Rezeki...Komunikasi celoteh di malam hari.... Haha

Assalamualaikum dan selamat malam... :) Hanya coretan ringkas sebelum sang fakir melelapkan mata... Hari ni bermain di fikiran tentang rezeki lagi... Terfikir saya kepada kehidupan suami dan isteri yang nikahnya dah dalam 3 - 4 tahun dan anak baru seorang...



Pada waktu itu, masing-masing baru nak naik.... Kerja pun masih di peringkat awal (belum naik pangkat). Kehidupan memang berjimat-cermat :) Saya yakin semua pasangan mesti menghadapinya... (relevan kepada pasangan yang bukan berasal daripada keturunan bangsawan ye). 

Kemudian saya terfikir lagi, as time goes by.... Alhamdulillah, kehidupan bertambah stabil... Dah tak lokek nak berbelanja lebih-lebih sikit... Apa yang saya cuba cakapkan di sini ialah, dalam kehidupan sebagai suami dan isteri, suami atau isteri tak payah berkira sangat untuk keluarga... 

Memang tanggungjawab seorang suami untuk menyediakan semuanya... Andai gaji si suami lebih kecil daripada si isteri, tak mengapa, usahakan juga untuk melaksanakan tanggungjawab kerana yakinlah yang Allah akan meluaskan lagi rezeki si suami... Yakin dan teruskan... Jangan lokek kepada isteri... Allah memang akan lapangkan rezeki wahai sang suami semua...

Kepada si isteri juga, jangan berkira dengan suami dan anak-anak... Teruskan memberi kerana Allah akan meluaskan rezeki si isteri juga.. Tak percaya cuba buat :) Apa sahaja perbelanjaan yang dikeluarkan oleh si isteri yang sepatutnya ditanggung oleh suami, jika si isteri ikhlas, akan dianggap sebagai sedekah.. Alhamdulillah... Jika isteri memang banyak berbelanja untuk keluarga, banyak sungguh pahala si isteri..

Apa-apa pun, jangan bertengkar suami dan isteri.. Bawa berbincang dan berkomunikasilah dengan jelas supaya masing-masing faham... Si suami, jangan pendam dan diamkan aje... Dengarlah celoteh isteri kerana si isteri hanya ada anda untuk mendengar luahan hatinya... Nak ke kalau isteri meluahkan kepada orang lain.... Nak ke orang lain lebih tahu perihal kehidupan seharian isteri melebihi anda?

Fikir-fikirkanlah... Rasanya suami dan isteri banyak bergaduh dalam keluarga bukanlah kerana kewangan... Tapi kerana kurang berkomunikasi di antara satu sama lain. Jika boleh bawa berbincang dan cari penyelesaian, InsyaAllah, banyak kes penceraian akan dapat dielakkan. 

Sebenarnya, komunikasi sangat penting bukan sahaja dalam keluarga, malah dalam sebuah institusi dan organisasi. Komunikasi yang betul akan mengurangkan salah faham dan assumptions... Heee.. Komunikasi yang betul akan mengurangkan hentaman masa KPI :p

Haha.. okla dari berceloteh. Dah lewat malam... Semoga semua orang lebih bersemangat dan gembira memulakan hari Isnin esok.. 

Faktor-faktor yang menyebabkan sukar mendapat anak

Assalamualaikum semua... Hari ni nak sembang pasal topik sukar mendapat anak. Memang ada pasangan yang lepas menikah aje, tak lama dah hamil... Tapi ramai juga yang dah lama menikah, bertahun-tahun lamanya... Tapi masih lagi berdua... Jom kita kupas faktor-faktor yang menyebabkan sukar mendapat anak....



Faktor-faktor yang menyebabkan sukar mendapat anak ada yang berpunca daripada suami, isteri, atau kedua-duanya sekali. Jom kita tengok apa yang menyebabkan perkara ini terjadi.

Suami:

1. Mengalami masalah kualiti sperma. Antara masalah yang berkaitan dengan kualiti sperma ialah, bilangan sperma yang normal yang rendah. Selain itu, ada sperma yang mempunyai bentuk yang tidak normal. Ini menyebabkan jika berlakunya persenyawaan, janin yang terbentuk mungkin lemah ataupun gugur di awal kehamilan.

2. Suami mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat seperti MEROKOK.  Di samping itu, si suami mungkin tidak menjaga pemakanan, banyak mengambil minuman yang berkarbonat, kefein, banyak makan makanan yang mempunyai MSG. Keadaan emosi yang tidak terkawal seperti selalu stress dan murung juga menyumbang kepada faktor sukar mendapatkan anak.

3. Berat badan berlebihan.

4. Usia yang semakin meningkat.

Isteri

1. Kesuburan semakin berkurangan apabila usia semakin meningkat.

2. Kualiti telur merosot kerana masalah-masalah kesihatan yang dihadapi seperti polip, cyst, endometriosis, dan fibroid. Disebabkan oleh faktor-faktor ini, adakalanya telur tidak dikeluarkan terus ataupun telur terlalu kecil.

3. Berada dalam persekitaran yang stress, mengalami kemurungan dan tidak gembira. Perkara-perkara ini mempengaruhi hormon wanita.

