4 Petua Menghilangkan Bau Badan Semasa Hamil

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Harap semua sihat-sihat dalam menjalani ibadah puasa. Hari ni tiba-tiba rasa nak share tips menghilangkan bau badan semasa hamil. Sekarangkan musim panas, ibu-ibu hamil faham-faham jelah, cepat berpeluh dan kesannya badan akan berbau. Kadang-kadang, malam pun masih berpeluh. Bagi yang pergi solat terawikh pun mesti rasa tak best apabila badan berpeluh dan berbau kan..



Ada beberapa tips untuk menghilangkan bau badan semasa hamil:

1. Mandi dengan kerap. Dengan cuaca panas, jangan limitkan berapa kali anda hendak mandi setiap hari. Pastikan apabila mandi, anda menggosok bahagian-bahagian yang mudah berpeluh, seperti di bahagian ketiak dengan belakang tangan anda. Anda boleh gunakan potongan lemon atau timun dan menyental di bahagian ketiak anda juga. 

2. Gunakan beberapa biji limau kasturi dan lumurkan ke seluruh badan semasa hendak mandi. Amalkan sebanyak 3 kali seminggu, InsyaAllah badan akan lebih wangi.

3. Limau purut juga berfungsi dengan cara yang sama, iaitu dilumurkan di bahagian yang cepat berpeluh seperti bawah ketiak semasa mandi. InsyaAllah badan harum dan segar.

4. Ambil beberapa keping daun jambu batu. Ramas daun-daun tersebut sehingga hancur dan lumurkan ke bahagian bawah ketiak dan seluruh badan. Kemudian mandi seperti biasa.

Banyak lagi sebenarnya petua untuk menghilangkan bau badan. Antaranya ialah meminum air bunga cengkih yang direndam dalam air panas yang sememangnya bagus untuk kesihatan dalaman. 

Namun, semasa hamil ini, bolehlah mencuba cara-cara luaran terlebih dahulu. Dalam pantang, boleh amalkan meminum air rendaman herba-herba ini. 

Selain itu, bagi yang tidak hamil, boleh amalkan supplemen semulajadi Shaklee untuk mendetokskan tubuh, iaitu menyahkan bahan-bahan toksin yang juga merupakan penyebab badan berbau. Antara supplemen yang bagus ialah:

1. Alfalfa Complex
2. Garlic Complex
3. Herblax.

Harap sharing ini bermanfaat untuk semua :) Nak tahu lebih lanjut mengenai supplemen Shaklee? Jangan malu-malu untuk hubungi 012-5538628.

Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy


ID: 1112978
Kind Hearty Enterprise

Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ Viber: 012-5538628

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC

COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek
Previous
Next Post »
3 Komentar
avatar

Tips yang berguna...biasa time mengandung ni mmg rasa panas je...kadang tengah malam pun berpeluh2....

Balas
avatar

Tips yang berguna...biasa time mengandung ni mmg rasa panas je...kadang tengah malam pun berpeluh2....

Balas
avatar

petua yang baik dan sesuai untuk sesiapa sahaja bukan sahaja ibu mengandung... kan... :)

Balas