Roti bakar sardin yang sedap

Hari ni nak share cara-cara buat roti bakar sardin yang sedap. Haritu akak Nur test je nak buat untuk disedekahkah. So akak kongsikan di sini 😊 Bolehla dibuat untuk makan sekeluarga.

Senang je nak buat inti sardin ni. Yang penting, apa yang kalian suka, boleh masukkan. Dari yang simple, boleh jadi complicated juga.

Yang ni yang akak buat:

1. Gunakan setin sardin. Kalau ramai yang nak makan, boleh gunakan tin yang besar. Ambil hanya ikan dan tinggalkan sosnya. Boleh tengok seperti gambar di bawah.


2. Potong bawang besar dalam bentuk dadu. Nak pakai bawang merah pun boleh. Kuantiti bawang tu, letaklah ikut citarasa. Banyak atau sikit, kalian tentukan. Nak masukkan cili padi sebagai penambah rasa pedas pun boleh. Ohhh ya, campurkan sedikit garam sebagai penyedap rasa.

3. Kacau adunan bawang dan sardin. Sebatikan ia.

4. Masukkan dalam dua sudu mayonis. Kalau takde mayonis pun ok. Ikut preference masing-masing.

5. Adunan yang dah siap disebatikan.

6. Sapukan sedikit mentega / marjerin pada roti. Kemudian letakkan inti sardin tadi. Nak buat roti bakar ni banyak caranya. Yang paling senang, bakar roti guna toaster dan sapukan aje inti sardin tu. Atau boleh gunakan pembakar roti elektrik untuk buat sandwich atau pun pengepit roti lama yang macam akak gunakan 😊 

7. Tutup inti sardin tadi dengan roti yang kedua.

8. Kepitkan roti tersebut. Baki roti di sekelilingnya, buatlah apa-apa yang sesuai.

9. Acuan roti yang akak gunakan, kena dibakar di atas dapur. Jadi bakarlah atas dan bawah sehingga roti menjadi keperang-perangan.

10. Tadaaa siap! Bolehlah dibuat makan petang 😊

Semoga bermanfaat.

Kalau nak renew insurans kenderaan kalian, wasap je akak. Klik wasap link ni --> www.wasap.my/+60125538628

Renew insurans kenderaan sebelum expired

Kalian tahu tak, selain insurans kereta dan motorsikal, akak pun boleh juga buat insurans untuk bas, lori, kapal terbang pun boleh  Tapi kali ni bukan nak cerita pasal tu

Nak bagitau, kalau insurans kereta atau motor dah terlebih expired, sehari ke, dua hari ke, sebulan ke, bila nak renew balik, kami sebagai agen insurans, nak minta jasa baik kalian sikit.

Tengok gambar ni. Bas ni insuransnya da expired. Lepas terjadi kemalangan ni (tak dapat nak claim insurans), tak lama lepas tu, bas ni pun wat lek wat peace, call la agen untuk renew insurans.
Kemalangan bas yang terjadi. Insurans dah expired, acaner tu?

Kalau tak jumpa berita ni, pasti dah selamat insuransnya direnewkan. So bila Etiqa dapat tahu, memang sempat dibatalkan sebelum insurans dikeluarkan. 

Jadi nak khabarnya, kalau insurans kalian da expired, kami nak minta jasa baik kalian untuk tangkap gambar latest kenderaan kalian untuk memastikan kenderaan kalian dalam keadaan baik

Kita taknaklah kes, kereta dah kemik sebelum renew insurans lagi. Buat je insurans baru, claim pulak. Tak adil bagi pengeluar insurans kan.

Hehehe nak renew insurans ngan akak, meh cepat-cepat wasap --> www.wasap.my/+60125538628 Kita buat sampai confirm  Tak payah keluar dari rumah atau ofis pun. Duduk ja, jari ja yang bergerak.

Excess fee RM400 bila claim insurans

Kereta tersadai di bengkel selepas eksiden sebab insurans tak cover excess fee bernilai RM400?

Mana nak cekau RM400 ooiiii

Ramai orang terkena kes begini. Berlaku kemalangan. Orang langgar belakang kereta. Dah siap report polis, hantar bengkel dan claim insurans, masa nak amik kete yang dah siap, pihak bengkel suruh bayar RM400.

