Najis Berdarah Dalam Kalangan Kanak-Kanak

Najis Berdarah Dalam Kalangan Kanak-Kanak
Pengalaman Saya Sendiri

Kali ini saya menulis berdasarkan pengalaman saya sendiri. Saya perasan dalam beberapa hari (to be spesific sejak hari Rabu lepas), anak saya mula membuang air besar yang agak cair pekat. Sebab sebelum tu saya perasan juga yang Nur Muhammad buang air besar agak keras. 

Sebenarnya, pada hari Rabu itu, suami saya ada belikan KFC untuk Nur Muhammad. Saya tahu sangat kalau makan KFC, selalunya Nur Muhammad akan mudah untuk membuang air besar. Jadi saya tidak merasa pelik dengan perubahan najis tersebut. Namun, najis yang agak cair pekat itu berlarutan sehingga hari Jumaat. Pada awal pagi Jumaat, Nur Muhammad bangun dalam pukul 2 atau 3 pagi dan buang air besar. Suami saya bangun dan basuhkan dan selepas itu kembali tidur. Namun Nur Muhammad tidur dalam rengekan. Mungkin kerana tidak sedap perut.

Di siang hari, Nur Muhammad kelihatan normal. Aktif seperti kanak-kanak lain. Memang dia ada membuang air besar. Tapi kelihatan normal sahaja tingkahlakunya. Tidak mengadu sebarang sakit perut yang keterlaluan. Pada awal hari Sabtu, sekali lagi Nur Muhammad bangun dalam pukul 2 atau 3 pagi dan menyuruh suami saya membasuhkan najisnya. Pada malam itu, saya agak kepenatan langsung tidak sedar apa yang terjadi. Pada waktu pagi sabtu itu, selepas Subuh, suami saya memberitahu yang Nur Muhammad mengadu kesakitan perut sepanjang malam dan meminta saya membawa Nur Muhammad ke klinik untuk pemeriksaan lanjut.

Saya membawa Nur Muhammad ke klinik UMRA kerana sejak kecil Nur Muhammad dirawat di situ. Memang diketahui sangat kalau ke klinik, memang terpaksa tunggu agak lama kerana terlalu ramai orang ingin mendapatkan rawatan. Saya tunggu hampir dua jam sebelum dipanggil bertemu dengan doktor. Dalam masa menunggu itu, beberapa kali Nur Muhammad mengadu dan menangis kerana sakit perut yang amat sangat. Memang tak tahan melihat kesakitan yang dialami oleh Nur Muhammad. Namun Nur Muhammad tidak membuang air besar pun semasa menunggu doktor.

Apabila berjumpa dengan doktor, Nur Muhammad kelihatan ok. Takde pulak sakit perut...ishhhh..selalu begitu..heee.. Jadi apabila doktor melihat telatah Nur Muhammad yang normal dan menekan-nekan perut Nur Muhammad, memang tiada sebarang reaksi kesakitan. Jadi doktor rumuskan yang Nur Muhammad mungkin mengalami angin. Dia nasihatkan sakit perut Nur Muhammad sepatutnya dalam dua hari akan baik. Kalau Nur Muhammad disyaki mengalami apendiks, mesti Nur Muhammad akan kesakitan yang amat sangat apabila ditekan di perut bahagian kanannya. Doktor juga bertanya sama ada Nur Muhammad ada muntah atau keluar najis berdarah? Setakat saya atau suami saya basuhkan najis Nur Muhammad, tak ada pula kelihatan tanda-tanda darah. Jadi saya menidakkan. Nur Muhammad memang tidak muntah.                       

