Tips Untuk Ajar Bayi Mudah Tidur Malam

Ramai ibu-ibu yang baru bersalin terutamanya yang bersalin anak pertama akan mengalami sedikit kejutan apabila bayi yang baru lahir selalunya akan tidur dengan nyenyak di siang hari tapi tidak di malam hari. Heee.. kadangkala situasi ini akan membawa kepada kemurungan dan stress kepada si ibu.

Rasanya situasi ini terjadi kepada semua ibu-ibu. Adalah penting untuk ibu-ibu yang tengah menantikan kelahiran cahaya mata pertama memahami situasi ini dan bersedia daripada segi mental dan fizikal. Ini disebabkan jika ibu stres atau tertekan selepas melahirkan anak ditambah lagi jika mengalami masalah susu masih belum keluar atau merasakan susu sikit, maka psikologi seorang ibu itu akan benar-benar terganggu. 

Bayi yang baru lahir, tidak dapat membezakan antara siang dan malam. Mereka akan bebas berjaga dan tidur tidak mengira masa. Oleh itu, untuk membantu bayi memahami perbezaan waktu itu, maka ibu bapa terutamanya dan orang-orang yang berada di samping keluarga tersebut harus memainkan peranan yang penting.




Tips untuk membantu bayi tidur malam
  • Kenalpasti tanda-tanda bayi mengantuk. Antara tanda-tandanya ialah bayi mula menguap, mengenyeh mata, menarik telinga dan sebagainya. Apabila tanda-tanda itu sudah dikenalpasti, pastikan anda membawa bayi masuk ke bilik tidur. Jika tanda-tanda ini terlepas, maka bayi akan keletihan dan sukar untuk tidur selepas itu. Maka waktu tidurnya akan terganggu.
  • Bayi akan mula dapat membezakan antara waktu siang dan malam apabila umurnya memasuki lebih kurang 4 minggu. Oleh itu, apabila tanda-tanda bayi mengantuk sudah dikenalpasti, maka pastikan si ibu atau ayah membawa bayi masuk ke bilik yang bercahaya suram atau gelap dan memastikan keadaan sekeliling yang senyap. Apabila waktu siang pula, dedahkan bayi dengan hiruk pikuk orang memasak, bercakap, bunyi kanak-kanak bermain dan sebagainya.
  • Ajar bayi untuk tidur sendiri. Diakui sebenarnya sukar untuk mengawal perkara ini kerana ada masa-masanya ibu-ibu memang hendak mengajar bayi untuk tidur sendiri namun ada ahli keluarga yang meriba dan mendodoi dan menjadikan perkara itu sebagai suatu kebiasaan menyebabkan bayi tidak mahu diletak di atas tilam. Akhirnya ibu-ibu terpaksa bertahan dengan perkara ini. Walau bagaimanapun, jika anda berjaya membiasakan bayi tidur sendiri, tahniah diucapkan. Pastikan anda tidak mengajar bayi tidur dalam keadaan menyusu atau didodoi, kerana kebiasaan itu akan menjadi sukar dihentikan apabila usia bayi semakin bertambah.
  • Biasakan bayi dengan rutin tidur siang dan malam dengan konsisten. Bayi yang berumur 0 - 3 bulan selalunya akan bangun malam sekurang-kurangnya 2 kali untuk menyusu. Jadi pastikan anda menetapkan waktu tidurnya dengan konsisten. Bayi akan dapat dilatih seawal 6 minggu. Perkara ini boleh dilakukan dengan meletakkan bayi di atas katil atau tilamnya apabila tiba waktu tidur. Dengan itu, bayi akan memahami dan lama-kelamaan bayi akan tertidur dengan sendiri. Oleh itu, untuk memudahkan lagi usaha anda, pastikan anda membezakan antara tempat tidur untuk berjaga dan tilam untuk tidur. Di samping itu, memandangkan kebanyakan bayi selalunya memerlukan anda untuk berada di sisi, maka biasakan bayi dengan meletakkan barang-barang kesukaannya seperti bantal atau soft toy.
Terdapat banyak lagi cara-cara untuk menjayakan proses ini. Yang penting, lengkapkan diri anda dengan ilmu. Selain daripada mendapatkan maklumat daripada Internet, biasakan diri membaca buku-buku yang berkenaan.

Di samping itu, pastikan diri anda berada dalam keadaan bertenaga dan stabil mental dan fizikal selepas proses kelahiran. Perkara ini akan membantu anda menjalani hari-hari dengan lebih positif dan bersedia dengan apa jua keadaan yang mendatang.

