Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :) Hari ni 14 February 2016, adalah hari kelahiran saya.... Heeee... Alhamdulillah setahun lagi umur saya meningkat. Bermakna semakin hampir dengan masa untuk saya pulang ke kampung halaman yang boleh terjadi pada bila-bila masa sahaja.... :)
Sebelum saya berangkat ke kampung halaman, saya berharap sangat saya akan tinggalkan sesuatu yang bermanfaat kepada anak-anak saya, keluarga saya, dan masyarakat. Sayang sekali jika kita sudah berada di perhentian yang sementara ini, tapi tidak tinggalkan sebarang manfaat kepada yang masih ada :)
Hidup kita hanya DUA kali... Satu di sini... Satu lagi selepas ini di alam yang kekal abadi. Nak ke alam itu, di sinilah kita kena membanting tenaga empat kerat ini untuk memperoleh hasil di sana nanti. Saya yakin setiap orang hanya mahukan yang terbaik di sana nanti kan :)
Dalam kehidupan ini, tiada siapa pun yang sempurna.... Hidup di sini adalah tempat untuk kita belajar. Dalam kita belajar, terlalu banyak kesilapan yang dibuat. Kesilapan itu sebenarnya untuk mengajar kita agar memperbaiki diri dan menjadi lebih baik lagi :) Ia juga adalah tanda kasih sayangNya yang tidak pernah kurang ke atas kita.
Setiap yang terjadi, akan menjadikan kita manusia yang lebih baik daripada yang sebelumnya. Oleh itu, ambillah pengajaran ke atas apa yang berlaku dan ketahuilah Allah sentiasa menetapkan yang terbaik untuk kita.
Sajalah berceloteh untuk hari ini... Pada bulan kelahiran saya ini, sesiapa yang membeli mana-mana produk Shaklee daripada saya, akan mendapat cenderamata daripada saya. Bukanlah apa pun, hanya tanda ingatan.
Boleh hubungi saya di 012-5538628 untuk konsultasi dan pembelian produk Shaklee :)
Diana
012-5538628
SID: 1112978
0 Komentar