Testimoni Advance Joint Health Set

Advance Joint Health Tablet dan OsteMatrix

Sebelum ini saya kongsikan kebaikan Advance Joint Health Set yang terdiri daripada Advance Joint Health Tablet, OmegaGuard dan OsteMatrix. Seperti yang saya maklumkan setiap satu supplemen Shaklee ini mempunyai keistimewaan tersendiri. Boleh diambil secara individu atau pun diambil secara kombinasi. 

Mari kita lihat komen seorang sahabat, yang mana ayah mertuanya telah merasai sendiri kebaikan mengambil kombinasi dua daripada tiga supplemen di dalam set Advance Joint Health, iaitu Advance Joint Health Tablet dan OsteMatrix.


Walaupun hanya mengambil dua daripada tiga supplemen Shaklee tersebut, kebaikannya dapat dirasai dan dapat memudahkan beliau untuk melakukan ibadah dan aktiviti-aktiviti seharian.

Apa lagi, jom amalkan supplemen ini. Jangan malu-malu untuk hubungi saya di 012-5538628.

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram: 0125538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy


COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Mid Valley, PNB Darby Park

Advance Joint Health Tablet

Kebaikan Advance Joint Health Tablet

Advance Joint Health Complex Shaklee mengandungi suatu bentuk ekstrak Boswellia yang telah terbukti melalui kajian klinikal mampu meningkatkan keselesaan sendi di dalam jangkamasa seawal 5 hari. 

Advance Joint Health Tablet Shaklee juga merangkumi kombinasi nutrien kesihatan untuk sendi yang terdiri daripada zink, kuprum, manganese dan vitamin C. Setiap satu nutrien ini memainkan peranan yang unik dan kritikal dalam membangunkan kolagen penghubung dan rawan yang sihat.




Kandungan Advance Joint Health Tablet

Ekstrak Boswellia:
Diperoleh daripada resin pokok Boswellia Serrata, ekstrak botonikal ini mengandungi asid boswellik yang menghalang formasi leukotrien iaitu sejenis bahan kimia yang dihasilkan oleh tubuh untuk menyerang tisu sendi yang menyebabkan ketidakselesaan sendi.

Ekstrak proprietary Boswellia yang digunakan mengandungi konsentrasi AKBA (3-acetyl-11- keto-beta-boswellic acid) yang tinggi, satu asid boswellik, dan lain-lain ekstrak Boswellia yang digabung untuk menghasilkan bioaktiviti yang lebih unggul dari hanya AKBA.

Di samping itu, daripada ujian klinikal yang dijalankan, para peserta yang mengambil ekstrak Boswellia daripada Advance Joint Health Tablet melaporkan keselesaan sendi yang lebih baik.

Ekstrak jagung membekalkan sumber glukosamin yang pekat:
Glukosamin
- Sejenis gula amino yang berfungsi sebagai blok utama pembinaan struktur proteoglycans, suatu komponen struktur rawan dan cecair di antara tulang yang bertindak sebagai pelincir. Banyak kajian yang telah diterbitkan menunjukkan supplemen glukosamin membantu meningkatkan pelbagai gerakan, mengurangkan kesakitan apabila bergerak dan pergerakan badan lebih fleksibel.

- Dalam Advance Joint Health Tablet terdapat glukasamin hydroklorid iaitu sumber glukosamin yang tinggi kepekatannya. Ia diperoleh daripada sumber sayuran berbanding dengan kebanyakan glukosamin yang diperoleh daripada sumber kekerang.

Vitamin C
Membekalkan 100% keperluan harian vitamin C yang diperlukan untuk sintesis kolagen.

Zink, kuprum dan manganese
Mineral surih ini diperlukan untuk membina tisu penghubung.

Nutrien yang terkandung dalam Advance Joint Health Tablet ini telah terbukti secara klinikal untuk:

  • Menggalakkan pergerakan
  • Meningkatkan fleksibiliti
  • Meningkatkan fungsi sendi
  • Menyokong kesihatan sendi untuk jangkamasa panjang.
Tidak seperti kebanyakan supplemen kesihatan sendi yang lain, Advance Joint Health Tablet tidak mengandungi kondroitin, sejenis bahan yang terbukti dalam ujian klinikal menghalang penyerapan glukosamin. Advance Joint Health Tablet adalah 100% bebas daripada kekerang dan 100% terdiri daripada sumber sayur-sayuran.