4. Berat badan bertambah.

5. Pemakanan yang tidak terjaga, 2nd hand smoker (hidu asap rokok suami).

6. Pernah menjalani pembedahan pada sistem pembiakan mungkin menyebabkan persekitaran sistem itu terganggu dan menghalang sperma mencari ovum. 

Dalam sesetengah kes, punca sukar hamil terjadi disebabkan oleh pasangan suami dan isteri memang bermasalah seperti masalah di atas. Persamaan antara faktor-faktor bagi pihak suami dan isteri adalah persekitaran yang semakin banyak tekanan serta pertambahan berat badan... Boleh dikatakan semua orang menghadapi masalah ini... Apa yang boleh kita lakukan ialah amalkan cara hidup yang sihat, usaha untuk mendekatkan diri kepada yang Esa.

Yang penting, jangan berputus asa.... Setiap yang terjadi, adalah yang terbaik yang telah ditetapkan oleh Allah kepada kita... Saya sendiri mengalami kesukaran untuk mendapatkan cahaya mata yang kedua. Berbagai-bagai cara saya ikhtiarkan. Boleh baca selanjutnya di SINI.

Bagi yang ingin mencuba supplemen, boleh rujuk di sini:


Jika anda nak ketahui lagi mengenai supplemen-supplemen kesuburan, jangan malu-malu dan segan untuk menghubungi 012-5538628. Setiap pembelian daripada Hearty . Love . Healthy, anda wajib mendapat konsultasi daripada kami secara percuma :)

Terima kasih.
Diana
SID: 1112978 (boleh guna ID ini jika anda walk-in ke Shaklee)
Tel: 012-5538628

Rujukan:



10 cara tingkatkan metobolisme badan untuk mudah kurus

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Isu untuk menguruskan badan ni memang selalu dicari orang.. Popular search sangat... Banyak orang nak menguruskan badan daripada menambah berat badan... Heeee... Hari ni jom kita kenalpasti 10 cara tingkatkan metabolisme badan untuk mudah kurus.

Apakah metabolisme?

Metabolisme ialah suatu proses kimia yang terjadi di dalam badan untuk menguraikan zat-zat yang telah masuk ke dalam badan. Cepat atau lambatnya proses ini bergantung kepada komposisi tubuh seseorang individu berdasarkan jumlah otot dan jumlah lemak di dalam tubuh badannya.

Tisu-tisu otot di dalam badan akan membakar dan menggunakan lebih banyak kalori untuk mengekalkan fungsinya berbanding dengan lemak. Ini bermakna, kita memerlukan otot di dalam badan.. Kita juga perlukan lemak... Tapi taknaklah banyak sangat :) Sebab lemak tak membantu sangat untuk fungsi badan kita.

Ini juga bermakna mereka yang mempunyai banyak tisu otot akan mempunyai kadar metabolisme yang lebih tinggi berbanding mereka yang banyak lemak. 




Ok, jom ketahui 10 cara-cara untuk tingkatkan metabolisme badan untuk mudah kurus:

1. Perkara yang paling asas dalam proses menguruskan badan serta apa sahaja proses lain yang anda nak kecapi macam nak kulit cantik dan banyak lagi... MINUM AIR SECUKUPNYA setiap hari. 

Ramai yang mengadu tidak mendapat manfaat yang optimum apabila makan supplemen untuk kurus atau pun kulit masih lagi berjerawat apabila start makan supplemen untuk kulit... Apabila ditanya mengenai pengambilan air... Ohhhh air memang minum banyak... Ditanya banyak mana.... Sebotol besar mineral water 1.5 liter setiap hari.... Jangan terasa hati ye... Kes-kes begini memang ada... Saya sarankan, minumlah air sekurang-kurangnya 2.5 liter hingga 3 liter SETIAP HARI.

2. Pastikan anda mencukupkan keperluan nutrisi kalsium setiap hari... Haha.. Ni pun tricky juga... Kenapa tiba-tiba kalsium? Kajian mendapati, kekurangan kalsium dalam tubuh mencetuskan hormon yang menyebabkan badan kita berpaut pada lemak yang sepatutnya boleh dibakar... Tak bestla kan... Patut lemak tu boleh dikecutkan... Tapi sebab badan kita 'sayang' pada lemak tu... Terpaksalah simpan.... Jadi, minumlah susu yang tinggi kalsium dan rendah lemak hari-hari.. Sumber kalsium juga boleh didapati daripada bahan-bahan lain seperti keju, tauhu dan sebagainya. Nak kalsium yang semulajadi dan confirm badan serap, amiklah Ostematrix (hubungi saya).

3. MAKAN! Haha.. Kalau nak kuruskan badan, janganlah skip makan... Tapi anda makanlah secara sihat... Bukanlah tak boleh makan nasi.... Tapi makan dalam kuantiti yang betul... Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan yang tinggi serat setiap hari. Nak membuang air besar pun insyaAllah lawas. Badan kita memerlukan tenaga. Nak membakar lemak pun memerlukan tenaga. Kalau tak makan, macam mana nak bakar lemak kan? Lebih baik makan sikit-sikit... tapi kerap...

