Apa khabar semua... Harap semua baik-baik aje hari ni :) Hari ni nak sentuh topik mengapa isteri sensitif semasa hamil? Waktu mengandung ni, selain daripada terpaksa menempuh morning sickness dan keadaan fizikal lain yang meletihkan, isteri juga amat sensitif kepada persekitaran... heeee... Di waktu ini, suami jangan terasa tau jika perkara kecil pun, isteri nak merajuk atau marah-marah.
Apabila isteri sedang hamil atau mengandung, terlalu banyak perkara dialami oleh sang isteri. Antara perubahan yang dialami oleh sang isteri semasa hamil atau mengandung ialah:
1. Perubahan hormon. Pada masa ini, si isteri akan mengalami pertambahan hormon estrogen yang menyebabkan emosi dan keadaan fizikal isteri berubah. Perubahan hormon ini, ada yang bagus, iaitu apabila isteri dah masuk trimester kedua atau ketiga, rambut isteri akan kelihatan lebat dan cantik. Namun, mungkin gusi isteri akan lebih sensitif kerana salur darah mengembang dan mudah menyebabkan pendarahan.
2. Morning sickness atau loya-loya. Pada awal kehamilan, kebanyakan wanita akan berasa tidak selesa kerana selalu terasa loya-loya atau pun muntah-muntah dan hilang selera terhadap makanan. Disebabkan keadaan ini, sang isteri mungkin terpaksa menahan makan walaupun terasa lapar. Jadi, tidak hairan jika isteri mudah marah atau terasa hati jika suami tidak memahami keadaan yang sedang dilaluinya.
3. Si isteri juga akan mengalami perubahan fizikal yang lain seperti pertambahan berat badan yang menyebabkan kesukaran untuk bergerak, rasa mengantuk dan macam-macam lagi. Apabila usia kandungan meningkat, bayi juga akan bertambah berat badannya. Oleh itu, si ibu akan mengalami kesukaran untuk bangun dan berjalan perlahan. Sang suami janganlah nak cepat-cepat atau laju-laju aje masa berjalan tu ye.
Oleh itu, sang suami, belajarlah memahami keadaan yang sedang ditempuh oleh isteri anda. Sokongan anda kepada isteri semasa hamil adalah sangat bermakna. InsyaAllah, lebih baik layanan yang anda berikan, lebih baik lagi isteri akan behave :) Sayangkan isteri dan baby, boleh bekalkan isteri dengan nutrisi atau supplemen daripada Shaklee yang sangat bagus semasa kehamilan.
Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ Viber: 012-5538628
COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC
COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek
1 Komentar
Ye..mmg alami simptom2 kt atas ni masa hamil....suami kena faham isteri hamil
Balas