Nak dijadikan cerita, hari itu, memang sangat menguji kesabaran saya dalam menunggu. Nak ambil ubat pun terpaksa menunggu seketika. Nur Muhammad mula menangis dan merengek kembali kerana sakit perut. Selepas mengambil ubat, terus saya balik rumah dan memberi Nur Muhammad makan ubat angin. Selepas itu, Nur Muhammad buang air besar dengan najis yang agak cair. Bukan sekali pula, tak lama selepas itu, sekali lagi Nur Muhammad buang air besar. Najisnya semakin cair. Jadi saya tahu, berdasarkan pengalaman-pengalaman lepas, Nur Muhammad perlu minum Smecta untuk mengurangkan cirit biritnya. Tapi untuk menyuruh Nur Muhammad minum Smecta, almost to impossible. Jadi saya paksakan dia dengan memberi mengikut "syringe". Walaupun sikit tapi sekurang-kurangnya Nur Muhammad minum Smecta tersebut.

Pada petang itu, saya ke KLIA2 kerana menghantar abah yang akan berlepas ke India bersama rombongan Tabligh. Alhamdulillah Nur Muhammad kelihatan baik. Cuma ada dua atau tiga kali mengadu sakit perut yang kemudian hilang dengan sendirinya. Nur Muhammad tetap aktif. Pada malam hari, selepas dinner, Nur Muhammad buang air besar lagi. Tapi Nur Muhammad tidak mengadu sakit perut seperti di klinik.

Esoknya Ahad, saya dan suami memang telah membeli tiket untuk menonton cerita Spiderman2. Tapi pagi-pagi lagi selepas bangun tidur, Nur Muhammad ada mengadu sakit perut. Tapi dia tidak buang air besar. Maka kami pun pergi menonton wayang. Sesampainya dia Sunway Pyramid, Nur Muhammad mengadu lagi sakit perut. suami saya mendukung Nur Muhammad dan Nur Muhammad kelihatan ok. Masuk ke dalam panggung, di awal movie tersebut, Nur Muhammad ok dan makan popcorn. Tak lama selepas itu, dia mula mengadu sakit perut lagi. Suami saya membawa Nur Muhammad keluar dan Nur Muhammad membuang air besar. Saya ada membawa satu pampers sebagai back up. Apabila masuk semula ke dalam panggung, duduk sekejap, Nur Muhammad mengadu sakit perut semula. Jadi suami saya membawa Nur Muhammad keluar. Sekali lagi Nur Muhammad membuang air besar. Kali ini, apabila suami saya masuk semula, dia suruh kami beredar memandangkan ada darah bersama najis Nur Muhammad.

Pada masa itu, hati saya sudah tidak keruan. Mungkin kerana kekurangan ilmu, saya fikir yang bukan-bukan. Doktor ada berpesan, kalau Nur Muhammad masih lagi tidak baik, maka kami kena membawanya ke hospital. Bukan saya tak nak bawa. tapi tak sampai sebulan Nur Muhammad dimasukkan ke hospital kerana sakit kaki sebelum ini. Saya tahu sangat, kalau ke hospital, kemungkinan besar akan ditahan. Sesampai di rumah, Nur Muhammad mula cirit birit. Tapi syukur kerana Nur Muhammad tetap aktif. Dia tak mengadu sakit perut dan kalau cirit sekalipun, dia kelihatan lebih baik. Mungkin Nur Muhammad menahan daripada membuang air besar semasa kami keluar. Itu yang menyebabkan dia merasa sakit yang amat sangat. 

Darah yang keluar bersama najis Nur Muhammad itu tidak pekat warna merahnya. Seolah-olah darah haid tapi di akhir-akhirnya, merah dan coklat-coklat sikit warnanya. Hati ibu mana lah yang tidak risau, kerana ada satu ketika, hanya darah yang keluar bersama lendir. Memandangkan keadaan Nur Muhammad yang cirit birit itu, Mama saya memasak sup untuk Nur Muhammad pada hari itu. Alhamdulillah syukur, walaupun Nur Muhammad mengalami cirit birit, tapi Nur Muhammad tetap makan dan minum. Mungkin tidak terlalu banyak tapi cukup untuk mengalas perutnya. 