Mau terkejut bila dengar RM400. Buat sesetengah orang, perit nak cari RM400 tu. Rupa-rupanya kes begini berlaku apabila orang yang bawa kereta tu bukan owner kereta (masa kemalangan terjadi). Dalam Covernote insurans, takde dinyatakan nama second driver pulak. Jadi kenalah bayar RM400 untuk keluarkan kereta.

Tapikan, untungnya amik insurans Etiqa. Siapa sahaja yang drive kereta tu (bukan owner), jika berlaku kemalangan, misalnya kena langgar belakang kereta, bila da submit claim dan baiki kereta semua, TAK PERLU BAYAR RM400!

Etiqa akan cover semua driver Asalkan driver tersebut berumur lebih daripada 21 tahun dan memiliki lesen penuh (bukan lesen P). Haaa specialkan Etiqa. Takdelah risau tak pasal-pasal kena bayar RM400.

Untuk insurans under AXA pula, cara nak elakkan kena excess fee RM400 ialah jangan lupa namakan sesiapa sahaja yang selalu bawa kenderaan kalian as second driver. Jangan lupa beritahu ejen tau. Kalau tak hanya nama anda sahaja yang ada dalam Covernote insurans anda. 

So kalian nak renew insurans kenderaan kalian? Meh minta akak renewkan. Kita buat sampai kalian setuju dengan harganya Tak susah pun, semua online jer. Duduk je kat rumah. Tak payah susah-susah keluar nak cari ejen. Klik --> www.wasap.my/+60125538628

Resepi sambal Ayam Penyet atau Ayam Geprek

Dengan situasi PKP dan bulan Ramadan ni, keinginan nak makan sesuatu yang lain daripada biasa ni menjadi-jadi sangat 😁 Apabila setiap hari memasak, terasa juga nak makan yang dibeli. Tapi memikirkan hanya sekali makan dan duit yang perlu dilaburkan, baiklah kita masak sendiri saja. Jimat, bersih dan puas hati makan.

Semalam terasa nak makan ala-ala ayam penyet. Sebab makanannya simple, nasi putih, ayam goreng dan sambal. Tambah timun, salad atau kobis dan tempe, siap! Tapi tak pernah buat sambal ayam penyet tu. Maka dengan resepi yang dikongsikan sahabat Kak Nur yang berasal daripada Indonesia, maka pergilah akak ke kedai dekat rumah ni membeli bahan-bahan yang diperlukan.

Nak goreng ayam tu, senang aje. Boleh gunakan konsep ayam yang diperap dengan kunyit dan garam. Nak merangupkan lagi, salutkan juga dengan tepung Bestari. Memang sedap. Yang penting, peraplah lama sikit dalam masa sejam ke supaya rasa tu meresap kepada ayam. Ehhh banyak membebellah akak ni 😅

Ok, akak nak kongsikan resepi sambal ayam penyet tu sebenarnya. Ada juga orang panggil ayam geprek atau ayam gepuk. Untuk mendapatkan sambal dalam semangkuk besar, akak takdelah spesifik sangat dari segi kuantitinya, agak-agak saja. Kalau kalian nak kuantiti yang sikit, boleh kurangkan bahan-bahannya. 

Mari kita lihat bahan-bahannya (anggaran dalam semangkuk besar hidangan sekeluarga):

- Segenggam cili merah besar
- Segenggam atau kalau nak adjust pedasnya, (tambah atau kurangkan) cili api merah
- 2 biji tomato
- 1 bawang besar dan beberapa butir bawang merah
- 4 - 5 ulas bawang putih
- Segenggam ikan bilis
- Sebuku kecil belacan (dalam 1 inci panjangnya)
- Garam, gula dan perasa

Akak sharekan bahan-bahan yang akak sediakan.






Cara-caranya:

Boleh rujuk pada gambar dan cara-caranya.



Minyak secukupnya dimasukkan ke dalam kuali.


Tumiskan semua bahan-bahan kecuali tomato sebab nanti hancur sangat pulak. Bila dah nampak bahn-bahan semakin garing, baru masukkan tomato.


