10 Kelebihan Bersedekah

Ada masa-masanya.. kita terasa hidup terlalu sukar dan membebankan. Fikiran kita juga terasa serabut dan kadangkala tidak tahu apa masalahnya. Ada masa kita terasa rezeki terlalu sempit bagi kita.  Jika berada dalam keadaan ini, elok berhenti sebentar dan bermuhasabah diri. 



Kemungkinan tanpa kita sedari kita mengambil bahagian orang... mungkin sewaktu bekerja, kita banyak melalaikan waktu sehingga gaji yang diperoleh itu tidak berbaloi dengan pekerjaan yang telah dilakukan.. dan banyak lagi perkara-perkara yang tidak kita ketahui sebabnya...

Salah satu cara untuk menenangkan hati dan mengurangkan kegusaran adalah dengan bersedekah. Jika kita jarang melakukan, pada masa inilah kita harus memperbanyakkan bersedekah. Tambah-tambah lagi Ramadhan semakin menghampiri. Tidak akan menjadi miskin kita dengan bersedekah, malah Allah akan menambah-nambahkan lagi rezeki kita daripada sumber yang tidak kita ketahui.



10 Kelebihan bersedekah di dunia dan di akhirat

5 kelebihan bersedekah semasa di dunia

1. Sedekah mampu memadamkan dosa dan menyucikan jiwa dan hati.

2. Mendatangkan kegembiraan kepada fakir miskin serta mengikiskan rasa cemburu mereka kepada orang kaya.

3. Menghindarkan bala dan penyakit.

4. Rezeki akan bertambah daripada sumber yang tidak disangka-sangka.

5. Memanjangkan umur dan menjauhkan kita daripada kematian yang tidak baik (Suul Khatimah).


5 kelebihan bersedekah semasa di akhirat

1. Mendapat rahmat dan kasih sayang Allah 

2. Meringankan hisab dan memberatkan timbangan kebaikan.

3. Menjadi penaung kepada dahsyatnya panas di hari kiamat.

4. Memudahkan menyeberangi Titian Siratul Mustakim.

5. Meninggikan darjat di syurga.


Apabila bersedekah, ikhlaskan niat kita dan jangan mengharapkan sebarang balasan. Sesungguhnya janji Allah itu benar, oleh itu, tidak perlulah kita berasa kedekut kerana Allah akan menambah lagi kebaikan dan nikmat dalam kehidupan kita.

Ramai sudah yang merasai keajaiban bersedekah ini. Namun, harus difahami bahawa rezeki bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit, malah rezeki boleh didatangkan dalam bentuk kebahagiaan, anak-anak yang soleh dan solehah, nikmat hidup sihat dan banyak lagi. Yang penting kita haruslah sentiasa bersyukur, kerana nikmat Allah sangat luas :)

Ramadhan pun semakin menghampiri. Saya ambil kesempatan memohon ampun dan maaf di atas segala kesilapan dan kelalaian saya. InsyaAllah tak lama lagi, saya akan buat kuiz untuk pelanggan-pelanggan saya yang dikasihi. Jadi stay tune to my facebook : Hearty . Love . healthy. Siapa yang belum like tu, mohon sokongan anda untuk Like :)

Siapa-siapa yang nak order apa-apa produk Shaklee, boleh hubungi saya. Kalau tak tahu nak order apa? Boleh ceritakan dulu masalah anda kepada saya. InsyaAllah anda akan dibantu. 

Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian vitamin Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:


NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ WeChat/ Viber: 0125538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy
Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, PNB Darby Park


Reference:

http://cahayapurnama.com/fadhilat-dan-kelebihan-bersedekah/

http://albesuty.blogspot.com/2010/04/kelebihan-bersedekah.html

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/agama/7495-bersedekah-adalah-keberkatan-yang-berpanjangan.html

http://www.usahawan.com/agama-ibadah/keajaiban-sedekah.html

Previous
Next Post »
0 Komentar