Set Bersalin Shaklee terdiri daripada dua iaitu Set Bersalin Premium Shaklee dan Set Bersalin Asas Shaklee. Kedua-duanya sangat baik diamalkan. Set Bersalin Premium Shaklee membantu ibu-ibu dalam usaha penyusuan bayi di mana ia memberikan tenaga dan juga membantu dalam usaha penyusuan bayi.

Set Bersalin Asas Shaklee lebih ringkas dan membantu usaha pemulihan ibu-ibu selepas bersalin. Set Bersalin Asas Shaklee terdiri daripada:
- Vita-Lea (120 biji, RM88.75)
- B Complex (120 biji, RM53.75)
- Sustained Release Vita C (180 biji, RM92.50)
- Zinc Complex (120 biji, RM33.75)

Harga Set Bersalin Asas Shaklee - RM268.75

Set Bersalin Premium Shaklee terdiri daripada:
- Vita-Lea (120 biji, RM88.75)
- B Complex (120 biji, RM53.75)
- Sustained Release Vita C (180 biji, RM92.50)
- Zinc Complex (120 biji, RM33.75)
- OsteMatrix (120 biji, RM61.00)
- ESP (850g, RM150.00)

Harga Set Bersalin Premium Shaklee - RM479.75




Anda sedang menantikan kelahiran cahaya mata dan ingin menggunakan Set Bersalin Shaklee? Hubungi saya segera untuk pembelian dan konsultasi yang lebih terperinci. Mohon sokongan anda untuk Like saya dalam Facebook - Hearty.Love.Healthy

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian vitamin Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:


NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ WeChat/ Viber: 0125538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy
Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, PNB Darby Park 


Reference:


Tips to Overcome Writer's Block

I am having writer's block syndrome again. Haha. It's difficult for me to write without any ideas. But I will not give up. Need to consistently update my blog everyday :) Since I am having a writer's blog, lets talk about it.



According to WritersDigest,  there are seven ways to overcome writer's block.

1. Step away from whatever you are writing and do something creative. Go and draw pictures, colouring... Play games? Haha.. that's what I did. I played Ipad (so boring.. that's not creative.. I am actually wanted to earn another star to move to a next level). Well, I think it helps a bit. Aha... then the idea came. But let me finish writing this first. you can expect my idea in the next entry.. hehe...

2. Do freewriting. Exercise your brain by writing anything that comes to your mind everyday around 15 minutes. Just ignore the grammar. Simply write your ideas. It can be about anything. Then continue your real writing. It helps a lot (according to this writer) :)

3. Move your body. Take a walk, jump, dance or do whatever to move your body. I think this help as well. When I was having a writer's block just now, I changed my position. From living room to my room, wash my face, etc. 

4. Eliminate distractions. Make sure your work space is clear. Not messy which will make you feel confuse, irritated, etc. Avoid TV or the sound from the Ipad, radio, etc.

5. Write early in the morning. I think writing in the morning after a good night sleep is the best. After waking up, your brain is still in theta-mode which is usually happens when you are dreaming. Lets try it and see how is the result.

6. Write while you sleep? The subconscious (minda separa sedar atau minda segar) is always the best problem solver even when you are sleeping. When you are having a problem to solve or any issues, think about it when you are about to go to sleep. InsyaAllah, the next day, you wake up, you'll get your answer or solutions.

7. The last one, the writer suggested to take a glass of water before sleep. Talk to the water in the glass and just wish the good things. For example; My intent is to tap into my creative source and write brilliantly tomorrow. I choose to be in the flow of my best writing. I am resolving my story’s issues as I sleep and dream. Then drink half of the water and save for the rest for you to drink in the morning. Hahaha.. well, this method is actually almost the same as method no. 6. Whatever plan that you wish to do or to become, you say to your inner self (minda separa sedar atau minda segar). Everyone have this capability without realising it. If we are able to control our minda separa sedar atau minda segar, definitely everything is doable :)


I am happy to come out with this tips to share with all you. Hope it can help in any ways. Happy ready everyone.

Ohhh yes, if you would like to purchase Shaklee products, please feel free to contact me. I would be more than happy to assist and guide you in your supplement journey :) Smile. I am happy today and I wish all the same too. Please support me by liking my FB Page: Hearty.Love.Healthy. Thank you dearest.


Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian vitamin Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:


NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ WeChat/ Viber: 0125538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy
Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, PNB Darby Park 


Reference:

http://www.writersdigest.com/editor-blogs/guide-to-literary-agents/7-ways-to-overcome-writers-block

Obesiti Masalah Utama di Malaysia?

Obesiti Punca Penyakit Kronik

Adakah kegemukan dianggap sebagai suatu perkara yang normal? Dengan kebanjiran pelbagai jaringan restoren segera dan kemudahan untuk mendapatkan makanan sehingga lewat malam, ia merupakan punca utama yang menyumbang kepada kegemukan dan seterusnya membawa kepada obesiti dalam kalangan masyarakat.

Malaysia menduduki tempat keenam di rantau Asia Pasifik bagi obesiti dan mendahului senarai itu di Asia Tenggara bagi obesiti dan kencing manis

Punca-Punca Obesiti
  • Ketidakseimbangan hormon
  • keturunan atau genetik
  • Kekurangan aktiviti riadah atau tidak bersenam
  • Gaya hidup 
  • Pemakanan yang tidak terkawal


Kesan Obesiti
  • Merasa rendah diri
  • Tidak subur
  • Sukar mendapat cahaya mata
  • Terdedah kepada penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis, penyakit kardiovaskular dan banyak lagi

Cara-Cara Mencegah Obesiti

  • Elakkan makan berlebihan serta mengambil makanan bergula dan berkanji seperti nasi putih, roti, tepung dan mi. Pilihlah beras basmati, beras perang dan roti serat tinggi. Lebihkan protein seperti dada ayam, daging tanpa lemak dan ikan. Lebihkan sayuran dan buah-buahan seperti epal, oren, jambu batu, limau bali dan beri. Pilih makanan yang mengandungi indeks glisemik rendah.
     
  • Hadkan jumlah makanan di atas pinggan. Hadkan nasi sebesar genggaman bagi setiap hidangan. Hadkan protein sebesar tapak tangan bagi setiap hidangan. Selebihnya, penuhkan pinggan dengan sayur-sayuran. 
     
  • Kurangkan penggunaan minyak sewaktu memasak. Gunakan kaedah stim, bakar atau rebus sewaktu memasak. 
     
  • Tukarkanlah gula kepada stevia iaitu sejenis daun yang rasanya manis.
     
  • Bersenamlah selang sehari, lebih kurang 10-30 minit.
     
  • Berpuasa dua kali seminggu membantu mengekalkan berat badan dan merehatkan usus seketika.
     
  • Rehat yang cukup. Obesiti banyak menjurus kepada wanita. Oleh itu, wanita yang bekerja perlu mendapatkan rehat dan tidur secukupnya. Tidur yang terganggu juga akan menyebabkan ketidakstabilan hormon dan obesiti.

Adakah anda ingin mencari alternatif lain untuk memerangi obesiti? Jom cuba Set Kurus Shaklee. Set ini terdiri daripada:

- Vita-Lea - Membekalkan sumber vitamin yang mencukupi untuk tubuh badan.

- Alfalfa Complex - Berfungsi mengawal kolesterol di dalam darah, menyahkan toksin dalam badan, mengurangkan masalah sembelit dan banyak lagi.

- Herb-Lax - Menyahtoksinkan kotoran degil di dalam usus dan memudahkan penyerapan zat untuk mengoptimumkan khasiat supplemen yang diambil.

- Lecithin - Membantu memecahkan lemak di dalam badan, membersihkan saluran darah dan banyak lagi



Berminat untuk membeli? Hubungi saya segera di 012-5538628 dan anda berhak mendapat konsultasi secara percuma daripada saya. Like fanpage saya, Hearty.Love.Healthy.

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian vitamin Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:


NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ WeChat/ Viber: 0125538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy
Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, PNB Darby Park 

Reference:

http://www.thestar.com.my/News/Nation/2013/11/17/Obesity-a-big-problem-now-About-three-million-Malaysians-are-obese-says-deputy-minister.aspx/

http://nona.karangkraf.com/cantik/kesihatan-pemakanan/obesiti-virus-segala-penyakit-kronik-1.44150

Tua Sebelum Usia?

Perkara Yang Paling Ditakuti Wanita

Kecantikan, keanjalan, kehalusan dan kelembutan kulit adalah perkara-perkara yang sangat dititikberatkan oleh seseorang wanita. Walaupun mungkin wanita itu tidaklah melaram sangat, tapi dia tetap memastikan rupa paras dan kulitnya tetap manis dipandang. 




