Friday, 29 May 2015

Darah Dalam Susu Ibu?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :) Topik hari ni, adalah berkenaan darah dalam susu ibu yang kelihatan setelah dipam, sering menjadi persoalan saya. Harap entri kali ni membantu merungkai persoalan ibu-ibu yang lain juga :)

Botol susu sebelah kanan yang kelihatan pinkish kerana telah bercampur dengan darah


Banyak kali juga saya ternampak dalam forum atau grup penyusuan yang bertanyakan, boleh ke saya memberi bayi minum susu yang bercampur dengan darah? Jawapan yang diterima ada dua aje, sama ada boleh atau tak boleh.....

Jawapannya ialah, boleh memberi bayi meminum susu yang telah bercampur darah tersebut. Kadangkala, kita sendiri sebagai ibu-ibu yang menyusukan tidak sedar yang bayi telah 'ter'minum darah ibu sedikit semasa proses direct latch atau melekap. Mungkin masa menyusu, puting ibu mengalami luka atau crack nipple, yang menyebabkan ia berdarah.

Jangan bimbang kerana darah ini akan dikeluarkan semula sebagai bahan buangan bayi. 

Apakah penyebab darah bercampur dengan susu ibu?

1. Crack nipple atau puting yang luka. Perkara ini memang selalu terjadi kepada ibu-ibu yang baru melahirkan anak sulung. Malah yang sedang menyusukan anak kedua dan seterusnya juga mengalami masalah ini. Untuk mengurangkan faktor luka pada puting, pastikan cara lekapan bayi adalah betul iaitu dengan menghisap bahagian areola. Anda boleh dapatkan pandangan konsultan laktasi untuk membantu menunjukkan lekapan yang betul.

2. Selepas melahirkan, banyak salur darah akan mengembang di payudara untuk memudahkan aliran darah. Pengembangan salur darah ini adalah untuk menggalakkan lagi penghasilan susu ibu. Namun, setelah stabil, pengembangan salur darah ini akan berkurangan.

3. Kapilari darah yang pecah semasa "hand express" atau mermet atau cara menggunakan breast pump yang salah yang mungkin menyebabkan kapilari pecah dan menyebabkan pendarahan. 

4. Inraductal papilloma iaitu sejenis tumor di salur susu. Tidak boleh dirasai apabila disentuh dengan tangan. Tetapi tumor ini akan menghilang dengan sendiri. Oleh itu, jangan bimbang.

Cara-Cara untuk mengurangkan pendarahan di payudara:

1. Kurangkan direct latch tetapi teruskan menstimulasi payudara dengan menggunakan pam susu. Pastikan anda terus mengepam 8-10 kali sehari.

2. Titikkan susu sendiri ke atas luka tersebut dan biarkan ia mengering.

3. Boleh letakkan krim yang disarankan untuk membantu mempercepatkan pemulihan luka di puting payudara.

4. Dedahkan payudara anda yang luka supaya kawasan luka dapat dianginkan dan mengering (pastikan anda berada dalam bilik yang tertutup lah ye).

Harap tips yang dinyatakan dapat membantu para ibu supaya meneruskan penyusuan anak sehingga cukup 2 tahun :)


Anda tercari-tercari makanan atau supplemen yang membantu boostkan susu ibu? Anda boleh rujuk di sini :) atau anda juga boleh cari milk booster dari sumber makanan yang boleh diamalkan di rumah. Rujuk di sini. Apa-apa, hubungi aje 012-5538628 untuk maklumat lanjut :)

Rujukan:

Thursday, 28 May 2015

Awas! Baby Tidak Bergerak Dalam Kandungan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Alhamdulillah salam Jumaat untuk semua. Diharapkan setiap hari membawa berkah kepada semua muslimin dan muslimat. Pagi ni saya dikejutkan dengan Whatsapp seorang sahabat yang kena warded di hospital kerana baby tidak bergerak dalam kandungan. Awas! Baby tidak bergerak dalam kandungan adalah sesuatu yang sangat penting untuk diambil tindakan. 

