7 Tips Persediaan Menyusu Dari Sebelum Kelahiran Bayi

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Memandangkan diri saya dan banyak rakan-rakan yang sedang menghitung hari untuk kelahiran, tidak salahnya kita kongsikan tips persediaan menyusu dari sebelum kelahiran bayi lagi. Penyusuan ini adalah penyusuan susu ibu tau :)



Susu ibu adalah susu yang terbaik untuk bayi kerana nutrisi yang terdapat di dalamnya adalah telah menepati kehendak bayi dan membantu meningkatkan sistem imun bayi. Namun, penyusuan susu ibu bukanlah suatu perkara yang mudah... Jom kita ketahui kenapa...

Tips persediaan menyusu dari sebelum kelahiran bayi:

1. Gali sebanyak mungkin ilmu tentang penyusuan bayi. Ini dapat membantu ibu-ibu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan selepas bayi dilahirkan. Perlu diketahui, selepas bayi dilahirkan, susu tidak dihasilkan lagi tetapi ibu-ibu akan menghasilkan susu awal iaitu kolostrum yang sudah cukup untuk memenuhi keperluan bayi. Jangan sesekali menyangka ibu-ibu tiada susu tau, kerana kolostrum mungkin tidak kelihatan. Apa yang perlu dibuat ialah teruskan menyusukan bayi secara direct.

2.  Menghadiri kelas-kelas laktasi daripada pakar yang bertauliah. Adalah lebih baik jika mendapatkan ilmu daripada pakar yang telah berpengalaman dan berjaya menyusukan bayi. 

3. Menyertai forum atau komuniti yang berkongsi tentang ilmu penyusuan secara online atau offline.

4. Menjaga pemakanan dan pastikan makanan yang berkhasiat sentiasa diamalkan. Semasa hamil dan selepas melahirkan, pengambilan makanan dan nutrisi adalah sangat penting. Untuk menyokong lagi proses penyusuan, supplemen juga boleh diambil. Supplemen Shaklee adalah salah satu set supplemen yang sangat baik untuk diambil.

5. Memilih hospital yang mesra penyusuan bayi. Ini adalah sangat penting, kerana jika ibu-ibu kurang mengetahui tentang cara menyusukan bayi setelah bayi lahir, maka akan ada nurse atau pakar laktasi yang membantu mengajarkan cara yang betul. Selain itu, hospital juga akan menghormati keputusan ibu untuk menyusu secara esklusif dan tidak memberikan susu formula kepada bayi yang baru lahir. 

6. Menyediakan kelengkapan penyusuan seperti pam, nursing bra, bekas menyimpan susu dan sebagainya.

7. Menjaga kebersihan puting payudara dengan membersihkannya dengan tuala dan air suam semasa mandi untuk membantu melancarkan pengeluaran susu dan mengurangkan puting susu daripada tersumbat.

Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy


ID: 1112978
Kind Hearty Enterprise

Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ Viber: 012-5538628

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC

COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek
Previous
Next Post »
1 Komentar
avatar

Info yg menarik..walaupun sy dh bf dua anak tp masih byk lg yg tktau...tq sharing

Balas