Kelahiran Anak Sulung - What to Expect

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.... Hari ni, tiba-tiba terfikir.... Nak tulis sesuatu untuk bacaan ibu-ibu yang sedang menantikan kelahiran anak sulung - what to expect. Tapi ibu-ibu yang sedang menantikan anak kedua dan seterusnya pun boleh baca :) 

Alhamdulillah, dalam kalangan sahabat-sahabat saya pun, saya perhatikan ramai yang melahirkan anak sulung sudah bersedia dengan ilmu, terutamanya ilmu penyusuan. Bagi saya yang sedang menantikan kelahiran bukan anak sulung, terasa nervous juga... heeeee.... Terutamanya bab penyusuan susu ibu. saya pasti, ramai ibu-ibu nak menyusukan bayinya secara esklusif.



Pagi tadi saya bersembang dengan ibu yang sedang melalui penyusuan susu ibu dengan baik. Antara soalan-soalan yang saya tanya ialah:

1. Pada hari pertama, selepas bersalin, susu masih belum keluar walaupun dipicit, memang tiada langsung. Oleh itu, nurse memberi formula milk (fm) sebagai supplemen kepada susu ibu. Ok kah itu?

- Bagi ibu-ibu yang bersalin anak sulung, dan kemungkinan bayi yang dilahirkan agak ringan dalam range 2.2kg - 2.5kg, memang normal tiada sebarang kolostrum lagi pada hari pertama hingga ketiga. Sesetengah orang sampai hari kelima. Oleh itu, nurse selalunya akan beri fm dengan menggunakan cup atau syringe untuk menggantikan susu ibu yang belum kluar. TETAPI, pastikan ibu-ibu stimulate pengeluaran susu dengan memberi bayi untuk menghisap susu anda juga... Teruskan stimulate dengan hisapan bayi... Jangan biarkan bayi bergantung sepenuhnya pada fm tau...

Sebab fm diberi adalah untuk memastikan bayi tidak kekurangan gula. Jika bayi tiada gula, maka bayi akan menjadi tidak aktif dan kurang bertenaga dan asyik tidur aje. Seterusnya mungkin membawa kepada bacaan Jaundis yang tinggi. Risiko yang paling teruk ialah meninggal.

2. Kolostrum atau susu tetap akan keluar akhirnya. Jangan putus asa. Biarkan bayi terbiasa menghisap payudara anda supaya bila dah ada susu, mudah untuk meneruskan penyusuan susu ibu sepenuhnya. Bayi anda juga mungkin akan menghisap payudara anda sekejap-sekejap aje kemudian tertidur. Anda boleh menggeletek dagu, leher bayi anda supaya baby terjaga semula dan meneruskan hisapan. Ibu-ibu pada waktu awal-awal ini juga akan merasai sakit pada puting payudara. Tapi teruskan minda positif dan nekad anda. 

3. Untuk memastikan bayi mendapat lekapan yang betul di payudara, anda boleh menekan atau compress payudara anda apabila bayi membuka mulut luas-luas untuk menyusu. Pastikan pada masa itu, tangan anda membentuk huruf U dan bukan huruf C dan suakan ke mulut bayi anda.

4. Bagi lekapan yang betul, anda akan terasa lekapan yang kuat selepas 2 atau 3 hisapan.

Yang penting, di peringkat awal ini, jangan sesekali berputus asa walaupun bayi dah diberikan fm. Anda masih lagi boleh meneruskan penyusuan esklusif apabila susu dah mula meriah. Perjalanan penyusuan susu ibu ini bukanlah mudah. Tapi dengan determination, InsyaAllah boleh :)
Previous
Next Post »
0 Komentar