Air Ketuban Bocor atau Jangkitan Kulat?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Harap semua sihat-sihat. Hari ni nak bincangkan pula berkaitan air ketuban bocor semasa hamil. Mungkin bagi yang tidak mengalaminya tiada masalah. Bagi yang mengalaminya, mesti berasa ragu-ragu sama ada cecair cair yang keluar itu adalah air ketuban atau pun hanya keputihan biasa.



Jika ibu-ibu ragu-ragu, segeralah berjumpa dengan pakar sakit puan. Mereka akan memeriksa sama ada air ketuban ibu-ibu berkurangan dengan ultrasound. Jika air ketuban normal, mereka akan kaitkan dengan jangkitan kulat. Untuk mengesahkan sama ada jangkitan kulat, maka sampel akan diambil dan dihantar ke lab untuk mendapatkan keputusan makmal. Ibu-ibu perlu pastikan pergerakan bayi tetap normal ye walaupun anda mungkin sedang menghadapi kebocoran air ketuban.

Sementara menunggu keputusan, doktor akan memberi ubat insert untuk merawat jangkitan kulat dan akan membuat follow up checkup untuk memeriksa sama ada air ketuban masih berkurangan atau tidak. Jika air ketuban berkurangan dan ibu-ibu berada dalam minggu-minggu sebelum mencapai kematangan untuk melahirkan bayi, maka ibu-ibu akan ditahan di hospital. 

Ada juga kes ibu yang hampir dengan due date tidak menyedari bahawa air ketuban sedang bocor kerana keluar bersama keputihan dan apabila diperiksa, didapati air ketuban telah tinggal sedikit, maka ibu tersebut terpaksa dibedahkan untuk menyelamatkan bayi (emergency cser). 

Bagi yang mengalami kes air ketuban bocor atau jangkitan kulat yang cair ini, dinasihatkan sebelum berjumpa dengan doktor, pakailah pad atau panty liner untuk mengesan sama ada pad atau panty liner tersebut basah ataupun ia adalah keputihan biasa yang akan kelihatan di atas permukaan pad atau panty liner.

Bagi ibu-ibu yang sedang menghadapi jangkitan kulat atau masalah keputihan yang teruk, anda juga boleh berikhtiar dengan tablet Garlic Complex yang sangat baik untuk menyahkan masalah keputihan :) Nak tahu lebih lanjut, hubungi saya di 012-5538628.

Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy


ID: 1112978
Kind Hearty Enterprise

Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ Viber: 012-5538628

COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC

COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek
Previous
Next Post »
2 Komentar
avatar

Risau pula rasa. lately keputihan. Sometimes kua air je . Huwaaa risau..

Balas
avatar

Kalau risau, elok pergi jumpa doktor untuk check terus... jangan tangguh2.. sebab takut air kering...

Balas