Faktor-faktor yang menyebabkan sukar mendapat anak

Assalamualaikum semua... Hari ni nak sembang pasal topik sukar mendapat anak. Memang ada pasangan yang lepas menikah aje, tak lama dah hamil... Tapi ramai juga yang dah lama menikah, bertahun-tahun lamanya... Tapi masih lagi berdua... Jom kita kupas faktor-faktor yang menyebabkan sukar mendapat anak....



Faktor-faktor yang menyebabkan sukar mendapat anak ada yang berpunca daripada suami, isteri, atau kedua-duanya sekali. Jom kita tengok apa yang menyebabkan perkara ini terjadi.

Suami:

1. Mengalami masalah kualiti sperma. Antara masalah yang berkaitan dengan kualiti sperma ialah, bilangan sperma yang normal yang rendah. Selain itu, ada sperma yang mempunyai bentuk yang tidak normal. Ini menyebabkan jika berlakunya persenyawaan, janin yang terbentuk mungkin lemah ataupun gugur di awal kehamilan.

2. Suami mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat seperti MEROKOK.  Di samping itu, si suami mungkin tidak menjaga pemakanan, banyak mengambil minuman yang berkarbonat, kefein, banyak makan makanan yang mempunyai MSG. Keadaan emosi yang tidak terkawal seperti selalu stress dan murung juga menyumbang kepada faktor sukar mendapatkan anak.

3. Berat badan berlebihan.

4. Usia yang semakin meningkat.

Isteri

1. Kesuburan semakin berkurangan apabila usia semakin meningkat.

2. Kualiti telur merosot kerana masalah-masalah kesihatan yang dihadapi seperti polip, cyst, endometriosis, dan fibroid. Disebabkan oleh faktor-faktor ini, adakalanya telur tidak dikeluarkan terus ataupun telur terlalu kecil.

3. Berada dalam persekitaran yang stress, mengalami kemurungan dan tidak gembira. Perkara-perkara ini mempengaruhi hormon wanita.

4. Berat badan bertambah.

5. Pemakanan yang tidak terjaga, 2nd hand smoker (hidu asap rokok suami).

6. Pernah menjalani pembedahan pada sistem pembiakan mungkin menyebabkan persekitaran sistem itu terganggu dan menghalang sperma mencari ovum. 

Dalam sesetengah kes, punca sukar hamil terjadi disebabkan oleh pasangan suami dan isteri memang bermasalah seperti masalah di atas. Persamaan antara faktor-faktor bagi pihak suami dan isteri adalah persekitaran yang semakin banyak tekanan serta pertambahan berat badan... Boleh dikatakan semua orang menghadapi masalah ini... Apa yang boleh kita lakukan ialah amalkan cara hidup yang sihat, usaha untuk mendekatkan diri kepada yang Esa.

Yang penting, jangan berputus asa.... Setiap yang terjadi, adalah yang terbaik yang telah ditetapkan oleh Allah kepada kita... Saya sendiri mengalami kesukaran untuk mendapatkan cahaya mata yang kedua. Berbagai-bagai cara saya ikhtiarkan. Boleh baca selanjutnya di SINI.

Bagi yang ingin mencuba supplemen, boleh rujuk di sini:


Jika anda nak ketahui lagi mengenai supplemen-supplemen kesuburan, jangan malu-malu dan segan untuk menghubungi 012-5538628. Setiap pembelian daripada Hearty . Love . Healthy, anda wajib mendapat konsultasi daripada kami secara percuma :)

Terima kasih.
Diana
SID: 1112978 (boleh guna ID ini jika anda walk-in ke Shaklee)
Tel: 012-5538628

Rujukan:



Previous
Next Post »
1 Komentar