Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Alhamdulillah, kita dah masuk ke fasa ketiga Ramadhan iaitu 10 malam terakhir. Syukur kerana diberi peluang untuk melalui Ramadhan kali ini. Semoga kita mengambil sepenuh kesempatan dalam beberapa hari yang terakhir ini :)
Ok... Hari ni nak share tentang suatu keadaan yang dilalui semasa penyusuan. Keadaan ini, mungkin tak semua orang melaluinya... Tapi ade juga yang menempuhnya, iaitu suatu perasaan tak best semasa menyusu atau semasa milk let down, iaitu apabila kita mula-mula nak menyusu bayi. Tapi keadaan ni hanya mengambil masa beberapa minit setelah memulakan penyusuan dan selepas itu akan hilang.
Perasaan tak best ni adalah seperti rasa nak marah, rasa sedih, murung (anxiety, depression) dan macam-macam perasaan yang sukar dimengertikan. Pernah tak anda lalui keadaan ini....? Sebenarnya keadaan ini dipanggil Dysphoric Milk Ejection Reflex atau nama pendeknya D-MER.
Keadaan ini sebenarnya disebabkan oleh kadar dopamine yang menurun apabila memulakan penyusuan. Tetapi dalam masa 30 saat hingga 2 minit, apabila dopamine telah stabil, maka hilanglah perasaan stress atau depression tersebut.
Bagaimana nak mengatasi masalah Dysphoric Milk Ejection Reflex (D-MER)?
1. Kesedaran
Mungkin kebanyakan ibu-ibu tidak memahami kenapa mereka berasa tertekan apabila hendak mula menyusukan bayi. Namun, setelah memahami keadaan D-MER ini, mereka akan lebih bersedia.
2. Kefahaman
Setelah adanya kesedaran, ibu-ibu harus memahami yang sesetengah orang akan mengalami sindrom D-MER ini. Dengan kesedaran dan kefahaman, ibu-ibu akan lebih bersedia apabila melalui saat-saat ini.
3. Pengetahuan
Dengan kesedaran, kefahaman dan pengetahuan, ibu-ibu boleh menyokong ibu-ibu lain yang mengalami masalah D-MER ini. Selain itu, ibu-ibu boleh menerangkan keadaan ini kepada suami dan orang-orang yang tersayang agar mereka dapat memberi sokongan semasa ibu-ibu mula hendak menyusukan anak dan bersama dengan mereka untuk menempuh tempuh beberapa minit apabila terjadinya D-MER.
Saya harap entry kali ini dapat membantu sesetengah ibu menghadapi D-MER dengan lebih baik apabila mengalami perkara ini.
Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ Viber: 012-5538628
COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC
COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek
Reference:
3 Komentar
Oh baru tahu pasal DMER ni.
BalasTq atas perkongsian.
Sama-sama :)
BalasSama-sama :)
Balas