Kalau saya berada di tempat dia pun, memang panik sangat. Sahabat saya ni dah dalam usia kandungan 32 minggu gitu (8 bulan). Kebetulan semalam dia memang kena pergi checkup di klinik kesihatan. Jadi apabila diberitahu kepada doktor, paniklah doktor dan terus buat surat referral ke hospital. Tapi apabila doktor check jantung baby di klinik kesihatan tu.. dapatlah detect jantung baby... Cuma disebabkan baby tidak aktif, maka kawan saya kena jugak pergi hospital dan akhirnya ditahan selama 3 hari.

Di hospital, pergerakan dan jantung baby diperiksa menggunakan alat yang diberi nama CTG. Famous CTG (Cardiotocography) dua tiga hari ni kan :) CTG ni adalah alat yang dilekapkan di perut ibu. Tapi untuk menetapkan alat ini, CTG dilekapkan dengan tali pinggang yang dipakaikan di perut ibu dan akan keluarlah carta pergerakan dan jantung bayi di mesinnya. Oleh itu, ibu-ibu, biarkan aje doktor memeriksa anda dan bayi anda demi keselamatan.



Buat pengetahuan anda, pergerakan baby boleh dirasa apabila kandungan memasuki minggu ke 18. Bergantung kepada individu juga. Tetapi apabila sudah memasuki minggu ke-28, maka pergerakan bayi hendaklah direkodkan dalam carta pergerakan bayi setiap hari bermula pukul 9 pagi hingga 9 malam dan mesti cukup 10 gerakan. Ada saya terbaca, bayi kadangkala tidur sehingga 4 jam, jadi mungkin tiada gerakan. Tapi jika melebihi 4 jam, cepat-cepatlah ke hospital.

Buat perkongsian ibu-ibu, jika merasakan baby tidak bergerak untuk suatu jangka masa tertentu dan anda merasa bimbang, maka anda boleh buat perkara-perkara ini:

1. Duduk dan ampu kaki anda. Rehat dan tenangkan badan dan fikiran anda dan cuba rasakan sebarang pergerakan bayi.

2. Baring dalam keadaan mengiring sama ada ke kiri atau ke kanan. Bagi saya, cara ini selalu berkesan untuk merasakan pergerakan bayi.

3. Minum air sejuk (air batu) atau jus oren untuk merasakan sama ada bayi memberi respons kepada perubahan suhu air yang dirasakan.

4. Buat bunyi bising secara tiba-tiba untuk merasa tindakan atau pergerakan bayi yang mungkin terkejut dengan bunyi tersebut.

Jika takde, jangan berlengah-lengah ke hospital ye. Saya doakan semoga dipermudahkan saat-saat kehamilan anda dan proses bersalin bagi semua ibu-ibu yang sedang menantikan kehadiran cahaya mata tersayang :)


**Anda tercari-cari supplemen terbaik semasa kehamilan dan berpantang, apa kata cuba supplemen Shaklee yang memang d'best. Ramai dah amalkan dan alhamdulillah, sangat baik untuk kesihatan diri dan bayi anda. Hubungi 012-5538628 (Diana) untuk maklumat lanjut :)

Thursday, 21 May 2015

6 Tips Untuk Bangun Subuh

Pernah tak anda terjaga apabila masuknya waktu Subuh? Terasa segar aje nak bangun... Tapi, anda cakap pada diri anda yang kejap lagi anda bangun dan alih-alih apabila tersedar semula, waktu Subuh pun terlepas.... Sighhhhh....

Mesti menyesal sebab dah terjaga elok-elok dah kan... Beberapa kali juga terjadi begitu pada saya... Kadang-kadang tu siap boleh bermonolog dalam hati, baik saya bangun sekarang daripada saya melambat-lambatkan waktu subuh. Tapi, at the end, tewas diselimutkan syaitan...

Sebab tu dalam Islam, digalakkan untuk tidur awal pada malam hari untuk memudahkan kita bangun bertahajud di awal pagi serta sambung ke solat Subuh dan selepas Subuh tak tidur balik.

Di sini, untuk rujukan saya dan juga pembaca-pembaca budiman, saya kongsikan tips untuk membantu dalam bangun Subuh. Tips ini saya rujuk di SINI.

