Atasi masalah kuku dan rambut gugur

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... :) Kali ni, nak share lagi la kebaikan salah satu supplemen dalam Set Berpantang Shaklee iaitu Zink Kompleks. Korang tau tak, Zink Kompleks Shaklee ni adalah supplemen yang paling murah iaitu RM33.75 bagi 120 biji. Selain bagus dalam memulihkan luka bersalin dengan segera, Zink Kompleks juga membantu dalam mengatasi masalah kuku dan rambut gugur.

Saya amalkan zink ini buat pertama kalinya semasa berpantang kali ini. Luka jahitan memang menyakitkan dan agak teruk, memang cepat pulih. Tapi dalam tak sedar, kuku saya yang bergaris-garis pun semakin elok :) Happynya rasa... 

Kuku saya yang bergaris di ibu jari kanan kelihatan seperti gambar ini.


Saya nak masukkan gambar kuku saya, tapi susah nak dapatkan shot yang jelas... Tapi memang nampak perubahan kuku saya. Garis-garis tu memang masih ade, tapi garis timbulnya berkurangan.

Orang cakap rambut akan banyak gugur selepas bersalin kan... Alhamdulillah, rambut saya memang gugur... Tapi tak seteruk mana... Malah saya rasa, rambut gugur kali ini adalah kurang berbanding sebelum saya mengandung dulu. 

Memang best lah supplemen Zink Kompleks ni.... Supplemen paling murah tapi kesannya sangat-sangat memuas dan menggembirakan hati :) Anda nak juga? Hubungi saya di 012-5538628.

Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy


ID: 1112978
Kind Hearty Enterprise

Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ Viber: 012-5538628

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC

COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek

Memulihkan luka bersalin dengan SEGERA

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :) Harap semua baik dan sihat-sihat selalu... Sebelum ni saya dah share pengalaman saya bersalin secara paksa iaitu kena induce pada minggu ke-40. Boleh baca di SINI. Kali ni, nak share pulak kisah saya dalam berpantang yang boleh dikatakan lebih mencabar daripada anak sulung dahulu. Yang penting saya nak memulihkan luka bersalin dengan segera.



Saya bersalin secara induce dan divakum serta episiotomy (dipotong tepi). Masa anak pertama pun begitu juga. Tapi mungkin kali ini, jahitan saya lebih banyak (mungkin) sebab saya rasa lebih sakit dan lebih sukar untuk berjalan berbanding semasa anak pertama dulu. 

Saya tak makan apa-apa jamu sebaik sahaja selepas bersalin kerana pemakanan jamu bermula pada hari ke-4. Jadi saya mulakan dengan Set Berpantang Shaklee yang terdiri daripada Zink Kompleks, ESP, Vitalea, Ostematrix, Vitamin C dan Vitamin B Compleks. Memang bagus tau Set Berpantang Shaklee ni sebab tidak akan memberi sebarang kesan ke atas bayi.

Walaubagaimana pun, pada hari ke-4 itu juga, saya membawa bayi saya untuk check-up kerana kelihatan wajahnya kekuningan. Masa tu pun dah petang... Ujian darah dijalankan. Lama rupanya nak tunggu result darah untuk jaundice ni... Dalam pukul 5 lebih (klinik pun dah nak tutup, sesetengah staff nurse pun dah balik kecuali yang berkhidmat dengan doktor yang bertugas merawat bayi saya). 

Tengok-tengok keputusan darah untuk jaundice bayi saya sangat-sangat tinggi iaitu 296. Waaaa.... ni confirm kena admit. Memang betul, selepas berjumpa doktor, saya dikehendaki check-in semula ke hospital. Bayi saya terpaksa menjalani rawatan double phototherapy. Allahuakhbar, tak best betul masuk hospital dengan keadaan saya yang sangat kesakitan kerana luka jahitan yang teruk :'( Masa tu dah Isnin petang.

Saya minta suami pulang ke rumah (mujur rumah dekat) untuk mengambil baju, barang-barang keperluan serta tidak dilupa Set Berpantang Shaklee saya kerana keadaan bayi yang kuning tidak berapa sesuai untuk mengambil jamu lagi... Jadi semasa berada di hospital, demi menurunkan demam kuning bayi saya, saya harus menghasilkan susu badan dengan banyaknya. Memang kesemua suppleman Shaklee tidak saya tinggalkan. Untuk mempercepatkan penyembuhan luka, saya makan 2 biji Zink Kompleks setiap hari.