4. Tidur yang cukup. Ramai orang tidak mendapat tidur yang mencukupi... Ni memang sukar juga bagi sesetengah orang. Dalam Islam pun, adalah menjadi sunnah untuk tidur awal dan bangun awal pagi untuk beribadat. Mari kita ubah... Paling lewat, tidur kul 11 malam... Kenapa kena tidur awal? Sebab semasa kita tidur, organ-organ kita akan mula bekerja. Apabila tidur lewat, masa yang optimum untuk organ bekerja telah terlepas... Kesannya, bangun keesokan hari pun dalam keadaan lemah lesu.... Apabila dah lemah lesu, metabolisme kita pun slow...

5. JANGAN STRESS! Ni pun satu hal.... Apabila stress, nanti hormon kortisol yang berfungsi memberitahu tubuh untuk menyimpan lemak akan meningkat. Apabila rasa stress, tarik nafas panjang-panjang, tengok jauh-jauh, banyakkan beristighfar. 

6. Berjemur... Hahaha... Janganlah berjemur macam mat salleh kat tepi pantai tu... Tapi nikmati cahaya matahari pagi dalam kul 8 - 9 pagi. Sebabnya, apabila kita selalu berada dalam tempat yang bertutup ia menyebabkan kesan fisiologi yang sama seperti kita tidur atau menambah berat badan. 

7. Bersenam menggunakan pemberat. Senaman kardiovaskular bersama pemberat membantu badan meningkatkan komposisi otot di dalam badan kita. 1 paun otot membakar dalam 35 - 50 kalori, manakala 1 paun lemak hanya membakar 5 - 10 kalori. Meningkatkan otot dalam badan akan menaikkan kadar metabolisme asas sehingga 40%. Tak payah susah-susah beli dumpbell. Pakai aje botol yang diisi dengan air :)

8. Vitamin C sangat penting untuk meningkatkan metabolisme. Vitamin C membantu penyerapan mineral seperti kalsium dan zat besi. Anda boleh dapatkan vitamin C yang sangat bagus daripada saya :)

9. Makan masakan yang pedas seperti yang berempah dan bercili. Kandungan capsaicin dalam cili mampu membakar kalori sehingga 30 minit selepas memakannya.

10. Minum teh hijau.... Haha mesti peminat-peminat teh sangat gembira... Nak teh yang best lagi, boleh dapatkan Cinch Energy Tea Mix yang memang fokusnya nak meningkatkan metabolisme badan. Memang best :)

Saya dah kongsikan cara-cara nak tingkatkan metabolisme badan... Ada juga supplemen tambahan yang boleh membantu anda meningkatkan metabolisme dan membantu dalam proses menguruskan badan. Antara supplemen yang dicadangkan ialah:

1. Ostematrix (tablet kalsium)
2. Sustained Release Vita-C
3. Cinch Energy Tea Mix
4. Cinch Shake

Untuk supplemen 1 hingga 3, saya dah terangkan di atas. Bagi Cinch Shake ada 3 perisa, iaitu Coklat, Cafe Latte dan Vanilla. Supplemen ini bertindak sebagai meal replacement dan kandungan leucine yang terdapat dalam Cinch Shake membantu badan mengekalkan otot dan membuang lemak. Kita memang memerlukan otot kan... 


Sekarang terpulang kepada anda untuk fikirkan yang terbaik untuk kesihatan anda :)

Anda nak membeli, anda boleh terus klik butang di bawah untuk membuat pembelian terus secara online.



Anda mahukan penjimatan dan menjadi ahli, hubungi saya :) Melalui saya, anda boleh dapatkan panduan dan cara pemakanan vitamin, serta boleh juga membuat pembelian. Hubungi saya di 012-5538628

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca. Semoga anda sihat, gembira dan bahagia selalu :)

Diana
SID: 1112978 (boleh gunakan ID saya jika anda membeli terus di Shaklee)
Tel: 012-5538628

5 kesan ketara selepas detox

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :) Senyumlah di petang-petang ni... Membantu menceriakan mood dan mengurangkan mengantuk... Heeee... Hari ni nak share pulak pengalaman atau kesan selepas tamat detox. 

Buat pengetahuan semua, saya baru kali pertama buat detox. iaitu pada bulan lepas... Bulan ni, InsyaAllah saya akan buat soft detox pula :) InsyaAllah kali ini dalam keadaan berpuasa.. Heee banyak hari lagi saya nak mengganti puasa sebelum Ramadhan ni.... Jadi memang tak boleh skip walaupun sehari.

Ok... Meh nak citer kesan selepas tamat detox saya yang berakhir hujung bulan April yang lalu. 

1. Kurang rasa lapar walaupun kuantiti nasi yang dimakan kurang 50% daripada sebelum ini.

2. Rasa lebih bertenaga walaupun berpuasa. 

3. Saya berpuasa tanpa henti. Alhamdulillah, walaupun makan satu meal aje setiap hari semasa berpuasa ini, tapi saya tetap cergas dan bertenaga semasa berada di tempat kerja. (satu meal bermakna, saya makan nasi selepas berbuka dan itu sahaja makanan saya setiap hari semasa berpuasa, tapi nasi yang saya makan tu tidaklah dikurangkan kuantiti, standard dalam sebungkus polistrin).