1. IKHLAS

Saya rasa, inilah tip yang paling penting. Untuk bangun Subuh, hati kita kena ikhlas untuk bangun. Niatkan di hati dengan ikhlas untuk bangun Subuh. Bukan hanya acuh tak acuh semata-mata. Tanpa ikhlas, kalau dah berjaga pun, mungkin tak solat Subuh juga.

2. Keinginan yang kuat
Lebih kurang sama seperti ikhlas. Tapi selepas ikhlas, kita kena ada keinginan yang kuat. Contoh yang saya boleh share ialah, pengalaman saya sendiri. Saya sedang hamil sekarang. Nak berpuasa tu, bagi saya bukan mudah buat masa ini... Tapi saya kena juga mengqadhakan puasa saya sebab Ramadhan hampir tiba. Malah banyak lagi ibu-ibu hamil yang mudah aje berpuasa... 

Jadi untuk kedua kalinya, saya berpuasa... Tapi hati tak kuat. Alhamdulillah, memang bangun bersahur semua.. Cuma saya layankan mengantuk dan nak tidur aje... Akhirnya, saya berasa penat seharian berpuasa. Sangat berbeza dengan cubaan pertama kali saya, di mana saya betul-betul setkan mental untuk bersedia dan berjaya berpuasa sehingga ke akhirnya dengan bersemangat. 

3. Menjauhi dosa
Dosa merupakan penyebab hati ini menjadi malas dan fizikal menjadi lemah untuk berbuat kebaikan. Setiap dosa yang dilakukan akan menjadi titik hitam di hati. Semakin banyak titik hitam, semakin hilang rasa menyesal dan bersalah apabila melakukan sesuatu dosa. Oleh itu, banyakkan bertaubat dan bermuhasabah diri.

4. DOA
Doa merupakan senjata. Berdoalah kepada Allah agar dipermudahkan kita untuk kita sentiasa istiqamah dalam menunaikan solat Subuh. Allah sahajalah yang Maha Berkuasa untuk membangunkan kita kerana kita takkan mampu untuk mengawal diri kita sendiri.

5. Berkawan dengan orang yang baik
Ada bermacam-macam jenis kawan di dunia ini. Kawan banyak mempengaruhi perlakuan dan sikap kita. Oleh itu, berkawanlah dengan orang-orang yang mengajak kita berbuat kebaikan dan menunjukkan contoh yang baik. InsyaAllah, sedikit sebanyak, sikapnya akan mempengaruhi kita dan indirectly, jika kita tidak mempunyai sikap baik seperti yang ditunjukkan, lama-lama diri kita sendiri akan berubah ke arah kebaikan, insyaAllah :)

6. Tidur awal
Tidur awal di malam hari adalah sunnatullah. Tapi bukan tidur selepas maghrib ye. Kita dah boleh tidur selepas solat Isya. Kemudian bangunlah bertahajud selepas pukul 2pagi ke. Terpulang kepada anda, asalkan tidak terlepas solat Subuh nanti :)


Semoga kita dapat menjadi golongan yang mengimarahkan surau dan masjid semasa solat Subuh. InsyaAllah.

Thursday, 14 May 2015

5 Tanda-Tanda Penyakit H1N1

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Baru-baru ni saya terpandang dalam FB mengatakan ade pelajar dijangkiti H1N1 di sebuah sekolah di Shah Alam. Risau juga apabila membacanya. Tapi apabila digoogle artikel tersebut, ia adalah kes terpencil. Boleh baca di SINI. Tapi semalam, saya mendapat mesej Whatsapp dari cikgu tadika anak saya yang mengatakan ade seorang pelajar dijangkiti H1N1 di tadika. Sebagai ibu bapa, mestilah kita berasa bimbang kan.... Jadi hari ni, saya nak share tanda-tanda penyakit H1N1.

5 Tanda-Tanda Simptom H1N1

1. Demam yang tidak teruk kemudian terus meningkat sehingga 39 darjah celcius. 

2. Badan panas kemudian bertukar menjadi seram sejuk.

3. Batuk daripada paru-paru dan berlanjutan sehingga mengganggu tidur malam. Jika dibiarkan boleh menyebabkan pneumonia.

4. Nodus limfa di bahagian leher dan bawah ketiak membengkak (tanda badan sedang melawan penyakit).

5. Loya dan muntah-muntah. Pastikan pesakit tidak mengalami kekeringan (dehydrated) kerana muntah. 

Anda juga boleh dengar dengan lebih lanjut melalui video di bawah.






