Tingkatkan Imun dan Jauhkan Kayap

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Hari ni tiba-tiba terasa ingin tahu pulak pasal kayap. Dalam hidup saya, saya nampak tiga kes kayap yang terjadi. Satu pada abang saya, mak mertua saya dan juga pada orang yang saya interview semasa menjalankan research tahun akhir saya. Abang dan mak mertua terkena kayap pada bahagian pinggang. Yang orang yang saya interview pula terkena di bahagian kepala.

Kata orang, kalau lingkaran kayap itu membelit seluruh pinggang atau kepala, orang itu akan mati. Setakat ni, saya belum pernah terbaca atau tahu mengenai orang yang mati kerana kayap telah berjaya membelit keseluruhan pinggang atau kepala. 

Saya masih ingat, masa kecik-kecik dulu, saya terkena demam campak... Abang-abang saya masa tu, tak terkena lagi demam campak. Bila abang kedua saya nak tengok keadaan saya, saya cakap jangan dekat, nanti berjangkit. Tapi abang saya jawab, takpe sebab dia da kena kayap. Kayap and campak macam adik beradik. Jadi takpe... Hahahaha... Tapi memang betul, abang kedua saya tu, memang tak pernah kena demam campak, selain kayap :) Abang pertama, akhirnya kena jugak demam campak... hahahaha...

Kayap dikenali sebagai Herpes Zoster dan disebabkan oleh Virus Varicella Zoster (VZV). Hanya orang yang pernah mendapat kayap aje yang tahu kesakitannya. Saya yang membaca tentang kesakitannya pun rasa kasihan sangat pada yang terkena, macam mak mertua saya... Yela orang tua :'( Sebab walaupun dah nampak macam dah baik, tetapi kadangkala masih terasa peritnya kayap tu.



Apa yang terjadi apabila terkena kayap?

1. Mula-mula akan terasa kebas, sakit atau panas di kawasan tersebut. 

2. Badan terasa letih, mengalami demam atau sakit kepala.

3. Tanda-tanda fizikal pada kulit akan kelihatan seperti tompok-tompok merah, gelembung-gelembung air dan terasa sangat pedih.

Sakit akibat kayap ini mungkin berlarutan dalam seminggu hingga dua minggu. Ada juga yang cakap, walaupun secara fizikalnya kayap dah hilang, tetapi kadangkala masih terasa lagi kesakitannya. 

Apa yang menyebabkan seseorang itu mendapat kayap?

Bagi orang yang telah mendapat demam campak, walaupun telah pulih, sebenarnya virus (VZV) masih berada di dalam badan kita. Cuma ia berada dalam keadaan dorman (diam dan senyap tanpa sebarang kesan). Namun apabila tahap imun atau pertahanan badan menjadi rendah, maka VZV akan aktif dan boleh menyebabkan serangan kayap kepada perumah.

Oleh itu, kita tahu, sebenarnya, untuk mengelak kayap dan apa jua jenis penyakit, kita kena pastikan sistem pertahanan badan kita kuat. Macam orang yang dijangkiti HIV, mudah mendapat kayap kerana sistem imun lemah. Dalam apa jua kes, pastikan diri kita sentiasa tenang dan positif serta gembira. Kalau tidak, keadaan ini akan memberi kesan kepada sistem imun atau sistem pertahanan badan, seterusnya menyebabkan kita cepat sakit.

Saya sarankan sangat, jika terasa diri selalu sakit-sakit, amalkan Vivix dan Nutriferon. InsyaAllah suatu kombinasi hebat untuk menentang virus serta menguatkan sistem pertahanan badan. Kedua-duanya berfungsi memperbaiki sel dan mempertahankan sel daripada serangan virus.

Di sini, saya kongsikan juga kegembiraan seorang anak apabila ibunya yang sudah rasa sihat selepas mengamalkan Vivix untuk masalah kayap.


Sesungguhnya kita hanya berusaha dan berikhtiar untuk memulihkan. Selebihnya berserahlah kepada Allah :)

Nak ketahui lebih lanjut? Hubungi 012-5538628.

Diana
SID: 1112978
Tel: 012-5538628
Previous
Next Post »
0 Komentar