5 Sebab kena bangun awal untuk hari yang berkat

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :) Alhamdulillah, memulakan hari dengan bangun awal... Kul 5 pagi tadi hujan agak lebat bersama angin yang kuat... InsyaAllah hari ni meneruskan penggantian puasa dan juga puasa sunat Syaaban. Hari ni nak cerita pulak kepentingan tidur awal untuk hari yang lebih berkat.



Haha.. Selalu orang cakap untuk hari yang lebih bertenagakan.. Tapi saya tukar kepada yang lebih berkat... Tidur awal tu sendiri adalah suatu sunnah... Nabi Muhammad SAW mementingkan tidur awal untuk bangun di satu pertiga malam untuk bertahajud dan berqiyamulaill. 

Orang sekarang ni banyaknya trend tidur lambat.. Saya pun tak terkecuali... Dulu-dulu, saya berpegang kepada prinsip saya ni 'orang malam'. Maksudnya saya suka tidur lewat untuk membaca, menonton tv, study, drive balik kampung dan sebagainya. Saya macam lemau sikit kalau berpagi-pagian... Ishhhhhh mentaliti orang muda... Konon la sangat kan.... 

Sebenarnya, saya nak ajak semua, ubah cara hidup... Lebih baik kita berpagi-pagian daripada bermalam-malaman... Kalau nak rasa malam, bangunlah di satu pertiga malam, kan masih gelap, sunyi dan sepi... :) Nak study ke.. nak basuh pinggan ke... nak kemas rumah ke... Senang sebab takde orang kacau...

Lebih berkat bangun di awal pagi kerana:

  • Dapat berdating dengan Allah melalui solat tahajud, taubat, hajat dan sebagainya... Pada masa inilah, kita nak meluah segala rasa hati dan masalah.... Allah sendiri pun dah cakap, pada masa ini, adalah masa yang berkat untuk Allah akan mengabulkan doa-doa hamba-hambaNya....
  • Solat Subuh di awal waktu. Bukankah kita mengejar solat di awal waktu. Kalau bangun dekat kul 7 pagi, tak dapatlah Subuh di awal waktu. 
  • Dengan bangun awal, kita akan dapat fokus untuk lebihkan berdoa dan berzikir. Kalau Subuh dah lewat, kita dah terkejar-kejar nak bersiap-siap pergi kerja, hantar anak sekolah. Silap-silap berdoa pun laju-laju.. Berzikir entah ke mana...
  • Memulakan hari dengan awal. Apabila dah awal, semuanya pun akan jadi awal. Sampai ofis awal. Anak pun siap awal. 
  • Apabila semuanya awal, hari akan lebih teratur, emosi akan lebih tenang dan bahagia... Hari pun akan berjalan dengan lebih baik... Bukankah itu namanya hari yang berkat :) Cuba bayangkan kalau bangun lambat, mesti kelam kabut dan rasa pun dah tak best... Kadang-kadang, jadi perkara-perkara yang tak best lepas satu ke satu.... sabar aje la...

Bagi yang baru nak bermula, nak bangun awal ni, memang kuat sangat dugaannya... Bila kita nak buat sangat tu, lagi kuat kita akan diuji... Yang penting jangan putus asa... Kalau tak jadi, teruskan aje nekad tu.. InsyaAllah, lama-lama akan jadi juga :)

Nak senang bangun awal, rancanglah malam anda supaya anda boleh tidur awal... Badan kita ni akan mengikut kebiasaan. Kalau dah biasa tidur 8 jam, nanti kalau kita tidur lambat dan bangun awal, akan terjadi sleep deprived. Tidur yang tak cukup akan menyebabkan kita berhutang tidur dengan badan kita... Jadi jangan terkejut apabila badan kita tiba-tiba shut down and doze off.. Sebab badan kita nak ganti tidur yang kurang tu...

Kalau nak cheat pun boleh... Haha... Sebelum tidur malam tu, ambillah 4 biji tablet kalsium Ostematrix... InsyaAllah, esok pagi, kita akan terasa lebih segar... Nak bangun awal pun senang... keperluan kalsium dalam badan pun akan mencukupi. Esok pagi, nak membuang pun, InsyaAllah lawas.

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Sama-sama kita ubah kepada corak hidup yang lebih sihat. Kalau nak tablet Ostematrix tu, jangan segan-segan hubungi saya di 012-5538628. Memang terasa lain sangat bila amalkan Ostematrix tu tau... Saya boleh CODkan Ostematrix tu pada anda di sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Subang Jaya dan Klang, 

Terima kasih.
Hearty . Love . Healthy
SID: 1112978 (boleh pakai ID ini jika anda walk-in  sendiri ke Shaklee)
Tel: 012-5538628
Previous
Next Post »
3 Komentar
avatar

Jom jadikan amalan bangun awal pagi lebih-lebih lagi nak bulan puasa nanti.

Balas
avatar

betul tu... prepare badan dan minda siap-siap..terutamanya kaum wanita nak sediakan sahur :)

Balas
avatar

Bagus la post ni.. tq ��

www.faiizamohamad.blogspot.com

Balas