8 Tips mengurangkan sakit senggugut

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Fuuuhhhh beberapa hari tidak ke udara.. Maaf ye.. Saya diduga dengan sakit kepala... Nak pandang fon atau laptop pun susah. Alhamdulillah hari ni dah beransur pulih. Hari ni, nak share pasal tips mengurangkan sakit senggugut.

Senggugut ni memang sinonim sangat dialami oleh wanita yang sedang kedatangan haid. Namun ada juga wanita yang bertuah sebab langsung tak mengalami senggugut. 


Heeeee.... Ada juga segelintir wanita, dalam seumur hidup, terkena juga senggugut ni sekali dua tiga kali... Kadang-kadang, yang tak biasa terkena sengugut ni, rasa, kenapalah aku rasa sakit gini-gini-gini.... Bila dah datang haid, baru perasan, ohhhh sakit senggugut rupanya...

Simptom-simptom senggugut:

  • Kaki terasa lenguh-lenguh
  • Sakit kepala
  • Rasa perut kejang. Nak mengiring tak selesa, berbaring pun tak selesa
  • sakit pinggang
  • Sakit di bahagian payudara
  • Mengalami cirit-birit
  • Terasa loya atau muntah-muntah
  • Badan terasa lemah tidak bermaya

Hanya jauhari yang mengenal manikam.... Haha hanya orang yang mengalami senggugut aje yang mengetahui betapa seksanya sakit senggugut ni.... Tak sangka... Memang sakit. 

Para suami, kasihanilah isteri anda semasa dia sedang mengalami senggugut. Jangan cakap, alaaa nanti hilangla tu.. Mengada-ngada je lebih... Tidak ye... Sakitnya memang sakit... Pernah dengar tak, sakit senggugut orang cakap sebab syaitan cakar rahim? Saya tak ingat daripada mana.... Tapi bolehlah diberi bayangan sebegitu...

Berikut adalah tips untuk mengurangkan sakit senggugut:

1. Banyakkan minum air suam kosong dan elakkan ais.

2. Melebihkan pengambilan ayam dan ikan berbanding daging. Pengambilan daging atau kambing menyebabkan pengecutan rahim lebih kuat dan akan menyebabkan lebih kesakitan.

3. Lebihkan karbohidrat kompleks yang tinggi serat iaitu sayur-sayuran dan buah-buahan  seperti jagung, avocado, bayam, sawi dan sebagainya untuk membantu menstabilkan kandungan hormon estrogen yang tinggi dalam darah yang menyumbang kepada gejala sakit kepala. 

4. Kurangkan pengambilan garam untuk mengurangkan penakungan air di dalam badan, yang mungkin menyebabkan pembengkakan dan radang, terutamanya di dalam tiub fallopio dan rahim.

5. Elakkan minuman yang berkafein seperti kopi dan teh. Sesetengah orang mencadangkan coklat. Tapi coklat juga tidak sesuai kerana mengandungi peratusan kafein di dalamnya.

6. Jauhkan alkohol kerana alkohol menambahkan keasidan di dalam badan dan menyebabkan radang dan bengkak kepada sistem yang terlibat semasa kedatangan haid.

7. Banyakkan pengambilan makanan yang tinggi kalsium untuk membantu mengurangkan sakit pengecutan dinding rahim yang keterlaluan.

8. Banyakkan makanan yang tinggi vitamin B6 dan vitamin E yang membantu mengurangkan kesakitan perut dan payudara serta mengurangkan tekanan emosi.

9. Banyakkan makanan yang tinggi vitamin C supaya masalah alahan dan alergi semasa kedatangan haid akan dapat dikurangkan.

Namun, ada cara yang pantas untuk melegakan kesakitan senggugut. Ambil panadol memang pantas hilang sakit.... Tapi nanti datang balik sakitnya sebab fungsinya hanya menahan kesakitan... Alang-alang nak baikkan senggugut, baik kita - LENGKAPKAN NUTRISI yang diperlukan untuk menghilangkan senggugut. Macam mana? Ambillah supplemen Shaklee berikut:

1. Ostematrix - Tablet kalsium yang membantu mengurangkan kesakitan dalam proses pengecutan rahim serta membantu mengurangkan kebengkakan dalam sistem peranakan.

2. Vitamin B Complex - Mengandungi kesemua keluarga vitamin B, termasuk B6 yang membantu mengurangkan kesakitan semasa senggugut, mengurangkan sakit kepala dan mengurangkan rasa lesu dan lemah semasa kedatangan haid.

3. Vita-E Complex - Mengurangkan rasa sakit pada bahagian payudara dan kandungan selenium yang terdapat di dalam vitamin E ini membantu mengawal emosi dan mengurangkan tekanan.

4. Sustained Release Vita-C - Membantu mengurangkan masalah alahan dan elergi di saat badan tengah senggugut dan mood ke laut.

5. GLA Complex - Membantu mengawal dan menstabilkan hormon wanita. Di samping itu, membantu memperbetulkan semula kitaran haid yang terganggu.