Kami tunggu dan bertanya kepada ahli keluarga, rakan-rakan yang berpengalaman serta doktor yang juga rakan kami untuk mendapatkan second opinion. Semua mengatakan tidak ada apa-apa yang serius. Akhirnya rakan doktor saya memberitahu kemungkinan besar darah yang keluar bersama najis tersebut disebabkan Nur Muhammad mengalami sembelit sebelum ini dan menyebabkan luka di kawasan usus bawahnya. Memandang Nur Muhammad tidak mengalami demam, rakan saya menasihatkan saya supaya tidak memberi makanan pedas atau pejal kepada Nur Muhammad untuk memberi masa kepada luka tersebut pulih. Ini juga untuk menghalang luka tersebut daripada dijangkiti kuman yang boleh membawa kepada keadaan yang lebih serius.

Sampai ke hari ini, Nur Muhammad semakin pulih. Najisnya tidak lagi cair dan kembali seperti biasa. Syukur kerana Nur Muhammad juga tidak mengadu sakit-sakit perut lagi. Saya harap entry kali ini dapat membantu ibu bapa di luar sana yang mengalami masalah yang serupa. Apa-apa, akan saya updatekan lagi. Bagi ibu bapa di luar sana, perhatikan anak anda. Jika keadaannya nampak teruk, elok dibawa berjumpa dengan yang pakar.

Terima kasih kerana membaca :)

Hearty . Love . Healthy & Chef & The Cleaners

Face to Face Consultation and Delivery of 
Shaklee Products at The Chef & The Cleaners

Sebelum ini saya telah maklumkan di dalam Facebook Hearty . Love . Healthy berkenaan dengan pembukaan The Chef & The Cleaners. Kini, anda semua boleh datang ke The Chef & The Cleaners di Lot 1-5, Menara U, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor (belakang Tesco Extra dan berdekatan dengan MSU) untuk mendapatkan produk Shaklee yang telah dipesan. 

Sebelum datang untuk mendapatkan produk Shaklee anda, sila maklumkan dulu pada saya produk yang diingini bersama dengan pembayaran bagi produk tersebut. Masa untuk mengambil produk Shaklee tersebut adalah dalam masa tiga hari bekerja setelah pesanan dibuat. Apa-apa anda boleh hubungi saya secara direct di 012-5538628.

Dalam bulan May 2014 ini, sebagai promosi pembukaan, The Chef and The Cleaners sedang mengadakan promosi membasuh baju dengan harga yang sangat-sangat murah. Bayangkan cucian maksima sebanyak 13kg hanya RM1.00 dan pengeringan (dryer) hanya RM2.00. Jangan lepaskan peluang. Sangat berbaloi-baloi.

MSU University dan Tesco Extra yang sangat berhampiran

Selain itu, sementara menunggu cucian anda, anda juga boleh menikmati pelbagai jenis kek dan hidangan.


Jangan lepaskan peluang anda, dalam satu kedai, anda boleh melakukan dobi, makan-makan, sambil membeli supplemen Shaklee untuk keperluan anda.


Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian produk Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:


NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram: 0125538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy
Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978


COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, PNB Darby Park


Kebaikan Menyertai Group Shaklee Naila Intishar

Kebaikan Menyertai Group Shaklee Naila Intishar
Contact & Connect


Apabila anda sedang memikirkan bisnes apa yang ingin anda ceburi, pastikan anda menentukan sokongan dan support yang diperlukan oleh anda apabila anda sudah berada di dalam bisnes ini. Tanpa sokongan yang sepenuhnya, anda akan terkapai-kapai dan akhirnya melupakan sahaja niat dan usaha yang ingin dijalankan. 

Oleh itu, biar saya kenalkan anda dengan leader-leader yang telah berjaya, jutawan muslimin dan muslimat yang sangat merendah diri di dalam group kami ini. 

InsyaAllah, dengan menyertai kami, kami akan membimbing anda dalam melalui perit jerih dalam menjalankan perniagaan ini. Perniagaan Shaklee ini tidak memerlukan kos yang tinggi, hanya RM 75 untuk keahlian seumur hidup dan anda akan dapat membeli produk Shaklee dengan harga ahli dan menikmati pelbagai bonus yang menarik. 

Di samping itu, jika anda dapat menjual produk Shaklee melebihi upline anda, maka ranking anda akan menjadi lebih tinggi daripada upline anda. Sistem Shaklee sangat adil kerana berlandaskan kepada usaha anda sendiri.