Setelah 3 hari setengah berada di hospital, hari Khamis, setelah bayi saya mengalami penurunan bacaan kuning sehingga 143, barulah kami dibenarkan pulang. Memang setelah pulang daripada hospital, saya tak sentuh langsung jamu kerana bimbangkan keadaan bayi saya. Pengambilan supplemen Shaklee memang sangat konsisten kerana supplemen ini adalah supplemen semulajadi dan sangat selamat serta tidak memberi kesan buruk kepada bayi melainkan memberi lebih banyak manfaat kepada bayi :)

Walaupun hampir sebulan berpantang saya masih belum menyentuh jamu. Apabila bayi saya semakin stabil, barulah saya mulakan rawatan berasaskan jamu seiring dengan pengambilan supplemen Shaklee. Pada hari ke-32, saya ke klinik kesihatan untuk mendapatkan immunisasi sebulan bagi bayi saya. 

Tak sangka saya juga akan dicheck dalam lawatan ini. HB, urin saya sangat ok. Rahim juga telah mengecut dengan baik. Malah jahitan saya juga telah baik. Nurse pun terkejut kerana jahitan telah pulih sepenuhnya dalam tempoh yang pantas (orang yang divakum, jahitannya lebih banyak). Alhamdulillah syukur dan bahagia sangat... Sebab masa berpantang ini, saya terpaksa juga membuat kerja-kerja ringan terutama dalam menguruskan anak sulung dan bayi saya. 

Alhamdulillah dengan ikhtiar pengambilan Zink Kompleks luka memang akan cepat sembuh. Selain itu, pengambilan vitamin-vitamin lain membantu ibu untuk kekal bertenaga dan WARAS dalam menjalani proses penyusuan dan menguruskan rutin seharian terutamanya bagi ibu-ibu yang berpantang sendiri. 

Apa-apa pun, kita berikhtiar dan selebihnya berserah kepada Allah :)

Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy


ID: 1112978
Kind Hearty Enterprise

Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ Viber: 012-5538628

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC

COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek

Pengalaman Bersalin Secara Induce Part II

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ok, saya sambung pengalaman saya bersalin secara induce Part II pulak ye :) Boleh refer entry Part I di SINI. Entry Part I saya berhenti masa saya mengalami kesukaran untuk solat Zuhur kerana dah merasa sakit-sakit contraction. 

Selepas solat, saya berjalan mundar mandir di dalam bilik. Semakin lama semakin sakit. Dalam pukul 3pm lebih, nurse datang nak check contraction. Tapi tak perlu CTG. Nurse check contraction dengan hanya meletak tangan di atas perut. Bila kita alami kontraksi kan boleh rasa perut keras, jadi macam tula nurse check.. (heee saya baru tahu). Nurse cakap kontraksi memang kuat.. 2 minit sekali.. (memang sangat sakit masa tu). Saya masih tak tahu berapa bukaan. Dalam hati harap dah banyak cm.

Dalam pukul 4pm lebih, doktor datang bersama nurse. Masa tu VE dibuat. Baru buka lebih kurang dalam 2cm-3cm... Allahuakhbar sakit yang teramat sangat. Doktor cadangkan untuk saya ambil ubat penahan sakit sementara bukaan masih kecil dan taknak saya kehilangan tenaga. Mula-mula saya taknak, kemudian fikir-fikir balik, saya setuju. Ubat penahan sakit disuntik kepada saya.

Alhamdulillah, kurang sikit rasa sakit contraction. Nurse datang untuk check tempoh kontraksi. Kontraksi terjadi dalam 4 minit sekali. Masih kuat, tapi terkawal kerana saya dah ambil ubat penahan sakit. Ubat ni juga membuatkan saya rasa mengantuk. Bolehla terlelap kejap-kejap. Saya tanya nurse, berapa lama kesan ubat tahan sakit ni, kata nurse, dalam 4 - 6 jam bergantung kepada individu. 

Saya juga tanya kesan ke atas baby jika ambil ubat ini. Kemungkinan apabila baby dilahirkan, baby tidak akan menangis (saya pernah baca dalam FB kes-kes sebab ambil ubat penahan sakit dan baby tak nangis dan menyebabkan kecacatan kepada baby). Sebab tu lah doktor suruh ambil masa bukaan masih kecil. Apabila bukaan 10cm, kesan ubat penahan sakit akan hilang sepenuhnya.

Masuk waktu Maghrib, nurse buat VE lagi, bukaan dalam 3cm. Allahuakhbar. Lama sungguh. Saya sudah merasa balik kesakitan contraction yang kuat. Kat dalam bilik tu, kejap saya jalan, kejap duduk. Mostly, saya duduk sambil menahan sakit. Ada juga masa-masanya saya rasa seperti hendak membuang air besar. Dalam waktu Isya gitu, nurse datang buat VE lagi. bukaan masih dalam 3cm ke 4cm. Tapi pintu rahim dah lembut kata nurse. Pada masa itu, dah ade "show" di mana dah ade kesan darah. 