Most importantly, pastikan anak-anak bebas daripada simptom-simptom ini. Buat masa ini, eloklah jika anak mengalami batuk-batuk, demam dan selsema, dibawa untuk berjumpa dengan pakar perubatan dengan kadar yang segera.

Sebagai ibu bapa juga, kesihatan kena dijaga. Ambil langkah awal untuk sentiasa menjaga kebersihan diri dan persekitaran. Pastikan anak-anak juga sentiasa mencuci tangan setiap kali selepas menggunakan tandas dan sebelum makan.


Kepada ibu bapa yang mencari supplemen untuk membantu mempertingkatkan sistem imun anak-anak anda, anda boleh cuba:
  • Mealshakes
  • Vita-Lea for kids
  • Chewable Vita-C
  • Omega Guard.

Untuk dewasa pula, dicadangkan untuk mengambil:
  • Sustained Release Vita-C
  • Nutriferon
  • Garlic Complex

Apa-apa jangan malu untuk bertanya saya berkenaan supplemen-supplemen ini. Saya boleh dihubungi di 012-5538628.


Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy


Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ, Petaling Jaya dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian vitamin Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:


NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ Viber: 012-5538628

Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com

Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978

Kind Hearty Enterprise


COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC


COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek

Wednesday, 13 May 2015

Makanan Yang Harus Dielakkan Semasa Baby Jaundice

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.... Sementara menanti hari ni... banyak jugalah membaca mengenai baby jaundice atau bayi kuning. Kalau boleh nak elak... Kita mohon pada Allah supaya dilindungi bayi yang bakal lahir... Mengikut kajian... Jaundice di kalangan bayi ini terjadi sehingga 60% kelahiran. Bermakna dalam 10 kelahiran, 6 bayi akan mendapat jaundice. Sebagai ibu, ada beberapa jenis makanan yang harus dielakkan semasa baby jaundice.




Makanan yang Harus Dielakkan:

1. Jamu
Bukan tak boleh makan jamu semasa berpantang. Tapi pada peringkat awal selepas melahirkan bayi sehingga seminggu atau dua minggu, tunggu dan lihat dulu keadaan bayi. Kalau bayi bebas kuning, bolehlah dimulakan pengambilan jamu selepas 3 atau 4 hari selepas bersalin. Ambil pun biar berpada-pada juga ye.

2. Halia
Semasa berpantang, halia merupakan salah satu makanan yang banyak digunakan dalam masakan berpantang. Tapi jika bayi kuning atau jaundice, holdkan dulu pengambilan halia kerana pengambilan halia meningkatkan kandungan bilirubin. Oleh itu, bayi akan lambat sembuh daripada jaundice.

Daripada selepas kelahiran, sentiasa berikan susu ibu kepada bayi, kerana susu ibu adalah makanan yang terbaik bagi bayi berumur kurang dari 6 bulan. Memang orang-orang tua akan menasihatkan supaya diberi susu kambing, air glukos dan sebagainya kepada bayi. Bukan hendak discourage, tapi teruskan sahaja dengan penyusuan susu ibu. 

Bayi tidak memerlukan apa-apa makanan atau minuman tambahan di bawah umur 6 bulan. Susu ibu sudah mencakupi kesemua khasiat dan keperluan seorang bayi. Bahaya pulak jika hendak memberi susu kambing, kerana hati bayi tidak matang untuk memproses susu kambing tersebut.... Itu juga merupakan faktor bayi mendapat kuning. Hati bayi masih belum cukup kuat hendak memproses bilirubin itu. 

Selain itu, ada yang menasihatkan supaya dijemur bayi di bawah matahari pagi (dalam pukul 8am - 10am). Janganlah buat begitu kerana sinaran UV semakin kuat. Tidak seperti zaman dulu-dulu dimana lapisan ozon masih tebal dan udara masih segar. Bayi boleh mengalami dehidrasi atau kekeringan akibat penjemuran di bawah matahari ini.