4. So far, takdelah rasa liat nak berpuasa walaupun hari-hari berpuasa. Takde rasa lapar di siang hari, Kadangkala, saya berbuka puasa dengan air dulu sebab tunggu suami belikan makanan... Jadi terlewat sikit makan heavy meal... Tapi saya ok je... maintain aje... 

5. Kulit muka lebih glowing dan bersih... Haha... Ni kawan-kawan yang cakap ye :p

Kesimpulannya, banyak manfaat apabila menjalani program detox ini. Jangan kedekut untuk kita laburkan duit untuk kesihatan, kerana apabila dah sakit, lagi banyak duit melebur... Sementara badan sihat ni, kita cari jalan untuk memastikan kesihatan kita tip top...


Siapa yang nak tahu pasal program detox ni, boleh hubungi saya di 012-5538628 :)

Ohhh ye... Semalam dengar Ikim FM.... Ustaz tu cakap, banyakkan berdoa... Itu saranan Nabi... Allah yang Maha Mengabulkan.... Dalam doa, jangan lupa untuk memohon, jika kita sampai ke umur tua, doakan agar, tua kita tu tidak menyusahkan orang.... Tua kita tu sihat dan tidak nyanyuk.... Maafkan saya, hanya ingatan untuk kita kongsikan bersama-sama. Mungkin dalam doa kita, kita minta itu dan ini dan tertinggal tentang kesihatan dan keberadaan kita semasa tua nanti... Jadi, berdoalah :)

Diana
SID: 1112978 (Boleh pakai ID saya kalau ke Shaklee)
Tel: 012-5538628

Kepentingan kolagen untuk seluruh tubuh badan kita

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Heeee.... Skema pulak rasa tajuk hari ini, iaitu kepentingan kolagen untuk seluruh tubuh badan kita.... Haha skema tak skema... Tapi kita harus ketahuilah kepentingan kolagen untuk seluruh badan kita :)

Kolagen merupakan protein yang paling banyak terdapat di dalam badan kita. Kolagen yang mencukupi akan terserlah pada tubuh badan. Wajah akan kelihatan muda, tidak berkedut dan tubuh masih lagi anjal.. Bergetah la orang kata :)



Apabila usia kita mencapai 25 tahun, secara perlahan-lahan kolagen mula menyusut daripada tubuh kita... Badan kita tidak menghasilkan kolagen tapi memerlukan pengambilan nutrisi untuk membentuk kolagen. Setiap hari badan kita akan kehilangan 4000mg kolagen.

Bayangkanlah kalau setiap hari kita kehilangan 4000mg kolagen dan kita tak ganti balik kolagen yang hilang... Apakah yang akan terjadi kepada tubuh badan kita? Sebenarnya pengambilan kolagen ini bukan sahaja untuk kecantikan... Tapi untuk kesihatan tulang dan sendi-sendi dalam badan kita juga.

Kenapa? Sebabnya kolagen membentuk 90% protein matriks tulang-tulang dan dua pertiga tulang rawan artikular. Jadi, apabila badan kita kekurangan kolagen, ini bermakna kita berisiko untuk mengalami sakit-sakit sendi. Jadi, sesiapa yang selalu sakit tumit, sakit lutut dan dah cuba pelbagai ikhtiar, apa kata cuba kolagen pula kan :)

Di pasaran sekarang terlalu banyak produk kolagen... Macam mana nak tahu kolagen tu kolagen terbaik? Kita carilah yang berdasarkan kajian klinikal yang dijalankan. Sebab sesiapa pun boleh keluarkan testimoni pakai produk sekian-sekian bagus... Tapi takut juga sebab kita tak tahu apa kandungan dalam produk tu kan.. Takut bahan kimia pulak yang lebih banyak daripada kandungan kolagen yang diperlukan oleh badan.

Shaklee Collagen Powder (SCP) memberi kesan ketara pada wajah dalam 8 minggu penggunaan yang berterusan. Saya tak claim tau perkara ni... Tapi ini adalah kajian yang dijalankan oleh - CLINICAL RESEARCH ‘A Study on the Usefulness of Orally Administered Collagen Peptides Derived from Edible Marine Fish Scales on Human Skin and Hair. Yuzo Fujimoto et al. FRAGRANCE JOURNAL, May 2007.

Selain itu, Shaklee Collagen Powder ini juga mengandungi 4000mg serbuk kolagen yang memang menggantikan jumlah kolagen yang hilang setiap hari daripada tubuh kita. Penghasilan kolagen Shaklee ini memang dibuat dengan penuh teliti supaya memenuhi kehendak tubuh badan kita :)

Apa lagi... Jom dapatkan Shaklee Collagen Powder ini... Sementara ada promosi beli 6 dan percuma lagi sekotak... Bolehlah anda minum kolagen secara berterusan sehingga 8 minggu dan dapatkan kesan yang best. Nak raya dah ni... Memang cantikla pada hari raya nanti kan....