Saya pergi ke tandas selepas tu untuk membuang air kecil. Terkejut tengok darah beku keluar seketul (macam waktu period heavy gitu). Memang banyak darah keluar. Ni bukan show, tapi macam turun darah. Cuak jugak rasa. Dalam pukul 9.20 malam gitu, nurse buat VE lagi. Kali ni, dah dalam 4cm. Masa tu, darah memang keluar dengan banyak. Fresh blood pulak. Nurse rasa pelik, saya apatah lagi kan... Nurse ada tanya sama ada uri saya di bawah. Memang masa awal kehamilan, uri saya di bawah. Tapi dah naik dan tak lagi menutup pintu rahim... 

Saya dengar, salah seorang nurse (agak veteran) cakap apabila dah buka 5cm, saya akan ditolak ke labour room. Nurse pun menyediakan saya dengan memasukkan ubat untuk membuang air besar. Dalam beberapa minit, saya pergi ke tandas. Lama juga dan ada beberapa kali saya ke tandas. Tu pun apabila keluar, saya masih terasa seperti hendak ke tandas. Apabila nurse datang dengan kerusi roda, saya masih rasa macam nak ke tandas... Tapi tak pergi pun..

Dalam pukul 10 malam, (masa tu cerita Mok Cun da abis, saya boleh dengar nyanyian Mok Cun Mok Cun la la la.. haha). Saya ditolak dengan kerusi roda ke labour room. Di sana nurse buat VE. Bukaan dalam 5cm. Allahuakhbar, rasa sakit semakin kuat. Saya terbaring di atas katil. Ada gas etonoks untuk saya hidu kalau terasa sakit. 

Kali ni, baru saya tahu cara betul nak tarik nafas apabila menghidu gas etonoks tu. Tapi masa anak pertama dulu, memang terasa macam takde gas. Sungguh... Kali ni memang rasa macam ade gas sejuk-sejuk untuk dihidu. Nurse suruh tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan dalam topeng gas itu sendiri. Agak membantu juga gas etonoks tu. Setiap kali datang contraction, saya tekapkan topeng gas ke muka dan tarik nafas dalam-dalam kemudian lepaskan. Mata saya akan memandang ke arah kanan katil (belakang) (saya mengiring ke kanan masa tu) untuk melihat pergerakan yang menunjukkan saya sedang menarik nafas dengan betul. 

VE dijalankan sekali lagi, kali ini bukaan dalam 7.5cm gitu. Sakitnya waktu tu, tak tahu nak kata. Memang sangat-sangat sakit. Nak teran tak boleh. Memang terima aje sakit tu. Nurse dah minta supaya doktor dipanggil kerana keadaan saya juga agak stress. Masa tu, saya hanya berzikir doa Nabi Yunus dan apa-apa yang terlintas di fikiran. Suami saya memasang ayat-ayat al-Quran. 

VE dibuat lagi, dah buka dalam 8cm. Kali ni, saya terasa jari nurse berpintal-pintal dalam rahim untuk memecahkan air ketuban. Ishhh rasanya... Memang kena banyak bersabar... Lepas tu... terasa air panas keluar. Maknanya air ketuban saya dah dipecahkan... Haishhh jadi wanita ni, walaupun lemah lembut luaran, tapi sebenarnya sangat kuat. Macam-macam dilalui... Hargailah ibu-ibu anda wahai pembaca-pembaca sekalian...

Tak sabar saya nak tunggu bukaan 10cm. Rasa contraction memang sakit tahap gaban. Walaupun sekejap.. lebih kurang less than a minute, buatkan saya tarik nafas dalam-dalam dengan gas etonoks tu. Then doktor pun dah sampai dan saya membetulkan keadaan saya kepada kedudukan berbaring. Katil bahagian kaki dibuka dan kaki saya digantung. Nurse minta kedua-dua tangan saya memegang besi di katil kiri dan kanan dan boleh push apabila terasa contraction sambil mata memandang perut dan dagu menyentuh dada.

Surprisingly, saya tak push. Heeee... Saya ingat pesan doktor, kalau nak push anggap seperti anda membuang air besar macam orang sembelit.... Ingat otot mana yang membantu menolak najis tersebut keluar.. Haha tulah masalah saya. Kalau saya sembelit, saya tak teran, saya tunggu aje najis turun perlahan-lahan. Jadi apabila diminta untuk push, saya push dengan nafas pendek-pendek. Salah ye ibu-ibu yang first time mother sekalian. Kalau nak push, pastikan anda berlatih untuk push dengan nafas yang sangat panjang. Jangan lepas nafas. Curi nafas seperti anda menyelam (kata doktor). 

Saya memang tak dapat push panjang gitu. Masa tu baru teringat anak sulung saya dulu, doktor ada suruh push jangan henti. Masa tu saya terfikir macam mana nak push tanpa henti. Nafas tak cukup panjang. Tapi masa anak sulung dulu, disebabkan nak hilangkan kesakitan, saya push dan push juga walaupun salah dan akhirnya divakum.