Mari saya kenalkan susur galur ahli keluarga Naila Intishar dan sokongan dan bantuan kami kepada anda.

Anda tahu siapa upline anda?
Saya > Master Ainul Malik > Master Lyna > Master Cery > Master Norita > Master Hjh Salwa > Master haji Roslan > Master Freddie


Apa tugas upline?
Upline adalah mentor yang memberi inspirasi kejayaan dan penunjuk jalan untuk anda 
DUPLICATE supaya lebih berjaya dari mereka

Apa itu Contact & Connect?
Hubungi dan reach upline supaya anda dapat berkenalan, menyerap ilmu dan mendapat ajaran yang betul untuk mengharungi dunia bisnes yang serba mencabar ini

Apa limitation upline ke downline?
Tiada limitation kerana anda DOWNLINE BERHAK MENDAPATKAN ILMU DARI NAMA-NAMA yang tertera di atas kerana kami adalah Straight Upline yang bertanggungjawab membimbing anda, bukan sideline2 kerana anda adalah tanggungan kami.

Kenapa perlu mendapatkan approach upline?
Supaya anda tidak tersesat jalan dan tidak terpesong dari landasan yang betul untuk berjaya

Penting sangatkah contact and connect?
Ya, sangat2 penting untuk menjalinkan hubungan dengan upline-upline di atas anda dan jangan mengganggu upline sideline anda atau sepupu sepapat anda, kerana anda mesti mengorek rahsia dari upline Utama anda ini

Jika anda ingin berjaya, SERTAI KAMI! Mula sekarang dan anda akan dapat merasai kepuasan menjalankan perniagaan sendiri. 

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:


NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram: 0125538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy
Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Mid Valley, PNB Darby Park


Tips Perut Sihat

Kepentingan Menjaga Kesihatan Perut


Ada masanya, tiba-tiba sahaja kita mengalami ketidakselesaan perut seperti perut memulas, rasa kembung perut, perut rasa berangin dan rasa loya, cirit-birit, dan banyak lagi.  Memang sukar untuk mengenal pasti punca sebenar sakit perut kerana sakit perut kadangkala bersangkut paut dengan organ-organ dalaman yang lain ataupun disebabkan oleh faktor luaran seperti makanan atau keracunan.

Sakit perut yang tidak serius tidak bertahan lama dan boleh hilang dengan begitu sahaja tanpa perlu pengambilan sebarang ubat-ubatan. Namun, terdapat sakit perut yang boleh menyebabkan kesakitan yang lebih serius dan memerlukan perhatian pegawai perubatan.

Antara Penyebab Sakit Perut:
  • Angin yang terperangkap di dalam perut
  • Sakit perut yang disebabkan oleh Gastroenteritis, keracunan makanan, Irritable Bowel Syndrome (IBS).
  • Appendiks, peptic ulcer, batu karang (gallstones), diverticulitis
  • Crohn's Disease, Jangkitan saluran kencing (Urinary Tract Infection)
  • Sembelit
  • Period pain
  • Pedih ulu hati (heartburn)

Tips untuk Perut Sihat

1. Makan secara sihat dan kerap
Pemakanan yang tidak terjaga dan makan dengan sewenang-wenangnya akan menyebabkan masalah kepada sistem percernaan manusia.

2. Berhenti merokok
Merokok menyebabkan otot yang mengawal bahagian bawah esofagus menjadi lemah dan menyebabkan pedih ulu hati.

3. Kurangkan berat badan dan bersenam secara konsisten
Berat badan yang berlebihan menyebabkan lemak memberi tekanan kepada perut dan menyebabkan pedih ulu hati.

4. Jangan minum terlalu banyak air yang berperisa
Menyebabkan banyak asid dihasilkan dan menyebabkan pedih ulu hati serta memburukkan proses pencernaan. 

5. Jauhi stres / tekanan
Kebimbangan dan keresahan menyebabkan ketidakseimbangan dalam sistem pencernaan dan mengganggu proses pencernaan yang boleh membawa kepada Irritable Bowel Syndrome.





