Assalamualaikum dan selamat malam... :) Hanya coretan ringkas sebelum sang fakir melelapkan mata... Hari ni bermain di fikiran tentang rezeki lagi... Terfikir saya kepada kehidupan suami dan isteri yang nikahnya dah dalam 3 - 4 tahun dan anak baru seorang...
Pada waktu itu, masing-masing baru nak naik.... Kerja pun masih di peringkat awal (belum naik pangkat). Kehidupan memang berjimat-cermat :) Saya yakin semua pasangan mesti menghadapinya... (relevan kepada pasangan yang bukan berasal daripada keturunan bangsawan ye).
Kemudian saya terfikir lagi, as time goes by.... Alhamdulillah, kehidupan bertambah stabil... Dah tak lokek nak berbelanja lebih-lebih sikit... Apa yang saya cuba cakapkan di sini ialah, dalam kehidupan sebagai suami dan isteri, suami atau isteri tak payah berkira sangat untuk keluarga...
Memang tanggungjawab seorang suami untuk menyediakan semuanya... Andai gaji si suami lebih kecil daripada si isteri, tak mengapa, usahakan juga untuk melaksanakan tanggungjawab kerana yakinlah yang Allah akan meluaskan lagi rezeki si suami... Yakin dan teruskan... Jangan lokek kepada isteri... Allah memang akan lapangkan rezeki wahai sang suami semua...
Kepada si isteri juga, jangan berkira dengan suami dan anak-anak... Teruskan memberi kerana Allah akan meluaskan rezeki si isteri juga.. Tak percaya cuba buat :) Apa sahaja perbelanjaan yang dikeluarkan oleh si isteri yang sepatutnya ditanggung oleh suami, jika si isteri ikhlas, akan dianggap sebagai sedekah.. Alhamdulillah... Jika isteri memang banyak berbelanja untuk keluarga, banyak sungguh pahala si isteri..
Apa-apa pun, jangan bertengkar suami dan isteri.. Bawa berbincang dan berkomunikasilah dengan jelas supaya masing-masing faham... Si suami, jangan pendam dan diamkan aje... Dengarlah celoteh isteri kerana si isteri hanya ada anda untuk mendengar luahan hatinya... Nak ke kalau isteri meluahkan kepada orang lain.... Nak ke orang lain lebih tahu perihal kehidupan seharian isteri melebihi anda?
Fikir-fikirkanlah... Rasanya suami dan isteri banyak bergaduh dalam keluarga bukanlah kerana kewangan... Tapi kerana kurang berkomunikasi di antara satu sama lain. Jika boleh bawa berbincang dan cari penyelesaian, InsyaAllah, banyak kes penceraian akan dapat dielakkan.
Sebenarnya, komunikasi sangat penting bukan sahaja dalam keluarga, malah dalam sebuah institusi dan organisasi. Komunikasi yang betul akan mengurangkan salah faham dan assumptions... Heee.. Komunikasi yang betul akan mengurangkan hentaman masa KPI :p
Haha.. okla dari berceloteh. Dah lewat malam... Semoga semua orang lebih bersemangat dan gembira memulakan hari Isnin esok..
0 Komentar