Kali ni, doktor dan nurse paksa untuk saya push. Saya biarkan aje waktu contraction datang. Nurse sampai marah kerana saya bazirkan contraction. Saya cuba push tapi perlahan sangat. Doktor sampai bagi amaran, kalau 4 kali lagi saya tak push betul-betul, saya akan di cser. Jantung baby juga semakin lemah. Memang selama saya mengandung ni, kalau boleh saya tak nak cser. Tapi masa sakit tu, saya berserah. Dalam keadaan yang dah tak larat, saya harap doktor cari cara lain untuk mempercepatkan kelahiran. Saya harap doktor vakum aje untuk memudahkan saya bersalin. Tapi kalau nak vakum pun, baby mesti dah nak keluar. Ni baby masih di dalam.

Dengan saki baki tenaga yang ada, dah pukul 12 malam dah pun. Saya push sekuat dan sepanjang nafas yang boleh. Suami saya membantu dengan mengampu kepala saya supaya mata memandang perut dan dagu menyentuh dada. Kemudian saya lepaskan dengan bunyi nafas yang kuat... Nurse dan doktor sekali lagi tegur saya supaya jangan lepaskan nafas dengan kuat, nanti baby masuk balik... Diorang suruh curi nafas.. Adehhhh macam-macam la kan... saya pun dah tak tahu nak buat macam mana... heeee... (sekarang boleh la gelak). 

Saya cuba lagi. Apabila tiba contraction, saya push sepanjang yang boleh. Nurse da bersorak supaya saya push dan push dan push (push panjang dengan sekali nafas tau). Akhirnya selepas beberapa push, saya terasa ring of fire dan saya tahu kepala baby dah hampir keluar. Sekuat tenaga saya push lagi dan doktor melaksanakan episiotomy dan memvakum bayi saya keluar. Pukul 12.17 malam, 21 Ogos 2015, lahirlah anak saya yang kedua...



Allahuakhbar. Pengalaman bersalin kali ini sangat-sangat jelas. Saya dapat merasakan proses bersalin ini dan kesakitannya terjadi satu per satu. Lain sangat dengan anak yang sulung yang terasa terlalu pantas (6 jam). Kali ni sampai 10 jam. Saya tahu ramai lagi ibu-ibu di luar sana yang mengalami proses bersalin yang lebih lama. Kudos to all mothers. Doesn't matter how the process was, either normal or cser, all of you are fighters :) Patutlah ganjaran Allah sangat besar ke atas wanita dan ibu yang solehah :')

Dalam kesempatan ini, saya ucapkan terima kasih kepada Encik Husband yang sabar menemani dari awal sampai saya selamat melahirkan. Apa yang saya ingat sangat ialah masa Encik Husband tolong ampu kepala saya semasa saya push.. Suatu jasa yang saya takkan lupa sampai bila-bila... Saya memang dah tak larat. Tindakan tu memang membantu untuk memudahkan saya melahirkan. Terima kasih sayang... 

Kepada ibu-ibu sekalian, saya doakan anda semua dipermudahkan apabila hendak melahirkan nanti. InsyaAllah, sesungguhnya apa sahaja yang anda rasa, semuanya daripada Allah. Para suami, hargailah segala jasa dan pengorbanan isteri anda.... :)

Terima kasih sebab sudi baca entry yang panjang ni... :)

~The End~

Pengalaman Bersalin Secara Induce

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Maafkan saya... sangat jarang saya mengupdate blog sekarang ni. Perhatian banyak tertumpu pada si kecil. Alhamdulillah, saya telah selamat bersalin pada 21 Ogos 2015. Kat sini, saya kongsikan pengalaman saya bersalin secara induce kerana telah over due daripada tarikh EDD dan doktor mencadangkan saya diinduce kerana bimbang berat baby semakin bertambah jika dibiarkan terlalu lama.

Buat pengetahuan semua, EDD saya sepatutnya 19 Ogos 2015. Sepanjang mengandung ni, saya memang kurang merasa contraction dan perut saya masih lagi kelihatan tinggi walaupun da masuk minggu ke 40. Jadi semasa check-up pada 18 Ogos 2015, doktor mencadangkan saya diinduce kerana anggaran berat baby dalam 3.4kg-3.6kg. Dengan ketinggian saya dan sejarah kelahiran pertama yang terpaksa divakum, saya rasa itulah keputusan terbaik. 20 Ogos 2015, doktor suruh saya menyerah diri di hospital.



