Cara Naikkan HB Ibu Hamil Part II dan Hilangkan Batuk Selsema Secara Semulajadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Rasanya masih belum terlambat untuk saya wish Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca-pembaca budiman... Maaf sebab saya offline kebelakangan ini. Tapi ade banyak jugak perkara yang nak dikongsikan.. :) Hari ni, saya nak sambung cara naikkan HB ibu hamil part II. Sebab sebelum ni, saya ada kongsikan HB saya yang menurun, iaitu entry saya pada 10 June 2015. Boleh baca di SINI :)



Alhamdulillah, semalam saya pergi checkup di Klinik Kesihatan. Nurse yang memeriksa tekanan darah saya, meminta saya pergi ke bilik darah untuk mengambil darah di bahagian pelipat siku untuk bacaan yang lebih baik kerana rekod HB saya sebelum ini adalah 10.6g/dl. Alhamdulillah... HB saya dah naik dengan bergaya ke 11.9g/dl. Heee... happy rasanya...

Kalau baca part I - cara naikkan HB ibu hamil tu, saya dinasihatkan supaya mengambil dua biji obimin sehari, iaitu pagi dan malam, dalam sela masa dua jam, sebelum atau selepas makan.... Tapi, saya tukar dengan mengambil Vitalea dan Vitamin C. Vitamin C adalah untuk membantu penyerapan iron atau zat besi dengan lebih efektif

Sebenarnya memang bagus sangat kedua-dua supplemen ni, sebab membekal keperluan nutrisi yang semulajadi dan cepat larut di dalam badan. Vitamin C (Sustain Released Vita-C) sangatlah baik untuk diambil oleh ibu-ibu yang sedang mengandung kerana sangat baik untuk meningkatkan sistem imun si ibu.

Seingat saya, selama saya mengandung 36 minggu ini, 3 kali saya terkena jangkitan selsema... Tapi saya tidak mengambil sebarang ubat-ubatan. Hanya mengamalkan Vitamin C dua biji sehari. Alhamdulillah, sakit tekak saya hilang dalam masa 2 hari. Hingus menjadi cair untuk memudahkan ia dibuang. Batuk tak jadi nak singgah :)

Sekadar perkongsian ringkas saya hari ini, semoga bermanfaat buat ibu-ibu di luar sana :)

Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy


ID: 1112978
Kind Hearty Enterprise

Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ Viber: 012-5538628

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC

COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek
Previous
Next Post »
2 Komentar
avatar

Assalam.. tq singgah blog Alycia ;)

Balas
avatar

Wasalam... sama-sama dear..tq singgah juga :)

Balas