Cepat hubungi saya di 012-5538628. Harga sekotak kolagen ini ialah RM298.00. Nak jimat, beli banyak-banyak... Kalau rasa banyak sangat, share lah dengan kawan-kawan... Biar semua pun cantik-cantik, kulit lembut dan anjal rasa nanti :) Kalau beli 6 percuma sekotak tu, jumlahnya ialah RM1,788.00. Boleh share dengan 7 orang. Tapi at least, sorang amiklah dua kotak :) Harga sekotak akan jadi RM255.50.

Kalau nak beli dua kotak pun boleh.. dapat 5% diskaun.. Untuk dua kotak, jumlahnya ialah RM566.20. Nak murah lagi, mehla jadi ahli Shaklee terus... Murah dan mudah... Cukup point, dapat pula bonus bulan depan :) Best tau join sebagai ahli Shaklee ni... Jom tengok video di bawah :)


Bisnes Shaklee Penipu? Isk3. Tak Percaya? Tengok Ni from iReach HD on Vimeo.


Dah ramai merasa hasilnya.. Yang penting anda buat dan usaha bersungguh-sungguh... Tiada jalan mudah untuk berjaya... Jom.. nak join, hubungi saya di 012-5538628.

Saya menantikan whatsapp daripada anda... Mmmuuuaaahhhs!

Diana
Tel: 012-5538628
SID: 1112978 (Kalau nak walk-in ke Shaklee, boleh pakai ID saya)

Hati-hati dengan bisnes MLM... Takut nanti anda rugi....

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :) Hari ni nak share la pasal bisnes MLM (Multi-Level Marketing). Kat Malaysia ni, memang banyak bisnes MLM dan laku keras pulak tu... Tapi hati-hati dengan bisnes MLM... Takut nanti anda rugi.... 



Macam saya, ada dua MLM yang pernah melamar saya untuk menyertai mereka. Yang pertama... Sampai sekarang masih ada.. Tapi method yang digunakan berbeza... Dah tak macam dulu... Tak perlulah saya nyatakan namanya di sini... Cukup saya nyatakan, modal sebanyak RM21,000 diperlukan untuk menyertai MLM ini dulu....

Apa nak buat dengan RM21,000 tu? Ambil barang mereka dan juallah untuk mendapatkan pulangan... Kalau tak terjual, pandai-pandailah anda simpan bawah katil ye... Okla.. Kalau dapat jual, Alhamdulillah... Tapi kalau tak dapat jual macam mana? Dahla kebanyakan yang keluarkan RM21,000 tu kena buat pinjaman bank.... Tambah lagi, kalau nak dapat bonus RM3,000 untuk bulan pertama, wajib pula cari orang untuk join bawah kita... Adehhhh letihla macam ni....

Saya tengok sendiri orang yang melamar saya untuk join tu, ke hulu ke hilir sampai ke lewat malam mencari prospek... Masa tu, sebelum saya nak join, hati saya dah rasa tak best... Adakah kehidupan begitu yang saya kehendaki? Tak sanggup rasanya... 

Bagaimana dengan anda semua...? Memang.. siapa yang bekerja keras, akan mendapat hasilnya.... Tapi, bagi saya bukan begini caranya... Nampak macam memaksa dan mengugut pun ada... Nanti suami lari la.... Ishhhh biarlah customer tu tentukan sendiri sama ada nak beli atau tidak...

Nak cari orang pun susah sebab modal sampai RM21,000. Kalau upline tu kaya sangat, cuba tolong bayarkan modal awalan tu kan.. Ada bran? Hehehehe.. Mesti tak berani... Upline pun dipaksa.. Orang bawah, lagi la kena paksa...

Yang MLM kedua tu, mahal juga modal untuk join jadi ahli... Tapi takdelah sampai beribu-ribu... Beratus-ratus aje... Okla kalau nak join.... Tapi saya tak berminat sebab saya dah terlebih dahulu kenal satu MLM ni... Sampai sekarang saya setia :) Apabila da kenal, rugi pulak saya rasa sebab tak join awal-awal... :)

Heee.. MLM yang dimaksudkan ialah Shaklee... Relax relax relax... Jangan stop baca... Cer baca dulu penerangan saya... Memang kita kena berhati-hati dalam memilih bisnes MLM... Takut anda rugi sebab dahla modal besar, silap-silap berhutang lagi.... Tapi kalau Shaklee... Modal tak sampai RM100. Modal nak jadi ahli RM68.90. Kos penghantaran, RM10.60. Jadi RM79.50. RM80 la senang sikit.

Apabila join Shaklee, anda akan didedahkan dengan cara-cara untuk mendapatkan kesihatan yang baik... Ramai orang bergantung pada ubat untuk mengawal penyakit... Tapi, insyaAllah dengan izin Allah, penyakit juga boleh diikhtiarkan dengan mengambil vitamin-vitamin SEMULAJADI. Sebab badan kita ni kekurangan nutrisi... Nak harap pada pemakanan, belum tentu lagi menjamin kita mendapat nutrisi yang mencukupi... 

