Apa Yang Perlu Dilakukan Apabila Anak Mengalami Ulser Di Tekak?

Pernahkah anda mengalami keadaan di mana anak anda tidak mahu makan dan mula memegang tekaknya setiap kali menelan? Kemungkinan anak anda mengalami sakit tekak yang boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Dari segi bahasa biasanya, kemungkinan besar, anak anda mengalami ulser di tekak.

Jika kita ingin bercakap secara serius kes ulser di tekak, daripada segi perubatan, ia akan disebut sebagai radang tonsil. Kes radang tonsil ini ada peringkat kurang serius sehinggalah ke peringkat yang sangat serius sehingga memerlukan pembedahan untuk membuang tonsil tersebut. Maklumat lanjut, anda boleh rujuk di sini.

Kali ini, saya mahu share kes anak saya sendiri yang mengalami sakit tekak dan seterusnya apabila berjumpa dengan doktor, saya dimaklumkan terdapat ulser di tekaknya. 

Sebelum saya mendapat tahu keadaan ini, anak saya mengalami demam.... suhu badannya naik sehingga lebih daripada 38 darjah celcius. Saya hanya memberi ubat demam paracetamol. Namun apabila sehari berlalu, anak saya mula memegang tekaknya apabila menelan makanan. Mulai saat itu, anak saya, Nur Muhammad kurang mahu makan kerana keadaannya. Saya mula berasa bimbang. Kasihan kerana Nur Muhammad memang lapar dan ingin makan nasi. Tapi terpaksa berhenti kerana sakit tekaknya.

Apabila dibawa berjumpa dengan doktor, doktor menasihatkan saya supaya memberi makanan dan minuman sejuk kepada anak saya. Yeaaaa... it's time for ice cream, air minuman manis sejuk dan apa sahaja yang lembut dan sejuk untuk dimakan. 

Selain itu, untuk mengurangkan demamnya, doktor menasihatkan supaya digunakan ubat yang dimasukkan melalui punggungnya. Selain mengawal demam, ubat tersebut juga mengurangkan sakit ulser di tekaknya. Alhamdulillah, dengan izin Allah kebah demam Nur Muhammad dan lena tidurnya. Cuma kami perlu berikan ubat spray di tekak untuk membentuk lapisan yang melindungi ulser dan mengurangkan sakit sebelum Nur Muhammad diberi makanan.

Alhamdulillah, lega sikit hati melihat keadaan anak sudah semakin pulih. Semoga bermanfaat kepada ibu bapa di luar sana yang mencari ilmu berkenaan kesihatan anak anda.

Penyelesaian yang lain ialah, anda boleh membancuh Nutriferon untuk diberi kepada anak anda untuk diminum. Jangan bimbang, Nutriferon boleh dibancuh dengan air sejuk. Rasanya seperti minum air kosong sejuk sahaja. Fungsi Nutriferon adalah untuk meningkat sistem imun tubuh. Lebih baik anda mula memberi Nutriferon apabila mendapati anak anda mengalami gejala demam. InsyaAllah, dengan izin Allah, kita akan dapat mengurangkan keadaan daripada menjadi lebih teruk.
Nutriferon didatangkan dalam bentuk sachets. Sekotak mengandungi 30 sachets dan berharga RM181.25. Jangan bimbang apabila melihat harganya kerana Nutriferon tidak perlu diambil setiap hari. Untuk mengekalkan kesihatan, anda boleh ambil satu sachet seminggu. Namun, jika anda mengalami gangguan kesihatan, barulah anda mengambilnya sesachet sehari. Anda boleh rujuk testimoni saya mengambil Nutriferon di sini.

Berminat nak tahu lebih lanjut atau ingin beli? Hubungi saya di 012-5538628.Jangan bimbang, dengan membeli daripada saya, anda berhak untuk mendapatkan konsultasi pemakanan supplemen daripada saya setiap masa. 

Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian vitamin Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:

NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ WeChat/ Viber: 012-5538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy
Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC

COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek

8 Faktor-Faktor Yang Menyumbang Kepada Darah Tinggi

Penyakit darah tinggi begitu sinonim terutamanya kepada orang-orang yang tinggal di bandar. Ini mungkin disebabkan oleh persekitaran yang sibuk, semuanya mengejar masa dan tuntutan kehidupan yang memeritkan.

Ada juga kes di mana seawal umur 30 tahun sudah disahkan mengidap penyakit darah tinggi. Ini bermakna kita seharusnya menjaga diri kita, tidak kira berapa umur kita kerana semuanya berisiko untuk mendapat tekanan darah tinggi / hypertension atau hypertensi

Apakah Tekanan Darah Tinggi?

Tekanan darah tinggi atau hipertensi, merujuk tekanan yang dihasilkan oleh darah ke atas dinding arteri semasa jantung mengepam darah.

Apabila tekanan darah diukur, ada 2 jenis bacaan:

1) Tekanan sistolik: Iaitu tekanan darah pada arteri semasa jantung sedang mengepam darah.

2) Tekanan diastolik: Iaitu tekanan darah pada arteri semasa otot jantung sedang berehat di antara dua denyutan.

Berikut adalah penunjuk kepada jenis-jenis tekanan darah.

Kategori
Sistolik
Diastolik
Normal
bawah 120
dan
bawah 80
Pre-hypertensi
120 - 139
atau
80 - 89
Hypertensi
140 dan keatas
atau
90 dan keatas
Hypertensi sistolik
160 dan keatas
dan
bawah 90

Ketahui tanda-tanda yang mungkin menunjukkan anda mengalami tekanan darah tinggi:
  • Mengalami sakit kepala atau pening kepala (pitam).
  • Sakit kepala yang dialami selalunya berlaku pada waktu pagi dan sakitnya di berdenyut-dennyut di bahagian belakang kepala.
**Tekanan darah tinggi selalunya tidak menunjukkan tanda-tanda yang spesifik. Untuk memastikan kesihatan anda sentiasa berada dalam tahap optima, anda harus sentiasa memeriksa sendiri dengan pergi ke klinik berdekatan dan dapatkan nasihat doktor.

Faktor-faktor yang menyumbang kepada tekanan darah tinggi / hypertension @ hypertensi:
  • Umur melebihi 35 tahun.
  • Cara hidup yang tidak aktif.
  • Merokok
  • Gemuk
  • Faktor keturunan.
  • Pengambilan garam yang tinggi.
  • Pengambilan alkohol berlebihan.
  • Mempunyai paras kolesterol yang tinggi.
Oleh itu, apabila anda berada dalam kumpulan yang disebutkan di atas, hendaklah anda menjaga diri anda dengan lebih lagi. 

Anda juga boleh cuba supplemen kesihatan untuk mengawal tekanan darah tinggi anda.

Shaklee mempunyai supplemen yang boleh dicadangkan mengikut tahap keseriusan penyakit darah tinggi anda. 

Set Asas untuk darah tinggi terdiri daripada:
- Garlic Complex (RM47.50)
- OsteMatrix (RM61.00)
- B Complex (RM53.75)
Jumlah: RM162.25

Set Pertengahan untuk darah tinggi terdiri daripada:
- Garlic Complex (RM47.50)
- Omega Guard (RM136.00)
Jumlah: RM183.50

Set Premium untuk darah tinggi ialah:
- Phytocol-ST (RM197.00)

Berminat nak tahu lebih lanjut atau ingin beli? Hubungi saya di 012-5538628.Jangan bimbang, dengan membeli daripada saya, anda berhak untuk mendapatkan konsultasi pemakanan supplemen daripada saya setiap masa. 

Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian vitamin Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:

NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ WeChat/ Viber: 012-5538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy
Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC

COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek

Reference:

Malaysia 2014 - Muhasabah Diri Dan Kembali Kepada Allah

Malaysia 2014 - Muhasabah Diri Dan Kembali Kepada Allah
Tahun 2014 adalah tahun yang terlalu banyak peristiwa yang menduga Malaysia... 

Kita semua dikejutkan dengan kehilangan MH370 pada bulan March lepas yang sehingga kini, menjadi tanda tanya dan misteri. Walaupun pelbagai spekulasi dikeluarkan, sukar untuk kita menentukan kebenarannya... 

Tiba pula isu penculikan di Sabah yang bukan sekali berlaku, malah yang terbaru, wang tebusan sebanyak 10 juta diminta untuk membebaskan Konstabel Zakiah Aleip. Tak sunyi daripada ini, beberapa kawasan di Sabah diisytiharkan darurat... Allahuakbar... Semoga kita semua bertabah hati dan bersatu.

Yang paling menyedihkan seluruh negara sekarang ini, adalah terhempasnya MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. MH17 terhempas di Ukraine, sempadan Rusia. Sekali lagi Malaysia Airlines diduga. Tidak selesai dengan MH370, timbul pula isu MH17. Takziah kepada semua ahli keluarga penumpang-penumpang dan krew MH17. Sesungguhnya hebat dugaan yang menimpa kita.

2014 masih belum berakhir... tak tahu apa lagi yang menanti kita di hari yang mendatang ini...

Sekarang ini, marilah kita berhenti dan berfikir sejenak..... Semua perkara yang terjadi kepada negara kita... Sebaik-baiknya, ambillah iktibar dan peringatan... Tidakkah kita fikir.. ini semua adalah peringatan kecil daripada Allah.. Kita sudah terlalu lalai dan leka dengan kehidupan dunia yang sementara ini... Islam dipijak dan terlalu banyak dosa-dosa besar berleluasa di depan mata...

Bangunlah daripada tidur... kita tidak boleh lemah lagi... kasar sangat jika saya katakan.. mungkin suatu hari nanti, negara kita menjadi seperti Gaza... mahukah kita melihat anak-anak kita diratah di bumi sendiri?

Sekarang kita bersenang lenang... memikirkan kita tidak terlibat.. Kita tidak fikir bagaimana saudara-saudara kita di Sabah, pihak berkuasa yang sedang mengawal Sabah di sana... kita tidak nampak... sedarkah kita kini menjadi tumpuan? Silap sikit, haishhhh.... Anda fikirlah...

Segalanya telah tertulis di Luh Mahfuhz. Doalah supaya hati kita tidak lalai dalam mengingati Allah walau sedetik pun... Mati boleh datang pada bila-bila masa sahaja. Jangan kita mati dalam mensyirikkan Allah... sesungguhnya tanpa kita sedari, sekecil-kecil perbuatan dan ingatan mungkin sudah mensyirikkan Allah.

Terpaksa saya menulis ini. Ilmu saya dangkal... tapi menjadi tanggungjawab saya untuk menyampaikan jua.. faham atau tidak... itu urusan Allah... hakikatnya kita ini tidak wujud... bagaikan bayang-bayang... Malah keberadaan kita sekarang ini, bukanlah pinjaman daripada Allah... kerana apabila kita kata dipinjamkan bermakna ada dua entiti.. bila kita mengaku adanya kita dan adanya Allah, maka syiriklah kita.. sedangkan yang wujud.. hanya Allah... 

Peganglah kepada konsep ini... berdirinya kita kerana Allah mengizinkan. Jika Allah tidak mengizinkan, mampukah kita berdiri? Berjalan..? berlari..? makan dan sebagainya..? Semuanya adalah dengan kudrat Allah... Kita umpama wayang kulit yang dikawal dan dimainkan... 

Rasa pening... tuntutlah ilmu lagi... yang penting pegang lah kepada konsep, "Jangan sampai ternampak akan adanya diri"... kita ini tidak wujud.. yang wujud hanya Allah.... 
Fahamilah ayat لاَ إِلَهَ إِلَّاالله. InsyaAllah sama-sama kita memperbaiki diri untuk mengenal diri dan mengenal Allah... 

Segala kekurangan dan kesilapan, harap tegur dan maafkan.. Sesungguhnya saya masih lagi menuntut ilmu..

Kenapa Sesetengah Orang Semakin Gemuk Dalam Bulan Puasa?

Selalu juga kita dengar rungutan sesetengah orang yang mengalami pertambahan berat badan semasa berpuasa. Kemungkinan besar adalah disebabkan pemakanan yang tidak terkawal semasa berbuka dan juga bersahur. Di samping, kurangnya minum air kerana perut telah penuh dengan makanan. 

Tahukah anda, air adalah agen untuk menguruskan badan... Anda seharusnya minum air yang mencukupi untuk menyahkan segala toksin dan kotoran di dalam badan. Banyak mana harus anda minum? Senang aje..pengiraannya, setiap 20kg berat anda, anda harus minum 1 liter air. Kalau berat anda 60kg, maka air yang harus anda minum setiap hari adalah 3 liter.

Satu lagi faktor sesetengah orang menjadi gemuk adalah disebabkan banyak tidur dalam bulan Ramadhan ini. Haha..jangan nafikan... kalau hujung minggu tu..mungkin sepanjang hari anda tidur kan? :p

Oleh itu, untuk mengawal berat badan anda atau sekurang-kurangnya mengembalikan berat asal anda, kawallah pemakanan anda semasa berbuka puasa... selepas terawikh dan semasa sahur. Kurangkan makanan dan banyakkan minum air. Apabila perut penuh dengan air, anda akan kenyang. Jangan bimbang kenyang air itu akan berkurangan apabila anda berterawikh. Percaya lah :)

Haha.. kalau anda rasa nak kurangkan berat badan anda dengan mengambil supplemen, anda boleh cuba Phytocol-ST. Fungsi utama Phytocol-ST adalah untuk mengawal paras kolesterol dalam darah. Maklum aje lah apabila berbuka, mesti banyak makanan yang manis, bersantan, berlemak dan berminyak. Jadi anda tidak perlu bimbang paras kolesterol apabila makan makanan yang "bahaya".

Sebotol Phytocol-ST yang mengandungi 120 biji berharga RM197.00. 

Anda nak beli? Jangan bimbang, dengan membeli daripada saya, anda berhak untuk mendapatkan konsultasi pemakanan supplemen daripada saya setiap masa. 

Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian vitamin Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:

NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ WeChat/ Viber: 012-5538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy
Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC

COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek

Cara-Cara Menentukan Waktu Bermulanya Solat Sunat Dhuha

Salah satu cara amalan murah rezeki adalah dengan menunaikan Solat Sunat Dhuha. Secara amnya, kita tahu bahawa Solat Sunat Dhuha boleh dikerjakan setelah matahari mula menaik segalah sehingga condongnya matahari ke arah barat.

Walau bagaimanapun, terdapat cara yang lebih tepat untuk mengetahui bila bermulanya Solat Sunat Dhuha. Pada sesetengah orang, mungkin waktu bermulanya solat ini tidak penting, asalkan dilaksanakan dalam pukul 10 pagi ke atas. Namun, ada juga orang yang hendak mengetahui dengan tepat, agar tidak terlalu awal memulakan Solat Sunat Dhuha ini.

Untuk lebih tepat lagi, waktu Solat Sunat Dhuha boleh dikira berdasarkan ilmu astronomi atau ilmu falak. Cara pengiraan mengikut formula falak ialah seperti berikut:

Contoh Pengiraan:

Waktu Syuruk : 7.11 pagi
Waktu Subuh : 5.48 pagi

Oleh itu, pengiraan waktu Solat Sunat Dhuha bermula:

Waktu Syuruk (7.11) + 1/3 (Waktu Syuruk - Waktu Subuh) (7.11 - 5.48)

= 7.11 + 1/3 (7.11 - 5.48)

= 7.11 + 1/3 (83 minit)

= 7.11 + 27.67 (lebih kurang 28 minit)

= 7.39 Pagi (Waktu bermulanya Solat Sunat Dhuha).

Kita sudah tahu waktu bermula. Bilakah waktu Solat Sunat Dhuha paling afdal dikerjakan dan bilakah ia berakhir?

Waktu terbaik untuk mengerjakan Solat Sunat Dhuha ialah pada 2/3 masa selepas bermulanya Solat Sunat Dhuha sehinggalah matahari tegak di atas kepala iaitu lebih kurang 9 minit sebelum masuknya waktu Zuhur.

Harap perkongsian ini bermanfaat :)

Jom, siapa-siapa lagi yang tercari-cari supplemen yang baik untuk kesihatan anda, bolehlah mencuba supplemen Shaklee yang selamat, semulajadi dan telah terbukti secara klinikal.

Nak tahu lebih lanjut mengenai supplemen-supplemen Shaklee? Hubungi saya di 012-5538628. Semua pembelian daripada saya akan mendapat konsultasi dan cara pemakanan supplemen yang betul pada bila-bila masa anda perlukan :)

Nak order secara online pun boleh :) Sila klik link di bawah:

Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian vitamin Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:

NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ WeChat/ Viber: 012-5538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy
Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC

COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek

Rujukan:

Salam Nuzul Al-Quran 1435H

Salam Nuzul Al-Quran 1435H
Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. 

Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

Al-Quran adalah pemisah antara hak dan batil, mengkhabarkan dosa dan pahala, berita gembira, syurga, neraka, dan banyak lagi perkara yang berkaitan dengan kehidupan dan kematian.

Semoga kita menjadi ahlul Quran. Bukan sahaja membaca Al-Quran, tapi juga mentaddabur (memahami) Al-Quran.

Hanya sedikit perkongsian ilmu daripada saya. InsyaAllah berkesempatan, kita akan kupas dengan lebih mendalam lagi :)

Dalam pada itu, saya nak selit juga. Sesiapa yang nak order supplemen atau produk Shaklee, jangan malu-malu untuk menghubungi saya di012-5538628. Dengan pembelian daripada saya, anda layak mendapat konsultasi pengambilan supplemen Shaklee sepanjang masa. 

Nak order secara online pun boleh :) Sila klik link di bawah:

Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian vitamin Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:

NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ WeChat/ Viber: 012-5538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy
Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC

COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek

Kuiz 14 Julai 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat-sahabat sekalian. Hari ini, 14 Julai 2014, saya nak buka kuiz kepada anda semua yang saya sayangi. 

Soalan kuiz adalah seperti berikut:

Apakah fungsi kombinasi kedua-dua vitamin seperti di dalam gambar (B Complex dan GLA Complex)?

Jawapan yang terbaik bagi kuiz ini akan menerima hadiah misteri daripada saya.

Syarat Penyertaan:

- Bukan Shaklee Independent Distributor (mesti jujur ya)

- Tidak mempunyai mana-mana ahli keluarga terdekat - suami, isteri, ibu, ayah, anak yang menjadi Shaklee Independent Distributor atau bekerja di Shaklee Malaysia (jujur tau).

- Beli sekurang-kurangnya satu produk
#Alfalfa Complex (330 biji, RM53.75)
#OsteMatrix (RM61.00)
#Lecithin (RM52.50)
#BComplex (RM53.75)
#Herblax (RM52.50)
#Peppermint Ginger Plus (RM45.00)
#Garlic Complex (RM47.50)
* Chewable #VitaC 100mg (RM37.50)
#Zinc Complex (RM33.75)

Atau mana-mana supplemen atau produk Shaklee yang lain. Anda boleh tanya saya fungsi vitamin-vitamin di atas melalui Whatsapp/Telegram/WeChat/Line/Viber di 012-5538628. Kalau nak beli pun, boleh hubungi saya di sini no telefon yang dinyatakan ya. 

- Selepas pembelian (secara online atau direct daripada saya), hantarkan jawapan anda ke diana.kuddus@gmail.com / n_diana@yahoo.com. Pembelian secara online boleh dibuat di sini:

- Di dalam email itu, sila masukkan:
**Nama penuh
**Alamat
**No telefon bimbit
**Nama Facebook Page

- Penyertaan akan ditutup pada 31 Julai 2014, 11.59 malam.

- Pemenang akan diumumkan pada 1 Ogos 2014.

- Hadiah misteri akan dihantar selepas 1 Ogos 2014.

Cepat, jangan lepaskan peluang menyertai kuiz ini !

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian vitamin Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:

NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ WeChat/ Viber: 012-5538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy
Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC

COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek

7 Sunnah Rasullullah S.A.W Yang Harus Dijaga

Dalam kehidupan yang singkat ini, penuh dengan pancaroba, kita yang lemah ini, hendaklah berusaha mengenal diri supaya akhirnya tidak akan ternampak lagi akan adanya diri. Serahkan segala-galanya kepada Allah kerana segala-galanya adalah Allah. Semoga dengan izin dan kudratNya dapatlah kita amalkan sunnah-sunnah ini sepanjang kehidupan kita.

Pertama:
Tahajud. Kerendahan jiwa seorang mukmin terletak kepada tahajudnya. InsyaAllah dengan izinNya, doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan yang Satu.

Kedua:
Membaca Al-Quran sebelum terbitnya matahari. Alangkah beruntungnya, sebelum terbitnya matahari, kita membaca Al-Quran terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak, sesibuk mana pun, bacalah Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas atau ayat Al-Qursi. Dengan membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali, seolah-olah kita membaca Al-Quran seluruhnya. 

Ketiga:
Selalu berjemaah di masjid terutamanya di waktu Subuh. Sebelum melangkah ke mana pun, pastikan masjid adalah tempat yang utama. Masjid adalah tempat bersilaturahim dan memupuk semangat kekuatan orang-orang Islam. Itulah sebabnya selagi waktu Subuh kita tidak ramai yang berjemaah... Yahudi terutamanya, masih bertepuk tangan dan bersenang hati...

Keempat:
Solat Dhuha. Merupakan salah satu cara permohonan kita kepada Allah untuk memperoleh rezeki yang berkat. 

Kelima:
Bersedekahlah walau sekadar memberikan senyuman yang ikhlas. Bersedekah dapat melipat gandakan rezeki.. Rezeki bukan bermakna hanya wang ringgit, tetapi rezeki juga adalah kebahagiaan, anak-anak yang soleh dan solehah, ketenangan hati dan banyak lagi kemudahan yang dapat dinikmati dalam hidup ini.

Keenam:
Jaga dan kekal dalam berwudhuk. Allah menyayangi dan menyukai orang yang mengekalkan wudhuknya. Kata Khalifah Ali Bin Abi Thalib, "Orang yang selalu berwudhuk akan sentiasa merasa dirinya sentiasa bersolat walaupun dia tidak bersolat. Malaikat mendoakan kepada Allah agar diampunkan dosanya.

Ketujuh:
Mengamalkan istighfar setiap masa. Beristighfar akan menyucikan hati. Memberi ketenangan kepada pengamalnya.. Begitu juga dengan berzikir. Menyatakan tanda syukur kepada Allah dan juga merupakan santapan rohani kepada jiwa.

Dalam pada itu, saya nak selit juga. Sesiapa yang nak order supplemen atau produk Shaklee, jangan malu-malu untuk menghubungi saya di 012-5538628. Dengan pembelian daripada saya, anda layak mendapat konsultasi pengambilan supplemen Shaklee sepanjang masa. 