8 Amalan untuk Memastikan Penyusuan Susu Ibu Bermula dengan Baik

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :) Hari ni jom kita share amalan-amalan untuk memastikan penyusuan susu ibu bermula dengan baik. Pertama sekali, pemilihan hospital untuk melahirkan bayi adalah sangat penting. 

Kebanyakan hospital kini memang akan menuruti kehendak ibu yang ingin menyusukan bayi secara esklusif. Namun, ada juga sesetengah hospital yang akan memberikan formula milk (fm) kepada bayi yang baru dilahirkan. Jadi, pastikan ibu memberitahu pihak hospital agar jangan memberikan fm kepada bayi selepas dilahirkan ya.



Semasa di hospital pula, perkara-perkara ini akan dapat membantu penyusuan susu ibu bermula dengan baik:

1. Mempunyai peneman semasa proses kelahiran supaya ibu merasa lebih selesa dan secure

2. Elakkan campurtangan sewaktu kelahiran dan melahirkan seperti menggunakan ubat-ubatan yang boleh menyebabkan bayi dan ibu mengantuk yang seterusnya boleh mendorong ke arah teknik caesarian tanpa sebab perubatan yang diperlukan. Kalau boleh, tahanlah sakit contraction itu, kerana semua ibu-ibu akan melaluinya. Boleh baca di sini teknik pernafasan semasa contraction.

3. Memastikan proses sentuhan kulit ke kulit dilakukan sejurus bayi dilahirkan supaya dapat mengekalkan kehangatan badan baby dan juga mendorong baby untuk memulakan rooting reflex iaitu mencari-cari susu ibunya. Boleh beritahu juga pada doktor supaya melaksanakan amalan ini ya.

4. Pastikan bayi bersama dengan ibu setiap masa untuk memudahkan proses penyusuan. Jangan biarkan bayi ditinggalkan di nursery especially yang bersalin di hospital swasta.

5. Ibu hendaklah belajar tanda-tanda daripada bayi iaitu tanda-tanda bayi ingin menyusu, atau lampin bayi basah. Tak perlu ikut masa. Susukan bayi apabila tanda-tanda tersebut kelihatan. Boleh rujuk di sini.

6. Menyusukan bayi sekerap mungkin untuk menstimulasikan pengeluaran susu ibu. 

7. Memberi susu ibu secara esklusif dan mengelakkan daripada memberi formula milk, puting tiruan dan apa-apa sahaja yang boleh mengganggu penyusuan susu ibu.

8. Ibu boleh belajar posisi-posisi yang sesuai mengikut keselesaan ibu dan bayi dan memastikan bayi melekap dengan betul untuk mengelakkan daripada masalah nipple crack dan pengeluaran susu yang tidak efisyen.

Yang penting, ibu-ibu jangan berputus asa ye. Teruskan menyusukan bayi untuk menstimulasikan pengeluaran susu :)

Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy


ID: 1112978
Kind Hearty Enterprise

Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ Viber: 012-5538628

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC

COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek
Previous
Next Post »
0 Komentar