6 langkah mengurangkan croup cough pada bayi

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Hari ni disebabkan si kecik di rumah terkena batuk croup, sama-samalah saya kongsikan cara-cara mengurangkan batuk croup atau croup cough pada bayi.

Croup cough atau batuk croup ni macam mana? Heeee kalau saya, bahasa saya sendiri, saya sebut batuk kokong... Tapi mudah sangatlah nak cam batuk croup ni... Batuknya bunyi seperti anjing menyalak.... Kalau term mat saleh, disebut barking cough. Haaaa.. kalau dengar mesti tahu... Batuk yang kasar lah bunyinye..

Apabila mendengar bayi batuk begini, memang kesian sangat. Kalau baby tengah tidur, tiba-tiba batuk begini, selalunya dia akan terjaga. Dalam kes saya, baby memang mengantuk... tapi setiap kali dia terbatuk, pasti terjaga dan menangis... Malam pertama terkena tu, memang tak berapa tidur sangat. Sebab batuk croup ni akan lebih teruk pada malam pertama dan kedua. 

Apabila dibawa ke klinik, doktor cakap, batuk croup ini menyebabkan kebengkakan pada salur tekak yang berhampiran dengan paru-paru. Di bahagian itu juga terdapat peti suara bayi. Oleh itu, bengkak tersebut telah menyebabkan gangguan pada suara bayi dan batuk tersebut kedengaran kasar. 



Kebanyakan punca batuk croup adalah disebabkan oleh jangkita virus atau viral infection. Bayi yang terkena batuk ini juga selalunya akan demam. Tapi demam yang tidak terlalu tinggi. Biasanya batuk ini terjadi disebabkan oleh cuaca yang agak dingin dan kering. Kalau kat rumah tu buka aircond tanpa henti dan bayi sejuk, kemungkinan akan menyebabkan batuk croup ini. 

Rawatan bagi batuk croup ini adalah dengan memberi steroid, sama ada melalui nebuliser (gas) atau pun pengambilan melalui ubat. Namun, doktor tidak menggalakkan pemberian steroid ini, melainkan keadaan bayi itu teruk. 

Teruk macam mana? Jika batuk croup yang mild, atau tak teruk sangat, walaupun batuk tapi ia tidak menghalang salur pernafasan bayi. Bayi boleh bernafas secara normal walaupun berbunyi.

Tapi bagi yang peringkat pertengahan atau teruk, bayi akan mengalami kesukaran untuk bernafas. Boleh dilihat bayi sangat susah untuk menarik nafas, taknak berbaring dan nak duduk untuk memudahkan bernafas. Untuk ini, doktor mungkin akan mencadangkan kemasukan ke wad untuk pemerhatian dan rawatan.

Bagi kes yang mild, ibu dan ayah boleh melakukan perkara-perkara berikut untuk mengurangkan croup cough pada bayi:

1. Apabila baby sedang tidur dan batuk... Kemungkinan bayi akan bangun, duduk dan menangis. Tenangkan bayi, letak bayi dalam keadaan mengiring dan tepuk-tepuk dia. 

2. Pegang bayi dalam pangkuan dalam keadaan duduk semasa bayi tidur. Jadi apabila bayi batuk, posisi tersebut dapat mengurang rasa tidak selesa berbanding posisi berbaring terlentang.

3. Wapkan bilik anda. Keadaan pendingin udara akan mengeringkan bilik. Oleh itu, kurangkan penggunaan aircond dan pasangkan air purifier yang melembapkan udara (kalau ada).

4. Anda boleh juga wapkan bilik air dengan membuka water heater air suam. Lama kelamaan akan berwap kan bilik air. Bawa baby duduk di dalam bilik air atau mandikan dia dalam keadaan berwap tersebut.

5. Bawa baby menikmati udara luar pada malam hari dalam 15-20 minit. Boleh duduk di luar atau jalan-jalan dengan menaiki kereta dalam keadaan tingkap diturunkan. Sedikit sebanyak akan melegakan masalah croup cough bayi.

6. Kawal demam bayi. Jangan biarkan demam bayi tidak dirawat. Berikan paracetamol untuk bayi mengikut dos yang disarankan oleh doktor.

Bagi bayi yang berumur setahun ke atas, ibu-ibu boleh cuba campurkan sedikit minyak ikan Omega Guard ke dalam susu atau makanan bayi untuk membantu mengurangkan kebengkakan pada salur pernafasan bayi.

Di samping itu, ibu-ibu yang menyusu, tingkatkan pengambilan vitamin C semulajadi (Shaklee ada vitamin C semulajadi yang sangat bagus), amalkan Nutriferon untuk meningkatkan sistem pertahanan badan serta Omega Guard supaya khasiatnya dapat disalurkan kepada bayi melalui susu ibu untuk meningkatkan sistem imun dan melawan jangkitan virus tersebut. 

Kalau berminat nak dapatkan Omega Guard, Nutriferon dan vitamin C, boleh hubungi saya di 012-5538628. Jangkitan virus ni, ubatnya hanyalah dengan mempertingkat dan menguatkan sistem pertahanan badan. Semoga anak-anak kita sihat-sihat selalu. Amiiinnn :)

SID: 1112978
Tel: 012-5538628


Rujukan:



Previous
Next Post »
0 Komentar