6 Petua Awet Muda dan Kecantikan Kulit

Apabila bercakap tentang awet muda, tentunya perkara pertama yang menjengah ke dalam fikiran ialah kulit yang licin cantik kan.. :) Tetapi awet muda ini, bukan sahaja meliputi kecantikan kulit, malah meliputi juga kesihatan luaran dan dalaman.



Untuk terus kelihatan cantik berseri dan awet muda, di sini dikongsikan beberapa petua:

1. Sediakan bahan-bahan berikut:
- Satu sudu serbuk kayu manis
- 4 sudu madu asli
- 3 cawan air

Caranya:
Rebus kesemua bahan-bahan tersebut sehingga sebati. Amalkan minum air rebusan tersebut setengah cawan, tiga kali sehari. Sebaiknya selepas makan pagi, tengahari dan malam.

InsyaAllah akan memberi tenaga dan menyegarkan tubuh, melembutkan kulit dan melambatkan proses penuaan.

2. Setiap dua atau tiga hari atau kalau boleh setiap hari, amalkan mencuci muka dengan air kelapa. InsyaAllah petua ini akan membantu melambatkan penuaan dan mengurangkan kedutan. 

3. Guna air kelapa, simpan air kelapa tersebut selama satu malam. Keesokan harinya, sapukan air kelapa tersebut ke muka sambil berselawat kepada Rasulullah SAW. Biarkan selama sejam kemudian barulah dibilas dengan air bersih. InsyaAllah muka akan kelihatan lebih berseri.

4. Gunakan air basuhan beras yang pertama untuk membasuh muka. Lebih baik amalkan membasuh muka dengan air basuhan beras tersebut di waktu pagi. InsyaAllah muka akan lebih bersih dan segar.

5. Ramaskan tomato dan putih telur bersama dan jadikan sebagai masker di muka. InsyaAllah kulit muka akan lebih lembut dan halus dan parut-parut akan hilang. Amalkan selalu. Paling lama dua minggu sekali.

6. Cara yang paling mudah, gunakan putih telur dan lumurkan di muka, terutamanya di kawasan yang mempunyai bintik-bintik hitam. Biarkan seketika sehingga kering dan bilas dengan air bersih.

ATAU

Sebenarnya proses penuaan adalah sesuatu yang semulajadi. Semua orang akan tua juga akhirnya. Namun, kini ramai orang mengalami proses penuaan lebih pantas daripada usia disebabkan oleh beberapa faktor:

- Persekitaran yang tercemar dan dipenuhi radikal bebas.
- Pemakanan yang tidak terjaga dan lebih cenderung kepada makanan segera serta diet yang tidak seimbang.
- Kurang bersenam atau kurang aktiviti riadah.

Oleh itu, adalah lebih baik jika kita menjaga kesihatan dan penampilan diri kita daripada awal supaya kesan penuaan akan dapat dilewatkan. 

Shaklee mempunyai set supplemen yang sangat best untuk membantu melambatkan proses penuaan. Set ini ialah Set Premium Anti-Penuaan untuk kesihatan dalaman dan luaran.

Set Premium Anti-Penuaan ini terdiri daripada:
- Vivix
- Shaklee Collagen Powder



Set Premium Anti-Penuaan ini sangat bagus kerana:

i)Vivix
Merupakan tonik berbentuk cecair yang lazat dihasilkan daripada buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan seperti Muscadine Grape, Purple Carrot, Elderberry dan Polygonum Cuspaditum. Vivix Bertindak memulihkan penuaan pada tahap sel. Vivix akan memperbaiki dan melindungi sel daripada serangan radikal bebas. Selain itu, Vivix juga akan mengaktifkan pengawalan genetik untuk melambatkan penuaan sel.

ii) Shaklee Collagen Powder
Dihasilkan dalam bentuk serbuk serbuk yang terdiri daripada bahan-bahan semulajadi yang selamat. Kolagen ini membantu mengurangkan masalah kulit kering dan mengekalkan keanjalan kulit. Selain itu, kesan-kesan parut, garis-garis halus daripada proses penuaan juga akan dapat dikurangkan.

Set Premium Anti-Penuaan ini berharga RM773.00. Walaupun harganya mahal, namun kesan yang diperoleh kepada pengamalnya sangat bagus. InsyaAllah, anda tidak perlu tunggu lama untuk merasai perbezaannya.

Dengan pembelian set ini, anda juga akan mendapat keistimewaan lain iaitu, keahlian percuma Shaklee serta cash back pada bulan seterusnya. Dengan membeli daripada saya, anda juga layak mendapat panduan dan konsultasi pemakanan supplemen Shaklee pada bila-bila masa daripada saya :) Memang sangat berbaloi-baloi. Hubungi saya di 012-5538628.

Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy


Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ, Petaling Jaya dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian vitamin Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:


NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ WeChat/ Viber: 012-5538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy
Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC

COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek
Previous
Next Post »
0 Komentar