Dari 18 Ogos sampai 20 Ogos 2015 tu, saya harap juga terjadinya contraction yang membawa kepada kelahiran semulajadi. Teringin nak merasa kelahiran tanpa induce kerana anak pertama pun saya kena induce kerana air tuban saya dah pecah dan doktor sangka baby dan berak dalam perut (sebenarnya takde pun). Tapi ketentuan Allah mencanangkan perkara lain untuk saya. 

Jadi pada 20 Ogos 2015 pagi, dengan agak nervous saya pun pergi ke hospital. Sebelum ke hospital, saya siap sarapan dulu, minum ESP bersama dengan Performance Drink Shaklee dan Susu untuk tenaga nak bersalin nanti. Di samping itu, saya telan juga Ostematrix Shaklee (tablet kalsium) 4 biji kerana kalsium yang cukup dalam badan akan membantu meregangkan otot dan mengurangkan kesakitan semasa bersalin. Itu ikhtiar saya. Selebihnya saya berserah kepada Allah.

Sampai di hospital dalam pukul 9.00 pagi. Selepas pendaftaran, saya dibawa ke bilik (wad). Selepas menukar baju ke baju hospital, CTG dijalankan ke atas saya. Lama juga proses tu semua sambil menunggu doktor datang untuk memasukkan ubat tablet untuk memulakan proses kontraksi. 

Dalam 11.40 pagi, doktor datang dan melakukan VE (Vaginal Examination) untuk check keadaan pintu rahim. Nampaknya memang tiada sebarang bukaan. Kemudian setengah tablet dimasukkan. Saya tidak dibenarkan turun daripada katil selama sejam.

Dalam pukul 12.00 tengahari, makanan tengahari dihantar. Lapar juga rasa kerana saya belum makan apa-apa sejak sarapan pagi tadi. Tapi saya taknak bergerak sangat. Jadi saya tunggu sampai sejam iaitu dalam 12.30 tengahari, baru saya makan. Itu pun, saya masih duduk di atas katil. Tq Encik husband tolong suapkan... :) 

Saya tak merasa sebarang kesakitan kontraksi walaupun selepas sejam ubat tu dah dimasukkan. Tunggu punya tunggu, masuk waktu Zuhur. Masa tu, sakit-sakit kontraksi dah mula dirasakan. Masih lagi saya boleh tahan. Macam sakit senggugut tahap sederhana (saya pun tak tahu sangat macam mana sakit senggugut, tapi boleh tahan jugaklah sakitnya).


Saya fikir, keadaan saya masih ok. Jadi saya ambil wuduk dan nak solat Zuhur. Masa nak solat, saya macam tak boleh nak khusyuk sebab sakitnya boleh tahan. Ada masa saya terpaksa mulakan semula kerana tak tahan sakit. Masa tu, saya solat duduk. 

Saya sambung cerita selanjutnya in the next entry ya. Taknak panjang-panjang sangat dalam satu entry. Boring pulak nanti... Stay tune :)

Tragedi Kren Runtuh di Mekah

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.... Fuhhh da bersawang blog ni... Lama betul tak menulis... Minta maaf pembaca-pembaca sekalian.. Saya berehat setelah melahirkan putera yang kedua... Tapi... Hari ni, saya bukan nak menulis pasal pengalaman bersalin... Tunggu entri seterusnya ya... Tapi saya nak menulis pasal jemaah haji Malaysia yang telah meninggal atau syahid kerana kren runtuh.

Seperti banyak yang saya baca... Ramai yang komen pasal Allahyarhamah Siti Nuroshlizan Zolkifli. Saya juga teringin nak menukilkan sesuatu daripada my own point of view... InsyaAllah semua jemaah haji yang telah meninggal atau syahid semasa tragedi kren runtuh adalah insan-insan yang sangat-sangat istimewa... 

Apabila membaca ganjaran-ganjaran yang Allah kurniakan kepada mereka, saya sangat-sangat mencemburui mereka... Allahuakbar.... Siapa yang tidak mahu kematian dalam khusnul khotimah kan? 

Saya ade menonton video semasa terjadinya runtuhan kren tersebut, di mana runtuhan tersebut berlaku sekelip mata, dalam keadaan semua jemaah sedang sibuk beribadah. Saya akui, saya sangat-sangat takut apabila menyaksikan runtuhan tersebut.... Sangat-sangat mengerikan, dengan sekelip mata, darah terpercik dan kawasan tersebut bermandikan darah... Tak sanggup saya menonton video tersebut untuk kali kedua...

Pada ketika itu, terfikir bagaimana kematian saya nanti.... Ikutkan tak sanggup nak melalui kematian sedemikian rupa... Tapi, mati itu pasti... Semua orang pasti merasai mati.... Apabila difikirkan balik, Allahuakhbar, mereka semua telah pergi menghadap Sang Pencipta di tempat yang paling baik di muka bumi ini... Apa lagi yang kita sebagai seorang Islam harapkan? 