Tumisan yang dah dimasukkan tomato. Lepas tumisan dah semakin garing, tutup api dan masukkan bahan-bahan ini semua, dengan minyak-minyaknya sekali ke dalam blender dan blend kasar. Blend dalam dua kali agar bahan-bahan hancur. Jangan blend halus. Tak cantik teksturnya nanti.


Lepas dah blend, kuali yang sama, letakkan minyak, tunggu sehingga minyak sedikit panas, dan goreng semula. Masukkan garam, gula secukup rasa. Ingat dah ada ikan bilis, jadi tak perlu garam terlampau banyak. Nak tambah aji sikit pun boleh. Kacau-kacaukan sebatian. Lihat sampai nampak tumisan macam pecah minyak. Tutup api.


Nah siap untuk dimakan dengan nasi kukus, ayam goreng dan sayur-sayur yang yang selalu dihidangkan dengan ayam penyet 😍

Semoga bermanfaat. Terima kasih sahabat akak, Ina yang sharekan kepada akak resepi sambal ayam penyet ini. Secukup rasa dan memang senang bila ada sambal ni. Makanan lain, boleh goreng je. Semoga bermanfaat kepada kalian semua.


Psssttt: Nak renew insurans kenderaan kalian, boleh wasap akak di www.wasap.my/+60125538628 😊 Kita kawtim harga sampai jadi.

Jika berminat nak membina perniagaan sendiri pun boleh. Wasap je akak. Kita sembang.

Mama, akhirnya kau pergi jua

The story of a cancer fighter

Tanggal 25 Februari, tahun 2020, bersamaan 1 Rejab 1441, pukul 3 pagi, akhirnya mama menghembuskan nafasnya yang terakhir di rumah. Memang itulah yang mama inginkan, pergi menyambut panggilan Ilahi di rumah, bukan di hospital.

Mama disahkan menghidap kanser rahim sejak dua tahun lalu. Boleh baca kisahnya yang kak Nur coretkan di SINI. Selepas menjalani pembedahan membuang seluruh organ peranakannya dan melalui 6 sesi kemoterapi, mama akhirnya beransur pulih, Alhamdulillah.

Tapi pada penghujung tahun lepas, dalam bulan Oktober gitu, mama mula mengadu sakit perut sampai tak bermaya. Masa tu abah dengan mama dah plan nak datang umah kak Nur. Kak Nur dah tukar tilam dalam bilik diorang agar diorang dapat tidur lebih selesa dan belikan cadar baru. Sayangnya abah aje yang datang sebab mama tak larat naik kereta dengan sakit perut begitu.

Apabila ke klinik, biasalah doktor hanya merawat on the surface. Bagi ubat tahan sakit, ubat charcoal hitam tu. Tapi dalam hati, kak Nur tahu, mama bukannya sakit sebab angin ataupun sembelit. Nak pergi Klinik Kesihatan ataupun hospital, mama cakap appointment lambat lagi, dalam bulan December gitu. Masa tu baru nearly end of Oktober kot. Lama lagi nak tunggu appointment tu.

Kak Nur cuma minta tolong abang sulung bawa mama pi GH for further checkup. Tapi mama cakap tak payah. Tunggu appointment je 😔

Lebih daripada sebulan mama tahan sakit, akhirnya mama setuju pergi GH. Tarikh 20 November 2020. Pergi kat Emergency, doktor amik darah, buat x-ray, semua ok. Mama hanya di dripkan sahaja. Of course masa tu keadaan mama ok lah. Balik dua tiga hari, sihat macam biasa. Lepas tu, mula balik sakit perut. 

Pada 9 December 2019, mama kena buat Colonscopy di GH. Malangnya tak dapat nak buat sepenuhnya sebab kamera tak dapat nak masuk. Masa tu abang sulung kak Nur wasap di group keluarga beritahu mama kena buat CT Scan segera. Nak buat di GH lambat. Jadi terus gi hospital private untuk buat CT Scan. Resultnya usus mama tersumbat dan kena segera buat pembedahan.

Terkejutlah kak Nur terima berita tu. Terus balik Penang malam tu juga dengan anak-anak semua. Sampai di rumah, terkejut tengok mama ada di rumah. Ingatkan mama kena admit balik di GH. Mama ok. Cuma nampak lemah. Legalah juga dapat jumpa mama.