Walau bagaimanapun, apabila sudah berada dalam umur 30-an, ramai wanita mula rungsing akan perubahan yang dilalui oleh dirinya, baik dari segi dalaman ataupun luaran. Perubahan-perubahan luaran mula menampakkan diri adalah seperti:
  • Garis-garis halus mula timbul terutamanya di bahagian dahi dan bawah mata.
  • Kulit mudah menjadi kering walaupun asalnya kulit adalah jenis berminyak serta mengalami gatal-gatal.
  • Urat-urat halus di bahagian muka mula kelihatan kerana penipisan kulit.
  • Kulit mengelebeh terutamanya di bahagian dagu dan rahang.
  • Kedutan di wajah mula kelihatan.

Apakah yang menyebabkan proses penuaan bertambah pantas?
  • Pendedahan terhadap cahaya matahari. Pada masa kini, dengan pancaran matahari yang semakin membahang, kulit kita terdedah kepada sinaran UVB dan UVA yang menyebabkan kulit berkedut dan menghasilkan bintik-bintik hitam pada wajah.
  • Cuaca sejuk atau terlalu lama berada dalam bangunan yang mempunyai pendingin hawa yang terlalu sejuk menyebabkan kulit kering dan mempercepatkan proses penuaan.
  • Merokok. Kandungan bahan kimia yang terdapat di dalam rokok mengurangkan Vitamin C yang berfungsi mengekalkan kelembapan dan keanjalan kulit, serta kandungan oksigen di dalam badan akan berkurangan. 
  • Kurang bersenam. Bersenam akan melancarkan peredaran darah dan menguatkan otot. Oleh itu seseorang itu akan nampak lebih segak dan bergaya.
  • Pengambilan alkohol yang berlebihan boleh menyebabka salur darah rosak secara kekal dan boleh menyebabkan penyakit kulit seperti "Akne Rosacea".
  • Tekanan. Akibat resah gelisah dan kebimbangan, kita mungkin kerap mengerutkan dahi dan mencebikkan mulut. Lama-kelamaan otot di muka kita akan terbiasa dengan gerakan itu dan menyebabkan muka kelihatan lebih tua daripada yang sepatutnya.
  • Kekurangan tidur menyebabkan terjadinya lingkaran bawah mata, muka sembab, dan kulit mengelebeh.
  • Faktor pemakanan. Pemakanan yang baik adalah terdiri daripada nutrisi yang seimbang, bersama dengan buah-buahan dan sayur-sayuran serta ulam-ulaman. Namun, disebabkan oleh kesibukan atau mudahnya untuk mendapatkan "fast food", ramai mengabaikan kepentingan pemakanan ini.



Oleh itu, ramai yang mencari jalan penyelesaian untuk kelihatan kekal awet muda :) Di sini dikongsikan beberapa tips awet muda.

Tips / Petua Awet Muda
  • Hindari minum air batu atau ais
  • Kurangkan minum minuman berkafein seperti kopi dan minuman berkarbonat
  • Amalkan tidur awal
  • Sentiasa mengekalkan wuduk
  • Jangan basuh muka di waktu pagi dengan pencuci muka kerana akan menghilangkan seri. Cukup sekadar mencuci dengan air biasa.
  • Amalkan ulam-ulaman seperti pegaga, ulam raja, dan sebagainya.
  • Sentiasa berfikiran positif dan senyum selalu
  • Makan makanan yang banyak mengandungi anti-oksidan seperti kurma, kismis, anggur, delima dan banyak lagi.

Shaklee juga mempunyai Set-Anti Penuaan yang sangat baik untuk kesihatan dalaman dan luaran yang terdiri daripada:
- Vivix
- Nutriferon
- ESP 



Kombinasi ketiga-tiga supplemen ini akan menyumbang kepada:

- Membekalkan khasiat untuk kulit berseri, rambut yang tebal, kuku yang kuat dan otot yang sihat.
- Membantu mengurangkan jeragat dan pigmentasi.
- Mengekalkan kolagen di dalam tubuh.
- Menggalakkan kulit yang berseri-seri.
- menguatkan sistem imun dan meningkatkan tenaga.

