Ramai yang memandang rendah akan kepentingan mengawal paras kolesterol di dalam darah. Ada juga yang fikir bahawa paras kolesterol yang tinggi selalunya dihadapi oleh orang-orang yang mempunyai berat badan yang berlebihan sahaja. Ternyata pandangan ini salah kerana orang yang kurus juga mempunyai risiko mempunyai paras kolesterol yang tinggi.
Pakar kesihatan mencadangkan agar lelaki yang berumur 35 tahun dan wanita berumur 45 tahun ke atas lebih kerap memeriksa paras kolesterol di dalam darah.
Apakah Kolesterol?
Kolesterol adalah sebatian seperti lemak yang dihasilkan daripada hati. Sebahagian kolesterol juga berasal daripada makanan yang tinggi kolesterol yang anda makan. Lebih banyak lemak yang dimakan, lebih tinggi kadar kolesterol yang dihasilkan oleh hati.
Kolesterol membantu badan anda menggunakan lemak, memberi tenaga kepada saraf dan tisu otak dan membantu membuat hormon. Kolesterol dan lemak dibawa bersama dalam salur darah dalam pakej dinamakan liporotein.
Biasanya sistem pengangkutan badan ini berkesan, tetapi jika anda makan terlalu banyak makanan berlemak, kolesterol akan terperangkap dengan banyaknya dalam salur darah, di mana lama-kelamaan boleh menyekat pergerakan darah.
Jenis-Jenis Kolesterol
Terdapat tiga jenis kolesterol iaitu:
1. VLDL (very low-density lipoprotein)
Membawa lemak dari hati ke bahagian lain badan. VLDL menjadi LDL apabila banyak lemak digunapakai.
2. LDL (low-density lipoprotein)
Dinamakan 'kolesterol jahat' kerana serpihan daripadanya mudah membuat salur darah tersumbat.
3. HDL (high-density lipoprotein)
Dipanggil 'kolesterol baik' kerana ia mencari dan memungut kembali LDL dari salur darah ke hati.
Bagaimana Kolesterol Berfungsi
Pakej kolesterol membawa lemak dari hati ke destinasi di seluruh badan menggunakan salur darah sebagai lebuhraya. Selepas membuat penghantaran, kolesterol kembali semula ke hati dan mengulangi semula kerja tadi. Maklumat yang lebih terperinci mengenai pergerakan kolesterol adalah seperti berikut:
1. Lemak dihantar ke organ hati
Selepas makan lemak, lemak ini dihantar ke perut, dicerna, dan diserap sepanjang usus kecil dan dihantar ke hati untuk diproses dan diangkut ke seluruh badan.
2. Hati memasukkan lemak ke dalam VLDLs
VLDLs berjalan sepanjang salur darah untuk membuat penghantaran lemak. Apabila banyak lemak dihantar sepanjang perjalanan, VLDLs menjadi LDLs, tetapi LDLs ini terus berjalan dalam salur darah.
3. Sebahagian LDLs terperangkap
Sebahagian LDLs yang terus berjalan tadi boleh terperangkap pada dinding salur darah (macam sampah terperangkap sepanjang salur longkang), menyebabkan salur darah menjadi kecil.
4. HDLs menyelamatkan LDLs
HDLs menjadi penyelamat kepada LDLs, menolong membawa balik LDLs yang terperangkap ke hati. Di hati, LDLs ini samada dikitar semula ataupun dileraikan dan dibuang melalui sistem perkumuhan badan.
5. Jika anda makan banyak lemak
Hati akan membuat banyak VLDLs untuk membawa lemak. Jadi lebih banyak LDLs akan wujud dan terperangkap sepanjang salur darah dan tentunya HDLs yang ada tidak mencukupi untuk menjadi penyelamat kepada kesemua LDLs yang ada. Salur darah akan tersumbat dan jika ini berlaku pada salur darah di jantung, serangan sakit jantung akan berlaku!
Oleh itu, adalah amat penting untuk sentiasa mengawal paras kolesterol di dalam badan. Kolesterol memang diperlukan di dalam badan, namun terlalu banyak kolesterol di dalam salur darah boleh membawa kesan seperti serangan jantung, tekanan darah tinggi, strok dan banyak lagi penyakit yang kronik.
Tips untuk mengawal paras kolesterol
- Memastikan pengambilan makanan yang sihat dan seimbang.
- Bersenam secara konsisten.
- Berhenti merokok.
- Mengurangkan berat badan berlebihan.
- Melakukan pemeriksaan kolesterol secara berjadual.
Shaklee telah mengeluarkan suatu supplemen yang khas untuk mengawal paras kolesterol di dalam badan iaitu Phytocol-ST.
Kebaikan Phytocol-ST
Phytocol-ST menurunkan paras kolesterol di dalam darah secara semulajadi.
Phytocol-ST membantu menghalang pengenapan kolesterol di dinding salur darah.
Phytocol-ST menurunkan kolesterol LDL.
Anda nak beli Phytocol-ST untuk diri sendiri atau orang tersayang? Belilah daripada saya, InsyaAllah saya akan beri panduan pemakanan supplemen yang betul dan konsultasi percuma sepanjang masa.
Hubungi saya segera untuk pembelian dan konsultasi yang lebih terperinci. Mohon sokongan anda untuk Like fanpage saya dalam Facebook - Hearty.Love.Healthy.
Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian vitamin Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:
NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ WeChat/ Viber: 0125538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Facebook Page: Hearty . Love . Healthy
Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978
COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, PNB Darby Park
Reference:
0 Komentar