The next day, mama pi semula GH. Jumpa pakar yang merawat mama dan mama pun kena admit. Di hospital, walaupun mama admit, tapi doktor tak beritahu lagi bila mama akan dibedah. Hairan juga akak Nur. Dalam hati fikir mungkin doktor nak clearkan usus tersumbat tu. Jadi idaklah perlu pembedahan. Bila tanya abah, dapat jawapan yang tak jelas pula. Jadi akak tanya abang sulung. 

Katanya berdasarkan CT Scan tu, ada ketumbuhan (kanser yang datang balik) kat luar usus mama. Tu yang menyebabkan apabila mama nak buang air besar, mama akan rasa sakit dan kesannya mama sembelit. Pembedahan tu akan divert usus mama ke perut untuk melancarkan proses membuang air besar 😞

Masa mama kat hospital tu, hari-hari akak Nur gi lawat. Nampak keadaan mama stabil. Boleh bercakap dan sembang macam biasa. Kak Nur rasa macam tak perlu pun nak bedah semua. Jadi harapnya doktor takdelah nak bedah juga.

Pada 12 December, abah wasap dalam group beritahu mama akan dibedah pada 13 December (Jumaat). Masa 12 haribulan tu, akak Nur melawat mama dan bersembang-sembang dengan mama. Memang keadaan mama sihat sangat. Bersembang pun macam biasa. Wayar yang disambungkan ke dalam hidung mama dah terbuka, jadi mama memang nampak sihat macam biasa.

Bila nak balik tu, akak Nur pandang muka mama dalam-dalam. Dalam hati rasa sayu sangat sebab mama senyum dan nampak sangat sihat 😢 Kak Nur tahu, lepas operation nanti, pasti mama akan kesakitan. Takkan nampak sihat macam yang akak tengok tu.

Keesokan harinya, dalam pukul 10 pagi gitu, mama masuk ke OT. Abang kedua kak Nur tunggu dari pagi sampai ke petang tak keluar-keluar. Dalam pukul 5 petang baru mama dihantar ke wad. Tu pun drowsy yang sangat teruk dan tak sedar. Doktor yang bedah mama datang tengok mama dan terangkan keadaan mama kat kami. Katanya diorang masukkan kamera dan tengok di dalam. Ada sel-sel kanser di luar perut dan bahagian kolon. Nothing can be done on that. Operation yang diorang buat, hanyalah divert usus mama ke perut untuk kurangkan kesakitan mama bila nak membuang air besar. ITU SAHAJA.

Untuk sel-sel kanser yang telah merebak, mama kena buat kemoterapi untuk membunuh sel-sel tersebut. Itupun tengok keadaan kesihatan mama, sama ada mama mampu nak melalui kemoterapi atau tidak.

Lepas tu, mama stay di hospital beberapa hari lagi sebelum dibenarkan keluar. Rutin baru mama bermula. Mama kena pakai beg stoma di perut. Rasanya mama memang sangat-sangat tak selesa dengan keadaan begitu. Bila kak Nur balik, mama takde selera makan sangat. Makan pun hanya dua sudu nasi. Ubat langsung mama taknak makan. Bila nak makan ubat, mama akan muntah. Jadi mama langsung tak nak makan. Ubat kencing manis, darah tinggi pun mama dah tinggalkan.

Masa ni, mama masih lagi ok. Walaupun makan sikit-sikit, tapi masih lagi makan. Ada juga muntah sebab angin. Boleh bersembang dengan saudara mara yang datang melawat. Masih ok semuanya. Tapi sakit tu tetap ada. Appointment mama masa Januari, doktor tanya nak buat Chemo atau tak. Mama cakap taknak Chemo dah. Kami adik beradik pun setuju dengan keputusan mama. Mama takkan mampu nak bertahan sakitnya lepas kemoterapi nanti.

Tiap-tiap malam apabila kak Nur balik, kak Nur akan gosok kaki dan tangan mama. Gosok belakang mama. Sedih tau bila dah habis urut, mama bersalam dengan kak Nur dan mohon maaf. Padahal kak Nur ni anak. Patut kak Nur yang minta maaf 😭

Mama ada juga dimasukkan ke wad sebab sakit. Tapi bila warded pun, mama hanya dapat drip. Bila drip, memang mama akan ok. Then mama akan minta untuk balik. Sehari dua ok, then mama akan sakit balik.

