Ramadhan - Bulan Rahmat, Nikmat dan Berkat
Marhaban Ya Ramadhan yang bermaksud "Selamat Datang Ramadhan". Tinggal lagi 3 hari sebelum seluruh umat Islam menyambut kedatangan Ramadhan, bulan yang penuh dengan rahmat, nikmat dan berkat.
Apakah kita sudah benar-benar bersedia dengan kedatangan Ramadhan kali ini? Ramadhan bukanlah bulan biasa-biasa. Pada bulan Ramadhan, terdapat satu hari yang lebih baik daripada seribu bulan. Oleh itu, kita hendaklah mempersediakan diri kita untuk menghadapi bulan yang mulia ini. Syukur Alhamdulillah kita diberi kesempatan lagi untuk bertemu Ramadhan.
4 Persediaan Penting Ramadhan
1. Persiapan rohani
Sebelum menyambut Ramadhan, kita harus memastikan mental kita benar-benar bersedia. Ramadhan ini bulan rahmat, nikmat dan berkat. Oleh itu, berlapang dadalah, terutamanya kaum Adam sekalian. Bayangkan betapa nikmatnya apabila kita meneguk air semasa berbuka. Tambah-tambah dengan cuaca panas pada masa ini. Rahmat dan berkatnya mungkin tidak kelihatan, tetapi itukan janji Allah.... percayalah..
2. Persiapan fizikal
Haha... persiapan daripada segi fizikal pula ialah memastikan kesihatan sentiasa berada dalam keadaan yang terbaik. Kalau rasa ada penyakit gastrik, ambillah ubat atau supplemen yang akan menyediakan anda menghadapi Ramadhan ini. Sakit memang bukan penghalang. Namun, jika sudah terlalu sakit, Islam memang mempunyai kelonggaran terhadap situasi ini :)
3. Menyediakan diri dengan ilmu
Bulan Ramadhan ini perlu difahami dengan ilmu. Tanpa ilmu, sia-sialah Ramadhan pergi tanpa rahmat, nikmat dan berkat. Jangan kata nak tunggu Ramadhan seterusnya kerana kita belum tahu sama ada kita masih ada atau sudah pergi menemui Yang Satu. Di dalam bulan Ramadhan dibuka segala pintu syurga dan dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu seluruh syaitan. Padanya ada suatu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Barangsiapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu, maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan, "HR Ahmad".
4. Meningkatkan ekonomi
Bulan Ramadhan juga adalah bulan yang penuh dengan kebaikan dan kebajikan. Pada bulan ini, yang berkemampuan akan selalu menghulurkan sumbangan yang kurang berkemampuan. Dalam bulan ini juga, rezeki para peniaga semakin bertambah. Namun kepada pembeli-pembeli, janganlah membazir sehingga membuang lebihan makanan yang dibeli.
Semoga Ramadhan kali ini menjadi ladang tuaian terbaik kita untuk diusahakan dengan bersungguh-sungguh. Pastikan anda berada dalam keadaan terbaik fizikal dan mental.
Jika anda mencari supplemen atau vitamin terbaik untuk membantu anda bertenaga sepanjang Ramadhan ini, maka anda boleh rujuk vitamin-vitamin di bawah.
Untuk maklumat lanjut atau pembelian, anda boleh terus menghubungi saya :)
Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian vitamin Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:
NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ WeChat/ Viber: 0125538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy
Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978
COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, PNB Darby Park
Reference:
0 Komentar