Kebaikan ESP kepada Kulit

Testimoni Meminum ESP Setiap Hari



Saya akui saya baru saja menjadikan rutin meminum ESP dibancuh bersama Milo setiap pagi. Adalah dalam sebulan saya sudah mula minum ESP setiap pagi untuk mengisi perut saya yang kelaparan di waktu pagi. Bukan tidak mahu makan nasi lemak atau sarapan yang berat-berat, nanti saya akan kekenyangan di waktu tengahari dan akhirnya langsung saya tidak makan semasa lunch.

Testimoni untuk Kulit

Kat sini saya nak ceritakan perubahan yang dirasai apabila mula minum ESP. Kulit muka saya memang kurang stabil. Nak kata bermasalah sangat, tidaklah teruk cuma kadangkala jerawat-jerawat halus akan tumbuh. Apabila umur semakin meningkat ini, saya rasakan kulit saya mula menjadi kulit kering walaupun pada asalnya kulit saya jenis yang berminyak.

Dulu, akan terdapat tompok-tompok kering di muka saya. Mungkin kerana pencuci muka yang dipakai agak strong. Memang ada masanya tompok-tompok tersebut hilang dan kulit akan kembali normal. Cuma kebelakangan ni, selepas mengalami stomach flu atau gastroenteritis dalam dua minggu lepas, saya agak mengawal pemakanan saya. Waktu pagi dan tengahari saya hanya minum ESP dan makan makanan ringan seperti roti kerana khuatir keadaan perut yang belum stabil. 

Kini, saya perasan yang kulit muka saya sangat lembut. hilang sudah tompok-tompok kering di wajah. Kulit tidak lagi terasa kasar. Jerawat halus juga agak terkawal. Saya agak hairan sebenarnya namun ESP lah yang kerap saya amalkan belakangan ini.

Di samping itu, dengan meminum ESP, saya dapat mengawal selera makan saya. ESP lah yang diminum untuk pagi dan tengahari semasa perut saya masih tidak stabil. Saya sudah rasa kenyang yang mampu untuk saya tahan sebelum pulang ke rumah dan mengambil sedikit makanan berat. 

Harga yang Menarik!

Saya rasa pengambilan ESP sangat-sangat berbaloi dengan harga RM 150.00 yang boleh bertahan sehingga dua atau tiga bulan. Kesannya sangat baik untuk tubuh, selain memperbaiki sel-sel dan memberi rasa kenyang yang berpanjangan. 

Bulan puasa juga semakin hampir. Bagi yang rasa tidak sempat menyiapkan hidangan sahur, bolehlah mengamalkan ESP di waktu sahur. Dengan hanya tiga sudu ditambah ke dalam milo atau coffee, sudah cukup untuk mengenyangkan.

Jangan malu atau segan untuk menghubungi saya. Tinggalkan pesan melalui SMS dan saya akan hubungi anda semula.

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:


NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram: 0125538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy
Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978


COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Mid Valley, PNB Darby Park
Previous
Next Post »
0 Komentar