Kak Nur bincang adik beradik, abang kak Nur suruh bagi panadol soluble kat mama untuk kurangkan sakit mama. Bila mama minum sikit terus taknak sebab pahit katanya. Seteguk macam tu je mama minum. 

Pada masa yang sama, kami berhubung dengan Hospice Penang. Hospice ni adalah suatu badan di bawah KKM untuk merawat pesakit-pesakit kanser (terminally ill patients). Nurse atau doktor akan datang rumah untuk memantau keadaan pesakit secara percuma. Cuma kalau equipment macam drip terkeluar nak pasang balik tu je kena bayar. Katil hospital pun dipinjamkan kepada kami untuk kegunaan mama. Tangan mama memang ada drip Morfin untuk tahan sakit mama.

Ada juga mama masuk hospital di bawah Hospice (plus minus seminggu sebelum mama meninggal). Tapi macam biasa, mama minta keluar walaupun sebenarnya doktor tak approvekan discharge tu. Semuanya atas risiko sendiri. Tapi mama nak keluar juga, so kami ikutkan aje permintaan mama. Balik pun ambulance hantar.

Masa tu kak Nur tak balik. Sempat video call dengan mama thru abang kak Nur. Tapi mama cakap apa pun kak Nur tak dengar. Perlahan sangat. Mostly masa tu tengok mama pandang atas je. Pandang fon pun sekejap sangat. Sebenarnya itulah last bagi kak Nur dapat tengok mama bercakap 😭 At this time, mama memang bedridden. Sebelum tu, mama masih lagi boleh ke bilik air amik wuduk semua.

Hujung minggu terakhir sebelum mama meninggal, kak Nur balik dengan abang kak Nur. Mama hanya terbaring di katil yang dipinjamkan hospital. Panggil pun dah tiada respons. Nampak mama dalam keadaan nazak. Memang masa ni, mama tak makan dah. Minum pun atas titisan air zam-zam yang kami titiskan di bibir mama yang mengering. Sekejap-sekejap kami akan titiskan.

Kat rumah ada mak sedara yang setia menemani in case abah nak pi surau semua. Setiap hari datang. Ada nenek sedara dari Shah Alam yang taknak balik sebab risau jika apa-apa terjadi kepada mama. Ada juga bibik yang dipinjamkan oleh mak sedara yang membantu menjaga mama dan masakkan makanan untuk kami. 

Kak Nur takkan lupa jasa baik semua yang ada ketika kami berada dalam keadaan ini. Percayalah sesungguhnya emosi kami sangat berat pada waktu ini. Terima kasih sebab bersama-sama dengan kami. Takkan kak Nur lupa jasa baik kalian. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik semua. 

Hari Ahad, 23 Februari 2020, abang kak Nur cakap, mama asyik tak sedar sebab dos Morfin mama sangat tinggi. Jadi abang kak Nur kurangkan dos. Memang mama macam sedar, cuma macam mengerang sakit. Tapi respons memang takde dengan kami. Sampai KL, abah bagitau mama macam sakit. Jadi dos Morfin dinaikkan semula.

Hari Isnin, kak Nur gi kerja macam biasa. Masa tu terfikir, macam mana mama tak makan dan minum pun titisan air. Sikit sangat air tu...

Early morning 25hb Februari tu, kul 3 pagi lebih telefon berbunyi. Mujurlah kak Nur dengar. Abang kedua kak Nur call. Dia tanya dah tahu ke? Akak blur-blur cakap tak tahu. Dia cakap mama dah meninggal. Siaplah jap lagi dia datang. 

Akak pun bangun bersiap barang-barang semua. Tak lama abang akak sampai. Tunggu anak buah kak Nur datang dari USIM pula. Dalam pukul 4.30 pagi kami bertolak balik. Penuh kereta. Dalam pukul 7.15 pagi kami sampai. Sempat solat subuh dulu.

Tapi apabila menjejakkan kaki ke rumah, terus kak Nur melihat jenazah mama dulu. Hiba dan sebak rasa hati bila melihat mama. Mata mama tak tertutup rapat. Mama nampak sangat macam bila kak Nur balik weekend sebelum tu. Nampak macam masih ada 😭 Apa pun, kak Nur redha dengan pemergian mama. Cukuplah dengan kesakitan mama, biarkan mama berehat.