Semoga apa yang terjadi, kita ambil iktibar dan pengajaran... Jika inginkan kematian khusnul khotimah, maka perbaikilah diri kita... Sesungguhnya hanya Allah yang Maha Mengetahui yang tersurat dan tersirat dalam diri kita dan kita berusaha membuat yang terbaik... dan pulang kepadaNya dalam khusnul khotimah.... pulang ke sisiNya... pulang ke Rahmatullah... Kampung halaman kita....



3 Tanda-Tanda Pencetus Proses Bersalin

Assalamualaikum dan salam Jumaat. Hari yang berkat untuk kita semua. Harap semua pembaca berada dalam keadaan terbaik. Lama betul tak update blog kesayangan ni... Inilah entry pertama bulan Ogos ni :) 

Hari ni saya rasa nak share pasal minggu-minggu terakhir sebelum melahirkan bayi. Kebanyakan ibu-ibu semestinya sudah mengetahui, jika kita disahkan mengandung, tarikh jangkaan untuk melahirkan full term adalah 40 minggu. Namun, kebanyakan ibu-ibu akan melahirkan sebelum minggu ke 40. 

Mengikut bacaan saya, hanya 5% ibu-ibu akan melahirkan bayinya pada tarikh EDD (expected due date). Ada juga ibu-ibu yang telah melebihi tarikh EDD tapi masih tak bersalin kan... Kalau kes begini, selalunya doktor akan memantau keadaan ibu dan bayi, dan jika masih tiada tanda-tanda untuk bersalin, ibu-ibu mungkin akan kena induce (dimasukkan ubat untuk mencetuskan proses kelahiran). Banyakkan berdoa supaya proses kelahiran terjadi secara normal.

Bagi ibu-ibu yang sedang menunggu masa untuk bersalin, pastikan anda sentiasa perhatikan 3 tanda-tanda pencetus proses bersalin yang menandakan anda akan bersalin tak lama lagi iaitu:

1. Kehadiran sedikit darah bersama dengan keputihan yang dikeluarkan. Jika keadaan ini terjadi, anda tidaklah akan bersalin pada hari itu, tapi ia menandakan anda akan bersalin dalam sehari dua lagi. Pada masa ini, pantau juga keadaan kontraksi yang anda alami. Macam mana rasa kontraksi ni? Perut mengeras bersama dengan rasa sakit belakang atau sakit-sakit lain di kawasan perut, kaki dan ari-ari. 

Setiap orang akan mengalami keadaan yang berbeza-beza.. Sesetengah orang mungkin hanya merasai lenguh-lenguh di kawasan paha dan pinggang. Keadaan ini terjadi dengan kerap. Jika sakit dan keadaan perut mengeras ini tidak menghilang, segeralah ke hospital. Kalau hanya perut sahaja atau anda hanya mengalami sakit belakang sahaja (salah satu) tanpa perut mengeras, cuba pantau dulu keadaan anda. Kemungkinan ia adalah false contraction.

2. Air ketuban pecah. Macam mana rasanya air ketuban pecah? Air akan menderu-deru keluar tanpa tertahan-tahan. Macam paip pecah yang tak boleh dihentikan... Pada masa ini, jangan lengah-lengahkan lagi ke hospital. Sangat penting untuk segera ke hospital untuk mengelakkan jangkitan ke atas bayi dan juga mengelakkan bayi lemas dalam kandungan. 

3. Rasa sakit contraction atau terjadinya kontraksi. Anda tidak mengalami sebarang pendarahan atau pun air ketuban pecah. Maka tanda kontraksi ini yang perlu anda pantau. Pada awalnya (seawal seminggu dua) anda mungkin sedang berhadapan dengan kontraksi yang tidak menyakitkan (kadangkala sakit juga). Ia adalah persediaan untuk bayi bergerak menuju ke pangkal rahim. Memang sepanjang kehamilan, anda memang mengalami kontraksi untuk menyediakan diri menghadapi saat-saat kelahiran. Namun di hujung-hujung kehamilan, kontraksi ini akan menjadi semakin kerap. 

Anda boleh download apps contraction bagi pengguna android untuk memantau masa anda mengalami kontraksi. Kontraksi yang harus diberi perhatian ialah setiap 10 minit sekali. Rasa kontraksi ini ialah, perut mengeras bersama dengan rasa sakit-sakit atau lenguh-lenguh di bahagian pinggang dan kaki. Semakin lama, rasa kontraksi ini semakin menyakitkan dan semakin kerap. Maka, inilah masanya untuk anda ke hospital. 



Mesti ibu-ibu yang masih belum bersalin berasa tak sabar-sabar kan nak melihat baby :) Saya pun begitu... Semoga kita semua diberi kemudahan dan kekuatan dalam menghadapi proses bersalin.

Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy


ID: 1112978
Kind Hearty Enterprise

Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ Viber: 012-5538628

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC

COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek

Atasi Rasa Letih Semasa Hamil Trimester Ketiga

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Fuhhh lama betul tak menulis... Maaf ye... apabila semakin sarat, badan cepat terasa letih... Kadang-kadang nak bangun tidur pun terasa berat badan, al-maklumlah baby semakin besar. Bila terasa letih ni. jom kita cari cara untuk atasi rasa letih semasa hamil trimester ketiga :)



Cara-cara mengatasi rasa letih semasa hamil trimester ketiga:

1. Makan makanan seimbang yang memenuhi kesemua keperluan nutrisi
Apabila da masuk trimester ketiga, memang makan pun takdelah banyak, sebab perut da ketat :) Tapi makanlah sikit-sikit tapi kerap. Pastikan tidak tertinggal sayur-sayuran dan buah-buahan ya. Selain itu, pengambilan makanan yang kaya dengan zat besi adalah sangat penting untuk pembentukan darah ibu supaya ibu tidak mengalami tekanan darah rendah dan memastikan ibu sentiasa cergas bertenaga. Dalam trimester ketiga ni, bayi juga menyerap sebanyak mungkin nutrien daripada si ibu.

2. Minum air yang mencukupi
Pastikan pengambilan air mencukupi iaitu sekurang-kurangnya 2 liter. Kalau boleh capai 3 liter lagi bagus. Minum banyak air di waktu pagi dan tengahari berbanding pada waktu malam supaya anda tidak perlu berulang-alik ke tandas semasa anda tidur. 

3. Tidur yang mencukupi
Saya faham sangat, dalam trimester ketiga ni, nak tidur malam tu agak sukar. Nak gerak ke kiri atau ke kanan pun dah rasa sukar kan.... Oleh itu, jika sukar nak tidur, luangkan lebih banyak masa berehat sebelum terlelap. Jangan masuk tidur lewat, masuk tidur awal-awal. At least anda berada dalam mode rehat. Kalau tidur dah lewat and kena bangun awal, nanti susah nak bangun pagi dan mungkin anda mengalami keletihan di siang hari.

4. Tidur sebentar di tengahari
Jika anda berasa mengantuk, ambillah masa selama 15 minit untuk melelapkan mata pada waktu tengahari, dalam pukul 1 gitu. Tidur tersebut dapat membantu mengurangkan mengantuk dan membuatkan anda lebih cergas :)

5. Pastikan pengambilan vitamin untuk ibu hamil tidak dilupakan.
Ibu-ibu hamil sememangnya dibekalkan dengan vitamin seperti obimin, iberet ataupun vitamin-vitamin lain yang sememangnya sangat penting. Kalau saya, saya amalkan Set Kehamilan Shaklee yang memang best. Alhamdulillah HB maintain aje. Hanya sekali jatuh sikit, berat badan pun macam statik untuk beberapa bulan.... 

Dalam menjalani tempoh masa kehamilan ni, memang ibu-ibu kena banyak bersabar. Sokongan daripada suami juga sangat penting. Semoga ibu-ibu terpelihara dan sihat-sihat selalu dan dipermudahkan saat hendak melahirkan si comel nanti :)

Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy


ID: 1112978
Kind Hearty Enterprise

Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ Viber: 012-5538628

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC

COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek

Bagaimana Rasa False Contraction?

Assalamualaikum dan apa khabar pembaca-pembaca budiman sekalian. Alhamdulillah, hari ni Jumaat, hari yang barakah :) Kali ni nak citer pasal false contraction atau kontraksi palsu atau pun mat salleh cakap, Braxton Hicks. Bagaimana rasa false contraction ni kan....



Sepanjang mengandung anak pertama dulu, macam tak perasan sama ada pernah kena braxton hicks atau tak.... Rasa macam happy.... Tak sedar kalau perut ade mengeras atau sakit-sakit pun masa mengandung anak pertama. Ada la satu masa tu... bahagian bawah perut terasa ditekan-tekan... Memang sakit tapi bukanlah macam contraction. 

Kali ni, seawal 2nd trimester, ade rasa perut mengeras... Tapi tak kisah sangat sebab perut sekadar mengeras dan tak rasa sakit apa-apa. Masuk trimester ketiga ni pun, ade juga rasa perut mengeras... Tapi tak sakit, cuma tak selesa aje.... Namun, masa hari raya kedua baru ni, rasanya ni lah pengalaman false contraction yang tak pernah dirasai sebelum ni.... 

Banyak juga membaca cerita-cerita false contraction ibu-ibu hamil yang lain.... Setiap orang rasanya berbeza-beza. Saya pulak terkena pada minggu ke 35. Mula-mula start dengan lenguh-lenguh pinggang yang agak mencucuk-cucuk di bahagian belakang pinggang... Ingatkan salah tidur ke apa. Sebab bangun Subuh tu da terasa sakit.... Ambil wuduk dan solat subuh semua... then ingat nak tidur balik untuk mengurangkan sakit pinggang yang mencucuk-cucuk ni...

