Bahaya bayi jatuh katil

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.... Hari ni nak tulis mengenai bahaya bayi jatuh katil. Saya rasa ramai juga ibu bapa yang menghadapi kes ini dan berasa sangat risau. Ye laaa bayi di bawah umur setahun.... Speechless kalau perkara ini terjadi. Nak menangis melolong pun tak berguna sebab benda dah jadi...



Ikut pengalaman saya dengan dua orang anak ini, nampaknya kes baby jatuh katil ni... Ishhhh asyik jadi aje... Yang sulung masa dalam 4 bulan lebih kot (tak ingat dah berapa bulan). Yang kedua ni pun, sama juga.. Cuma dah 7 bulan gitu... Haishhhhh.... Tapi yang kedua ni, jatuh sampai 4 kali dah setakat ni.. huargghhhhh.... :,(

Pengalaman anak pertama, terus kami bawa ke klinik. Kat klinik, doktor check pergerakan mata, daripada kiri ke kanan, kanan ke kiri, tengok anak ada melihat tak pergerakan jari tersebut. Selain itu, doktor melihat keadaan anak sama ada aktif atau tidak, serta check keadaan fizikal anak macam pegang tangan, bahu, kakinya untuk mengesan sebarang patah tulang atau kebengkakan. Alhamdulillah, anak first ok. Cuma berdarah hidung sikit sebab jatuh face down rasanya. Doktor cuma pesan supaya pantau anak jika anak ada muntah-muntah.

Untuk anak kedua, terjadi semasa dia batuk-batuk dan berguling-guling atas katil. Ikut rasa sesal, memang sesal sangat sebab tak tengok betul-betul. Kali ni, memang dah plan nak ke klinik. Maka kami tanyakan sekali doktor mengenai kes jatuh katil tu.

Nampaknya doktor tak bimbang pun apabila melihat baby masih aktif, sibuk nak pegang itu dan ini. Tapi doktor ada terangkan untuk kami observe perkara-perkara berikut:

Apabila jatuh, dua perkara utama yang harus dirisaukan.

1. Concussion (gegaran otak)
Kesan daripada concussion akan menyebabkan baby kelihatan lain daripada biasa, seperti lemah, tidak aktif, mengalami muntah-muntah yang berterusan. Jika terjadi, apa yang dirisaukan ialah berlaku pendarahan dalaman terutamanya pada bahagian kepala. Ibu bapa, pastikan segera membawa anak ke hospital. Jika tidak nampak kesan ketara, pantau keadaan anak dalam masa 24 hingga 48 jam.

2. Kecederaan fizikal pada badan
Yang dirisaukan jika ada berlaku patah tulang pada mana-mana bahagian tubuh bayi. 

Yang penting, ibu bapa jangan cepat panik. Bukan nak kata tak bahaya bayi jatuh daripada katil. Bawa bayi untuk pemeriksaan yang lebih teliti. Namun, pada masa yang sama, ibu bapa boleh observe keadaan bayi. Instinct keibuan sangat kuat. Jadi, kalau rasa tak sedap hati, bawalah bayi berjumpa dengan pakar perubatan.

Semoga Allah lindungi anak-anak kita sentiasa, di mana jua mereka berada :)

Kedai vitamin Shaklee saya sentiasa dibuka... Nak dapatkan vitamin untuk anak-anak, bolehlah dapatkan vitamin-vitamin berikut dengan menghubungi 012-5538628:
  • Vitalea for kids iaitu multivitamin untuk kanak-kanak.
  • Chewable vita-C, iaitu vitamin C yang membantu mempertingkatkan sistem imun kanak-kanak.
  • Meal shakes, iaitu bancuhan susu berasaskan soya berperisa vanilla yang sangat sedap, mengandungi 19 jenis vitamin dan mineral, membantu tumbesaran anak-anak, mengurangkan masalah sembelit dan membantu meningkatkan selera makan.
  • Omega Guard, membantu mengurangkan masalah batuk-batuk dan selsema kanak-kanak, meningkatkan sistem pertahanan badan serta mengurangkan masalah radang.


Terima kasih.

SID: 1112978 (boleh guna ID ni untuk pembelian di Shaklee)
Tel: 012-5538628


Rujukan:


Previous
Next Post »
1 Komentar
avatar

Tq info nya.. Alhamdulillah.. Blogwalking dr www.errakyra.com

Balas