Berdasarkan entry saya sebelum-sebelum ini juga, harap semua sedia maklum yang pengamalan Vivix secara individual mempunyai banyak kesan yang baik kepada luaran dan dalaman manusia. Anda boleh baca berkenaan Vivix di sini - Klik 1. Testimoni Vivix


Berminat untuk membeli? Hubungi saya segera! Saya juga akan memberi panduan dan konsultasi secara percuma tentang pemakanan supplemen-supplemen Shaklee.

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian vitamin Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:


NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ WeChat/ Viber: 0125538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy
Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, PNB Darby Park 








Dilema Ibu-Ibu Yang Menyusu

Masalah Penyusuan Ekslusif Dua Tahun

Setiap ibu apabila melalui fasa kehamilan, terutamanya anak pertama, mempunyai naluri yang kuat untuk menyusukan bayinya secara ekslusif. Saya juga tidak terlepas daripada mempunyai naluri tersebut semasa mengandungkan Nur Muhammad dulu. Memang saya merancang untuk menyusu Nur Muhammad secara ekslusif.

Namun, kita hanya merancang, selebihnya kita serahkan kembali kepada Allah. Disebabkan tidak mempunyai ilmu yang cukup, perancangan saya itu tidak berjalan dengan lancar. Saya akui saya berputus asa akhirnya... :( Susu saya hanya bertahan sehingga Nur Muhammad berumur 5 - 6 bulan. Kebanyakan masa, Nur Muhammad minum susu formula.

Kepada wanita-wanita yang hamil di luar sana, banyakkan mengikuti kelas penyusuan ekslusif yang dianjurkan oleh klinik kesihatan atau pun kumpulan-kumpulan yang menyokong penyusuan ekslusif untuk menambah ilmu pengetahuan anda. Itu sangat penting.

Masalah Bermula

Saya dulu tidak tahu yang selepas melahirkan, susu masih lagi belum keluar sampailah hari kedua atau ketiga. Tetapi, ibu-ibu digalakkan untuk menyusukan juga untuk menstimulasikan pengeluaran susu. Pada hari kedua atau ketiga, ibu-ibu baru akan melalui fasa bengkak susu apabila susu mula berkumpul.

Saya ingat lagi, selepas melahirkan Nur Muhammad, saya memang bersemangat. Namun kecewa kerana tiada susu yang keluar. Oleh itu, Nur Muhammad terpaksa diberi minum Formula Milk. Apabila susu mula keluar, disebabkan anak saya telah minum formula milk, maka dia tidur dengan lena sepanjang malam menyebabkan saya mengalami bengkak susu dan kesakitan dan terus tertidur keletihan.

Keesokan harinya, bayi saya masih tidur lena kerana kekenyangan formula milk. Kepada pembaca sekalian, terutamanya yang belum mempunyai cahaya mata, mesti terdetik di hati, "baguslah kalau bayi tidur kekenyangan". 

Sebenarnya, apabila bayi dilahirkan, mereka akan mahu berada dalam pelukan ibunya. Bayangkan apabila berada di dalam perut, bayi sangat dekat dengan ibunya, setiap perkara yang terjadi kepada ibunya akan dapat dirasai oleh bayi. Selepas dilahirkan ke dunia, semestinya bayi akan melalui suatu proses untuk menyesuaikan dirinya. Proses penyusuanlah yang akan mencetuskan "bonding" di antara ibu dan bayi. Selalunya bayi akan sentiasa mahu berada di dalam pelukan ibunya dan penyusuan ibu akan merapatkan lagi hubungan mereka.

Saya mula menyusukan Nur Muhammad, tetapi Nur Muhammad seolah-olah tidak mendapat susu yang secukupnya. Disebabkan frust dan melihat Nur Muhammad seolah-olah mengalami dehydration dan tidak puas untuk menyusu, akhirnya saya berikan formula milk kepada anak saya. Memang Nur Muhammad akan tidur dengan nyenyak dan lama apabila minum formula milk. Pada masa yang sama, sama ada juga mengepam susu. Tapi saya hanya dapat dalam 1oz. Sedih memang sedih...

Dangkalnya ilmu penyusuan saya, saya tidak tahu yang bayi baru lahir akan menyusu dengan sangat kerap. Sebolehnya bayi mahu berpeluk dengan ibunya setiap masa terutamanya sepanjang malam dan melekap menyusu setiap masa. Jadi jika anda mengalami situasi tersebut, anda sebenarnya berada dalam track yang betul. Jangan bimbang, semakin bayi membesar, mereka akan mula tidur malam dan bangun 2 atau 3 kali sahaja untuk menyusu. 