Supplemen Shaklee Untuk Kesihatan Perut

Terdapat pelbagai supplemen Shaklee yang boleh membantu untuk mengurangkan kesakitan perut. Antara yang pernah ditulis sebelum ini adalah berkenaan Gastroenteritis yang dapat dikurangkan dengan pengambilan Kombinasi OsteMatrix dan Herb-Lax. Selain itu, terdapat beberapa supplemen Shaklee yang lain yang boleh membantu:


  • Peppermint-Ginger Plus - Melegakan perut yang tidak selesa
  • Alfalfa Complex - Membantu menyahtoksin badan
  • ESP - Meningkatkan kesihatan sistem penghadaman dan mengurangkan simptom gastrik



Kesihatan perut adalah amat penting untuk dijaga. Seperti yang saya tulis sebelum ini, saya pernah membuat prosedur endoskopi kerana bimbang selalu mengalami sakit perut dan cirit birit. Perut ini merupakan lubuk segala penyakit, elok dicegah sebelum melarat. seperti sabda Rasulullah SAW: "Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahannya itu pokok daripada segala pengubatan" (Riwayat ad-Dailami).

Bayangkanlah jika sinki di dapur pun selalu tersumbat kerana kita selalu membasuh pinggan dan sisa-sisa makanan dan apabila dibuka paip yang tersumbat itu, terdapat banyak sisa minyak dan lemak terperangkap, bagaimana pula dengan kesihatan usus kita? Tepuk dada tanya hati.

Jangan malu-malu untuk hubungi saya dan ceritakan masalah anda. Tak semestinya semua supplemen yang dinyatakan di atas harus dibeli oleh anda. InsyaAllah, berdasarkan masalah yang dihadapi, saya akan membantu dengan sebaik mungkin :)

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:


NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram: 0125538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy
Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978


COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Mid Valley, PNB Darby Park

Reference:

http://idazuan.blogspot.com/2010/03/perut-punca-segala-penyakit.html

http://cahayapurnama.com/perut-punca-segala-penyakit/

http://idamardhiyah.blogspot.com/2011/07/perut-punca-segala-penyakit.html

http://mediskus.com/penyakit/berbagai-penyebab-sakit-perut.html

http://www.health.com/health/gallery/0,,20568290,00.html

http://www.nhs.uk/conditions/stomach-ache-abdominal-pain/Pages/Introduction.aspx

Menyepi Mengenal Diri

Menyepi Mengenal Diri
Hari ini..
Aku tercari-cari..
Sesuatu yg patut diketahui..
Tapi aku tidak tahu...
Patutkah aku menggunakan aku...
Atau aku itu tiada?
Resah gelisah jiwa mencari...
Tak boleh berpeluk tubuh..
Menjadi kewajipan untuk mencari..
Moga jumpa ilmu bermanfaat...
Dipermudahkan segala urusan
Agar persinggahan sementara ini..
Tidak sia-sia..
Aku harapkan hanya padaMu Ya Rabb..
Mencari jalan mengenal diri...
Agar aku dapat mengenalMu..

Testimoni B Complex dan ESP

B Complex dan ESP untuk Kulit yang Cantik

Baru-baru ini, saya ada sharekan entry mengenai kebaikan ESP untuk kecantikan kulit (testimoni ESP). Ini lagi satu testimoni seorang sahabat yang menggunakan ESP dan B Complex. Alhamdulillah kulitnya juga menjadi semakin cantik.