Banyak sangat yang kita baca sekarang ni... tentang bahan-bahan kimia yang diberi kepada ayam dan ikan... haishhh... makan bahan kimia aje la kita ni... :( Takutttttt.... Oleh itu, badan kita memang memerlukan supplemen tambahan untuk membantu mengekalkan kesihatan dan menjauhkan penyakit... Lagi-lagi vitamin-vitamin Shaklee, semuanya vitamin semulajadi dan organik yang bermakna BEBAS BAHAN KIMIA... Cukup-cukupla kan kita makan banyak sangat makanan yang ada bahan kimia ni... Letih rasa...

Apabila anda dah mula makan vitamin, insyaAllah anda akan rasa kebaikannya.... Perlahan-lahan, anda boleh venture dalam bisnes MLM Shaklee... Jangan risau, MLM Shaklee patuh syariah ye... Anda buat anda dapat... Tak payah kena paksa cari orang.. Apabila dah rasa kebaikannya vitamin Shaklee, automatik anda akan rekemenkan pada ahli keluarga dan kawan-kawan anda... Niat kita nak membantu mereka untuk kehidupan yang lebih sihat... Cer tengok video Puan Fatimah ni :)


Bisnes Shaklee Penipu? Isk3. Tak Percaya? Tengok Ni from iReach HD on Vimeo.

Jangan risau kalau anda fikir ramai sangat dah yang join Shaklee ni... Rezeki Allah dah tentukan... Yang penting, anda buat dan jalan terus ke depan. Pekatkan telinga dan buat aje... :) Alhamdulillah, Shaklee tak pernah terlewat dalam bagi bonus bulan-bulan. Siap ada macam-macam insentif lain yang sangatlah best.... Anda pun tak payah risau sebab kita bergerak berjemaah. Anda takkan ditinggalkan terkapai-kapai sorang-sorang dalam bisnes MLM Shaklee ni... 

So apa lagi... raya dah nak dekat... Mesti banyak nak pakai duit kan? Mehla kita buat duit raya... Hubungi aje saya di 012-5538628 untuk panduan dan cara-cara nak join bisnes Shaklee ini. InsyaAllah keputusan anda yang terbaik... Kat sini, anda rugi kalau tak join :)

Insomnia dan 7 tips untuk tidur lena di malam hari....

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Apa khabar semua.. Harap sihat dan ceria selalu... Hari ni nak citer pulak pasal tips untuk tidur lebih lena di malam hari.... Kalau tidur siang tak berapa elok.... Yang elok pun tidur sekejap sebelum Zuhur tu :D

Ramai juga yang sukar untuk tidur nyenyak di malam hari... Orang-orang begini selalunya digelar burung hantu... Heeee... Gurau aje... Saya pun ada juga gejala-gejala begini... Tapi dah kurang skit :) Tapi bagi sesetengah orang, memang mereka mengalami masalah untuk tidur malam.... Gejala ini digelar insomnia... Kasihan tau orang-orang begini sebab siang-siang nanti mereka akan mengantuk...



Insomnia ni berlaku di atas beberapa sebab, iaitu:
  • Stress dengan kehidupan
  • Apabila stress, emosi tak stabil, rungsing.. Nak tidur pun susah
  • Keadaan tempat tidur yang bising, tidak selesa atau terang.
  • Pengambilan ubat yang menyebabkan sukar untuk tidur seperti ubat darah tinggi, ubat kemurungan, asthma dan sebagainya.
  • Gangguan kepada corak tidur kerana jetlag, peralihan tempat, dan sebagainya.
Nak tahu anda mengalami insomnia atau tidak, cuba check:
  • Mengantuk di siang hari
  • Terasa badan sangat letih
  • Mengalami masalah dengan ingatan atau cepat lupa
  • Terasa tidak selesa atau moody

Untuk mengatasi masalah ini, anda boleh cuba beberapa tips untuk tidur lebih nyenyak:

1. Cuba untuk tidur pada waktu yang sama setiap malam.

2. Elakkan minum minuman yang berkafein seperti kopi atau teh beberapa jam sebelum tidur. Kalau nak, minum pagi-pagi je :)

3. Bersenam secara konsisten. Tapi janganlah bersenam dalam masa 4 jam sebelum tidur... Nanti jadi semakin susah nak tidur :)

4. Jangan makan yang berat-berat sebelum tidur. Cukuplah anda minum susu sebelum tidur kerana susu ada kalsium dan magnesium yang membantu untuk tidur.

5. Pastikan bilik tidur dalam keadaan yang selesa, suhu yang nyaman dan keadaan bilik yang gelap.

6. Jika masih terasa susah untuk tidur, bangun dan baca bacaan yang ringan-ringan.

7. Anda juga boleh menulis jurnal kesyukuran dan membuat to-do list untuk hari esok supaya minda anda bersedia menghadapi satu lagi hari yang baru.

Kalau anda rasa susah juga nak melelapkan mata di malam hari, mata pun dah jadi mata panda, anda amalkanlah supplemen.... Supplemen ni bukan ubat... Tapi nutrisi yang diperlukan oleh badan untuk berfungsi dengan lebih efektif.

3 Supplemen yang anda tidak harus lepaskan untuk mendapatkan kembali tidur yang lena!

1. Ostematrix
Kandungan Ostematrix yang mengandungi kalsium dan magnesium bukan sahaja membantu penyerapan kalsium secara efektif ke dalam badan, malah membantu otot-otot untuk lebih relaks.... Apabila otot-otot relaks, badan kita juga akan lebih tenang dan relaks dan insyaAllah membantu untuk tidur yang lebih lena.