Perbezaan di antara sendi yang sihat dan sendi yang stres

Sendi yang stres
Sendi menjadi stres kerana menjadi haus dan lusuh kerana:
- kerja terlalu kuat
- berdiri terlalu lama
- banyak berjalan








Berdasarkan gambarajah di atas:
1. Rawan menjadi lemah dan rapuh
2. Tisu penghubung sekeliling tulang terurai
3. Geseran berlaku di antara tulang-tulang yang mengeluarkan kimia yang menyerang rawan, menyebabkan ketidakselesaan dan pergerakan yang terhad.





Sendi yang sihat
Advance Joint Health Tablet membantu sendi dalam 3 cara:








1. Meningkatkan lingkaran kushion: Glukosamin membantu memelihara rawan. Kushion yang terbentuk melindungi sendi dan membolehkan pergerakan yang lebih bebas.
2. Memelihara tisu penghubung yang sihat: Zink, kuprum, manganese dan vitamin C membantu membina kolagen dan lain-lain komponen tisu penghubung yang memberi kekuatan struktur kepada sendi.
3. Meningkatkan keselesaan sendi: Ekstrak Boswellia pantas membantutkan mekanisma respons stres tubuh untuk memperbaiki keselesaan sendi.


Apabila umur semakin meningkat, keselesaan sendi berkurangan. Untuk itu, kita haruslah menjaganya daripada peringkat awal sebelum menjadi lebih teruk. Sendi yang sihat menyumbang kepada kesihatan tubuh yang baik.

Berminat untuk membeli atau hadiahkan kepada orang yang tersayang? Hubungi saya segera! :)



Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ dan seluruh Malaysia untuk pembelian vitamin semulajadi Shaklee, maklumat lanjut vitamin semulajadi Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:

NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram: 0125538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy


COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Menara VSQ, Mid Valley, PNB Darby Park

Keluarlah.. Usah Menyepikan Diri Lagi..

Bagaimana Hendak Memotivasikan Diri Apabila Diri Anda Tidak Bermotivasi?

Rindu rasanya untuk kembali menulis apabila beberapa hari meninggalkan blog ini atas sebab kesihatan yang kurang mengizinkan. Alhamdulillah.. syukur di atas kurniaan Allah. Sakit itu tanda kasihNya Dia kepada kita. Selalu juga saya ingatkan orang-orang tersayang untuk mengumpul amal sebanyak mungkin semasa sihat kerana apabila sakit, sukar kot untuk kita beramal? Sihat sebelum sakit. Salah satu dalam lima perkara sebelum lima perkara kan.. Bagi saya, fikiran susah hendak fokus bila sakit. Mood pun down. Dalam kepala asyik teringat sakit aje. Atau mungkin rasa hendak berehat saja kan.. 

Saya akui, apabila terlalu lama meninggalkan blog ini (beberapa hari), sukar sebenarnya untuk menyambung kembali penulisan. Walaupun sebenarnya banyak yang boleh dikongsikan bersama. Jadi hari ini, dalam memotivasikan diri saya untuk bangun dan kembali aktif, marilah kita sama-sama tengok bagaimana hendak memotivasikan diri yang sedang tidak bermotivasi :) Pendekatan yang terbaik ialah nak mula menulis blog ini semula. 

Untuk memotivasikan diri, sebenarnya kehendak itu hendaklah datang daripada diri kita sendiri. Kalau kita taknak, buatlah macam mana pun, memang TAK NAK jugak. Saya petik dari sebuah page "Motivate Your Mind"; "There's an old saying in England, 'If you want something done, ask a busy man.' Someone who is already busily in motion, finds it easier to tackle a new job than someone who is static and doing nothing. This means that once you do get yourself going, it will take less effort to keep yourself going than it will to get yourself going from a standing start. When you are motivated, you need to keep giving yourself little pushes, little reminders to keep it up, to keep on going."

Sebab tu saya rasa susah sangat hendak mula menulis apabila telah meninggalkannya walaupun untuk beberapa hari sahaja. Saya telah berada di dalam keadaan pegun dan untuk bergerak semula memang sukar. Ada suatu masa, saya buka laptop, tapi saya tak buat apa-apa. Otak saya blank. Hari ini, saya mula dengan menulis dulu, supaya otak saya mula berfikir kemudian saya tambah dengan maklumat-maklumat penting. Barulah saya dapat memulakan langkah untuk terus menulis. 