Saya juga ada mengambil B Complex. Tapi tujuan saya adalah untuk mendapatkan asid folik yang terdapat di dalam B Complex tersebut. Indirectly menyumbang kepada perbezaan kulit wajah sekarang :)

Sebab itu saya selalu tekankan, apabila membincangkan tentang set kecantikan kulit, tidak perlu untuk membeli semua supplemen yang dicadangkan. Bergantung kepada bajet yang diperuntukkan. Yang penting hubungi saya dan akan saya bantu anda sebaik mungkin, InsyaAllah :)

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:


NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram: 0125538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy
Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Mid Valley, PNB Darby Park

Berbakti Kepada Ibu Bapa

Berbakti Kepada Ibu Bapa
Kasih Sayang Ibu dan Ayah Membawa ke Syurga


Hari ni hari Jumaat. Penghulu segala hari. Terasa nak menulis tentang kasih sayang ibu dan ayah. Pada hari ini, di usia yang sebegini, pastinya mama dan abah saya bukanlah muda dan kuat lagi. Namun saya kagumi semangat abah yang berusaha mendekatkan diri dan mencari Allah dengan merantau dan berusaha mengajak orang mendekati Islam. Esok abah akan berlepas ke India selama 4 bulan untuk usaha ini. Walaupun terasa bimbang tapi saya yang tiada ini akur kerana itu atas kehendak abah dan yang menentukan tentunya Allah. Semoga segala apa yang abah buat akan mendapat keredhaan dan ganjaranNya. Sesungguhnya kami ini tiada, yang ada hanyalah Allah.

Abah bukanlah seorang yang banyak bercakap. Tapi kasih sayang abah dapat dilihat dengan perbuatan. Ingat lagi semasa belajar di sekolah asrama di tingkatan 4 & 5. Memang tak pernah abah tak datang melawat setiap hujung minggu dengan mama. Kalau mama tak datang, abah akan naik motornya dan melawat saya berseorangan. Pengorbanan seorang abah itu, memang tiada galang gantinya. Begitu juga mama, walaupun kami semua dah besar panjang, mama masih lagi melayan kami adik beradik macam anak-anak kecil. Alhamdulillah sampai sekarang saya masih dapat merasa air tangan mama dalam masakan. Walaupun sudah tua, tapi mama memang sentiasa memasak untuk kami walaupun disuruh berehat. Ya Allah, memang kami tidak mampu membalas jasa mereka. Semoga mereka mendapat rahmat dan kasih sayangMu, Ya Allah.

Ada sebuah kisah yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Said bin Abi Burdah tentang seorang lelaki Yaman yang bertawaf sambil mendukung ibunya dengan penuh cermat. Sebaik selesai tawaf, beliau bertanya kepada Ibnu Umar:
“Apakah dengan khidmat dan pengorbananku ini telah dapat membalas jasa bakti ibuku?”
Jawab Ibnu Umar: “Tidak, apa yang telah kamu lakukan tadi tidak akan dapat menebus jasa ibumu sekalipun sekadar hembusan nafas ketika kesakitan melahirkan kamu.” 

Begitulah betapa besarnya jasa ibu dan ayah sehingga Allah mengangkat pengorbanan mereka sebegitu tinggi. Mungkin apabila kita tiada anak, kita takkan dapat merasa bagaimana kasih sayang sebagai ibu dan ayah. Namun, perasaan ibu bapa kita akan dapat dimengertikan setelah kita mempunyai anak. Barulah kita tahu dan faham yang kita akan lakukan apa sahaja untuk anak-anak kita, sebagaimana ibu dan ayah kita telah lakukan untuk kita. 

Oleh itu, bersyukurlah selagi mereka ada. Kehadiran mereka merupakan rahmat kepada kita. Kasihani dan sayangilah mereka dengan sepenuh hati, kerana pengorbanan mereka tidak akan dapat kita balas. Tutur kata percakapan dan perbuatan hendaklah sentiasa dijaga apabila berhadapan dengan mereka. Umur tua menyebabkan ibu dan ayah mudah tersinggung. 

Pada zaman Nabi Muhammad SAW, pernah suatu ketika, Abdullah bin Amr mengisahkan yang bermaksud: "Datang seorang lelaki kepada Nabi SAW, lalu ia meminta kebenaran daripadanya untuk berjihad. Maka Baginda bertanya kepadanya: Adakah ibu bapa engkau masih hidup? Dia menjawab: Ya! Baginda bersabda: Maka hendaklah berbakti pada keduanya dikira engkau berjihad." (riwayat al-Bukhari (3004) dan Muslim (6668))

Antaranya pengajaran yang boleh di ambil berdasarkan nas dan hadis di atas adalah:
Kelebihan berjihad dan berbuat baik kepada ibu bapa. Berbuat baik kepada ibu bapa lebih baik daripada berjihad. Malah, Allah akan membalas perbuatan dosa seorang anak kepada ibu bapanya ini di dunia tanpa perlu menunggu di akhirat nanti. Seperti sabda Nabi Muhammad SAW:

“Amat malanglah! Amat malanglah! Dan amat malanglah. Maka Rasulullah ditanya: Siapakah orang yang amat malang itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Seseorang yang mendapati kedua ibu bapanya atau salah seorang daripada keduanya telah tua namun dia masih gagal memasuki syurga (lantaran gagal berkhidmat kepada mereka).” [Riwayat Muslim]

Oleh itu, selagi nyawa dikandung badan, berbaktilah kepada mereka. Sama-sama kita ingat mengingati. Mungkin tanpa kita sedar, kita ada menyakiti hati mereka. Audit semula diri kita, kehidupan kita, mungkin dengan doa mereka, kita hidup senang. 

Selain itu, menjadi kewajipan seorang anak untuk sentiasa mendoakan ibu dan ayah sama ada mereka masih hidup ataupun telah meninggal dunia. Doa seorang anak yang soleh akan sampai terus menerus kepada ibu dan ayah yang berada di alam kubur seperti firman Allah:

“Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka dengan berkata) : ‘Wahai Tuhan kami! Cucuri rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku semasa kecil.” [Surah al-Isra' ayat : 24]

Dalam hidup ini, apa sahaja yang kita lakukan, lakukanlah yang terbaik. Letakkan segala kebergantungan hanya kepada Allah. Apa yang dibuat, dicari dan dikehendaki dalam hidup ini, hanyalah Allah. Semoga kita semua pulang ke kampung halaman dalam mengenal Allah... InsyaAllah.

Dalam-dalam tu, kalau rasa nak ikhtiar bantu ibu dan ayah di usia tua mereka, nak tolong kurangkan sakit kaki, lutut mereka, bantu mudahkan pergerakan mereka, mudahkan mereka untuk solat, apa kata hadiahkan OsteMatrix dan Advance Joint Health Tablet. OsteMatrix berharga RM61.00 manakala AJHT berharga RM124.00. Supplemen-supplemen ini sangat baik untuk kesihatan sendi. Jangan malu-malu untuk hubungi saya ya. InsyaAllah saya akan guide tentang pemakanan supplemen yang baik untuk kesihatan anda dan keluarga tersayang...

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:


NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram: 0125538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy
Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Mid Valley, PNB Darby Park

Reference:

http://www.iluvislam.com/keluarga/ibu-bapa/4467-berbakti-kepada-ibu-bapa.html#

http://utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20130906/ba_01/Berbakti-kepada-ibu-bapa

Testimoni Masalah Keputihan

Alfalfa Complex Bantu Kurangkan Masalah Keputihan


Baru-baru ini saya ada kongsikan mengenai masalah keputihan dalam blog saya. Dalam entri sebelum ini, banyak supplemen Shaklee yang boleh membantu dalam membantu mengurangkan masalah keputihan. Salah satu daripadanya ialah Alfalfa Complex. Mari kita lihat komen salah seorang pengguna Alfalfa Complex ini dalam mengatasi masalah keputihannya.



Alfalfa yang dikenali sebagai Raja Segala Tumbuhan merupakan tumbuhan herba yang kaya dengan pelbagai nutrisi dan zat galian. Nutrisi yang dibekalkan tidak terdapat di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran. 

Alfalfa Complex adalah sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid. Alfalfa Complex memperbaiki keadaan kulit atau dalaman yang mengalami masalah kulat dengan sangat berkesan kerana ia merupakan agen anti-kulat.

Berminat, jangan malu-malu untuk hubungi saya. InsyaAllah saya akan membantu dengan senang hati.

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:


NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram: 0125538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy
Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Mid Valley, PNB Darby Park


Reference: