Minggu Pertama Kelahiran Bayi

Apa yang perlu diketahui?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :) Harapnya semua sihat-sihat selalu. Kali ni, nak flash back sikitla... Balik kepada masa minggu pertama kelahiran bayi... Sambil membantu ibu-ibu yang sedang teruja menunggu kelahiran bayi mereka :) 

Ibu-ibu yang sedang hamil anak sulung, mesti tak sabar-sabar untuk menunggu kehadiran orang baru di dalam keluarga. Ibu yang sedang menantikan bayi kedua da seterusnya, InsyaAllah dah boleh bayang apa yang bakal ditempuh oleh mereka :) Jom kita baca senario yang selalu dialami oleh ibu dan bayi:


Ibu:

  • Selepas melahirkan, kebanyakan ibu-ibu yang telah menempuh kelahiran normal, selalunya akan lebih bertenaga, happy dan excited dengan kehadiran bayi yang telah lama ditunggu-tunggu. Tenaga banyak lagi waktu ni :)
  • Selepas kelahiran, ibu-ibu akan mula menyusukan bayi. Pada waktu ini, ibu dan bayi akan belajar untuk mendapatkan lekapan yang betul serta posisi yang selesa untuk menyusu.
  • Susu ibu mungkin tidak kelihatan. Tapi teruskan aje menyusu dan bonding dengan baby. Waktu ini, hanya titisan colustrum yang dikeluarkan.
  • Rasa sakit akibat jahitan atau koyakan minor selepas bersalin. Nak duduk pun kena perlahan-lahan.
  • Ibu-ibu juga akan mula mengurut pada hari ketiga. Selalunya mengurut sampai tiga hari.
  • Pada masa ini, ibu-ibu juga akan berbengkung dan jika berpantang secara tradisional, bahan-bahan seperti pilis dan param akan disapu di kepala dan badan ibu.
  • Pada waktu malam, kemungkinan besar ibu-ibu akan menghabiskan masa menyusukan bayi. Oleh itu, ibu-ibu akan kekurangan tidur.
  • Badan akan terasa sakit-sakit. Bagi yang melahirkan anak kedua, mungkin terasa sakit seperti contraction kerana rahim sedang mengecut lagi.
  • Susu akan mula dihasilkan dan payudara akan menjadi bengkak dan menyakitkan jika bayi tidak menyusu dengan betul.
  • Ibu dan ayah mungkin akan berulang-alik ke klinik kesihatan atau bermalam di hospital jika bacaan kuning bayi adalah tinggi.
  • Sesetengah ibu mungkin akan mengalami baby blues... iaitu rasa tertekan dan serba tak kena. Dapatkan sokongan daripada suami dan ahli keluarga.

Bayi:
  • Kebanyakan masa terutama di siang hari, bayi akan tidur aje.
  • Selalunya di malam hari, bayi ingin menyusu atau berada dalam pelukan ibu sahaja. Letak aje, mesti bangun :)
  • Jika bayi berjaga, bayi mungkin ingin menyusu, tidak selesa kerana membuang air besar, pampers terlalu penuh, panas, sejuk dan banyak lagi kemungkinan lain.
  • Sesetengah bayi akan menunjukkan tanda-tanda mengalami demam kuning pada hari kedua dan ketiga. Ada juga seawal hari pertama.
  • Bayi mungkin akan dibawa ke klinik kesihatan atau hospital untuk pemeriksaan demam kuning. Sesetengah kes, bayi terpaksa bermalam dan menerima rawatan phototheraphy untuk mengubati demam kuning.

Minggu pertama selepas kelahiran bayi, memang ibu-ibu harus banyak bersabar dan kuat. Oleh itu, ibu-ibu harus memastikan diet pemakanan semasa berpantang adalah berkhasiat dan memberi tenaga kepada ibu. Sesetengah ibu boleh juga mengamalkan supplemen seperti Set Berpantang daripada Shaklee yang sangat baik dan sangat menjimatkan kerana boleh disambung pemakanannya walaupun selepas tempoh berpantang tamat :)



Nak dapatkan Set Berpantang Shaklee? Hubungi saya di 012-5538628.

Hearty . Love . Healthy 
Diana

Shaklee SID: 1112978
012-5538628.
Previous
Next Post »
1 Komentar
avatar

Info yang bagus untuk ibu-ibu newbie!

Balas