Anak sulung saya dulu juga mengalami jaundice atau kuning ini pada hari ketiga kelahiran kot.... Nurse klinik kesihatan yang datang ke rumah meminta kami membawa ke klinik untuk pemeriksaan lanjut terutamanya kadar bacaan jaundis baby. 

Selain itu, selepas dilahirkan, kami tidak menutup lampu kalimantang tu supaya bayi dapat didedahkan kepada sinaran lampu tersebut. Kami tidaklah menjemur bayi di bawah matahari pagi, cuma buka pintu dan tingkap luas-luas di pagi hari supaya cahaya matahari dari luar masuk ke dalam rumah. 

Selebihnya, memang ada beberapa kali kami ke klinik kesihatan untuk mengukur tahap kuning anak kami. 

Berikut adalah bacaan bilirubin yang harus diketahui oleh anda semua:

  • 85umo1/1 (5mg/dL) menunjukkan bayi mengalami kuning.
  • 100umo1/1 masih dalam kawalan
  • Jika dalam masa seminggu tahap bilirubin meningkat melebihi 340umo1/1 atau 21mg/dL maka rawatan fototerapi harus diberikan.

Apa-apa pun, pastikan bayi anda berada dalam pemerhatian doktor. Jika jaundice ini semakin meningkat bacaannya, maka rawatan yang sepatutnya harus dijalankan. Bahaya apabila bacaan kuning meningkat kerana boleh menyebabkan bayi menjadi pekak atau buta atau mengalami kerosakan otak. 

Bagi ibu-ibu yang mengalami baby jaundice ini, jangan sedih-sedih. Elakkan makanan seperti di atas serta amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang. Susukan bayi anda sekerap mungkin (sehari 8 - 12 kali). Jangan fikir anda tiada susu kerana pada selepas kelahiran anda mungkin tak nampak kolustrum yang dikeluarkan. Tapi teruskan direct latch bayi anda. Baby jaundice selalunya tidur dalam jangka masa yang lama, maka kejutkan dia.

Selain itu, anda boleh amalkan supplemen yang membantu mempertingkatkan nutrisi pemakanan anda serta memulihkan keadaan anda selepas bersalin. Anda boleh amalkan Set Bersalin Shaklee yang bebas daripada bahan-bahan yang disebutkan di atas. Memang selamat untuk ibu dan bayi. InsyaAllah, set ini boleh juga membantu untuk menggalakkan pengeluaran susu ibu :)

Jika anda berminat hendak mengetahui tentang supplemen-supplemen ini, hubungi 012-5538628.


Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy


Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ, Petaling Jaya dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian vitamin Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:


NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ Viber: 012-5538628

Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com

Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978

Kind Hearty Enterprise


COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC


COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek



Reference:


Tuesday, 12 May 2015

Comfort Zone - Kehidupan yang tak mahu kita ubah

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Lama ehhh tak berceloteh di sini.... Alhamdulillah saya sihat.. pembaca-pembaca sekalian bagaimana? Hari ni nak berceloteh... nak kata ade spesifik topik... tak berapa nak ada... Cuma saya nak tulis pasal kehidupan seharian aje... heeee... 

Mungkin entry kali ni hanya untuk peringatan kepada diri saya sendiri... Harap sesuai dibaca oleh anda juga :) Saya nak cakap pasal comfort zone... Rata-rata kita semua berada dalam comfort zone masing-masing... betul tak? Kalau tak percaya, cuba tengok kalau kita willing untuk buat sesuatu yang sukar selain daripada rutin kehidupan kita yang biasa....

Contoh mudah, kita selalunya ke pejabat drive kereta sendiri.... Tapi mungkinlah suatu hari kereta rosak, kita terpaksa pilih untuk naik bas ke tempat kerja.... Bagaimana rasa hati anda? Mesti rasa tak best and menyusahkan bukan? Tula antara salah satu tanda yang menunjukkan kita berada dalam kepompong comfort zone - kehidupan yang tak mahu kita ubah. Sebab apa? Sebab kita dah selesa dengan keadaan tu. Tapi percayalah, bila dah biasa naik bas, kita tak akan kisah sangat dah lepas-lepas tu... :)

There is always a first step to everything. Kita aje yang nak kena mulakan dan kemudian biasakan dengan kehidupan seharian. Selalunya untuk keluar daripada comfort zone ni, kita sebenarnya kena dilanda masalah dulu (betul ke?). Haha.. apabila sudah berada dalam dilema atau terjumpa dengan isu yang kritikal, baru kita mencari jalan penyelesaian kan? Kalau tak, duduklah di takuk lama...