Di samping itu, apabila hendak memotivasikan diri, ingat kembali objektif atau sebab kenapa kita buat sesuatu itu. Apa yang kita hendak capai? Apabila semakin kuat keinginan kita untuk mencapai sesuatu itu, maka akan datang kekuatan dan tenaga dari dalam untuk menggerakkan kita untuk mencapai objektif tersebut. Sooner or later, usaha kita, aura yang kita keluarkan itu akan dapat dirasai oleh alam semesta ini. People will start noticing and responding to us, InsyaAllah. Tak cepat, lambat itu aje. Yang penting YAKIN.

Satu lagi cara untuk memotivasikan diri ialah gunakan percakapan dan imaginasi untuk menggambar / membayangkan kejayaan diri sendiri; affirmation. Antara contoh-contoh affirmation yang lemah dan kuat:

1. Saya seorang yang bermotivasi
2. I can see myself taking dynamic action, in a purposeful, powerful way.
3. Saya sangat komited untuk memastikan projek ini siap sepenuh
4. Wahhhhh, saya boleh lihat diri saya sangat menyukai projek ini, dan sedang menyiapkannya dengan penuh semangat dan akhirnya sedang bergembira ketika tamatnya projek ini.

Agak-agaknya affirmation manakah yang paling mudah dibayangkan di dalam fikiran kita? Saya rasa no. 4 kerana apa yang ditulis sangat jelas dan mudah untuk dibayangkan. Tak gitu? Apabila kita fikirkan kejayaan, maka kejayaanlah yang akan datang. Bukankah setiap apa sahaja yang kita lakukan; niat, percakapan, perbuatan akan menjadi doa kepada kita sendiri. Otak akan mentafsirkan dan membantu untuk mencapai apa sahaja yang kita fikirkan.

Ada banyak lagi perkara yang boleh memotivasikan diri kita, jaga pergaulan kita, makan minum kita. Yang paling penting, Allah sentiasa ada untuk mendengar luahan hati kita setiap masa. Berdoa dan merayulah kepada Allah kerana Dia Maha Pengabul permohonan doa. 



Hati saya dah rasa tenang :) Apa yang kita perlukan adalah spark untuk memulakannya. Apabila dah mula, InsyaAllah akan berterusan. 

Ohh sekarang dan hampir pertengahan bulan April (cepatnya masa berlalu). Bulan April ni adalah bulan bertuah OsteMatrix. Kalau nak membeli, jangan malu-malu untuk hubungi saya ya. :)

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram: 0125538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Mid Valley, PNB Darby Park


Kanak-Kanak dan Demam Panas

Cara-Cara Menangani Demam Panas Kanak-Kanak yang Melebihi 38 Darjah Celcius

Apa yang ingin saya kongsikan di sini adalah pengalaman saya sendiri yang berhadapan dengan situasi anak mengalami demam panas yang mencecah 39 darjah celcius. Mungkin jika perkara ini terjadi di rumah, dengan pengetahuan kami yang cetek ini, mungkin suhu demam tersebut lambat berkurangan.

Ceritanya bermula apabila Nur Muhammad dimasukkan ke hospital kerana sakit kaki yang tidak diketahui puncanya. Mulanya kami ke Klinik Umra di Shah Alam untuk mendapatkan rawatan, namun doktor mendapati terdapat bengkak di paha Nur Muhammad dan segera mengeluarkan surat untuk merujuk ke hospital. Maka suami saya segera membawa berjumpa dengan pakar Ortopedik di sebuah hospital. Berdasarkan pemeriksaan awal, doktor mengatakan mungkin terdapat nanah di sendi Nur Muhammad. Setelah x-ray dan ultrasound dijalankan, didapati tiada sebarang kesan sakit atau tanda yang spesifik. Nur Muhammad diberi antibiotik melalui tiub IV. Sakitnya bukan kepalang apabila melihat Nur Muhammad menjerit-jerit kesakitan setiap kali antibiotik disalurkan melalui tiub IV itu. Tapi untuk memastikan Nur Muhammad sembuh, kami tahankan juga perasaan. Sampai satu tahap, tiub IV ditukar ke tangan yang lain untuk mengurangkan kesakitan.