Mama dimandikan dalam pukul 11. Alhamdulillah kak Nur berada di samping mama menguruskan mandi jenazah dan dikafankan. Selepas penghormatan terakhir di surau, mama terus dihantar ke Masjid. Selepas solat Zuhur berjemaah, terus diadakan solat Jenazah sebelum dihantar ke tanah perkuburan. Dalam pukul 3 petang, selesai semuanya.

Allahuakhbar, bila difikir-fikir balik, percaturan Allah sangat baik. Mama pergi sebelum PKP dilaksanakan. Kalau tak, bayangkan kami tak dapat berulang-alik menjenguk mama. Nak menguruskan mama pun pasti sukar dengan ketiadaan orang yang bersama-sama dengan kami.

Apa pun, pembaca yang disayangi, andai kalian membaca sehingga ini, mohon bacakan Al-Fatihah sebagai sedekah untuk mama. Semoga mama aman damai di sana. Terpelihara daripada seksa kubur. Kembali ke kampung halaman dalam keadaan suci bersih daripada segala dosa. Aamiinnn.


Meh renew insurans kenderaan dengan akak

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Fuhhhh berhabuk, bersawang blog kak Nur ni. Lama sungguh tak berupdate. InsyaAllah kak Nur akan cuba update sekerap mungkin.


Hari ni kak Nur terima satu panggilan telefon. Puan ni sebenarnya nak retrieve polisi kenderaannya kerana berlaku kemalangan. Tapi memandang akak Nur bukan agen yang mengeluarkan polisi kenderaannya, jadi akak Nur hanya dapat bantu bagi no telefon Etiqa Enquiry untuk tindakan puan ini.

Bagi pelanggan-pelanggan baru dan lama yang renew dan akan renew insurans kenderaan dengan kak Nur, semua maklumat, polisi, kak Nur akan simpan. Jika perlukan sebarang maklumat, boleh hubungi kak Nur pada bila-bila masa 😊 Tak perlu lagi direct dengan Customer Service Etiqa. Masa nak retrieve balik dokumen pun sekejap saja. Semuanya dengan wasap kepada akak je.

Bagi yang belum tahu, akak Nur agen kepada insurans Etiqa dan AXA. Jadi nak renew dengan mana-mana satu pun boleh. Kadang yang datang minta quotation, akak siap buat perbandingan harga dengan kedua-dua insurans. Akak Nur faham, dalam keadaan sekarang ni, harga nak renew insurans tu sangat-sangat penting. Jadi akak memang open kalau nak adjust sum insured, harga coverage cermin dan sebagainya. Kita buat sampai jadi 😊



So sesiapa yang tengah nak renew insurans kereta atau motor, malah van, lori, semua boleh dapatkan daripada akak. Wasap je akak di www.wasap.my/+60125538628 💓

Gusi bengkak disebabkan gigi geraham bongsu

Tak sangka pulak, bila semakin berumur, masih lagi ada masalah gigi 😅 Hehe kak Nur dah jumpa banyak kali situasi masalah gigi disebabkan masalah gigi geraham terutamanya gigi geraham bongsu. Kali ni kak nur pun terkena, gusi bengkak disebabkan gigi geraham bongsu.

Asalnya dah banyak kali terasa gusi paling hujung bahagian kanan macam sakit. Tapi sakitnya on and off. Bila tak sakit, kita pun mesti abaikan. Betul tak? 😅 Kak Nur pun sama la. 

Apabila sakit gigi, sakitnya memang rasa sakit hati. Semuanya serba tak kena. Nak taknak akak Nur cari juga masa pergi jumpa doktor gigi. 

Akhirnya tibalah waktu appointment. Sekejap je dentist tu check. Dia tekan di gusi yang bahagian hujung sekali dan tanya sakit ke tak. Heheheh memanglah sakit. 

Kata doktor, gigi geraham bongsu tumbuh tapi ruangan di situ sempit. Ditambah lagi dengan  sisa makanan yang tersangkut di celah gigi dan gusi. Kalau tak dibersihkan dengan betul, bertambah sakitlah gusi tersebut.