Masa tu, baru kita keluar sikit dari comfort zone kita.... Banyak sebenarnya kisah sahabat-sahabat yang boleh saya kongsikan... Tapi konsep nak keluar dari comfort zone ni, senang aje, buat benda yang susah... Yang kalau diikutkan kita tak nak buat, tapi paksa diri kita untuk buat. InsyaAllah akan ada hasil yang baik :)



Begitu jugaklah dalam adat berniaga, terutama kepada yang berniaga secara part time sambil bekerja full time. Kalau berniaga part time tu memang buat macam acuh tak acuh... maka hasilnya pun acuh tak acuh juga. Untuk berjaya, dedikasikan masa kita untuk buat juga, terutama di waktu malam. Tahu...kita letih selepas bekerja...nak melayan kerenah anak lagi kan.... Tapi InsyaAllah, semua tu takkan hilang begitu aje... Allah Maha Mengetahui kan.... Ada lah hikmah terbaik Allah simpan untuk kita.

Nak mencapai sesuatu yang luar biasa dalam hidup, kita kena buat yang luar biasa juga. Sebab tu, kalau kita perhatikan, banyak sangat peluang buat bisnes sekarang ni. Tapi sejauh mana kejayaannya, bergantung kepada usaha kita. Kadang-kadang, kita rasa kita da usaha sampai ntah... nak mati kot... Tapi takde apa pun.... Jangan berputus asa... bukan senang nak berjaya... Awal-awal tu kita bagai menanam benihnya. Ambil masa sikit sebelum benih tu mula bercambah dan tumbuh kan :) InsyaAllah usaha tu takkan sia-sia begitu sahaja.... Selebihnya kita berserah kepada Allah.


Bulan ni, Shaklee pun ade buat program YES (Young Entrepreneur System) untuk member-member yang baru join. Memang best sangat lah program ni sebab insentifnya lebih baik berbanding ahli-ahli yang dah lama join... Kami yang dah lama join ni pun jeles dengan peluang untuk ahli-ahli yang baru join ni tau. 

PLUS, sempena anniversary ke 100 multivitamin Vita-Lea, pendaftaran ahli baru dan dengan pembelian minimum mana-mana produk Shaklee pada bulan ini, anda akan dapat sebotol multivitamin Vita-Lea yang memang sangat best. Anda hanya perlu membayar lebih kurang RM100 untuk melayakkan anda menikmati semua ini. Jom kita ubah kehidupan kita untuk menjadi lebih baik :)

Kalau anda berminat? Hubungi saya di 012-5538628

Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy


Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ, Petaling Jaya dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian vitamin Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:


NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ Viber: 012-5538628

Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com

Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978

Kind Hearty Enterprise


COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC


COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek

Sunday, 3 May 2015

Young Entrepreneur System

Assalamualaikum dan salam May. Maaf beberapa hari blog tertinggal... mak sibuk kemas rumah... okla.. straight to the point.. nak habaq... bulan May ni Shaklee telah mengumumkan suatu program baru iaitu Young Entrepreneur System.

Memang gempak program ni... rasa nak join balik Shaklee sebab SID lama tak dapat nak merasa... program ni memang khas untuk new members yang join bulan May - October 2015 ni aje tau...

Saya akan terangkan lagi secara detail berkenaan program ni ya... Tunggu....



Friday, 1 May 2015

Tips Bersahur Untuk Wanita Hamil

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca budiman sekalian. Selamat Hari Buruh. Hari ni nak share pengalaman pertama kali berpuasa sebagai ibu mengandung. 5 tahun dulu, semasa hamil anak pertama, memang saya langsung tidak berpuasa sebulan. Memang masa tu rasa tak mampu untuk saya berpuasa. Kali ni, nak share la tips bersahur dan berpuasa untuk wanita hamil. Excited ni.. Heeee...