2. Alfalfa Complex
Raja segala tumbuhan ini mempunyai akar yang panjang untuk menyerap pelbagai mineral dan zat jauh ke dalam tanah. Alfalfa mengandungi potassium, vitamin A, C dan E serta kalsium yang memenuhi nutrisi keperluan tubuh dan membantu untuk tidur lebih nyenyak di malam hari. Adakah anda tahu, kekurangan potassium boleh menyebabkan tidur anda kurang nyenyak dan menyebabkan anda selalu terjaga di malam hari.... :) 

3. Vitalea (multivitamin)
Vitalea merupakan multivitamin tertua di dunia yang membantu memenuhi keperluan nutrisi badan secara asasnya. Selain itu, Vitalea mengandungi asid folik dan zat besi yang membantu dalam perkembangan tubuh yang sihat. 

Sekarang ni, pilihan di tangan anda. Bayangkan aje kualiti kehidupan anda apabila anda kurang tidur... Kalau bekerja, asyik rasa mengantuk... Lesu dan lemah aje... Mood pun tak ceria... Saya faham sangat perasaan anda sebab saya pun dah melaluinya... 

Mari kita ubah kepada kehidupan yang lebih berkualiti. Dapatkan khidmat nasihat daripada saya secara percuma. Hubungi 012-5538628. Anda juga boleh beli direct secara online dengan menekan butang order di bawah :)



Semoga kualiti kehidupan anda lebih baik... Mari kita amalkan yang organik, semulajadi dan sihat :)

Diana
SID: 1112978 (boleh pakai ID ni kalau walk-in ke Shaklee)
Tel: 012-5538628

Rujukan:



Jauhi produk pembersih kegunaan rumah yang mengakibatkan kematian kepada pengguna

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Heboh berita di media sosial tentang sebuah syarikat terkenal yang mengeluarkan produk pembersih untuk kegunaan rumah yang didapati mengandungi bahan kimia yang berbahaya hingga mengakibatkan kesakitan dan kematian kepada para pengguna.




Setiap hari, kita memang tidak lari daripada menggunakan bahan-bahan pembersih ini. Bahan-bahan ini memang sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita. Bayangkan kita mandi, kita pakai sabun, kita mencuci pinggan mangkuk juga dengan sabun. Mencuci tangan pun dengan sabun. Pakaian kita juga menggunakan sabun pencuci yang kononnya untuk membersihkan pakaian-pakaian kita.

Tanpa kita sedar, sebenarnya kita mendedahkan diri kita, keluarga kita, malah orang-orang di sekeliling kita dengan pelbagai bahan kimia yang memudaratkan tubuh dan juga membunuh kita secara perlahan-lahan. Dalam kes syarikat di atas, humidifier yang digunakan menyebabkan mangsa mendapat penyakit paru-paru misteri dan akhirnya meninggal. Kes ini banyak memberi kesan ke atas wanita hamil dan kanak-kanak. Sadis sungguh. 

Kalau anda perasan, bahan-bahan yang terdapat di dalam pencuci atau pelembut fabrik, kebanyakannya tidak dinyatakan pada pek atau botol sabun tersebut. Maka kita takkan tahu apa yang digunakan untuk menghasilkan sabun tersebut. 

Kalau anda nak tahu sabun tersebut mengandungi bahan kimia yang berbahaya, cuba basuh baju dengan washing machine. Kemudian biarkan baju-baju tersebut dalam washing machine tersebut dalam sehari. Apabila anda buka washing machine tersebut, mesti berbau busuk kan... Apabila anda sidai baju tersebut pun, mesti berbau hapak je baju-baju anda... Haaaa... Itu tandanya, sabun pencuci tersebut banyak bahan kimia. 

Bagi yang mempunyai kulit yang sensitif, mesti akan selalu rasa gatal-gatal dan tidak selesa pada kulit. Dalam hal ini, lebih baik jika kita bertukar kepada produk yang menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti produk-produk pembersih yang dikeluarkan oleh Shaklee yang memang mementingkan konsep bahan semulajadi dan selamat. Sebelum apa-apa, kita layan dulu video di bawah.

Video ini menunjukkan perbezaan di antara dua jenama X dan Fresh Laundry Concentrate Shaklee yang tidak mengandungi residue (sisa-sisa bahan kimia) dan boleh ditembusi oleh cahaya laser.

Dengan keadaan sekarang yang terlalu banyak penggunaan bahan kimia, seperti dalam makanan seharian kita, bahan-bahan pembersih rumah, lebih baik dengan perlahan-lahan kita ubah gaya hidup kita ke arah penggunaan bahan-bahan semulajadi yang lebih selamat dan mesra alam.