Alhamdulillah, selepas sehari, keadaan Nur Muhammad bertambah baik dan kembali aktif. Namun kami tidak dibenarkan pulang kerana harus menghabiskan dos antibiotik tersebut. Dengan berat hati, kami teruskan lagi perubatan di hospital.

Hari ketiga, suhu badan Nur Muhammad melonjak dari 37 darjah celcius, meningkatkan ke 38 darjah celcius dan seterusnya ke 39 darjah celcius. Nur Muhammad langsung tidak aktif, terbaring dan tidur sahaja. Nurse menasihatkan kami memandikan Nur Muhammad untuk mengurangkan panas badannya. Namun selepas mandi, hanya sikit suhu yang turun. Nur Muhammad masih lagi demam. Malah tekanan darah juga menurun. Mungkin kerana kepenatan dan demam. Pada malam itu, suhu badan Nur Muhammad kekal dalam 39 darjah celcius dan turun sikit ke 38.5 darjah celcius setelah diberikan ubat. Nurse yang merawat juga kelihatan bimbang kerana suhu badan 39 ke atas memungkinkan kanak-kanak mendapat sawan. Kami diminta agar tidak henti-henti melekapkan kain basah ke badan Nur Muhammad. 

Beberapa jam kemudian, suhu badan Nur Muhammad naik ke 39 darjah celcius. Nurse menguatkan pendingin hawa di dalam bilik dan meminta supaya kami bertahan dengan kesejukan tersebut. Ini adalah untuk melawan kepanasan badan Nur Muhammad. Di samping itu, kami diminta meneruskan mengelap badan Nur Muhammad dengan tuala basah. Memang itu kami lakukan sehingga nurse datang semula untuk memberikan ubat demam untuk tempoh seterusnya. Badan Nur Muhammad dibasahkan di bilik mandi semasa kami membasuh poo poo nya. Alhamdulillah akhirnya suhu badan Nur Muhammad turun ke 36.6 darjah celcius. Kami kekalkan pendingin hawa dengan suhu yang rendah sehingga keesokan harinya (bimbang juga suhu pendingin hawa yang rendah mungkin membuatkan Nur Muhammad batuk. Alhamdulillah sepanjang tempoh itu, Nur Muhammad hanya demam). Syukur kami kepada Allah kerana suhu badan Nur Muhammad kekal normal. Nur Muhammad kembali aktif dan kami dibenarkan pulang keesokan harinya.

Gambar Nur Muhammad semasa mendapatkan rawatan untuk batuk yang kuat.


Di sini juga ingin saya kongsikan doa-doa yang saya temukan daripada seorang sahabat menerusi webnya http://www.feryco.com/ikhtiar-untuk-merawat-demam-panas#comment 4866 dalam usaha-usaha untuk menurunkan demam panas disusuli dengan doa-doa seperti di bawah. 

1. Baca Al-Fatihah
2. Selawat Syifa'



3. Ayat 21 hingga 24 surah al-Hasyr



4. Baca doa demam panas



Maksudnya:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, Dengan nama Allah Yang Maha Besar, kami berlindung kepada Allah daripada kejahatan peluh yang mendidihkan darah dan kejahatan kepanasan neraka

Semua doa-doa ini dibaca dan dihembuskan ke segelas/sebotol air dan diberi minum. Boleh juga digunakan untuk mengelap badan pesakit. Sesungguhnya kita berikhtiar. Semoga Allah mempermudahkan usaha kita, InsyaAllah.

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram: 0125538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Mid Valley, PNB Darby Park



Untuk reference berkaitan demam dan kesannya, boleh rujuk:

Set Menyusu Shaklee

Pakej Penyusuan yang Terbaik

Di dalam pasaran kini, terdapat banyak set bersalin yang boleh dipilih oleh pengguna. Namun tak semua set bersalin yang ada, sesuai digunakan bagi ibu-ibu yang ingin menyusu bayinya secara ekslusif. Set Menyusu Shaklee mempunyai fungsi 2 dalam 1, di mana boleh digunakan sebagai set bersalin untuk penyembuhan luka-luka, memberi tenaga, menguruskan badan dan pada masa yang sama menjadi milk booster untuk membekalkan susu yang mencukupi kepada bayi.

Set Penyusuan Lengkap Shaklee


Set Penyusuan Lengkap Shaklee terdiri daripada:

1. B-Complex
Membekalkan tenaga kepada ibu yang baru melahir dan menyusukan anak supaya ibu sentiasa cergas dan bertenaga.

2. Alfalfa Complex
Menggalakkan penghasilan susu, di samping sebagai agen detoks kepada tubuh badan yang membantu dalam proses menguruskan badan. 

3. ESP
Membekalkan sumber protein dan asid amino kepada pembaikan dan pertumbuhan sel yang diperlukan oleh ibu dan bayi. Selain itu, ESP juga membantu dalam menghasilkan susu yang pekat kepada si kecil anda. 

4. Vita-Lea
Menjadi pelengkap kepada nutrisi yang diperlukan oleh ibu. Vita-Lea juga bertindak sebagai pemberi tenaga segara yang memang amat penting dalam proses berpantang dan menyusukan badan.

5. Sustained Release Vita-C
Meningkatkan sistem imun dengan membina sel darah merah yang sihat, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mencantikkan kulit, merangsang pembentukan kolagen dan banyak lagi kebaikannya.

6. OsteMatrix
Menyumbang kepada bekalan kalsium dan ion-ion yang penting untuk penghasilan susu

Walaubagaimanapun, pengambilan supplemen-supplemen Shaklee seperti di atas adalah sokongan dalam memastikan kejayaan dalam proses menyusukan bayi. Namun, determination ibu itu sendiri dan sokongan kaum keluarga dalam memastikan penyusuan ekslusif berjaya adalah sangat penting. Yang penting, ibu tersebut kena tabah dan kuat semangat kerana menjaga anak kecil dan ingin menyusukan secara ekslusif memerlukan effort dan dorongan yang tinggi dan ibu itu tidak boleh sesekali berputus asa. Pengambilan air kosong hendaklah konsisten dan harus diambil sekurang-kurangnya 3 liter sehari untuk memastikan semua supplemen tersebut berfungsi dengan jayanya.

Seperti yang saya selalu tekankan sebelum-sebelum ini, jangan bimbang jika anda tidak mempunyai bajet untuk membeli semua supplemen seperti yang dinyatakan. Jika mahukan maklumat yang lebih lanjut, jangan malu-malu untuk menghubungi saya. Saya akan berikan maklumat yang terbaik untuk membantu anda :)

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram: 0125538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy


COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Mid Valley, PNB Darby Park

Reference:






All About Shaklee OsteMatrix

Pengenalan kepada OsteMatrix Shaklee


Kalau anda perasan, banyak entry saya adalah berkaitan OsteMatrix Shaklee aje. Ini disebabkan saya adalah pengguna tegar OsteMatrix ini. Sebelum ini pun memang dah banyak saya ceritakan berkenaan kebaikan OsteMatrix. 

OsteMatrix adalah tablet kalsium yang dikeluarkan oleh Shaklee. Jika dibandingkan dengan brand-brand lain, saya lebih suka yang dihasilkan oleh Shaklee kerana pastinya ia adalah daripada bahan-bahan asli dan telah terbukti secara klinikal dapat menyerap kalsium sehingga 99%. 

Supplemen-supplemen Shaklee memang terdiri daripada bahan-bahan asli kerana pelajar-pelajar kita sendiri telah melakukan kajian dan perbandingan dengan brand-brand yang lain yang banyaknya terdiri daripada bahan-bahan sintetik. Daripada menggunakan OsteMatrix Shaklee, saya jatuh cinta kepada supplemen-supplemen lain keluaran Shaklee kerana keberkesanannya.

Saya akui dalam mencari supplemen yang terbaik (selepas merasai kebaikan OsteMatrix), saya ade mencari tablet kalsium yang menyerupai OsteMatrix daripada brand-brand yang lain. Saya nak tengok jika ada yang lebih murah :p Ada sesetengah brand, tablet kalsium mereka tidak dapat dijual di Malaysia kerana belum mendapat perlepasan, ada yang banyak dijual di farmasi, sesetengahnya saya langsung tidak merasai keberkesanannya. Akhirnya OsteMatrix Shaklee tetap menjadi pujaan hati.

OsteMatrix Shaklee diperbuat daripada bahan-bahan yang paling seimbang untuk memastikan kadar penyerapannya adalah 99%. Formula OsteMatrix sangat unik kerana diperbuat daripada mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati. Kandungannya terdiri daripada kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zink, kuprum, manganes dan boron. 

Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral. Apa yang kita semua ketahui, pengambilan supplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur dengan berkesan. 

Kebaikan Utama OsteMatrix Shaklee

💙Menguatkan Tulang
Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf. Selain itu, kalsium merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, kekejangan, gusi berdarah dan menrangsang darah untuk memekat.

💙Memperbaiki Kekejangan dan Kebas-Kebas
Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan artritis.

💙Meringankan Stres
Kalsium mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur yang nyenyak, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stres. Selain itu, pengambilan kalsium yang mencukupi juga mengurangkan sakit kepala, pitam dan mood swing.

💙Memperbaiki Masalah Haid
Berdasarkan kajian yang dijalankan, pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit semasa haid, membantu membuang air kecil dan membantu mengurangkan kembung perut.

💙Pengalkalian Tubuh
Kalsium adalah mineral alkali dan sangat berkesan dalam memastikan imbangan pH tubuh. Di samping itu, ia juga menghalang obesiti di waktu umur tua. Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrien dan merangsang detoksifikasi.

💙Memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastrik.


💙Mengandungi Vitamin D
Vitamin D mampu merawat penyakit rickets. Selain itu, vitamin D mampu meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periodontal. Vitamin D harus diambil oleh individu melebihi 55 tahun, wanita hamil, kanak-kanak dan juga seorang vegetarian.

💙Mengandungi Magnesium
Magnesium adalah ion positif no. 2 penting di dalam tubuh kita. Magnesium menggalakkan komposisi tulang dan rawan. Di samping itu, magnesium mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung, memudahkan rembesan keluar sisa perut dan usus, menghalang endapan kalsium, melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu. Selain itu, magnesium juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos.

💙Zink, boron, manganes dan kuprum
Memelihara metabolisme kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang, rawan dan menghalang artritis.




*Apabila memilih supplemen kalsium, pastikan terdapat Vitamin D dan magnesium untuk penyerapan kalsium yang optima.

*Elakkan supplemen yang diperbuat daripada tulang dan dolomite untuk mengelakkan keracunan plumbum.

*Elakkan mineral chelated kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap logam berat tercemar dan toksin dalam proses menyerap mineral.

Saya cadangkan untuk pengekalan kesihatan tulang dan badan yang baik, OsteMatrik Shaklee adalah pilihan supplemen yang terbaik. Hubungi saya!

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley,  Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 016-2364796
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy


COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley

Teruskan Bermimpi... Ia Akan Menjadi Kenyataan

Teruskan Bermimpi... Ia Akan Menjadi Kenyataan
Boleh ke Impian Tercapai?

Memang boleh sangat!!! Malah terbukti memang menjadi. Pernah tak terdetik di hati anda yang anda mahukan kereta.... hmmmm... contohnya kereta BMW 5 Series? Cuba lihat sekarang adakah anda sudah menjadi pemilik kereta tersebut? Mungkin ya dan mungkin juga tidak. Tapi percayalah, jika anda terus bermimpi untuk memilikinya, InsyaAllah hajat anda itu akan tercapai..PERCAYA lah.

Kenapa tiba-tiba entry kali ni saya bercakap pasal impian dan teruskan bermimpi? Meh saya share pengalaman saya sendiri yang saya rasakan MAGIK kerana ia menjadi kenyataan. Sebelum saya teruskan ingin saya mohon maaf andai anda terasa entry kali ini berlebihan, mendabik dada, nak menunjuk-nunjuk dan sebagainya. Saya hanya mahu berkongsi secebis pengalaman saya dan saya percaya impian mesti tercapai apabila ada terdetik di hati dan fikiran. Mungkin cepat atau lambat aje. Itu bergantung kepada anda :)

Dalam hujung tahun 2012 sampailah ke awal 2013, saya tengah pulun menyiapkan tesis dissertation saya. Pada waktu itu, saya sangatlah bimbang jika tidak dapat menyiapkannya kerana saya mahu anak saya kembali tinggal dengan saya. Buat pengetahuan anda semua, daripada pertengahan 2011 (bulan puasa pada waktu itu) saya terpaksa menyerahkan anak saya yang baru berusia setahun lebih kepada jagaan ibu bapa saya di kampung. Suami saya tidak mahu anak kecil itu dijaga di Taska atau bawah jagaan pengasuh. Maka dengan hati yang sangat-sangat berat, kami hantar Nur Muhammad pulang ke kampung. Sebelum itu, Nur Muhammad dijaga oleh saudara terdekat kami di sini. Namun atas komitmen yang tak dapat dielakkan, maka dia tidak dapat menjaga anak kami.

Sepanjang ketiadaan Nur Muhammad bersama kami, hanya Allah sahaja yang tahu betapa rindunya kami kepada dia, hidup kami terasa kosong. Pada masa itu, saya juga telah menyambung pelajaran ke peringkat Master. Memang niat di hati nak habiskan cepat-cepat pengajian ini agar saya dapat menberi sepenuh tumpuan kepada Nur Muhammad. 

Alhamdulillah, berkat doa ibu bapa, suami dan semua yang menyokong, perjalanan pengajian saya berjalan lancar. Sampailah ke semester akhir, saya betul-betul mahu pastikan yang saya akan tamat pengajian pada semester itu jugak. Saya tak mahu delay atau postpone lagi kerana saya nak anak saya kembali ke pangkuan kami. Di sini, saya akui, bukan mudah nak melalui ranjau berduri untuk menyiapkan tesis dissertation. Yang penting pada masa itu, saya istiqamah. Suka tak suka saya hadap report saya.. saya teruskan mencari maklumat yang diperlukan, malu tak malu saya pastikan saya selalu berjumpa dengan supervisor saya dan yang paling penting saya tidak berhenti berdoa dan berharap kepada Allah SWT. Setiap kali hujan lebat, saya akan masuk ke bilik meeting di ofis saya dan berdoa dan menitiskan air mata. Agar Allah permudahkan urusan saya untuk menyiapkan tesis ini. 

Dengan rayuan dan pengharapan yang sangat tinggi kepada Allah, maka akhirnya siap tesis saya itu dalam semester itu juga. Alhamdulillah saya sangat-sangat bersyukur. Malah hanya saya seorang yang 'graduate' daripada batch saya. Kini, apabila difikir-fikirkan balik, terasa mudah perjalanan tersebut walaupun pada hakikatnya sukarnya bagi saya, hanya Allah yang Maha Mengetahui. 

Apa yang saya cuba kongsikan di sini ialah, teruskan bermimpi dan berharap untuk memperoleh sesuatu. InsyaAllah impian itu akan tercapai. Tapi kalau diambil pengajaran daripada cerita saya yang tak seberapa itu, pastikan mimpi anda mempunyai deadline. Kalau takde deadline, impian itu akan tercapai juga, tapi mungkin lambat? Bila anda nak capainya. Pastikan anda ada push factor, macam saya, anak saya adalah push factor saya. Saya fikir, kalau saya tangguh pengajian, mungkin saya juga terpaksa menangguh mengambil semula anak saya tinggal bersama saya. Apabila kita terdesak, kuasa minda kita sebenarnya sangat kuat untuk membawa kita mencapai apa yang kita inginkan. Akhir sekali berdoalah dengan penuh pengharapan, keyakinan dan tawakal kepada Allah bahawa Allah akan memakbulkan doa kita.

Hidup ini memang tiada jalan mudah. Kalau mahu seribu daya, tak mahu seribu dalih bukan? Jika hendak mencapai sesuatu dalam hidup ini, pastikan minda kita nak sangat-sangat untuk mencapainya. Apabila minda kuat, maka fizikal kita akan berusaha untuk mendapatkannya. Allah tidak akan mensia-siakan usaha hambaNya. Maka berdoalah dengan penuh pengharapan, InsyaAllah impian dan mimpi kita akan tercapai :) Alhamdulillah.

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram: 0125538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy


COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Mid Valley, PNB Darby Park



Advance Health Care

Joint Health Set

Nowadays, due to the environmental changes and the modern lifestyle, we tend to ignore many things in life. The main one is our health. Today I am going to focus on taking care of our joint system.

I am not really sure but this is based on my own experience as well as those who are close to me. I am 31 years old this year, but I have been experiencing (the most obvious one) is sharp pain at my heel on my right foot. Sometimes, after sitting for quite sometime and then suddenly when I wanted to stand, there you go, the sharp pain at my heel. I already seek doctors' advice and they said it's normal. This is because we move and walk a lot, stand for a long time, wearing heels and etc.  I guess whatever they said are true because I have went through all. Moreover, I am not consider young anymore :p

In fact some of my close families, relatives and friends are also facing the same problem. Some of them are about my age or start experiencing it at around my age, some are younger than me, and most with other additional joint illnesses are older than me. Therefore, I think it is very very very important to start taking care of ourselves and our joint system at an early age, when we are still active and strong and money is something that we can always find. 

I would recommend the intake of Shaklee OsteMatrix. It furnished the sufficient calcium required by our body as well as other plus points to our health (I will share thoroughly in the next entry). But if you have more budget, you can also add in Shaklee Advanced Joint Health Tablet and Shaklee OmegaGuard to give more support to our joint system. Each of the vitamin have its unique benefits on its own. So it is definitely good to our health.

These are the benefits of the Joint Health Set:
  • Provide nutritional support to collagen and other important components of connective tissue that give strength and structure to joints.
  • Help to maintain healthy strong bones.
  • Help to relief joint pain and join inflammation.


Since the month of April 2014 is the lucky month for Shaklee OsteMatrix, why don't grab this opportunity now. For more consultation, please feel free to whatsapp, SMS, email, and etc. I will be more than happy to assist you :)

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram: 0125538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy


COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Mid Valley, PNB Darby Park




Kepentingan Mengambil Supplemen Pada Masa Kini

Kenapa Perlu Ambil Supplemen?

Seperti yang pernah saya kongsikan dulu-dulu, hari ni saya hendak share isu kenapakah kita perlu mengambil supplemen?

Jika ditanya pada setiap individu, kita akan menerima pelbagai jawapan yang menarik. Saya dulu tak mahu makan supplemen sebab saya rasa supplemen ini mahal harganya. Sampai satu tahap, fikiran saya langsung tak mahu berfikir tentang perlunya mengambil supplemen. 

Tapi itulah, apabila usia semakin meningkat, memang sangat-sangat terasa perbezaan pada sistem tubuh berbanding ketika pada zaman muda-muda dulu. Badan memerlukan sokongan tambahan kerana beberapa faktor:


1. Kita sering terdedah kepada persekitaran yang tercemar 











2. Badan kita memerlukan dos yang lebih tinggi bagi sesetengah nutrien 
















3. Buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin terjejas atau tercemar














4. Mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat














5. Kebanyakan kita makan mengikut selera rasa dan menjurus kepada kehidupan yang tidak sihat dan kegemukan

















6. Gangguan penyerapan nutrisi daripada makanan





7. Kehilangan nutrien di dalam makanan














Oleh sebab faktor-faktor di atas, maka tubuh badan kita memerlukan sokongan tambahan. Pengambilan supplemen boleh dipilih mengikut kesesuaian daya tahan tubuh masing-masing. Kekurangan nutrien di dalam badan tanpa sokongan supplemen menyebabkan terjadinya:
  • Penuaan pramatang
  • Kelesuan tubuh
  • Mudah mendapat penyakit dan jangkitan (sistem imun rendah)
  • Keguguran rambut
  • Osteoporosis
  • Kulit bermasalah
serta banyak lagi gangguan kepada sistem tubuh badan.

Supplemen Shaklee menyediakan berbagai-bagai jenis supplemen sesuai dengan kehendak tubuh badan dan bajet yang diperuntukkan. 

Boleh saya katakan disini, sebenarnya supplemen Shaklee tidak mahal pun. Kalau nak enjoy supplemen dengan harga yang lebih murah, maka lebih elok berdaftar sebagai ahli terus :) Bagaimana untuk berdaftar? Serahkan kepada saya dan saya akan tunjukkan satu per satu. Apa pun, langkah pertama yang penting ialah hubungi saya. Jangan malu-malu :)

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley,  Menara VSQ, Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, PJ SS14, Jaya33, Subang, USJ dan seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai vitamin semulajadi dan pendaftaran keahlian Shaklee:

DIANA
ID Shaklee: 1112978
Call/ SMS/ Whatsapp: 016-2364796
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy


COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Subang, USJ, PJ SS14, Menara VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS, Jaya Shopping Centre, Mid Valley