Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :) Senyumlah di petang-petang ni... Membantu menceriakan mood dan mengurangkan mengantuk... Heeee... Hari ni nak share pulak pengalaman atau kesan selepas tamat detox.
Buat pengetahuan semua, saya baru kali pertama buat detox. iaitu pada bulan lepas... Bulan ni, InsyaAllah saya akan buat soft detox pula :) InsyaAllah kali ini dalam keadaan berpuasa.. Heee banyak hari lagi saya nak mengganti puasa sebelum Ramadhan ni.... Jadi memang tak boleh skip walaupun sehari.
Ok... Meh nak citer kesan selepas tamat detox saya yang berakhir hujung bulan April yang lalu.
1. Kurang rasa lapar walaupun kuantiti nasi yang dimakan kurang 50% daripada sebelum ini.
2. Rasa lebih bertenaga walaupun berpuasa.
3. Saya berpuasa tanpa henti. Alhamdulillah, walaupun makan satu meal aje setiap hari semasa berpuasa ini, tapi saya tetap cergas dan bertenaga semasa berada di tempat kerja. (satu meal bermakna, saya makan nasi selepas berbuka dan itu sahaja makanan saya setiap hari semasa berpuasa, tapi nasi yang saya makan tu tidaklah dikurangkan kuantiti, standard dalam sebungkus polistrin).
4. So far, takdelah rasa liat nak berpuasa walaupun hari-hari berpuasa. Takde rasa lapar di siang hari, Kadangkala, saya berbuka puasa dengan air dulu sebab tunggu suami belikan makanan... Jadi terlewat sikit makan heavy meal... Tapi saya ok je... maintain aje...
5. Kulit muka lebih glowing dan bersih... Haha... Ni kawan-kawan yang cakap ye :p
Kesimpulannya, banyak manfaat apabila menjalani program detox ini. Jangan kedekut untuk kita laburkan duit untuk kesihatan, kerana apabila dah sakit, lagi banyak duit melebur... Sementara badan sihat ni, kita cari jalan untuk memastikan kesihatan kita tip top...
Siapa yang nak tahu pasal program detox ni, boleh hubungi saya di 012-5538628 :)
Ohhh ye... Semalam dengar Ikim FM.... Ustaz tu cakap, banyakkan berdoa... Itu saranan Nabi... Allah yang Maha Mengabulkan.... Dalam doa, jangan lupa untuk memohon, jika kita sampai ke umur tua, doakan agar, tua kita tu tidak menyusahkan orang.... Tua kita tu sihat dan tidak nyanyuk.... Maafkan saya, hanya ingatan untuk kita kongsikan bersama-sama. Mungkin dalam doa kita, kita minta itu dan ini dan tertinggal tentang kesihatan dan keberadaan kita semasa tua nanti... Jadi, berdoalah :)
Diana
SID: 1112978 (Boleh pakai ID saya kalau ke Shaklee)
Tel: 012-5538628
2 Komentar
saya, kalau lepas detox.. selera nak makan benda manis memang kurang.. sangat2.. hee~
BalasTula.. kalau buat betul2 memang hilang :)
Balas