Penyusuan yang kerap itu akan dapat menstimulasikan pengeluaran susu. Keduanya, perut bayi yang berumur satu hari hanya sebesar sebiji guli atau buah ceri. Sangatlah kecil. Jadi banyak manalah sangat susu yang mereka perlukan. Oleh itu, janganlah bimbang. Mari kita lihat rajah di bawah.




Dalam proses untuk menyusukan anak secara ekslusif, ibu tersebut harus kuat mental dan fizikalnya. Ibu harus sentiasa berfikiran positif dan yakin susunya cukup untuk menyusukan bayinya. Sokongan suami dan ahli keluarga adalah sangat diperlukan. Tidak dapat dinafikan, perjalanan menyusukan bayi secara ekslusif sangat-sangat mencabar. Jika anda berjaya melepasi cabaran menyusukan bayi secara ekslusif selama 6 bulan pertama, InsyaAllah, anda akan mampu meneruskannya sehingga dua (2) tahun :)

Dilema Ibu Dalam Bulan Ramadhan

Ibu-ibu akan mula berasa bimbang apabila mereka perlu mula mengganti puasa atau apabila tibanya bulan Ramadhan. Pada masa ini, mereka bimbang susu tidak dapat dihasilkan secukupnya kerana kurang minum air dan tidak mempunyai tenaga yang secukupnya. Sebenarnya untuk menjayakan penyusuan di dalam bulan Ramadhan ialah memastikan ibu-ibu minum air secukupnya, sekurang-kurangnya dalam 1.5 liter bagi sahur dan berbuka.

Namun, untuk memastikan ibu-ibu lebih bertenaga, seeloknya mengambil supplemen tambahan. Ini juga untuk memastikan bayi mendapat khasiat yang secukupnya. Itu sebabnya saya mendaftar sebagai distributor Shaklee kerana telah melihat kejayaan teman-teman dalam menyusukan bayi-bayi mereka dengan mengambil supplemen tambahan Shaklee. 

Supplemen Set Mighty 3 Gems Shaklee



Set Mighty 3 Gems ini terdiri daripada Meal Shakes, ESP dan Performance Drink. Bagi ibu-ibu, gabungan set ini akan memberi kesan seperti berikut:

- Memberi tenaga berpanjangan dalam menjalani ibadah puasa.
- Mempunyai keperluan vitamin yang menyeluruh untuk ibu-ibu yang menyusukan anak.
- Meningkatkan fokus dalam melakukan sesuatu.
- Meningkat daya ketahanan badan daripada jangkitan penyakit.
- Mencegah penyahhidratan seperti mengurangkan kehausan dan melembabkan kulit.
- Mengekalkan paras gula di dalam badan.

Antara Testimoni Pengguna Set Mighty 3 Gems



Harga Set Mighty 3 Gems Yang Berbaloi-Baloi

Berikut adalah harga supplemen yang terdapat di dalam Set Mighty 3 Gems
  • ESP (850g, RM150.00)
  • Meal Shakes (544g, RM113.75)
  • Performance Drink (539g, RM82.50)
Jumlah = RM346.25

Kalau sekali tengok memang rasanya mahal. Tapi fikirkan kebaikan kepada anda dan bayi anda. Bukan saya tak mahu mencadangkan supplemen-supplemen Shaklee yang lain seperti Alfalfa dan sebagainya, tetapi Set Mighty 3 Gems adalah yang paling mudah untuk diminum semasa bulan puasa, tanpa perlu menelan supplemen-supplemen lain yang berbentuk biji yang harus dimakan satu per satu. Dengan hanya segelas air yang terdiri daripada kombinasi Set Mighty 3 Gems, InsyaAllah sudah cukup bagi keperluan menyusu dan berpuasa anda.

Berminat untuk membeli? Hubungi saya segera! Saya juga akan memberi panduan dan konsultasi secara percuma tentang pemakanan supplemen-supplemen Shaklee.

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian vitamin Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:


NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ WeChat/ Viber: 0125538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy
Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, PNB Darby Park 


Ikhtiar Kehamilan Bagi Kaum Wanita

Wanita, Cyst dan Kehamilan

Sebelum ini saya ade menulis mengenai Tips Persediaan Kehamilan dan mencadangkan pengambilan Vitamin B Complex dan Vita-Lea Shaklee sebagai persediaan untuk mengandung. Namun masih lagi ada wanita mengalami kesukaran untuk mengandung. 

Terdapat satu lagi faktor yang mungkin menyebabkan kehamilan itu sedikit sukar, iaitu kitaran haid yang tidak teratur. Keadaan kitaran haid yang tidak teratur ini boleh disebabkan oleh banyak perkara, salah satu daripadanya ialah PCOS (Polycystic Ovary Syndrome). Disebabkan PCOS, sesetengah kaum wanita ada yang berulang-alik ke hospital melakukan pembedahan untuk membuang cyst-cyst tersebut. Sila rujuk gambar di bawah.



Apakah Simptom - Simptom PCOS?

- Ketidaktentuan atau tiada ovulasi
Ini selalunya ditunjukkan dengan kitaran haid yang tidak menentu. Kitaran panjang (>42 hari), darah turun berlebihan dan panjang. Perdarahan haid yang banyak dan panjang boleh menyebabkan anemia.

- Terdapatnya ciri-ciri “hyperandrogenism” sama secara klinikal atau ujian darah.
Hyperandrogenism” adalah keadaan dimana seseorang itu mempunyai paras hormon androgen/testosterone (hormone lelaki) yang tinggi dalam darah. Secara klinikalnya, wanita ini mempunyai masalah jerawat, alopecia (rambut botak) dan hirsutism (bulu-bulu halus berlebihan di muka, dada dan perut). Kalau ujian darah dilakukan seperti serum Testosterone menunjukkan parasnya tinggi.

- Ultrasound menunjukkan ovari-ovari mempunyai banyak cyst-cyst kecil (purata 1 cm) berkumpul di pinggir dinding ovary membentuk satu “rantaian kalung mutiara”. Pada setiap ovari terdapat lebih dari 12 cyst-cyst kecil ini dan kedua-dua ovari bersaiz besar.



Kesan-Kesan Daripada Masalah PCOS

Kesan Jangka Pendek
  • Kitaran haid tidak normal sehingga kadangkala tidak datang haid langsung
  • Masalah hirsutism
  • Masalah kesuburan
Kesan Jangka Panjang

  • Masalah obesiti
  • Risiko mendapat penyakit kronik seperti sakit jantung, diabetes semasa mengandung, darah tinggi dan sebagainya.
  • Hyperplasia dinding rahim dan boleh menyebabkan kanser rahim. Hyperplasia terjadi kerana rangsangan estrogen pada dinding rahim terlalu lama

Rawatan Untuk Pesakit PCOS
  • Mengubah Cara Hidup dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang dan cara hidup yang sihat seperti beriadah dan bersenam.
  • Mengurangkan berat badan. Berat badan berlebihan menyebabkan kesukaran untuk hamil. 
  • Memulihkan masalah kitaran haid yang tidak teratur dengan pengambilan pil perancang keluarga seperti "Diane". Pil perancang keluarga dapat mengurangkan hormon androgen dan mengurangkan simptom "hyperandrogenism".

  • Bagi yang ingin berusaha mendapatkan anak, boleh melalui pelbagai cara iaitu:
        - Menjalani induksi ovari dengan Clomiphene atau Gonadotrophin
        - "Ovarian drilling’ melalui laparaskopi
        - In-Vitro Fertilisation (IVF)

Selain itu, jika ingin berusaha dengan pengambilan supplemen, GLA Complex Shaklee adalah sangat baik untuk membantu memperbetulkan kitaran haid dan mengecutkan cyst. Kombinasi Vitamin B Complex, Vita-lea dan GLA Complex adalah suatu kombinasi hebat dalam ikhtiar untuk mendapatkan cahaya mata di samping mengubati PCOS.




Penjimatan Berganda-Ganda

Harga Set Ikhtiar Kehamilan ini adalah RM233.75. Berikut adalah harga setiap satu supplemen:
- B Complex (120 biji untuk 4 bulan) - RM53.75
- Vita-Lea (120 biji untuk 4 bulan) - RM88.75
- GLA Complex (60 biji untuk sebulan) - RM91.25

Setiap bulan anda hanya perlu top up GLA Complex. Tapi bayangkan dengan pengambilan GLA Complex yang konsisten, InsyaAllah akan memudahkan anda menyembuhkan PCOS dan pada masa yang sama merupakan ikhtiar anda untuk menimang cahaya mata.

Berminat untuk membeli dan ingin berusaha untuk mendapatkan cahaya mata? Hubungi saya segera :) Saya bertanggungjawab memberi anda panduan dan konsultasi pengambilan supplemen yang terbaik. 

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian vitamin Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:


NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ WeChat/ Viber: 0125538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy
Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, PNB Darby Park 

Reference:




Kelahiran, Kehidupan, Kematian Semuanya Telah Ditentukan

Kelahiran, Kehidupan, Kematian Semuanya Telah Ditentukan
Semuanya Telah Tertulis di Luh Mahfuz

Hari ini, aku menulis perasaan di hati. Perkara-perkara yang terjadi di depan mata, malah terjadi kepada diri sendiri. Alhamdulillah, aku masih diberi nafas untuk menulis pada waktu ini. Sayu dan sebak rasanya mengenangkan semua. Namun semuanya memang sudah tertulis di kitab Luh Mahfuz.

Dah lama dah perkara yang menggetarkan hati tidak terjadi.. Maksudku... macam perkara-perkara yang boleh membawa kepada kecederaan hatta kepada kematian sekalipun. Sebagai manusia, memang kita takkan tahu bilakah ajal kita..mungkin esok, petang ni, mungkin sejam, setengah jam.. 10 minit lagi.. Semuanya telah ditentukan oleh Allah.

Pernah suatu ketika, beberapa tahun lepas waktu aku drive untuk ke pejabat, keretaku hampir bertembung dengan bas yang nak masuk simpang. Aku daripada jalan lurus. Memang nyaris-nyaris. Bergetar hatiku insaf. 

Semalam, aku terima suatu berita kematian, junior seasrama semasa aku belajar di universiti dahulu. Baru dalam minggu lepas aku perasan kawan-kawan di Facebooknya wish supaya dia sedar semula dan sihat kembali. Terkejut juga kerana setahu aku kawanku ini, seorang yang sihat. Apabila dibaca post2 yang telah tertulis, rupanya dia dimasukkan ke hospital kerana jaundice. Di awal beberapa hari di hospital, kulihat postnya masih lagi ceria seperti orangnya yang comel sebelum senyap sepi kerana tidak sedarkan diri. Sampai la Mama Naila pergi melawat  last weekend pun keadaannya masih lagi dalam separa sedar kata Mama Naila. Sakit sebenar masih belum dikenalpasti. Kami mendoakan yang terbaik untuknya. Namun Allah telah menetapkan 19hb Mei 2014, hari Isnin, perginya Nurbaiti Kamaruzaman. Tersenyap, tersentak, adikku yang masih belum berkeluarga, sihat zahirnya, comel dan ceria orangnya telah dipanggil Pencipta Yang Esa. Innalillah Hiwainna Ilaihirojiun. Sesungguhnya kematian itu tiba tanpa mengira umur, keadaan dan masa. Bila-bila masa sahaja kita boleh dipanggil kembali pulang ke kampung halaman yang satu.

Hari ini, dalam berasa sayu kepada yang pergi, Allah datangkan berita yang lain. Kegembiraan seorang sahabat yang disahkan mengandung :) Ya Allah, dunia ini penuh keajaiban. Terpulang kepada mata telinga hati untuk melihat mendengar dan merasai. Aku tumpang gembira. Selepas suka duka dilalui akhirnya. Syukur Ya Allah. Segalanya daripada Mu dan kembali jua kepadaMu yang Esa.

Hari ini juga, segala lagi bergetar jiwa... melalui lagi peristiwa near-accident. Aku sendiri yang lalai. Namun aku tahu, tiada yang yang kebetulan dalam hidup ini, semuanya telah pun ditentukan Allah SWT. Sekali lagi aku membawa kereta dan hampir dilanggar dengan lori from the passenger side. Suamiku berada di situ. Allah..... tersentap jiwa. "KALAU" terjadi, aku sendiri tidak pasti sama ada kudrat ini mampu menaip ini semua....

Alhamdulillah, aku bersyukur. Aku serahkan semuanya kepada kepada yang satu kerana tiada yang wujud melainkan yang SATU. Aku terlupa dan terlalai dan masih lagi lalai dalam kehidupan dunia yang menipu ini. Aku tersilap kerana mengejar ganjaran yang Maha Esa.. nikmat hidup, nikmat kubur, nikmat akhirat...dan segala macam nikmat sedangkan aku harus mengejar Yang Maha Esa itu sendiri. Aku seharusnya Kembali kepadaNya. Bukan di akhirat tapi di dunia ini sendiri.  Ya Allah, semoga Engkau kenalkan dengan diri yang lupa dan matikan aku yang tiada ini sebelum aku mati.....