Kisah Teh Halia Yang Sampai Sekarang Aku Ingat

Kita semua tahu bahawa halia mempunyai banyak manfaatnya dalam kehidupan kita, baik sebagai bahan di dalam masakan atau pun sebagai herba yang digunakan sebagai ubat-ubatan untuk merawat masalah-masalah kesihatan, terutamanya berkaitan perut.



Halia, selalu dicampurkan ke dalam teh untuk membantu dalam membuang angin di dalam badan. Saya pernah ke Brastagi, Indonesia melawat kawasan bukit bukau yang sejuk dan nyaman seperti Cameron Highland. Kami singgah di suatu tempat yang saya pun sudah lupa namanya. Di situ, kami diberi minum teh halia. Memang kaw teh halia tersebut. Kesannya hanya dirasai pada malam hari itu.. heeee..

Pada malam tersebut, selepas melawat kawasan-kawasan perlancongan, kami pulang ke Medan. Singgah makan di sebuah restoren Padang. Saya suka jugak makanan-makanan Padang, namun selepas peristiwa malam itu, sampai ke sekarang saya sudah tinggalkan makanan tersebut. Jangan bimbang, makanan Padang tetap sedap, cuma trauma saya masih belum hilang... hehehe...

Saya tak tahu di mana silapnya. Tapi semasa makan di Restoren tersebut, saya sudah rasa semacam. Mama pula suruh saya ratah ayam goreng kot..lupa (dimasak macam ayam goreng atau ayam berempah). Walaupun kurang berselera, saya makan juga. Kemudian, saya order air Avocado (pernah rasa air avocado di Restoren Padang di Malaysia dan memang sedap lemak berkrim rasanya). Walau bagaimanapun, avocado habis. Jadi saya pun batalkan niat untuk mengorder air tersebut. Ntah macam mana, tiba-tiba owner restoren cakap ada pulak buah tersebut.

Jadi saya pun makan sambil menikmati air tersebut. Malam itu, selepas pulang ke hotel, saya tidak dapat tidur kerana kekenyangan yang "semacam". Tidak lama selepas itu, saya mula muntah. Ingatkan muntah sekali aje.. Rupanya berkali-kali sampai ke pagi esoknya saya masih muntah.. Rasa loya hendak muntah saya tahan sehingga saya terbang pulang ke Malaysia. Ya Allah, lembik badanku...Masa saya muntah-muntah itu, memang ada abah pergi ke apotik (farmasi) untuk membeli ubat putih susu (ubat untuk angin) untuk saya, namun tak ada kesan. Ramai membuat spekulasi bahawa air avocado yang saya minum itu mungkin diperbuat daripada avocado yang rosak dan sebagainya. Hanya Allah yang Maha Mengetahuinya. 



Sebenarnya, selain saya, sepupu saya juga mengalami sakit perut, tapi mungkin tidak seteruk saya, kerana sakit perutnya bermula apabila kami hendak pulang ke Malaysia. Begitu juga makcik saya yang sebenarnya tidak henti-henti ke tandas selepas singgah di tempat perlancongan di Brastagi tersebut. Setiap hentian, makcik saya akan mencari tandas. Memang kasihan.

Akhirnya, semua membuat rumusan bahawa, kami mengalami masalah tersebut kerana meminum air teh halia. Saya memang mengalami keracunan makanan, namun kesan teh halia tersebut telah menyebabkan keracunan tersebut dibuang dengan cara yang agak ekstrim. Makcik saya pula, habis angin di dalam perut keluar dengan cara pergi ke tandas.. betul ke? Mungkin ya mungkin tidak. Saya tidak tahu.

Haha, saje kongsi cerita lama.. rasanya peristiwa itu terjadi lebih 5 tahun dahulu. Tapi apa yang saya nak katakan di sini ialah, halia sebenarnya sejenis tumbuhan yang sangat baik, kerana dapat mengurangkan sakit perut, gastrik, loya-loya, mabuk darat dan laut. Masa saya kecik-kecik dulu, saya pun selalu mabuk dan rasa loya-loya apabila naik kereta. Jalan jauh je..memang sengsara. Tapi dah besar panjang ni, takde pulak mabuk kereta.. Alhamdulillah. Cuma kalau jalan-jalan jauh aje.. ade la sikit-sikit. Psikologi betul.

Saja saya nak kongsikan kebaikan Peppermint-Ginger Plus daripada Shaklee. Di luar sana, saya pasti ada yang mengalami masalah mabuk-mabuk darat (apabila naik kereta atau bas untuk perjalanan jauh) atau pun mabuk laut (saya tak biasa lagi naik kapal, jadi tak tahu mungkin mabuk juga kot..heee). Jadi Peppermint-Ginger Plus ni sangat sesuai untuk situasi-situasi begini.

Peppermint-Ginger Plus ini terdiri daripada kombinasi 4 jenis tumbuh-tumbuhan iaitu:
  • Halia
  • Daun pudina
  • Cekur manis
  • Adas (fennal)

Manfaat Utama Peppermint-Ginger Plus

1. Pudina
Melegakan otot perut dan mempunyai kesan penenang. Membantu dalam penghadaman, mabuk lauk/darat, membantu melegakan kesakita gastrik, pedih ulu hati dan cirit birit. Selain itu, mengurangkan rasa loya dan kurang selera makan yang disebabkan oleh kesan rawatan kemoterapi. 

2. Halia
Melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit disebabkan haid, loya dan mual ketika mengandung dan selepas melahirkan anak. 

3. Adas (fennal)
Biji adas diambil oleh orang-orang Eropah untuk mengurangkan kembung perut. Juga membantu dalam menangani masalah alergi pada saluran usus dan melegakan gejala flu.

4. Cekur Manis (anise)
Digunakan oleh orang-orang Mesir purba. Melegakan masalah pencernaan dan kesakitan semasa haid di samping mengurangkan batuk dan kahak. Selain itu, cekur manis juga merangsang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit, dan membantu peredaran tenaga di dalam badan.

Anda nak beli?

Hubungi saya segera untuk pembelian dan konsultasi yang lebih terperinci. Mohon sokongan anda untuk Like fanpage saya dalam Facebook - Hearty.Love.Healthy

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian vitamin Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:


NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ WeChat/ Viber: 0125538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy
Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, PNB Darby Park 

Reference:



Previous
Next Post »
0 Komentar