Bahaya Stroke atau Angin Ahmar

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :) Salam Jumaat dan apa khabar... Harap semuanya baik-baik di penghujung minggu. Yang tengah bercuti dan hendak pulang ke rumah, berhati-hati di jalan raya. Hari ni rasa nak bercerita pasal stroke atau angin ahmar.

Stroke ini terjadi apabila terdapat masalah bekalan aliran darah ke otak yang mungkin disebabkan oleh saluran darah ke otak tersumbat atau saluran darah dalam otak pecah (aneurysm). Apabila terjadinya perkara ini, maka bekalan oksigen ke otak akan terganggu dan menyebabkan sel-sel di otak mati.

Terdapat tiga jenis strok:

1. Ischemic Strokes
Stroke yang paling biasa terjadi, akibat daripada saluran darah (arteri) yang berdekatan dengan otak tersumbat. Ada juga kes di mana saluran darah yang agak jauh dari otak tersumbat tetapi aliran darah yang perlahan ke otak menyebabkan terjadinya stroke. Selalunya aliran darah ini tersumbat oleh lemak yang dipanggil plak menghalang laluan darah. 

2. Hemorrhagic Strokes
Stroke ini disebabkan oleh salur darah yang berada di dalam otak bocor atau pun pecah dan terdedah. Keadaan ini memberi tekanan kepada sel-sel otak dan menyebabkan sel tersebut rosak dan darah membanjiri ruang di antara otak dan tengkorak. Stroke ini selalu terjadi disebabkan oleh tekanan (hypertension), mengambil ubatan yang mencairkan darah ataupun aneurysm (kelemahan dalam dinding salur darah yang menyebabkan salur tersebut pecah).

3. Transient Ischemic Attack (TIA)
TIA adalah berbeza daripada jenis-jenis strok yang dibincangkan di atas kerana ia bersifat sementara. Namun, faktor penyebabnya adalah seperti Ischemic stroke iaitu disebabkan oleh penyumbatan salur darah. Walaubagaimana pun, jangan ambil ringan dengan keadaan stroke ini kerana ia adalah amaran awal sebelum berlakunya keadaan stroke yang lebih parah. Jadi apabila menghadapi keadaan ini, eloklah diambil langkah-langkah pencegahan untuk menghalang serangan stroke yang lebih buruk.

Simptom-Simptom stroke:
  • Kelihatan seperti keliru dan menghadapi masalah dalam percakapan dan pemahaman.
  • Sakit kepala dan muntah-muntah.
  • Rasa kebas pada muka, lengan atau kaki , terutamanya pada sebelah badan.
  • Menghadapi masalah penglihatan sama ada sebelah atau kedua-dua belah mata.
  • Rasa sukar untuk berjalan, termasuk terasa pening-pening dan tangan atau kaki tidak seiringan.

Strok boleh menyebabkan masalah kesihatan yang berpanjangan. Lebih cepat strok di ketahui, lebih baik untuk proses pemulihannya.

Kesan-kesan stroke:
  • Mengalami masalah dalam mengawal proses pembuangan air kecil atau besar.
  • Mengalami tekanan perasaan.
  • Kesakitan di tangan atau kaki terutama sekali apabila terdapat perubahan suhu persekitaran.
  • Kelemahan atau kelumpuhan di sebahagian atau keseluruhan badan.
  • Mengalami kesukaran untuk mengawal dan menggambarkan emosi.

Untuk mengenalpasti stroke di peringkat awal, ahli keluarga atau kawan-kawan yang berhampiran boleh melaksanakan FAST.

F - Face drooping atau pun menyuruh pesakit untuk senyum. Lihat sama ada senyuman tersebut seimbang atau senget.

A - Arm weakness. Suruh pesakit mendepangkan kedua-dua tangan dan lihat sama ada salah satu tangan lebih rendah daripada tangan yang sebelahnya.

S - Speech difficulty iaitu menghadapi masalah pertuturan yang tidak jelas.

T - Terus call ambulans untuk kecemasan.



Pencegahan awal adalah yang terbaik. Jika terasa seperti sesuatu yang tidak kena pada tubuh badan, maka segeralah dapatkan nasihat dan rawatan yang sepatutnya daripada pegawai perubatan. Jagalah pemakanan kerana masalah salur darah tersumbat selalunya disebabkan pemakanan yang tidak terjaga, mungkin kerana mengambil terlalu banyak makanan yang berminyak dan berlemak. Bagi saudara seislam, boleh amalkan doa ini sebagai perlindungan daripada Allah untuk mengelakkan angin ahmar.

Doa angin ahmar:


Namun, jika ada saudara atau kawan-kawan yang sedang menderita kerana strok, hulur-hulurkan bantuan emosi. Gembirakan mereka, sokong mereka untuk pulih, atau hadiahkan mereka supplemen untuk mereka usaha untuk pulihkan diri daripada strok.

Boleh juga jika anda ingin mencuba Vivix daripada Shaklee. Sesungguhnya setiap penyakit ada ubatnya. Vivix adalah supplemen yang membantu memperbaiki dan menguatkan sel-sel yang terjejas atau rosak disebabkan oleh masalah salur darah tersumbat.

Apabila sel-sel ini pulih, maka aliran darah di dalam badan juga akan kembali diperbaiki. InsyaAllah, pesakit juga akan mengalami proses penyembuhan. Tidak mustahil pesakit stroke akan pulih :)

Nak dapatkan Vivix? Hubungi saya di 012-5538628

Diana
SID: 1112978


Reference:

http://www.medicalnewstoday.com/articles/7624.php

http://strokeassociation.org/STROKEORG/WarningSigns/Stroke-Warning-Signs-and-Symptoms_UCM_308528_SubHomePage.jsp

http://www.webmd.com/stroke/news/20030213/got-minute-you-could-diagnose-stroke
Previous
Next Post »
0 Komentar