Yang penting, bila dah rasa angin-angin senggugut nak datang, cepat-cepatlah amalkan vitamin-vitamin ini.... Sebab vitamin-vitamin ini memang penting untuk diamalkan pada setiap hari, bukan sahaja pada waktu senggugut tau....

Tak percaya, jom kita tengok video ini :)


Masalah Senggugut Teruk Nak Patah Pinggang! Mak Aih, Nasib Dah OK from iReach HD on Vimeo.


Haaa... tunggu apa lagi, dapatkan sekarang. Tak mahula bulan depan menahan sakit yang sama kan.... Kita ubah ke arah yang lebih sihat. Makan supplemen untuk kesihatan yang menyeluruh. InsyaAllah, pasni, bukan aje sakit senggugut hilang, malah kulit pun akan lebih berseri-seri. Walaupun period, anda tetap gorgeous :)

Untuk order secara online, klik butang di bawah:


Kalau rasa nak tanya, jangan segan-segan hubungi saya di 012-5538628. Nak COD atau nak saya poskan pun boleh. Saya boleh COD di Shah Alam, Subang Jaya, Petaling Jaya dan Klang. Jadi jangan malu-malu, segera hubungi saya ya.

Semoga lepas ni, kita semua dapat kurangkan kesakitan senggugut :)

SID: 1112978
Tel: 012-5538628

Demam Viral - Apa nak buat?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. Allahuakhbar... Selepas hampir 7 hari Si baby demam viral.. Kini terkena pula pada ibunya...

Badan dah rasa dedar-dedar panas... Suhu badan tak sempat nak check.. Lenguh-lenguh bahagian pinggang hingga ke kaki mula terasa... Tekak terasa tak sedap, sekali-sekala batuk-batuk.. Selera makan dinasour pun hilang.. Heeee...



Tak boleh nak rehat lepas dinner sebab nak keluar... Jadi macam mana? Apa option anda?

A. Makan panadol

B. Panadol takde, biarkan aje. Nanti okla demam tu... Orang dewasa memang kuat

C. Ada vitamin B Complex, Nutriferon, Vitamin C, multivitamin Vitalea. Semua brand Shaklee. Jadi makan semua tu.

Saya pilih C. Sebab kesemua vitamin tersebut memang penting untuk pengambilan seharian. Apa hasilnya?

Take it as my own testimony.. Apabila seorang dewasa mengalami demam viral, yang perlu dilakukan ialah menguatkan sistem imun badan kita. Vitamin-vitamin di atas memang membantu menguatkan sistem imun badan (Nutriferon, vitamin C, Vitalea). Manakala Vitamin B Complex mengurangkan sakit-sakit dan lenguh-lenguh badan. Kalau ada tablet kalsium Ostematrix, insyaAllah kesannya lebih baik.

Lepas tu... Walaupun berjalan-jalan.. Berdukung dan melayan baby.. Naik tangga atas bawah... Tahan la badan saya.. Lenguh-lenguh di pinggang hilang... Badan pun dah tak dedar... Alhamdulillah...

Apabila demam viral, kita tak perlukan antibiotik sbb antibiotik untuk melawan bakteria. Perkara-perkara yang berkait dengan virus... Perlu ditangani dengan menguatkan antibodi dan sistem imun badan je...

Sebab tu, bila Si baby demam viral, doktor cakap, biarkan sistem imun baby melawan virus tersebut. Baby makan ubat demam untuk mengurangkan panas badan. Tapi kalau ibu-ibu menyusu... Makan vitamin C, nutriferon dalam dos yang tinggi supaya dapat berkongsi nutrisinya dengan baby :)

Harap entry ini membantu... Sesiapa yang tak suka makan ubat-ubatan, boleh makan vitamin untuk mencukupkan keperluan nutrisi badan.. Apabila badan cukup nutrisi, badan akan lebih sihat :)

Jom tukar kepada kehidupan  yang lebih sihat. Hubungi 012-5538628 untuk konsultasi percuma serta pembelian.

SID: 1112978
Tel: 012-5538628

10 Persediaan Ramadhan - Apa yang boleh kita lakukan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Salam Jumaat yang berkat.. Jumaat terakhir di bulan Syaaban dan Jumaat sebelum bermulanya Ramadhan. Alhamdulillah, semoga Allah sampaikan kita ke Ramadhan yang akan datang dalam masa 3 hari lagi...

Semua orang dah bersedia ke nak menghadapi Ramadhan kali ini? Semoga kita semua bersedia supaya kedatangan Ramadhan dimanfaatkan sepenuhnya dan perginya Ramadhan nanti tidak disia-siakan :) 

Poster daripada website LangitIlahi, credit to SisFaeez

Jom kita tengok apa yang kita boleh lakukan untuk menyediakan diri dalam menyambut Ramadhan.

  1. Dalam bulan Syaaban ini, mesti ramai yang dah mula berpuasa sunat Syaaban kan... Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya takdelah badan terkejut sangat semasa Ramadhan nanti :)
  2. Mendirikan solat di satu per tiga malam. Memandangkan semasa Ramadhan kita sangat-sangat digalakkan bersahur, maka latihla diri untuk bangun dalam pukul 4 atau 5 pagi. Mulakan dengan bertahajud, solat taubat dan solat hajat.
  3. Dalam kehidupan kini yang sangat rushing, boleh ambil masa semasa bangun di satu per tiga malam untuk membaca dan mendalami al-Quran juga sementara menunggu masuknya waktu Subuh :)
  4. Jika ditanya kepada yang sudah pergi, amalan apa yang ingin mereka lakukan jika dapat kembali ke dunia, semestinya mereka akan menjawab bersedekah atau menginfaqkan harta mereka ke jalan kebaikan. Kerana amalan ini akan berkekalan sehingga ke alam barzakh. Jadikan amalan bersedekah atau berinfaq ini suatu kebiasaan dalam kehidupan. Tidak akan jatuh miskin orang yang bersedekah atau berinfaq.
  5. Berusaha untuk solat di awal waktu. Itu yang terbaik. 
  6. Berdoalah dengan bersungguh-sungguh tidak mengira waktu. Jika hati berasa tidak sedap, jangan tunggu lepas solat untuk berdoa... Doa aje pada waktu tersebut. Tapi biarlah dengan adab ye.. Jangan doa dalam tandas pula. Selain itu, ketahui juga waktu-waktu terbaik untuk berdoa, contohnya semasa hujan lebat, di satu per tiga malam, doa pada hari Jumaat dan sebagainya.
  7. Kawal pemakanan... Ni sangat-sangat penting. Jangan sebab nanti bulan Ramadhan, tak boleh makan, kita bantai makan sampai melampau-lampau pula. Sebenarnya bulan Ramadhan ni sangat baik untuk memperbaiki kesihatan kita, merehatkan organ dalaman daripada bekerja teruk sepanjang tahun. Jangan bebankan tubuh kita dengan makan tidak terkawal semasa berbuka... Eat clean dan berhenti sebelum kenyang :)
  8. Semasa Ramadhan, setiap saat itu adalah anugerah. Apa sahaja kebaikan yang kita lakukan akan mendapat ganjaran yang besar. Jadi belajar memanfaatkan setiap saat dengan melakukan perkara-perkara yang berfaedah.
  9. Untuk memantapkan lagi persediaan Ramadhan kita, banyakkan membaca dan mendalami ilmu-ilmu yang berkaitan dengan Ramadhan, supaya kita faham hikmah Ramadhan yang Allah kurniakan kepada hamba-hambaNya :)
  10. Akhir sekali, tolong kawal tidur anda. Sekarang ni mulakan dengan tidur yang agak-agak. Jangan hentam tidur satu hari especially waktu hujung minggu. Mentang-mentang tak boleh makan, nak elak perut lapar, layan tidur sampai nak berbuka... Haishhhh....

Saya tahu, kaum Adam ni, awal-awal Ramadhan, nak start enjin ni susah betul.. Para isteri, berikan galakan dan dorongan.. Haha.. Macam mana caranya? Senang aje...

A must have at home sebagai persediaan Ramadhan:
  • Cinch Energy Tea Mix - Teh ni wajib ada. Menghilangkan rasa mengantuk dan membuat lebih bertenaga untuk menghadapi hari. A must have during Ramadhan!
  • Performance Drink (Orange) - Yang ni, dicampur pula dengan Cinch Energy Tea Mix, memang superb. Performance Drink ni, membantu mengurangkan rasa haus dan membantu mengekalkan tenaga.
  • ESP dan Mealshakes - Sangat bagus bagi sesiapa yang takde idea nak bersahur apa. Gabungan ESP, Mealshakes dan Performance Drink akan membantu dalam memberi tenaga untuk memenuhi keperluan nutrisi badan. Selain itu, minuman ini melepaskan secara perlahan-lahan (indeks glisemik yang rendah) membantu mengurangkan rasa lapar. Nikmati satu hari penuh yang lebih bertenaga dan sihat!
Jangan ragu-ragu lagi. Lagi 3 hari kita nak berpuasa kan... Dapatkan set ini dengan segera. Anda boleh dapatkan dengan menghubungi saya di 012-5538628. Saya juga boleh COD di Shah Alam, Subang Jaya, Petaling Jaya dan Klang.

Kalau nak beli secara online pun boleh. Klik aje butang order di bawah:

Semoga entry ini memberi manfaat kepada semua pembaca. Saya doakan agar semuanya sihat bertenaga semasa Ramadhan nanti. Segala salah dan silap, saya memohon ampun dan maaf.

Terima kasih.

SID: 1112978 (boleh guna ID saya jika walk-in ke Shaklee)
Tel: 012-5538628

Luahan sedih pesakit buah pinggang bocor "Saya sangat risau jika buah pinggang saya benar benar rosak dan perlu menjalani dialisis di usia 30an ini. Anak-anak masih kecil.."

Ya Allah, Allahuakhbar... Sedih apabila mendapat tahu seorang sahabat disahkan mengalami masalah buah pinggang bocor atau Nephrotic Syndrome dan mungkin terpaksa menjalani dialisis di saat usia belum menjengah 40 tahun pun....

Buah pinggang bocor atau Nephrotic Syndrome ini adalah merupakan suatu masalah buah pinggang, di mana sistem badan membuang terlalu banyak protein melalui air kencing. 



Masalah buah pinggang bocor atau Nephrotic Syndrome ini disebabkan oleh kerosakan kepada kelompok salur darah halus (glomeruli) di dalam buah pinggang yang menyebabkan kegagalan untuk menapis air berlebihan dan bahan buangan daripada tubuh. 

Kesan atau simptom Nephrotic Syndrome:

  • Edema iaitu bengkak air di bahagian tangan atau kaki
  • Kencing yang berbuih
  • Pertambahan berat badan disebabkan bengkak atau sembab air
Walaubagaimana pun, kerosakan pada buah pinggang ini ada berkaitan juga dengan penyakit-penyakit lain yang mungkin dihidapi oleh penghidap. Antaranya ialah:
  • Fungsi ginjal atau buah pinggang yang tidak normal (selalunya terjadi pada kanak-kanak)
  • Masalah genetik yang dialami oleh penghidap itu sendiri
  • Membran yang menebal di dalam kelompok salur darah glomeruli (boleh disebabkan oleh kesan penyakit-penyakit lain seperti Hepatitis-B, Malaria, kanser)
  • Diabetes
  • SLE
  • Masalah jantung
  • Salur darah yang tersumbat di dalam buah pinggang
  • Protein amyloid yang berlebihan di dalam organ
Berikut adalah luahan melalui video oleh En. Rosdi. Alhamdulillah, beliau berikhtiar dengan Vivix dan cuba mengelakkan pengambilan steroid yang boleh menyebabkan kesan kurang baik dalam jangka masa panjang. 





Apabila berikhtiar dengan Vivix, bukan sahaja penyakit buah pinggang bocor sembuh, malah, tekanan darah tinggi, aras kolesterol dalam badan semuanya menjadi normal semula. Alhamdulillah, sesungguhnya kita berikhtiar... Allah yang menyembuhkan. 

Ini kata-kata beliau setelah sembuh :)
"Alhamdulillah saya sangat bersyukur apabila Doktor mengesahkan air kencing saya tiada lagi protein, tekanan darah normal dan ujian darah semua menunjukkan result yang cantik. Doktor juga stopkan semua ubat dan yang paling best Doktor sendiri yang beritahu 
TAK PERLU BUAT BIOPSI.
Kalau sebelum ini saya dan isteri merasakan Vivix mahal tetapi bila dalam situasi ini barulah kami menyedari duit boleh dicari, namun buah pinggang itu lebih berharga, tiada gantinya.
Terima kasih Allah. Terima kasih Shaklee.
Sekiranya anda atau ahli keluarga anda menghidapi penyakit ini atau yang berkaitan ataupun penyakit kronik lain seperti diabetis, strok, darah tinggi dan kanser. Ikhtiarlah dengan VIVIX. Saya percaya Allah tak turunkan penyakit tanpa penawarnya.
Tugas kita untuk berikhtiar, selebihnya berdoalah dan bertawakal lah kepada Allah.
Sesungguhnya Dia Yang Maha Berkuasa Menyembuhkan."


Sesungguhnya apabila sakit, kita akan rungsing dengan banyak perkara, antaranya; penyakit yang dihadapi dan sumber kewangan yang diperlukan untuk merawat penyakit. Oleh itu, semasa sihat, jaga diri baik-baik. Jaga pemakanan, amalkan supplemen untuk mencukupkan keperluan nutrisi di dalam badan. 

Vivix adalah supplemen (bukan ubat tau) yang tinggi antioksidan dan membantu memperbaiki sel-sel dalaman kita... Apabila sel dalaman elok, maka fungsi badan kita juga akan sihat :)

Jika anda berminat untuk mendapatkan Vivix atau mengetahu dengan lebih lagi mengenai Vivix, hubungi saya di 012-5538628. Nak jimat lagi, daftarlah sebagai ahli :)

Saya boleh COD di sekitar Shah Alam, Subang Jaya, PJ dan Klang. 

Anda juga boleh dapatkan secara online dengan penghantaran terus kepada anda dengan mengklik butang di bawah:


Terima kasih. Semoga kita sentiasa dilindungi oleh Allah di mana jua kita berada dan sentiasa sihat, ceria dan gembira selalu :)

SID: 1112978
Tel: 012-5538628

Rujukan:


Elakkan 5 jenis makanan ni untuk turunkan tekanan darah tinggi. Orang muda take note!

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Hari ni nak share pasal tekanan darah tinggi.... Rupa-rupanya mudah sebenarnya nak turunkan tekanan darah tinggi ni... Cuma kena elakkan 5 jenis makanan ni untuk turunkan tekanan darah tinggi :) Satgi saya terangkan apa jenis makanan yang kena dielakkan :)

Orang sekarang ni... Orang muda umur 30-an, ada yang dah meninggal kerana masalah jantung... Yang menghidap tekanan darah tinggi memang ramai... Punca masalah jantung, asalnya adalah disebabkan oleh tekanan darah tinggi. 




Kesan tekanan darah tinggi akan mengganggu:

  • Jantung
  • Buah Pinggang
  • Otak
Walaupun nampak macam simple... Tapi kesannya sangat bahaya... Boleh membawa kepada:
  • Masalah jantung
  • Masalah buah pinggang
  • Strok
  • Aneurysm
Tahukah anda, apabila seseorang itu mengidap penyakit tekanan darah tinggi, kemungkinan besar, jantungnya sedang membengkak.... Saya amik contoh yang Dr. Safari Elis (pakar jantung) berikan. 

Bayangkan kita pam tayar basikal yang penuh angin pakai pam yang manual tu.. Yang zaman dulu-dulu, kita kena tekan-tekan tu... Apabila tayar dah penuh angin, kita dah rasa berat nak pamkan angin tu...

Begitu juga dengan jantung kita... Apabila saluran darah kita semakin mengecil kerana banyak tersumbat disebabkan kolesterol, jantung terpaksa bekerja keras untuk pam darah ke seluruh badan. 

Pergerakan darah menjadi perlahan sebab terpaksa melalui lorong-lorong kecil... Sebab itu, orang yang menghidap tekanan darah tinggi, kadangkala rasa pening, nak pitam dan sebagainya. Jantung pula akan membengkak disebabkan ini.

Untuk ikhtiar menurunkan tekanan darah tinggi, apa yang perlu anda lakukan ialah, JAGA PEMAKANAN anda. Nak jaga makan, memang susah, tapi saya yakin, dengan azam yang kuat, kita semua mampu merubah kepada tabiat eat clean. 

Nak jaga pemakanan dari segi apa? Kurangkan makan makanan yang masin-masin.... Garam tu masih boleh dimakan, tapi biar berpada-pada. 

Selain garam, awasi 5 jenis makanan-makanan ini:

1. Makanan yang dikeringkan
Contohnya macam ikan kering, ikan bilis, sotong kering, udang kering dan apa sahaja yang dikeringkan... Sebab kandungan garam yang sangat tinggi digunakan untuk mengering dan mengawet makanan-makanan ini. Kita mungkin selalu makan ikan bilis kan.. Ikan bilis tu, kalau makan on its own, memang masin... Jadi berpada-pada lah ye..

2. Makanan dalam tin
Contoh terbaik adalah seperti sardin.... dan banyak lagi la...

3. Makanan dalam botol 
Haaa... ni mungkin kita tak perasan sangat... Sebab tak rasa masin pun... Tapi kita suka masukkan macam sos tiram ke dalam masakan... Indirectly badan kita menerima banyak sangat bahan yang berasaskan sodium (masin)...

4. Belacan
Nak buat sambal, mesti kena letak belacan kan :)

5. Ajinomoto
Haaaa... penyedap rasa tapi sangat bahaya untuk kesihatan kita... Kalau boleh tak payah la pakai ajinomoto ni.. Kandungan monosodium glutamate terlalu tinggi...

Cuba anda berpantang dengan 5 jenis makanan ini selama 2 minggu. InsyaAllah, kandungan garam yang tinggi dalam badan akan dinyahkan melalui air kencing. InsyaAllah, tekanan darah tinggi juga akan menjadi stabil. 

Anda boleh tonton video ihsan daripada ZonKuliah mengenai penerangan Dr. Safari Elis mengenai cara-cara nak menurunkan tekanan darah tinggi :)




Selain menjaga pemakanan, penghidap tekanan darah tinggi juga jangan culas mengambil ubat-ubatan yang disarankan doktor. 

Namun, jika ingin berikhtiar cara lain, penghidap darah tinggi juga boleh mengamalkan supplemen yang insyaAllah boleh membantu memperbaiki dan melancarkan saluran darah. 

Supplemen Vivix memang sangat baik dalam memperbaiki sel-sel yang rosak di dalam badan dan membantu melancarkan pengaliran darah. Memang sangat sesuai untuk pengidap tekanan darah tinggi untuk mengamalkannya. Nak makan pun senang, hanya sesudu teh setiap hari. Tak perlu telan tablet banyak-banyak :)

Jom kita tengok testimoni-testimoni pengidap tekanan darah tinggi yang alhamdulillah telah terkawal dengan pengambilan Vivix.








Anda berminat dengan Vivix? Boleh hubungi saya di 012-5538638. Saya boleh COD kan di kawasan Shah Alam, Subang Jaya, Petaling Jaya dan Klang. Jika anda nak beli online pun boleh... klik aje button order di bawah. 



Saya ada masukkan juga beberapa supplemen lain yang sesuai untuk diambil bagi menurunkan tekanan darah tinggi. Untuk ini, anda boleh menghubungi saya (012-5538628) untuk mendapatkan panduan pengambilan vitamin yang sesuai. Jangan malu-malu. Sebagai pelanggan saya, panduan yang diberikan adalah esklusif untuk anda seorang sahaja :) Sebab setiap orang adalah unik.

Saya doakan agar anda semua sentiasa sihat-sihat selalu... 

Terima kasih.

SID: 1112978 (boleh pakai ID saya jika anda walk-in ke Shaklee)
Tel: 012-5538628

Wake up call.. kerja makan gaji VS berbisnes

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Alhamdulillah di atas nikmat satu hari lagi kita bangun dalam keadaan yang baik dan sihat. Hari ni ku layankan video-video daripada Vimeo Ireach semasa National Conference Shaklee Sabtu lepas. Ireach ni group besar keluarga Shaklee kami.. :) Itula, buat bisnes bukan sorang-sorang.. Tapi kami ade group yang menyediakan pelbagai platform untuk maju dalam bisnes :)

Banyak sangat video inspirasi dalam Ireach tu... Salah satu daripadanya ialah perkongsian oleh Master Farihah... Allahuakhbar...Suatu wake up call untukku... Allah memberi ingatan kepadaku melalui video tersebut...

Bayangkanlah pembaca-pembaca sekalian, kehidupan normal kebanyakan daripada kita... Termasuklah diri saya sendiri... Dari pukul 9 pagi sehingga jam 6 petang, terikat dengan masa di pejabat. Ada sesetengah orang pula, mungkin sampai ke Maghrib, masih lagi di pejabat. Tak hairan kan... Sebab tu memang cara hidup sekarang... Anak-anak pula ditinggalkan di nursery atau bersama pengasuh atau pembantu rumah...

Kalau anak sihat, alhamdulillah.. Tapi kalau anak pun masih kecil... Baby lagi... Perlukan perhatian kita... Kemudian diuji dengan demam... Cuba cakap... Sanggup ke kita tinggalkan anak-anak untuk sebab cuti dah nak habis? Ataupun nanti bos pandang semacam? Nak taknak, kita apply cuti...

Masuk pula bab nak balik kampung,.. Raya dah dekat... Cuti dah sikit sebab dah banyak ambil cuti untuk anak... Ni nak jumpa orang tua kita yang telah dan masih lagi berpenat lelah untuk kita... Tu pun berkira juga nak cuti lama-lama... Takut nanti kena amik unpaid leave... Mahai ooo sehari kena potong.. Silap-silap mak ayah kita rajin turun KL sebab rindu kat cucu-cucu dia... Allahuakhbar... Selesa sangat ke hidup kita?

Kita terlupa ke... Masa kecik-kecik dulu, betapa mak ayah kita mengorbankan segala-galanya untuk kita... Yes, we are doing the same thing to our children.. But don't forget our parents... Pengorbanan mereka... Takkan mampu kita balas... Baliklah... Tak payah ingat berapa hari lagi cuti tinggal... Serahkan pada Allah sebab dia Maha Pemurah... Kita korbankan untuk mak ayah kita... Allah bagi lebih-lebih lagi...

Tula pentingnya kita menjalankan bisnes... Tapi nak jalankan bisnes dan dapatkan hasil yang baik, kenalah buat betul-betul bersama dengan disiplin yang tinggi... Bukan nak kata kerja makan gaji tak bagus... Semua tu rezeki yang Allah tentukan... Tapi... Kalau emergency ke... Kalau sesuatu terjadi, apa backup plan kita? Semoga kita dilindungi daripada perkara-perkara yang tidak diingini dan dapat bersama dengan keluarga apabila mereka memerlukan kita...


Sama-sama kita ambil iktibar daripada kisah Master Farihah ni ye... Video ni buka hati saya supaya berfikir balik apa yang kita lokek sangat dengan orang-orang yang kita sayangi... Panjang video ni.. Tapi berbaloi untuk menontonnya...


Master Farihah Speech National Conference 2016 from iReach HD on Vimeo.

Kalau anda nak tahu lebih lagi pasal Shaklee ni dan macam mana nak menjana pendapatan dengannya, jangan malu-malu untuk menghubungi saya di 012-5538628. Tak pun, kalau rasa nak try dulu makan supplemennya, boleh juga dapatkan daripada saya... Nak COD, saya boleh hantar ke area Shah Alam, Subang Jaya, PJ dan Klang :)

Semoga Allah memberkati kehidupan kita dan memudahkan perjalanan hidup ini :)

SID: 1112978 (boleh guna ID saya untuk beli direct dari Shaklee)
Tel: 012-5538628

Awas pengidap kencing manis yang selalu kebas kaki - kaki mungkin terpaksa dipotong

Assalamualaikum.... Salam sejahtera semua... Saya suka mendengar penerangan Dr. Safari Elis melalui page ZonKuliah ini. Penerangan yang sangat detail untuk kita semua.. Cuma dalam loghat utara la :) Kali ni, nak cerita pula pasal bahaya kebas kaki, terutamanya kepada pengidap kencing manis... 

Secara jujurnya, saya sebelum menonton video di bawah, tak tahu pun kenapa sesetengah orang yang mengidap kencing manis terpaksa dipotong kakinya... Setelah mendengar penerangan Dr. Safari Elis barulah saya tahu dan saya sharekan dengan anda semua ye...

Sesetengah orang yang mengidap kencing manis akan mengalami dua masalah utama iaitu:

  • Salur darah kaki tersumbat
  • Masalah saraf kaki

Di sini, akan ditekankan lebih lagi tentang masalah no. 1 iaitu salur darah di kaki tersumbat. Apabila kaki selalu terasa kebas-kebas, sesetengah orang mungkin takkan terfikir pun yang sebenarnya dia mengalami masalah dengan salur darah di kaki. 


Tanda-tanda salur darah kaki tersumbat:

  • Apabila berjalan jauh, kawasan betis terasa sakit. 
  • Semakin lama, jarak berjalan semakin kurang kerana kerap mengalami kesakitan di bahagian betis.
  • Hujung jari-jari kaki terasa sejuk seperti ais dan kebas
  • Hilang deria rasa di kaki.
  • Kulit mula kelihatan kehitam-hitaman
  • Boleh menjadi gengrene, suatu keadaan di mana kaki sudah mula membusuk dan rosak.
  • Akibatnya kaki harus dipotong.



Apabila sudah mendapati tanda-tanda di atas, pengidap kencing manis harus mengambil langkah lebih berjaga-jaga:

1. Mengurangkan risiko memijak benda-benda yang boleh menyebabkan mendapat luka di kaki yang boleh menyebabkan jangkitan kuman.

2. Apabila sedang dalam keadaan berbaring atau duduk, bangun secara perlahan-lahan. Jangan terus berjalan. Berdiri setempat selama beberapa saat untuk memastikan kestabilan diri untuk mengelakkan jatuh. Apabila sudah rasa stabil, baru berjalan. Point ini sangat penting untuk mengelakkan kecederaan yang lebih teruk pada tubuh badan.

3. Jangan berjalan di atas batu-batu refleksologi yang berada di taman-taman untuk memulihkan aliran darah, kerana dibimbangi kaki akan bertambah teruk. Di samping itu, kurangkan mendemah / bertungku kaki dengan batu yang panas kerana dikhuatiri, kaki akan melecur dan luka. 

Anda boleh dengar dengan lebih terperinci penerangan Dr. Safari Elis mengenai salur darah kaki yang tersumbat melalui video di bawah.




Sebaiknya, apabila telah disahkan mengidap kencing manis, cubalah berikhtiar untuk mengurangkan atau memulihkannya terus. Sampai bila nak bergantung kepada ubat-ubatan?  

Pemakanan memang harus dijaga. Selain daripada mengambil ubat-ubatan yang disarankan doktor, tidak salah untuk mengambil supplemen-supplemen lain yang membantu mengurangkan penyakit kencing manis ini. 

Sebagai contoh, Vivix. Cecair Vivix yang mengandungi kandungan resveratrol tinggi membantu dalam pemulihan sel dan melancarkan aliran darah. Tahukah anda, salur darah tersumbat disebabkan oleh sel-sel yang telah rosak?

InsyaAllah, pengambilan yang konsisten membantu memperbaiki sel-sel yang rosak, memberi tenaga kepada sel-sel di kaki, membantu memperbaiki luka. Di samping, membantu sistem badan untuk cakna dengan hormon yang mengawal kandungan gula di dalam darah. 

Di bawah disertakan beberapa testimoni hasil daripada pengambilan Vivix:




InsyaAllah, kita berikhtiar, yang menyembuhkannya tetap Allah. Bagi sesiapa yang berminat, boleh menghubungi saya di 012-5538628 untuk panduan pemakanan dan pembelian. Jika nak daftar sebagai ahli pun, lagi bagus kerana anda boleh menikmati harga yang lebih rendah.

Semoga entry kali ini bermanfaat.

Terima kasih.
SID: 1112978 (Boleh guna ID saya untuk pembelian di Shaklee)
Tel: 012-5538628

Dengkur suami yang isteri harus takuti

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Alhamdulillah.... Syukur dengan apa sahaja yang terjadi pada hari ini. Semoga kehidupan kita lebih baik.... Hari ni, nak share pasal dengkur.... Dengkur suami yang isteri harus takuti...



Heeee... Bukanlah cerita seram ke apa.. Cumanya nak cerita pasal dengkur yang mungkin berkait dengan masalah kesihatan yang lain.... Si isteri mesti sayang suami kan... Lagipun, isteri la yang paling tahu keadaan suami apabila suami sedang tidur... :)

Saya nak share satu video daripada page ZonKuliah. Dr. safari Elis menerangkan tentang orang-orang yang tidur berdengkur. Tolong perhatikan ciri-ciri berikut pada suami anda. (Sebenarnya, anda sebagai isteri, kalau suami tegur kuat berdengkur pun kena pi check juga tau).


  • Tidur berdengkur huuuhaaaahuuuhaaaa kemudian tiba-tiba senyap dalam seminit dua. Selepas itu, berlaku dengkuran yang kuat dan orang yang berdengkur tu pun terkejut dan terjaga... Kemudian sambung tidur...
  • Di siang hari, apabila bangun tidur, terasa badan penat dan macam nak tidur lagi.
  • Apabila duduk-duduk depan tv ke atau menunggu orang ke, boleh tertidur.
Dengan 3 tanda di atas ni, eloklah pergi check dengan pakar... Kemungkinan ini adalah tanda-tanda Obstructive Sleep Apnea (OSA) di mana, lidah telah menutup saluran pernafasan menyebabkan pernafasan terhenti semasa tidur. Tu yang bila berdengkur, tiba-tiba senyap, kemudian terkejut bersama dengkuran kuat....

Gejala sleep apnea ni sebenarnya menjejaskan kualiti tidur. Tu yang badan tidak mendapat rehat yang secukupnya dan menyebabkan badan penat dan mengantuk. 

Walaupun nampak macam alaaa takde apa la... Tapi gejala sleep apnea ini boleh menyebabkan risiko penyakit-penyakit lain seperti:
  • Tekanan darah tinggi
  • Sakit jantung
  • Stroke
  • Diabetes
  • Obesiti
  • Meningkatkan risiko kegagalan jantung kerana sleep apnea menyebabkan jantung kanan membengkak
  • Degupan jantung yang tidak konsisten
  • Meningkatkan risiko kemalangan kerana tertidur semasa bekerja atau memandu
  • Meninggal dalam tidur

Apabila anda hendak mendapatkan rawatan, pergilah berjumpa dengan doktor yang betul. Untuk masalah ini, berjumpalah dengan pakar ENT (Ear Nose Throat) atau Pakar paru-paru.




Penerangan Dr. Safari Elis mengenai Sleep Apnea


Minta dijauhkan semua jenis penyakit ini. Siapalah yang nak orang tersayang berisiko kepada penyakit-penyakit ni semua... Isteri yang sayang suami, jagalah pemakanan dan cara hidup, kerana dua perkara ini yang mendedahkan seseorang itu kepada pelbagai penyakit.


Apabila sihat, semua indah dan manis belaka. Apabila sakit, banyak perkara terpaksa difikirkan. Yang paling memeningkan kepala adalah masalah kewangan untuk perubatan. Sementara sihat, jaga kesihatan baik-baik. 

Dalam kehidupan sekarang ini, semua orang memerlukan pengambilan nutrisi yang mencukupi. Nak harap pada pemakanan aje, memang tidak mencukupi. Isteri-isteri boleh rujuk pengambilan nutrisi yang mencukupi untuk si suami di SINI. Kalau nak mudah, malas nak telan tablet, amik aje Vivix. Sesudu kecik aje setiap hari :)

Menjadi seorang wanita pun, tidak lari daripada memerlukan nutrisi. Wanita ni tunjang keluarga. Kalau sakit, habis kelam kabut dan tidak terurus seisi rumah... Berikut adalah keperluan nutrisi yang diperlukan oleh seorang wanita:
  • Sumber Protein
  • Multivitamin
  • Vitamin C
  • Vitamin B Complex
  • DHA dan EPA 
  • Sumber Kalsium 
Kami menyediakan pelbagai supplemen untuk keperluan seorang wanita. Semua supplemen ini memang penting untuk kesihatan seorang wanita. Supplemen-supplemennya ialah:
  • ESP yang merupakan sumber protein yang penting untuk tubuh manusia.
  • Vitalea iaitu multivitamin yang tertua di dunia yang melengkapi keperluan nutrisi asas.
  • Sustained Release Vita-C Plus yang memang menjadi sumber penggantian kolagen yang hilang daripada badan untuk kesihatan imun dan sendi.
  • Vitamin B Complex untuk kesihatan rambut dan kuku serta pertumbuhan.
  • Omega Guard iaitu sumber DHA dan EPA untuk kesihatan tekanan darah dan jantung.
  • Ostematrix untuk keperluan kalsium yang sangat penting untuk wanita.
  • Vivix untuk keremajaan diri seorang wanita. Senang untuk awet muda la :)
Anda boleh membeli supplemen-supplemen ini secara online dengan mengklik butang Order di bawah:

Pembelian begini melayakkan anda mendapat keahlian Shaklee secara percuma. Jadi, hubungi saya untuk pembelian secara COD di sekitar Shah Alam, Petaling Jaya dan Klang atau pos serta urusan pendaftaran keahlian di 012-5538628.

Semoga entri ini bermanfaat dan dapat membantu anda dalam menjadi sihat, bahagia dan gembira :)

Terima kasih.
Diana
Hearty . Love . Healthy
SID: 1112978 (Boleh guna ID ini jika anda beli terus di Shaklee)
Tel: 012-5538628

Rujukan:

http://www.nhlbi.nih.gov/health/health-topics/topics/sleepapnea

http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/sleep-apnea/basics/definition/con-20020286