Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Saya ade post pasal 3 sebab utama isteri sensitif semasa hamil. Boleh baca di SINI. Jadi suami-suami semua kenalah prihatin sikit dengan isteri kan.. Jom sekarang kita tengok pulak peranan suami semasa isteri hamil :)
Peranan suami semasa isteri hamil
1. Prihatin dengan perasaan isteri - Isterikan sensitif dan beremosi semasa hamil, jadi sentiasalah tanya keadaan isteri walaupun isteri kelihatan ok. Selain itu, sentiasalah membelai isteri, pegang tangan dan peluk isteri selalu kerana isteri memerlukan sokongan dan kasih sayang sepenuhnya daripada si suami.
2. Membantu menjaga hal ehwal rumah tangga - Suami ringankan tulang membantu menjaga rumah dan anak-anak untuk mengurangkan beban isteri yang selalunya kepenatan.
3. Manjakan isteri - Tolong menyediakan makanan kegemaran isteri atau membiarkan isteri berehat di rumah.
4. Bawa isteri dan anak-anak berjalan-jalan - Walaupun isteri kepenatan semasa hamil, tetapi isteri juga masih teringin untuk berjalan-jalan, melihat barang-barang baby ke... nak raya ni, teringin nak shopping baju raya ke... Jadi suami bawalah isteri bersiar-siar. Lagi banyak berjalan-jalan, lagi mudah isteri nak melahirkan anak nanti :)
5. Setia dengan isteri - Mungkin mood dan aura isteri berubah apabila sedang hamil dan ini menyebabkan suami kadangkala terasa jauh hati dengan isteri. Janganlah macam tu ekk... kesian si isteri, dahla membawa zuriat suami.... Jangan sekali-kali compromise kasih sayang isteri yang tulus hanya untuk suaminya....
6. Pastikan pemakanan isteri terjaga dan penuh nutrisi. Suami boleh belikan isteri Set Kehamilan Shaklee yang sangat bagus untuk isteri dan bayi yang dikandung :)
Harap bermanfaat untuk suami-suami semua :)
Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ Viber: 012-5538628
COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC
COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek
0 Komentar