Tips Mengejutkan Bayi Jaundis Untuk Menyusu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.... Waaaa da masuk Julai... Cepat betul masa... sedar tak sedar... da lebih pertengahan tahun.. Hari ni nak share secara ringkas tentang tips mengejutkan bayi jaundis untuk menyusu.



Bukan senang tau nak kejutkan bayi jaundis yang memang suka tidur... Ikutkan penyusuan bayi yang baru lahir adalah sebanyak 8-12 kali dalam masa 24 jam... dalam senggang masa lebih kurang 2 jam atau apabila bayi ingin menyusu. Lagi kerap lagi bagus.

Tapi disebabkan bayi mengalami jaundis... Ramai ibu-ibu akhirnya tak menyusukan anaknya dan akhirnya tidak dapat menstimulasikan pengeluaran susunya. Sayang la kan... Patutnya di awal-awal kelahiran, banyak susukan bayi supaya otak menghantar signal untuk menghasilkan susu. Jadi jom kita tengok secara ringkas tipsnya.

Tips mengejutkan bayi jaundis untuk menyusu

1. Ibu kena kuat semangat untuk kejutkan baby bangun.

2. Sentuh dan main-main di pipi, dagu, telinga, hidung dan mulut baby.

3. Buka bedung yang membedung baby supaya baby tidak berada dalam keadaan selesa.

4. Jika masih belum terjaga, angkat baby dan cakap perlahan-lahan dengan baby supaya dia bangun.

5. Jika masih belum terjaga, boleh buka baju baby atau tukar pampers baby.

Yang penting ibu-ibu jangan berputus asa untuk kejutkan bayi tau. Harap bermanfaat :)

Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy


ID: 1112978
Kind Hearty Enterprise

Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ Viber: 012-5538628

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC

COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek
Previous
Next Post »
2 Komentar
avatar

kadang mama dah goyang bersungguh dia plak tido cam pengsan, cam no tuh?

Balas
avatar

heeee... tu la... semangat mama tu kena kuat...

Balas