Masker Yogurt dan ESP untuk melembap dan melembutkan kulit wajah

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Wahhhh kita dah hampir kepada 10 hari terakhir Ramadhan. Syawal bakal menjelma.... Mesti ramai yang mula menelek muka di cermin... Nak kelihatan anggun bersri-seri di hari raya kan :)

Hari ini, nak share cara-cara membuat masker untuk melembap dan melembutkan kulit wajah dengan menggunakan natural yogurt dan ESP. Jadi sesiapa yang ada natural yogurt, kalau dah expired, jangan dibuang, boleh buat masker tau. 

Satu lagi ramuan ialah menggunakan ESP. Haaa... Selain daripada bagus untuk diminum, kita boleh juga menggunakan sedikit ESP untuk membuat masker. Kandungan nutrisi ESP sangat bagus untuk badan dan sangat bagus untuk kulit yang cantik.

Ok, jom kita tengok cara-caranya:



Langkah 1:

Ambil sesudu teh yogurt natural. Tak perlu banyak-banyak pun.

Langkah 2:
Ambil setengah sudu teh ESP. Sikit aje.

Langkah 3:
Gaulkan yogurt dan ESP. Jika ada lemon, titiskan beberapa titis jus lemon ke dalam adunan tersebut... Selepas itu, lumurkan pada wajah. Elakkan bahagian mata dan biarkan sehingga kering, lebih kurang dalam 15-30 minit.

Langkah 4:
Cucilah wajah dengan air suam, kemudian gunakan pencuci muka Nutriwhite. Tak perlu banyak-banyak pencuci muka Nutriwhite sebab setengah cm pun dah berbuih dan terasa banyak (tu yang boleh tahan sampai setahun). Bilaskan wajah anda sehingga bersih dengan air suam.

Selepas itu, bilaskan wajah dengan air biasa untuk membantu menutup liang-liang pori yang telah terbuka semasa membilas dengan air suam tadi.

Amalkan selang sehari, insyaAllah akan terasa dan kelihatan perbezaannya. Kulit muka akan lebih lembut, tidak kering, membantu menghilangkan cela di wajah, mengurangkan masalah jeragat dan mencerahkan kulit.


Siapa nak beli ESP dan Nutriwhite, boleh dapatkan daripada saya di 012-5538628.... Masih ada masa nak kelihatan cantik. Amalkan masker ini.. :) Senang, tak payah susah-susah nak beli masker di luar sana. ESP tu dah ramuan semulajadi tau. Jadi tak perlu risau dengan kandungan bahan kimia yang tidak diingini.

Pada masa yang sama, jangan abaikan Ramadhan yang semakin menghampiri penghujungnya... Manfaatkan segala kebaikan yang Allah kurniakan dalam bulan Ramadhan ini. Semoga kita beroleh satu malam yang kebaikannya seperti 1000 bulan :)

SID: 1112978
Tel: 012-5538628
Previous
Next Post »
0 Komentar