Cara buka akaun syarikat di CIMB tanpa introducer

Alhamdulillah. Tahun 2018 hampir melabuhkan tirainya. Bermulanya tahun baru, dengan perancangan dan strategi baru, insyaAllah. Kali ni, kak Nur nak kongsikan pula cara membuka akaun syarikat di CIMB tanpa introducer.

Semua bank meletakkan syarat untuk ada introducer apabila hendak membuka akaun semasa atau akaun untuk syarikat. Kak Nur dah survey dah 😂. 

Akhirnya, kak Nur pilih CIMB sebab boleh minta tolong abang Kak Nur sendiri jadi introducer. Tapi, kena amik borang dulu di CIMB dan jumpa abang kak Nur dan minta dia sign di borang tersebut. Renyah la. Kalau berdekatan, bolehlah submit pada hari yang sama.

Haaaa introducer ni pulak, tak boleh ambil yang baru-baru buka akaun ye. Kena at least 6 months kot (tak sure, tapi tak boleh ambil yang baru sebulan dua buka akaun).

Kak Nur ada terbaca juga, boleh juga buka akaun syarikat melalui CIMB secara online. Introducer tak diperlukan. Dah cuba buat. Last-last dia minta juga pergi bank.  So, ke bank la kita.

Pada 10 Disember 2018, waktu lunch. Dengan penuh semangat kak Nur jalan kaki je ke CIMB. Masa tu, chop syarikat dan sijil syarikat yang telah berdaftar dengan SSM memang kak Nur bawa siap-siap. Mana tahu, boleh buka terus tanpa introducer.

Sesampainya di CIMB, kak Nur dengan skemanya amik nombor dan tunggu. Padahal boleh je gi terus kat pegawai yang duduk di meja-meja tu (kalau kosong). So, memang boleh buka akaun bank syarikat tanpa introducer 😉 Tapi, hendaklah kita beli apa-apa produk daripada CIMB 😂

Paling mudah, apply kad kredit CIMB la. Pilihan lain ialah buka akaun unit trust ke, PRS ke dan macam-macam lagi la. Cadangan diterima. Pegawai bank tu ambil sijil SSM kak Nur, ic kak Nur dan minta kak Nur isikan borang yang diperlukan.

Rupanya akaun syarikat ni, bukanlah boleh buka immediately. Amik masa juga. Kata pegawai tu, nak buat check-up dulu 😂 It takes around 3 days juga untuk diluluskan. Adoiiiii!

Okla. Selesai isi, kak Nur pun geraklah. Hari Isnin isi, Selasa cuti. So hari rabu baru pegawai tu akan membuat semakan. Alhamdulillah syukur. Hari Khamis, pegawai CIMB call, cakap akaun dah buka. Boleh datang ke CIMB dan ambil kad ATM 😍 


Kak Nur tak request buku cek. So dapat kad ATM dan activate kan kad tersebut. Nak link ke CIMB Clicks, lepas tukar nombor pin, update sekali no telefon untuk mengaktifkan TAC request bila online di CIMB Clicks nanti.

Sangat mudah. RM500 diperlukan untuk akaun islamik. Manakala RM1,000 untuk akaun non-islamic. Overall kak Nur puas hati dengan bank. Cepat juga. Ramai juga komen, dalam seminggu proses untuk membuka akaun syarikat ni.

So, siapa-siapa yang nak buka akan syarikat atau akaun semasa, boleh pergi ke CIMB 😉

Oh ye, bermula 15hb ni, Shaklee buat promosi best sempena pembukaan branch baru. Haaa kali ni 10% diskaun diberikan untuk ahli-ahli yang baru nak daftar. Weiiii untung wooo dapat 10% tu 😍

Dengan promosi ini, setiap ahli yang baru nak mendaftar, boleh pilih nak beli:

💗 Twinpack Vivix

💗 Youth Starter Set

💗 Family Wellness Set

Dengan pembelian salah satu set di atas, terus dapat:

💟 Membership percuma (berharga RM65)

💟 Penghantaran sampai ke pintu rumah secara percuma (berharga RM10)

💟10% diskaun

💟 Dapat point untuk cashback bulan depan (sekurang-kurangnya dapat RM26)

Fuhhh best tau. Untunglah siapa yang nak mendaftar bermula 15 Disember ni. Jangan tunggu-tunggu lagi. Contact kak Nur di 012-5538628 atau wasap je - https://www.wasap.my/+60125538628 untuk kak Nur daftarkan keahlian 😍

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley,  Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 012-5538628
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy
Diana Aniff Rich Enterprise – 002912581-X

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley
Previous
Next Post »
1 Komentar
avatar

senangnya nk buka acc mcm ni :)

Balas