguruskan anak-anak tanpa suami... Kalau boleh, curi masa selepas isya', apabila baby dan anak-anak tengah beristirahat, maka tidurlah sebentar supaya jika mengambil shift 12-3, badan lebih bertenaga dan kurang mengantuk :)

Setiap orang ada cara yang berbeza.. hanya sharing ikhlas dari saya :)

Nak beli vitamin secara online dan terus ke rumah anda? Klik pautan di bawah :) Nak dapatkan konsultasi dan pembelian COD atau pengeposan daripada saya, call saya di 012-5538628.



Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy


ID: 1112978
Kind Hearty Enterprise

Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ Viber: 012-5538628

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC

COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek