Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Salam Jumaat yang berkat.. Jumaat terakhir di bulan Syaaban dan Jumaat sebelum bermulanya Ramadhan. Alhamdulillah, semoga Allah sampaikan kita ke Ramadhan yang akan datang dalam masa 3 hari lagi...
Semua orang dah bersedia ke nak menghadapi Ramadhan kali ini? Semoga kita semua bersedia supaya kedatangan Ramadhan dimanfaatkan sepenuhnya dan perginya Ramadhan nanti tidak disia-siakan :)
Poster daripada website LangitIlahi, credit to SisFaeez
Jom kita tengok apa yang kita boleh lakukan untuk menyediakan diri dalam menyambut Ramadhan.
- Dalam bulan Syaaban ini, mesti ramai yang dah mula berpuasa sunat Syaaban kan... Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya takdelah badan terkejut sangat semasa Ramadhan nanti :)
- Mendirikan solat di satu per tiga malam. Memandangkan semasa Ramadhan kita sangat-sangat digalakkan bersahur, maka latihla diri untuk bangun dalam pukul 4 atau 5 pagi. Mulakan dengan bertahajud, solat taubat dan solat hajat.
- Dalam kehidupan kini yang sangat rushing, boleh ambil masa semasa bangun di satu per tiga malam untuk membaca dan mendalami al-Quran juga sementara menunggu masuknya waktu Subuh :)
- Jika ditanya kepada yang sudah pergi, amalan apa yang ingin mereka lakukan jika dapat kembali ke dunia, semestinya mereka akan menjawab bersedekah atau menginfaqkan harta mereka ke jalan kebaikan. Kerana amalan ini akan berkekalan sehingga ke alam barzakh. Jadikan amalan bersedekah atau berinfaq ini suatu kebiasaan dalam kehidupan. Tidak akan jatuh miskin orang yang bersedekah atau berinfaq.
- Berusaha untuk solat di awal waktu. Itu yang terbaik.
- Berdoalah dengan bersungguh-sungguh tidak mengira waktu. Jika hati berasa tidak sedap, jangan tunggu lepas solat untuk berdoa... Doa aje pada waktu tersebut. Tapi biarlah dengan adab ye.. Jangan doa dalam tandas pula. Selain itu, ketahui juga waktu-waktu terbaik untuk berdoa, contohnya semasa hujan lebat, di satu per tiga malam, doa pada hari Jumaat dan sebagainya.
- Kawal pemakanan... Ni sangat-sangat penting. Jangan sebab nanti bulan Ramadhan, tak boleh makan, kita bantai makan sampai melampau-lampau pula. Sebenarnya bulan Ramadhan ni sangat baik untuk memperbaiki kesihatan kita, merehatkan organ dalaman daripada bekerja teruk sepanjang tahun. Jangan bebankan tubuh kita dengan makan tidak terkawal semasa berbuka... Eat clean dan berhenti sebelum kenyang :)
- Semasa Ramadhan, setiap saat itu adalah anugerah. Apa sahaja kebaikan yang kita lakukan akan mendapat ganjaran yang besar. Jadi belajar memanfaatkan setiap saat dengan melakukan perkara-perkara yang berfaedah.
- Untuk memantapkan lagi persediaan Ramadhan kita, banyakkan membaca dan mendalami ilmu-ilmu yang berkaitan dengan Ramadhan, supaya kita faham hikmah Ramadhan yang Allah kurniakan kepada hamba-hambaNya :)
- Akhir sekali, tolong kawal tidur anda. Sekarang ni mulakan dengan tidur yang agak-agak. Jangan hentam tidur satu hari especially waktu hujung minggu. Mentang-mentang tak boleh makan, nak elak perut lapar, layan tidur sampai nak berbuka... Haishhhh....
Saya tahu, kaum Adam ni, awal-awal Ramadhan, nak start enjin ni susah betul.. Para isteri, berikan galakan dan dorongan.. Haha.. Macam mana caranya? Senang aje...
A must have at home sebagai persediaan Ramadhan:
- Cinch Energy Tea Mix - Teh ni wajib ada. Menghilangkan rasa mengantuk dan membuat lebih bertenaga untuk menghadapi hari. A must have during Ramadhan!
- Performance Drink (Orange) - Yang ni, dicampur pula dengan Cinch Energy Tea Mix, memang superb. Performance Drink ni, membantu mengurangkan rasa haus dan membantu mengekalkan tenaga.
- ESP dan Mealshakes - Sangat bagus bagi sesiapa yang takde idea nak bersahur apa. Gabungan ESP, Mealshakes dan Performance Drink akan membantu dalam memberi tenaga untuk memenuhi keperluan nutrisi badan. Selain itu, minuman ini melepaskan secara perlahan-lahan (indeks glisemik yang rendah) membantu mengurangkan rasa lapar. Nikmati satu hari penuh yang lebih bertenaga dan sihat!
Jangan ragu-ragu lagi. Lagi 3 hari kita nak berpuasa kan... Dapatkan set ini dengan segera. Anda boleh dapatkan dengan menghubungi saya di 012-5538628. Saya juga boleh COD di Shah Alam, Subang Jaya, Petaling Jaya dan Klang.
Kalau nak beli secara online pun boleh. Klik aje butang order di bawah:
Semoga entry ini memberi manfaat kepada semua pembaca. Saya doakan agar semuanya sihat bertenaga semasa Ramadhan nanti. Segala salah dan silap, saya memohon ampun dan maaf.
Terima kasih.
SID: 1112978 (boleh guna ID saya jika walk-in ke Shaklee)
Tel: 012-5538628
0 Komentar