Gusi kak Nur jadi bengkak. Doktor berikan antibiotik untuk merawat infection. Jadi lepas ni, hilanglah sakit. Cumanya, penyelesaian kepada masalah sakit gusi ni, gigi geraham bongsu atau mat salleh cakap, wisdom tooth tu kenalah dicabut. Penyelesaian lain, bila gosok gigi, gosok sampai ke hujung hingga ke gusi tersebut untuk membuang sisa-sisa makanan yang tersangkut antara gigi bongsu dan gusi.

Kak Nur usahakan dulu untuk memberus gigi sehingga ke gusi untuk memastikan gigi dan gusi bersih. Malas nak cabut sebenarnya 😅 InsyaAllah boleh. Sekarang gusi kak Nur dah ok. 

Ohh ya, doktor siap berpesan pada akak, bila menggosok gigi, jangan gosok melintang. Gosok atas bawah supaya gusi tidak 'haus'. Satu lagi, sisa makanan kan tersekat di celah gigi, jadi dengan menggosok atas bawah, lagi mudah proses mengeluarkan sisa makanan tersebut.

Sumber gambar Google

Selain itu, untuk menjaga kesihatan gigi dan gusi, boleh amalkan set penjagaan gigi Shaklee. 

Set penjagaan gigi Shaklee

Manfaat set penjagaan gigi Shaklee

Ostematrix - Tablet kalsium yang membantu memenuhi keperluan kalsium harian kita. Ingat ye, semakin meningkat umur, kalsium juga akan semakin terhakis. Jadi pastikan mendapat bekalan kalsium yang cukup untuk kesihatan tulang dan gigi.

Vitamin C (Sustained Release) - Vitamin C sangat penting untuk mengawal pendarahan gusi dan membantu mempertingkatkan kesihatan gusi. 

Omega Guard - Membantu mengurangkan keradangan serta pembengkakan gusi.

Vitamin B Kompleks - Membantu mengawal pendarahan gusi memelihara kesihatan urat saraf.

Nak dapatkan Set Penjagaan Gigi Shaklee ini, boleh wasap kak Nur di www.wasap.my/+60125538628 ❤️

Kelebihan Travel Insurance Etiqa yang Best!

Wowwweeee sekarang ni travel insurance Etiqa ada coverage Cashless Oversea Medical Care. Kak Nur pasti ramai yang akan senang hati nak travel dengan kelebihan atau benefit baru ini apabila membeli insurans perjalanan atau travel insurance Etiqa ini.

Berikut adalah maklumat ringkas yang kalian boleh rujuk berkenaan dengan travel insurans di bawah Etiqa. Best sangat tau 😃



Kesimpulannya Kelebihan Travel Insurance Etiqa ni kalian boleh rujuk di bawah:





Kalau kalian perasan, jika berlaku kehilangan barang macam kerosakan pada luggage, kecurian dompet yang melibatkan wang atau dokumen penting, kalian yang di bawa coverage travel insurance ni, boleh terus je whatsapp ke nombor 019-6507931. Sekarang memang pantas. Boleh wasap je.

Jadi kalau kalian nak pergi bercuti, dalam atau luar negara, bolehlah whatsapp pada kak Nur www.wasap.my/+60125538628 💖 untuk mendapatkan quotation travel insurance anda.

Hubungi saya agen insurans Etiqa, AXA dan pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley,  Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 012-5538628
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy
Diana Aniff Rich Enterprise – 002912581-X

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Jaya Shopping Mall, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley

Memperbaiki dinding melepuh ditembusi air

Pernah tak korang mengalami dinding yang tiba-tiba nampak ditembusi air dan kemudian kelihatan lumut mula tumbuh kerana dinding yang lembap? Haaa macam kat bawah ni.




Orang cakap jadi macam ni sebab simen yang dibancuh tak betul nisbahnya. Wallahu'alam. Satu lagi sebab dari luar, dinding ni memang tak terlindung. Jadi hujan yang lebat menyebabkan air sampai tembus dinding ni. Kak Nur redha je la. Lama juga kak Nur biarkan sebab panggil kontraktor, tak datang-datang. Sampai satu masa, tikar kat tepi dinding tu pun dah nampak basah sebab air tembus dinding tu bila hujan lebat.

