Assalamualaikum dan salam sejahtera... Entri hari ni adalah tanda-tanda serangan jantung dan adalah sambungan daripada entri semalam mengenali golongan yang berisiko tinggi terkena serangan jantung.
Entri ini saya petik daripada video Dr. Safari Elis, seorang pakar jantung di Pulau Pinang. Menurut beliau, terdapat beberapa tanda serangan jantung yang mungkin kita tidak sedari.
Antara tanda-tanda tersebut ialah:
1. Sakit perut seperti mengalami gastrik dan terasa pedih di ulu hati. Ramai yang tersalah dan menganggap ia adalah tanda-tanda gastrik atau angin kerana lokasi sakitnya di bawah dada dan di kawasan atas perut.
Untuk simptom atau tanda-tanda ini, untuk memastikan lagi kita tak tersalah diagnos:
a. Check balik adakah orang itu menjaga pemakanan. Contohnya waktu makan tidak lewat, makan mencukupi dan sebagainya. Jika ada gangguan dalam pemakanan, mungkin memang gastrik.
b. Sebelum terjadi sakit tersebut, adakah orang tersebut tengah kelam kabut atau rushing dalam menyiapkan sesuatu. Jika ya, mungkin orang itu sedang mengalami serangan jantung.
2. Sakit dada. Seluruh bahagian dada terasa seolah-seolah dihimpit dengan benda berat. Sukar bernafas. Kalau sakit hanya sebahagian kecil dada, insyaAllah tu bukan tanda-tanda sakit jantung.
3. Sakit dagu. Mungkin disalah anggap dengan sakit gigi. Jika dah check gigi semua ok, sila check jantung. Buat ECG.
4. Rasa seperti sesuatu tersekat di kerongkong. Minum air pun tak hilang. Apabila rehat sekejap, sakit tersebut hilang dengan sendirinya... Kemudian datang balik tanda-tanda tersebut.
5. Sakit tengkuk. Rasa tak selesa di bahagian belakang tengkuk. Segeralah dapatkan pemeriksaan.
6. Sakit pada bahagian bahu yang tidak dapat dipastikan sebabnya.
Kebanyakan pesakit akan mengalami peluh yang teruk apabila mengalami serangan jantung. Dalam sesetengah keadaan, pesakit mungkin akan muntah.
Apabila mengalami 6 tanda-tanda di atas, segeralah mendapatkan pemeriksaan yang lebih teliti dengan membuat ECG untuk melihat keadaan jantung. Jika sihat, alhamdulillah. Tak rugi kalau pemeriksaan dengan teliti dijalankan. Sekurang-kurangnya, kita takkan tertanya-tanya lagi apa yang sebenarnya dialami oleh badan kita.
Bagi yang diuji dengan sakit jantung, jangan berputus asa. Setiap penyakit ada ikhtiarnya.
Cara-cara untuk mengurangkan risiko mendapat serangan jantung:
- JAGA PEMAKANAN - Definisi menjaga pemakanan ini sangat besar... Macam mana nak jaga pemakanan? Amalkan makanan yang tinggi serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Pilih daging putih seperti ayam dan ikan berbanding daging. Di samping itu, KURANGKAN pengambilan gula dan garam, dengan mengurangkan pengambilan air manis dan kurangkan makan makanan segera yang sangat tinggi garam dan ajinomoto. Selain itu, makanan yang berminyak dan berlemak juga haruslah dikawal.
- Bersenam secara konsisten kerana pergerakan membantu melancarkan perjalanan darah, memudahkan pembuangan air besar serta toksin dan meningkat metabolisme badan.
- Berhenti merokok kerana merokok mempercepatkan lagi pemendapan lemak di dalam badan dan menurunkan metabolisme.
Selain itu, boleh juga amalkan supplemen Vivix yang membantu melancarkan kembali pengaliran darah di dalam badan dengan membantu menyahkan salur darah yang tersekat, memperbaiki sel-sel yang rosak di dalam badan, dan mengurangkan paras kolesterol di dalam darah.
Pengambilan Vivix juga mudah kerana Vivix didatangkan dalam bentuk cecair. Tidak perlu menelan dalam bentuk tablet. Sangat sesuai bagi golongan warga emas yang sudah tidak berdaya nak menelan ubat-ubatan atau supplemen dalam bentuk tablet.
Jika berminat dengan Vivix, hubungi saya di 012-5538628. Saya juga boleh COD di kawasan Shah Alam, Subang Jaya, Petaling Jaya dan Klang.
Nak beli secara online? Boleh, klik butang di bawah dan ikut arahan yang dinyatakan :)
Sayangi jantung kita. Jagalah kesihatan :)
SID: 1112978
Tel: 012-5538628
0 Komentar