Memandangkan semangat nak menggantikan 8 hari berpuasa, Saya mulakan langkah pertama pada hari Khamis yang lalu. Berikut adalah langkah-langkah yang diambil:



Tips bersahur untuk wanita hamil:

1. Tidur awal pada malam sebelumnya.

2. Bangun sahur.

3. Sediakan makanan yang mengenyangkan. Kalau memang selalu makan nasi, maka, bersahurlah dengan nasi bersama lauk pauk, nasi goreng, atau pun karbohidrat yang lain, seperti mee atau bihun.

4. Sebelum itu, selepas sahaja bangun daripada tidur, minum segelas air kosong, bersama kurma. Kuantiti kurma tu, ikut kemampuan, sebiji ke, 3 biji ke... terpulang pada anda. Nak minum air segelas lagi pun takpe lepas tu.

5. Kemudian, mulalah masak atau panaskan makanan anda. saya suruh anda minum selepas bangun tidur terus tu supaya perut anda tak kembung sangat untuk minum air selepas bersahur pula. At least, lepas proses menyediakan makanan, perut anda dah lega.

6. Selepas makanan siap, makanlah mengikut keselesaan anda. Tak perlu mengurangkan kuantiti kebiasaan anda makan... Makan aje macam makan lunch atau dinner. Tapi kalau anda jenis yang tak makan banyak semasa sahur, bolehlah mengambil minuman Set Mighty 3 Gem, yang membantu mengenyangkan dan membebaskan tenaga dengan perlahan. 

7. Selepas itu, jika anda ada mengambil apa-apa supplemen, makanlah supplemen anda. Macam saya, saya minum air kosong (tak minum minuman malt atau susu yang mengganggu penyerapan iron), jadi saya boleh ambil Vita-Lea, B Complex dan Sustained Release Vita-C sebagai supplemen kehamilan saya :) Kalau anda minum ESP bersama milo ke, susu ke, jangan ambil Vita-Lea ye... Ambil Ostematrix (tablet kalsium) boleh. Nak tahu cara pengambilan supplemen semasa berpuasa, boleh rujuk di sini.

8. Nak makan supplemen tu, saya minum lagi 3 atau 4 gelas air. At the end, saya tengok bekas air seliter saya hampir habis. Alhamdulillah.

Maka tamatlah sahur saya. Alhamdulillah berbunga-bunga hati kerana berjaya minum air banyak juga... Memenuhi keperluan air yang diperlukan.

Kemudian, saya solat Subuh, bersiap-siap ke pejabat. Alhamdulillah, saya tenang aje di pejabat. Cuma pada waktu lunch tu, berkeroncong jugak perut, ditambah lagi dengan bau makanan kawan-kawan yang menapau. Sabar sikit ekk...

Selepas solat Zuhur, saya kembali bekerja.. Hilang balik keroncong perut. Baby pun bergerak macam biasa. Dugaan datang balik semasa nak solat Asar. Bekeroncong lagi perut... Tapi kejap aje.. Lepas tu, saya pun gerak pulang. Membawa kereta kena fokus, jadi tak fikir apa sangat.

Selepas mengambil anak, saya singgah menapau lauk. Semasa on the way nak sampai ke rumah, azan Maghrib berkumandang, maka saya pun berbuka aje dalam kereta. Kalau ada buah kurma lagi bagus. Kurma membekalkan tenaga segera.

Alhamdulillah, saya berjaya berpuasa. Untuk supper, saya minum susu bersama dengan ESP untuk bekalan kalsium. Sebelum tidur, saya telan pula Omega Guard dan Ostematrix :)

Semoga saya diberi kekuatan dan kesihatan yang baik untuk menghabiskan puasa ganti saya sebelum Ramadhan tiba. InsyaAllah Ramadhan kali ini, dengan keizinan Allah, saya nak puasa penuh. Yelaa nanti nak menyusukan perlukan tenaga juga kan :)

Haha, anda nak tahu pasal supplemen kehamilan atau nak tanya pasal mana-mana supplemen Shaklee? Jangan malu-malu untuk hubungi saya di 012-5538628.
Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy


Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ, Petaling Jaya dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian vitamin Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:


NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ Viber: 012-5538628

Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com

Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978

Kind Hearty Enterprise


COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC


COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek