Semalam saya ada kongsikan kisah saya sendiri yang kurang sihat. Disebabkan Panadol saya mungkin dah habis, saya gantikan dengan Nutriferon untuk memberi kelegaan bagi sakit-sakit badan, dan demam. Di samping itu, saya juga mengalami sakit tekak yang agak teruk. Rasa nak makan dan telan pun susah. Biasalah, sekali sekala, jatuh sakit juga kita :)
Saya ambil Nutriferon dalam pukul 9.10 malam, kemudian terus saya masuk rehat dan tidur. Saya akui, saya tidak dapat melelapkan mata kerana tekak saya agak sakit. Nak telan air liur pun susah, di samping badan saya terasa panas dalam. Luaran saya agak sejuk. Saya akhirnya tidur-tidur ayam.
Dalam pukul 12 lebih, saya terjaga. Pinggang saya terasa agak sakit. Selalunya malam-malam sebelum tidur, saya akan makan Ostematrix. Namun disebabkan perut saya penuh dengan air pada awal malam itu, maka saya tidak makan Ostematrix lagi.
Badan saya semakin sakit. Oleh itu saya gagahkan juga bangun pada pukul 1.30 pagi dan makan 4 biji Ostematrix. Selepas itu, Alhamdulillah, saya rasa saya dapat tidur.
Pagi ini, syukur Alhamdulillah. Dengan keizinan Allah jua, saya rasa sakit-sakit badan saya totally hilang, especially sakit pinggang yang saya rasakan semalam. Demam pun sudah tiada dan saya rasa saya mampu untuk bangun dan bersiap ke pejabat seperti biasa.
Alhamdulillah, syukur, sakit tekak saya juga hampir hilang sepenuhnya. Saya tidak lagi mengalami masalah hendak menelan. Tips saya, kena minum air banyak-banyak. Memang tak sangka sebab semalam, rasa bengkak di kawasan tonsil saya dan saya memang sangat rasa tidak selesa. Rasa satu badan sakit.
Saya akui, jika kita makan dua biji panadol untuk mengebahkan demam, kesannya akan dapat dirasai dalam masa dua jam. Di mana badan kita akan mula berpeluh dan demam dan sakit-sakit badan hilang. Pengambilan Nutriferon memakan masa yang agak lama sedikit, mungkin dalam masa 4 jam. Selain itu, saya rasa faktor terbesar yang membantu menghilangkan sakit-sakit badan adalah pengambilan Ostematrix. Memang terasa kesannya apabila bangun pagi. Badan saya tidak lagi rasa sakit-sakit.
Di sini, ingin saya katakan bahawa, walaupun kesan Nutriferon agak lambat berbanding panadol, tetapi saya bersyukur kerana saya tidak perlu menelan panadol. Nutriferon diperbuat daripada bahan semulajadi dan selamat serta tidak mengandungi bahan-bahan sintetik.
Jika anda mahukan kesan yang lebih baik, terutamanya yang mengalami sakit-sakit badan, Ostematrix adalah penyelesaian terbaik. Memang setiap malam saya mengambil 4 biji Ostematrik sebelum tidur. Alhamdulillah, lenguh-lenguh kaki dan sakit-sakit badan hilang.
Oleh itu, sesiapa yang berminat untuk mengambil supplemen semulajadi Shaklee ini, bolehlah menghubungi saya :)
Hubungi saya segera untuk pembelian dan konsultasi yang lebih terperinci. Mohon sokongan anda untuk Like fanpage saya dalam Facebook - Hearty.Love.Healthy.
Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian vitamin Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:
NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ WeChat/ Viber: 0125538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy
Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978
COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, PNB Darby Park
0 Komentar