Sebagai contoh Fresh Laundry Concentrate Shaklee ini adalah sabun serbuk pembersih pakaian yang sangat selamat digunakan. Apakah kebaikan Fresh Laundry Concentrate ini?
  • Sekotak boleh mencuci sehingga 88 cucian iaitu melebihi 43% daripada jenama terkenal yang lain.
  • Enzim pembersih yang terdapat di dalam pencuci ini menjaga pakaian yang berwarna putih dan juga pakaian yang berwarna-warni.
  • Tidak mengandungi klorin dan bahan-bahan kimia yang berbahaya.
  • Boleh digunakan untuk suhu air panas atau sejuk.
  • Menjaga fabrik supaya warna tidak luntur dan tidak menjejaskan warna pakaian lain.

Selain itu, Shaklee juga mengandungi rangkaian Home Care - Get Clean yang lain seperti:
  • Basic H - Organic Super Cleaning Concentrate iaitu pencuci serbaguna yang pekat dan hanya memerlukan sedikit sahaja apabila mencuci.
  • Dish Wash Concentrate untuk mencuci pinggan mangkuk.
  • Soft Fabric Concentrate
  • Fresh Laundry Concentrate yang diterangkan di atas.
Anda berminat untuk mendapatkannya? Mudah sahaja, Klik Order button di bawah untuk membuat pembelian :) Produk anda akan dihantar terus kepada anda.



Jika anda mahukan panduan dan nasihat tentang produk-produk Get Clean ataupun order melalui saya, anda boleh menghubungi 012-5538628. Marilah kita bersama-sama mengubah cara hidup kita ke arah yang lebih sihat :)

Nak dapatkan harga yang lebih menjimatkan? Apa kata anda join sebagai ahli sahaja. Apa-apa, hubungi saya di 012-5538628.

Terima kasih.

Diana
SID: 1112978 (boleh pakai ID saya kalau anda walk-in ke branch Shaklee)
Tel: 012-5538628

Power Spek Mata Turun

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Selamat bekerja.. Setelah berhujung minggu yang agak panjang... :) Mesti ramai yang berjalan ke sana sini kan semasa hujung minggu... 

Saya takdelah ke mana-mana... Cuma masa hari Ahad tu, sempat ke kedai cermin mata... Hajat di hati nak dapatkan contact lense... Tapi saya check jugalah mata saya.. Dah tiga tahun kot tak tukar spek dan check mata.. Macam manalah power mata saya ekk... :D

Mula-mula sales girl tu check power spek saya dan terus ke kaunter contact lense dan suggest contact lense yang mana satu yang saya nak.... Saya tanya juga, taknak check mata dulu ke... Dia kata contact lense selalunya ikut power spek.. Tapi dia kata lepas saya pilih contact lense ni, dia akan tolong checkkan power mata saya juga :)

Lepas dah pilih, saya pun check pula mata. Kejap aje dia check, kemudian dia bawa bingkai yang ada cermin yang berlapis-lapis tu untuk check power mata dengan lebih detail... Saya kemudiannya masuk ke bilik untuk check mata betul-betul.. haha...

Power bertukar power... Akhirnya ok skit power cermin yang dipilih.... Apabila da selesai tu, sales girl tu tukar contact lense saya ke power yang lain... Rupa-rupanya, power mata kanan saya turun... Kedua-dua mata saya memang berbeza powernya... Yang kiri 2.5. Yang kanan dulu 3.5... Sekarang dah jadi 3.0... Hahaha.. Happynya ku rasa... :)



Walaupun power turun tapi astigmatisme ku naik.. Sales girl tu tak cakapla keadaan terkini... Nanti dalam entry lain, saya akan ceritakan pula pasal astigmatisme :)

Anyway, I'm happy enough with the news on power turun tu... Tak tahu la makan apa yang menyebabkan power ku turun... 

Tapi kalau orang tanya, gini lah saya cakap. Vitamin yang saya selalu amalkan secara konsisten setahun dua ni ialah Vitamin B Complex yang memang bagus untuk saraf. Vitalea iaitu multivitamin yang tertua di dunia... Omega Guard, Vitamin C, Ostematrix (kalsium) dan ESP. Vitamin-vitamin ni memang sangat sesuai untuk pengambilan konsisten seorang wanita ye... Amalkan selalu, InsyaAllah, taraf kesihatan anda juga akan semakin baik....

Baru-baru ini, saya juga menjalani program detox. Alhamdulillah dengan izin Allah, body age daripada 46 tahun, menurun ke 44 tahun (2 tahun lebih muda badan saya). Dalam program ini, saya amalkan selama 2 minggu - Vivix yang sangat high antioksidannya, Alfalfa, Herblax, Nutriferon, Garlic Complex dan Peppermint Ginger Plus... Haha... Bagus tau buat detox ni. Badan terasa lebih ringan, perut kempis :) Sebab hari-hari mesti ke toilet dan dibersihkan usus kita :)

Oklah itu sahaja celoteh saya.. Siapa nak kesihatan mata yang lebih baik, boleh amalkan Carotomax yang memang sangat bagus untuk kesihatan mata anda. Siapa nak general health, boleh amalkan supplemen-supplemen yang saya terangkan di atas... Apa sahaja anda nak tahu, meh hubungi saya di 012-5538628 :) Saya sedia membantu insyaAllah.

Diana
SID: 1112978 (leh pakai kalau nak beli direct di Shaklee)
Tel: 012-5538628