Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Hari ni nak share pasal masalah sembelit pada kanak-kanak. Baru-baru ini, saya melihat sendiri bayi saya meneran dan kelihatan tidak selesa serta menangis semasa membuang air besar kerana pada hari sebelum itu, langsung tidak membuang air besar.
Kasihan sangat apabila masalah sembelit pada kanak-kanak ini berlarutan kerana najis yang keras akan menyebabkan kesakitan, tak sedap perut dan melukakan di tempat keluar najis anak-anak.
Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada masalah sembelit pada kanak-kanak. Antaranya ialah:
- Penggunaan susu formula yang tidak sesuai. Susu formula lebih sukar dihadamkan berbanding susu ibu.
- Bayi telah mula makan makanan solid. Ada sesetengah makanan yang menyebabkan sembelit seperti pisang (bergantung pada bayi). Banyakkan pemberian air kepada bayi.
- Kanak-kanak yang sedang mengalami demam, selsema, batuk atau masalah kesihatan yang lain yang menyebabkan kurang selera untuk makan dan minum. Kesannya, badan kekurangan air dan mungkin menyebabkan kesukaran untuk membuang air besar.
- Kecacatan semasa lahir yang menyebabkan kesukaran untuk membuang air besar, seperti masalah Hirschprung's Disease, Anorectal malformation dan sebagainya yang memerlukan pemerhatian pakar perubatan untuk tindakan lanjut.
Jika keadaan sembelit anak-anak tidak begitu kronik, maka ibu bapa boleh berikhtiar dengan beberapa cara.
1. Bagi bayi berusia kurang daripada 6 bulan, apabila kelihatan seperti bayi sukar membuang air besar atau meneran, dalam keadaan bayi berbaring, angkat kedua-dua kakinya dan gerakkan kaki bayi seolah-olah bayi sedang mengayuh basikal.
2. Bagi bayi yang berusia 6 bulan ke atas, galakkan pemberian makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi serat (puree based) dan elakkan makanan yang menyebabkan sembelit. Serta galakkan bayi minum air kosong dalam kuantiti yang bersesuaian.
Sebenarnya, pemakanan kanak-kanak adalah penting. Selain minum susu, jaga pemakanan solid mereka agar sentiasa mempunyai kandungan yang tinggi serat.
Anda juga boleh mendapatkan makanan tambahan seperti Mealshakes daripada Shaklee yang mempunyai 19 jenis vitamin dan mineral yang membantu dalam memberi nutrisi yang berkualiti, meningkatkan selera makan serta membantu mengurangkan masalah sembelit pada kanak-kanak.
Jom saya share pengalaman-pengalaman ibu-ibu yang sangat happy apabila anak tidak lagi perlu melalui pengalaman yang perit semasa membuang air besar.
Anak sihat, dapat nutrisi yang mencukupi, selera makan bertambah, sembelit pun dah takde, ibu happy :)
Jom dapatkan Meal Shakes. Hari ni dah 29 June 2016. Esok adalah hari terakhir promosi beli 3 percuma 1 untuk Meal Shakes. Dapatkan segera untuk penjimatan yang best. Hubungi 012-5538628.
Semoga anak-anak kita semua sihat, cergas, cerdas, gembira dan bahagia sepanjang proses mereka membesar :)
SID: 1112978 (Boleh pakai ID saya untuk beli direct di branch Shaklee)
Tel: 012-5538628
0 Komentar