Tapi bila baring mengiring, rasa sakit pinggang ni macam makin kuat pulak... masa tu minta tolong husband urutkan sikit kat bahagian pinggang tu.... Tapi memang tak berkurangan la sakit tu.... Rasa nak nangis pun ada... Bayangkan rasa pinggang dicucuk-cucuk.... Masa tu fikir, awal lagi, 35 minggu... takkan nak bersalin dah... Jadi cuba bersabar dulu.

Sebelum ni, da download contraction apps. Jadi setiap kali rasa sakit datang, saya akan kira sela masa.... Memang kejap datang... kejap hilang... Tapi sela masanya agak dekat-dekat.... Purata dalam 3 minit sekali sakit akan datang... Fikir-fikir, takkanlah sela masa dia dekat sangat.... ni dah macam nak bersalin dah... Haha..

Akhirnya dalam kul 8 pagi lebih, sakit dah beransur-ansur hilang.... tapi pinggang masih terasa sengal dan lenguh-lenguh. Rasanya itulah kot yang kita panggil sebagai false contraction.... Sebelum ni tak pernah merasa.... Malah masa anak sulung pun, masa contraction awal-awal jadi tu... rasanya hanya lenguh-lenguh dan tak rasa sakit seperti ini... Alhamdulillah, kita ambil sebagai persediaan nak bersalin nanti :)

Rupanya pengambilan tablet kalsium Ostematrix dari Shaklee penting dan jangan skip semasa trimester ketiga.... Daripada pembacaan saya, ade yang kata, pengambilan Ostematrix ni mengurangkan rasa sakit nak bersalin. Lagipun, memang bagus sangat Ostematrix ni - membekalkan keperluan kalsium kepada ibu dan bayi... Serta mengurangkan masalah sembelit (memang betul.. nak membuang pun, dari sembelit, jadi mudah je nak membuang). 

Kalau nak Ostematrix ni atau Set Kehamilan atau Set Berpantang Shaklee, jangan malu-malu untuk menghubungi saya di 012-5538628.

Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy


ID: 1112978
Kind Hearty Enterprise

Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ Viber: 012-5538628

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC

COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek

Cara Naikkan HB Ibu Hamil Part II dan Hilangkan Batuk Selsema Secara Semulajadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Rasanya masih belum terlambat untuk saya wish Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca-pembaca budiman... Maaf sebab saya offline kebelakangan ini. Tapi ade banyak jugak perkara yang nak dikongsikan.. :) Hari ni, saya nak sambung cara naikkan HB ibu hamil part II. Sebab sebelum ni, saya ada kongsikan HB saya yang menurun, iaitu entry saya pada 10 June 2015. Boleh baca di SINI :)



Alhamdulillah, semalam saya pergi checkup di Klinik Kesihatan. Nurse yang memeriksa tekanan darah saya, meminta saya pergi ke bilik darah untuk mengambil darah di bahagian pelipat siku untuk bacaan yang lebih baik kerana rekod HB saya sebelum ini adalah 10.6g/dl. Alhamdulillah... HB saya dah naik dengan bergaya ke 11.9g/dl. Heee... happy rasanya...

Kalau baca part I - cara naikkan HB ibu hamil tu, saya dinasihatkan supaya mengambil dua biji obimin sehari, iaitu pagi dan malam, dalam sela masa dua jam, sebelum atau selepas makan.... Tapi, saya tukar dengan mengambil Vitalea dan Vitamin C. Vitamin C adalah untuk membantu penyerapan iron atau zat besi dengan lebih efektif. 

Sebenarnya memang bagus sangat kedua-dua supplemen ni, sebab membekal keperluan nutrisi yang semulajadi dan cepat larut di dalam badan. Vitamin C (Sustain Released Vita-C) sangatlah baik untuk diambil oleh ibu-ibu yang sedang mengandung kerana sangat baik untuk meningkatkan sistem imun si ibu.

Seingat saya, selama saya mengandung 36 minggu ini, 3 kali saya terkena jangkitan selsema... Tapi saya tidak mengambil sebarang ubat-ubatan. Hanya mengamalkan Vitamin C dua biji sehari. Alhamdulillah, sakit tekak saya hilang dalam masa 2 hari. Hingus menjadi cair untuk memudahkan ia dibuang. Batuk tak jadi nak singgah :)

Sekadar perkongsian ringkas saya hari ini, semoga bermanfaat buat ibu-ibu di luar sana :)

Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy


ID: 1112978
Kind Hearty Enterprise

Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ Viber: 012-5538628

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC

COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek