Assalamualaikum dan salam Jumaat. Alhamdulillah, semoga kita mendapat keberkatan dan kebaikan pada petang Jumaat ini. Hari ni nak share tips untuk mengurangkan masalah silau atau astigmatisme. Rata-rata ramai yang memakai cermin mata pada hari ini, juga mengalami masalah silau atau astigmatisme yang teruk.
Macam mana nak tahu anda mengalami masalah astigmatisme atau masalah silau ialah, semasa anda memandu pada malam hari, cahaya lampu jalan kelihatan berbalam-balam atau pecah. Tidak fokus. Cahayanya mengembang. Haaa itu antara tanda-tanda astigmatisme.
Satu lagi, kalau anda pergi check mata di kedai cermin mata, apabila anda pakai spek yang menggunakan kanta-kanta yang berbeza, untuk menentukan power anda, anda akan nampak huruf-huruf yang dipaparkan menjadi berganda-ganda atau double vision. Haaa itu adalah tanda astigmatisme.
Apakah yang menyebabkan punca astigmatisme atau silau?
1. Permukaan kornea yang tidak sekata atau beralun menyebabkan imej yang terbentuk lebih daripada satu titik fokus.
2. Kecederaan yang pernah terjadi ke atas kornea
3. Kornea pernah mengalami masalah mata seperti ketumbit
4. Mengidapi kencing manis di mana kandungan gula yang berlebihan mengubah bentuk kanta mata.
5. Selalu melihat telefon dalam cahaya yang samar atau kelam.
6. Keturunan yang mengalami masalah silau / astigmatisme.
Tips untuk mengurangkan masalah silau atau astigmatisme ini:
1. Jangan memandang skrin PC / Laptop / telefon bimbit terlalu lama. Alihkan pandangan anda dan lihat suatu yang jauh atau suatu yang berwarna hijau dan menenangkan.
2. Elakkan membaca buku dalam keadaan cahaya yang samar yang tidak cukup cahaya.
3. Selalu melihat kecantikan alam semulajadi. Selain baik untuk mata, baik juga untuk menenangkan fikiran anda.
4. Makan makanan yang kaya dengan nutrisi vitamin A.
5. Pakai spek mata yang sesuai untuk membantu mengurangkan masalah astigmatisme.
6. Terdapat juga contact lense yang sesuai untuk membantu mengurangkan masalah astigmatisme ini.
7. Menjalani pembedahan kornea jika masalah silau / astigmatisme terlalu kronik.
Namun, anda juga boleh berikhtiar dengan Carotomax keluaran Shaklee yang sangat baik untuk mengurangkan masalah astigmatisme serta masalah rabun.
Boleh tengok beberapa testimoni berkenaan dengan Carotomax.
Untuk mendapatkan Carotomax, hubungi 012-5538628. InsyaAllah. Ramai sudah yang merasai kebaikan vitamin ini.
Saya boleh COD di area Shah Alam, Subang Jaya, Petaling Jaya dan Klang.
Terima kasih.
Diana
Hearty . Love . Healthy
SID: 1112978
Tel: 012-5538628
Untuk mendapatkan Carotomax, hubungi 012-5538628. InsyaAllah. Ramai sudah yang merasai kebaikan vitamin ini.
Saya boleh COD di area Shah Alam, Subang Jaya, Petaling Jaya dan Klang.
Terima kasih.
Diana
Hearty . Love . Healthy
SID: 1112978
Tel: 012-5538628
Rujukan:
0 Komentar