Sementara menantikan kontraktor datang, ikut hati akak nak je buat sendiri. Tapi memandangkan tak pernah buat dan takde ilmu, maka akhirnya akak panggillah juga kontraktor tolong buatkan. Dari kontraktor tu, akak belajarlah juga cara-cara nak buat.

Kontraktor tu terangkan, untuk menghalang air menembusi dinding lagi, dia akan letak sealer atau waterproofing liquid. Tapi masa dia datang tu, dia bawa waterproofing liquid. Disapunya cecair waterproofing tu di dinding bahagian luar rumah dan di dalam rumah. 

Yang kat dalam rumah, gelembung dan bekas-bekas tembus air tu, dibuang terlebih dahulu, barulah disapu dengan cecair waterproofing yang berwarna putih. So kalau cat di dinding dah warna putih, senanglah. Tak payah cat balik pun ok 😊Cecair tu, bila kering, dia membentuk seolah satu lapisan getah yang meliputi dinding tersebut. 

Lepas dah siap sapu cecair waterproofing tu dan dinding pun dah kering, barulah dicat semula. Cumanya kak Nur agak tergamam sikit sebab dinding yang dipecahkan segala gelembungnya tidak diplaster untuk disamaratakan balik dinding tu. Jadilah macam kawah bulan pada dinding tersebut.

Dinding yang telah dibuang gelembung-gelembung angin, selepas disapu cecair waterproofing dan dicat.

Selepas seminggu, timbul lagi gelembung-gelembung angin

Kontraktor pun datang semula, pecahkan gelembung tersebut dan plasterkan dinding tu. Cumanya disebabkan keadaan yang tergesa-gesa, maka takla dicat balik. Masa tu akak biarkan je sebab akak rasa akak cat balik lagi elok 😂 Cumanya tukang Indonesia tu sempat menitipkan pesan pada akak, "kak, nanti beli kertas pasir, kasi licin ini dinding, baru cat balik." Kontraktor pun ada pesan juga, beli waterproofing liquid yang bekas kecil dan sapu balik kalau perlu.

Gambar ni diambil selepas dinding dah dilicinkan dengan kertas pasir. Fuhhh berdebu satu inci juga sebab campuran pasir kasar digunakan untuk bancuh plaster yang digunakan untuk menyamaratakan dinding.

Haaaa nampak debu-debu yang keluar tu. 


Ni sebelum akak memulakan usaha menyapu sealer dan cat balik.


Gambar di bawah adalah sealer yang akak beli. 


Bila baca kat tong sealer tu, kalau dinding tak rata, gunakan filler untuk meratakan dinding dulu. Tapi memandangkan akak tak beli filler, maka akak teruskan aje dengan sealer tu. Sealer tu dah setong. Takdelah nak guna kat tempat lain dah. Maka akak sapu tebal-tebal dekat kawasan-kawasan yang berkawah.

Walaupun tak menutup kawah tu sepenuhnya, sekurang-kurangnya dinding tu nampak lebih kemas. Dari jauh memang tak nampak pun bekas-bekas kawah tu 😊 Jom tengok gambar-gambar bila dah sapu sealer dan dinding dicat balik.

Dah siap sapu sealer. Memang tak berapa nampak dah dinding yang tak rata tu.


Haaa dah elok 😍

Yang dinding bahagian ni pun da siap cat. Akak sapu cat tebal untuk cover sealer yang berwarna putih. Alhamdulillah cat pun tak nampak bertempek dengan cat lama. Perfecto.

Fuhhh puas hati dinding da nampak elok. Suatu pengalaman juga untuk akak 😁 Seingat akak, last pegang berus cat masa kecik-kecik dulu, hahaha 😅

Harap entri kali ni dapat membantu siapa-siapa yang menghadapi masalah yang sama atau lebih kurang dengan akak. Tak susah pun sebenarnya. Cuma kena ada barang-barang yang diperlukan 😊 

Dari segi kos, sealer bekas kecik tu berharga RM35. Selebihnya cat di dinding tu, ikut spesifikasi cat yang kalian gunakan. Berus yang akak guna pun berus biasa je berharga dalam RM4 lebih. Ikutkan harga semua termasuk cat, mungkin tak sampai RM100. Tapi bila kita buat sendiri, kita buat dengan sepenuh kasih sayang.

Semoga bermanfaat!