Tuesday, 21 March 2017

Akhirnya... Hanya Kepada Dia Kita Bergantung

Kak yone kongsikan daripada post FB Arwah saudara Amri Rohayat. Beliau meninggal disebabkan kanser.

Ayat beliau sangat kena dengan kehidupan kita ini... Sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah Amri Rohayat. Kak yone stalk fb dia, banyak sangat mutiara di dalam post-postnya.

When Allah loves you, He will test you, and test you, and test you, and keep on testing you, until you have no option but to turn entirely to Him. Because this is the purpose of His tests: He wants you to turn to none but Him. To be dependent on none but Him.

In the Quran He chides humans who are so arrogant that they think they are self sufficient. Since He loves you, He will keep testing you to break you completely. Bring you to the edge of despair. Such that you have no recourse save to turn to Him with tears in your eyes.

One night, when this happens, you will have crossed that bridge, from being a mere believer, into a Believever.

Hidup ni memang penuh dugaan. Ujian yang diberikan adalah tanda kasih dan sayang Allah kepada kita. Agar hanya kepada Allah kita bergantung harap sepenuhnya. Kepada Allah kita merintih dan merayu agar dipermudahkan hati ini melalui kehidupan ini. Kebergantungan 100% kepada Allah.

Kehidupan ini semuanya adalah sementara. Yang di akhirat nanti yang kita semua kena look forward to.

Brace ourselves and let's go.

Musim demam, batuk, selsema melanda lagi

21 Mac 2017

Hari ni kak yone masuk ofis lewat. Si adik pulak tiba-tiba demam sejak malam semalam. Pagi tadi lepas minum susu, habis dimuntahkan balik semuanya termasuklah paracetamol yang baru diberi lepas susu. Nampaknya musim demam, batuk, selsema melanda lagi πŸ˜“

Baru-baru ni, suami kak yone demam. Sedikit sebanyak memang demam tu terjangkit ke adik. Si abangnya Alhamdulillah sihat. Syukur. Kak yone pun terasa nak batuk-batuk. Tapi kak yone batuk-batuk jarang dan masih lagi terkawal.

Kat ofis ni pun, colleague kak yone dah MC hari ni. Semalam terdengar sokseksoksek sebab selsema dan batuk-batuk. Memang kasihan. Nampak sangat musim demam, batuk selsema sekarang ni. 

Balik kepada cerita adik, kesian tengok adik, kering bibir. Bila ditanya nak susu, digelengkan kepala. Air kosong pun taknak. Badan adik memang panas. Kak yone terpaksa bagi juga paracetamol kepada adik. Adik pula jenis melawan dan meraung bila nak disuap ubat. Memang berperangla... πŸ˜…

Disebabkan nak masuk ofis petang ni, kak yone terpaksa cari jalan untuk turunkan suhu badan adik, sepantas mungkin. Kalau pegang, memang panas. Adik letih tapi nak tidur tak selesa. 

Jadi lepas disuapkan paracetamol, kak yone sediakan tub mandi baby tu. Isi air suam-suam kuku. Kalau ada lemon lagi bagus. Tapi lemon kak yone tak beli lah pulak πŸ˜“ Jadi, dengan air suam, kak yone letakkan adik dalam tub. 

Mula-mula tu adik meraung (biasalah budak tak sihat). Taknak duduk dalam tub tu. Menangis-nangis berdiri. Then bagi main dengan paip air. Baru senyap dan dia dah duduk dalam tub sambil main air. Kak yone pun jirus-jirus badan dia. Alhamdulillah, boleh rasa panas tu turun dan berkurangan.

Kemudian kak yone dah kena gi keje. Tapi Alhamdulillah, adik dah boleh tidur dan makan. 

Balik keje, sampai je adik rupanya yak. Teruslah kak yone mandikan adik dan biarkan dia main air. Badan adik masih lagi panas. Malam, minum susu sikit, then ok dah, boleh main-main dengan abang dia.

Kak yone taknak dia tidur lewat. Lepas dinner, kak yone bawa masuk bilik dan tidurkan. Adik memang badannya semakin panas πŸ˜” Malam sikit, kak yone bagi lagi paracetamol.

22 Mac 2017

Alhamdulillah, bangun  pagi, adik dah tak demam. Tapi muka macam tak happy. Adik dahaga. Terus cari susu. Sementara nak buat susu, bagi minum air kosong. Tak lama lepas tu, termuntah balik air kosong tu πŸ˜”Malam semalam, memang adik taknak makan atau minum susu sebelum tidur. Masuk angin gamaknya.

Minum susu okla. Tapi nampak macam nak muntah pun ada. Kak yone taknak bagi paracetamol. Kesian sangat tengok dia melawan bila kita paksa. InsyaAllah antibodi dalam badan akan develop melawan serangan virus dan bakteria.

Nak kupas pasal nak bagi ubat dengan strict for few days ni, kak yone pernah berjumpa dengan Paeds yang tak encourage sangat bagi paracetamol. Tak bagus untuk kesihatan hati anak-anak, especially yang masih kecil. Memang kak yone terkesan sangat dengan kata-kata doktor tu. Tapi kalau dah panas sangat, kenalah bagi. Bukan jangan tak bagi langsung ya.

Adik, kak yone hantar ke pengasuh. Sampai ke petang, pengasuh cakap adik muntahkan balik semua makanannya dan badan pun panas. Masa ni baru kak yone minta pengasuh suapkan paracetamol. Tapi tu pun muntah balik lepas makan πŸ˜”So kak yone minta izin balik awal untuk amik adik.


Tengok abangnya tengok apa dalam fon tuuu

Masa amik adik kat umah pengasuh, adik excited je. Badan pun dah mula berpeluh. Kak yone suspect, dia tak sedap perut. Lepas dah muntah, badan rasa lega, demam pun kebah. Alhamdulillah, adik makan sikit dan terus tidur.

Malam, adik bangun, makan dan minum susu macam biasa. Alhamdulillah, demam dah takde.

23 March 2017

Alhamdulillah, adik dah tak demam pagi ni. Tapi monyok lagi mukanya. InsyaAllah adik akan semakin pulih 😊 

Kesimpulan untuk cerita ini 😊

Masa anak-anak kecil dan tak sihat, ibu ayah memang kena sabar melayan karenah anak-anak. Depa tak reti nak cakap sakit kat mana, hanya menangis. Hati ibu memang kena kental dan sabar.

Ibu ayah, jagalah kesihatan. Bukan sebab kak yone jual vitamin, nak suruh makan vitamin... Bukannnnn. Tapi ada betul tak? Kalau kita sakit, macam mana kita nak jaga anak-anak? Jadi kesihatan tu memang kena jaga. Kalau boleh, biar kita sihat selalu. 

Amalkan set up immune Shaklee yang ada Nutriferon, Garlic Complex, Vitamin C dan Carotomax yang bagus sangat nak bantu kekalkan kesihatan. Tengok aje kawan kak yone yang tengah tak sihat tapi sihat dan berselera sikit lepas makan vitamin C je.



Jadi, jagalah kesihatan semasa kita sihat. Bila dah sakit, susah sikitlah. Kak yone selalu terfikir, kalau sakit sikit pun dah rasa teruk, macam mana sakitnya nak mati nanti? Renung-renungkan..

Wednesday, 15 March 2017

Menenangkan jiwa dengan Surah Yassin

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua 😊 Hari ni kak yone nak sharekan tip mudah nak bantu untuk menenangkan jiwa yang resah dan gundah gulana 😍



Tak dapat dinafikan, hidup kita ni, setiap hari pun penuh dengan pelbagai cabaran. Ada masa-masanya kita rasa stress sampai macam dah nak jadi gila. Tak boleh tahan sangat. Haha banyak orang menghadapi situasi tertekan ini tapi ini memang kehidupan. Memang penuh cabaran.

Kak yone pun tak lari daripada menghadapi keadaan-keadaan yang penuh mencabar ini. Tapi satu kunci yang kak yone pegang ialah, bertenang dan gi baca surah Yassin.

Kebaikan membaca Surah Yassin:

πŸ’™ Jika ada permintaan, insyaAllah akan dikabulkan

πŸ’™ Membantu menenangkan jiwa yang resah. Sebenarnya apabila baca Al-Quran, insyaAllah jiwa kita akan lebih tenang.

πŸ’™ InsyaAllah semua urusan kita akan dipermudahkan sepanjang hari. Pendapat personal kak yone, memang betul. Cuba baca surah Yassin selepas Subuh. InsyaAllah sepanjang hari tersebut kita akan rasa tenang dan bahagia je. Orang-orang di sekeliling kita juga baik-baik je pada kita (especially yang ada bos 😁)

Banyak lagi manfaat membaca surah Yassin. Malah lebih baik jika kita dapat membaca al-Quran setiap hari. Indirectly apabila membaca al-Quran, kita sedang membeli masa dengan Allah. Sebab itu, kalau terasa masa macam terbuang dan tiada yang bermanfaat diperoleh pada hari itu, bacalah al-Quran. 

Nak lagi baik, pagi-pagi tu, bacalah al-Quran dahulu. InsyaAllah hari kita memang akan menjadi lebih berkat dan bermanfaat 😊

Sekian coretan kak yone 😘😘😘

Monday, 13 March 2017

Tekanan darah dan paras gula stabil dengan Shaklee

Hari ni kak yone nak share pasal customer kak yone yang sorang ni 😊 Mula-mula dulu, approach kak yone tanya pasal Omega Guard. Dari situlah permulaan perkenalan kami ecewahhhh.

Setelah kak yone terangkan kepada Puan Rina namanya pasal kebaikan Omega Guard, maka Puan Rina, bersetuju membeli dan mendaftar menjadi ahli untuk mendapatkan harga yang lebih menjimatkan. Memang daebak 😊 

Bukan aje membeli Omega Guard, malah Puan Rina mengambil peluang kebaikan vitamin Shaklee yang:
πŸ’— Always safe
πŸ’— Always work
πŸ’— Always green

Untuk beli vitamin C, vitamin B Complex dan ESP. Haaa memang best tau.

Vitamin-vitamin Shaklee yang dibuat bukan calang-calang. Siap kajian demi kajian dijalankan sebelum diluluskan untuk dipasarkan. Kemudian siap ada pihak ketiga yang membuat kajian ke atas pengguna-pengguna vitamin Shaklee dan melihat keberkesanannya. Haaa...

Ok, berbalik kepada cerita kak yone. Suatu pagi hujung minggu yang nyaman, kak yone dapat whatsapp daripada Puan Rina. 

Alhamdulillah sangat, mak abah Puan Rina ni sihat dan masalah tekanan darah dan gula dah stabil dengan konsisten ESP, vitamin B Complex dan Omega Guard. Kak yone yang baca pun, rasa happy sangat untuk Puan Rina. Malah berjumpa berdepan-depan dengannya, Puan Rina cakap, wajah anak daranya semakin baik apabila konsisten vitamin C πŸ‘©

Semoga dimurahkan rezeki Puan Rina kerana menjaga dan mengembirakan ibu bapanya. K alau berhajat seperti Puan Rina, hubungi aje kak yone di 012-5538628.

Thursday, 9 March 2017

Lemak Baik Lemak Jahat & Kesannya Terhadap Badan

Hari ni kak yone belajar satu ilmu baru. Hahaha baru faham sikit kaitan sakit sendi dengan penghasilan lemak di dalam badan kita yang menjurus kepada sakit sendi ni.

Daripada pemakanan seharian kita, lemak-lemak yang masuk dalam badan, akan menjadi asid lemak dan membentuk sesuatu yang macam hormon dalam badan kita yang dinamakan eicosanoids. Eicosanoids ni pula ada 3 kumpulan. Hakikatnya setiap kumpulan berfungsi untuk manfaat diri kita juga. 

Contoh eicosanoids kumpulan 1, berfungsi untuk mengurangkan inflammasi serta melancarkan pengaliran darah dalam badan kita. Eicosanoids kumpulan 2 berfungsi menyebabkan inflammasi, menyebabkan darah membeku. Fungsi eicosanoids kumpulan 2 ni bagus apabila badan kita mengalami kecederaan. Jadi takdelah kita kehilangan banyak darah sebab darah dibekukan. TAPI, kita tak nak eicosanoids kumpulan 2 ni banyak-banyak sangat sebab boleh menyebabkan mudarat seperti sakit-sakit sendi. 

Eicosanoids kumpulan 3 ni, macam tengah-tengah. Dia seimbang. Melindungi badan kita daripada trauma dan jangkitan. Jadi, sebenarnya kita perlu ketiga-tiga kumpulan eicosanoids, tapi dalam kadar yang seimbang.

Kalau kita makan makanan yang lemak tepunya tinggi, maka asid lemak yang terhasil lebih cenderung membentuk eicosanoids kumpulan 2. Lemak-lemak tepu ni pula menyebabkan sel membran yang meliputi dan melindungi sel-sel kita menjadi keras dan kurang fleksibel. Jadi terjadilah inflammasi atau bengkak-bengkak pada sendi kita. Mulalah kita sakit-sakit tumit, sakit lutut dan sebagainya.

Faham ke? :D

Daripada cerita kak yone ni :D apa yang kak yone rumuskan ialah, pemakanan kita kena KAWAL! Yang lemak-lemak tepu tu, bukan tak boleh makan, tapi makanlah berpada-pada. Taknak dalam jangka masa panjang, boleh menyebabkan berlakunya blockage kepada salur darah dan seterusnya menyebabkan gangguan kepada organ-organ dalaman. Kalau di jantung, maka risiko untuk mendapat serangan jantung sangat tinggi.

Ikutkan nak dapatkan lemak-lemak baik ni susah. Jadi memang kena amalkan supplemen. Amalkan makan Omega 3. Kalau vitamin tu, Omega Guard yang kak yone jatuh cintan berkali-kali tu pilihan utama kak yone. Cukuplah kot sebelum ni sakit tumit. 


Kandungan Omega Guard yang kaya dengan Omega 3, EPA dan DHA sangat-sangat membantu mengurangkan inflammasi, kesakitan dan bengkak-bengkak. Omega 3 ni, melalui banyak kajian yang dijalankan, telah terbukti dapat mengurangkan masalah Rheumatoid Arthritis. 

Memang sangat bagus untuk sakit-sakit yang melibatkan sendi dan radang dalaman (inflammation). Malah Omega 3 ni membantu melancarkan pengaliran darah di dalam badan kita. So insyaAllah tekanan darah tinggi kita terkawal and dapatlah kita mengurangkan risiko sakit jantung, stroke dan sebagainya :) Alhamdulillah.

Kak yone makan Omega Guard dan jual Omega Guard

Wednesday, 8 March 2017

Nak Berjaya, Tulis Matlamat Hidup

Hari ni kak yone dapat berkenalan dengan seorang Dato' yang sangat down to earth tapi tengok rumahnya bagai istana 😍 Kalau tak tengok umahnya, memang tak sangka tau. Orangnya memang humble sangat.

Memang kami ke rumahnya dan beliau baru berpindah ke situ. Katanya, ini ialah dream house beliau. Alhamdulillah. Orangnya telah banyak menabur jasa kepada negara dan bekerja dengan banyak pemimpin negara kita. Ikhlas dan sangat amanah dalam melaksanakan tanggungjawabnya πŸ˜‰

Katanya pernah suatu masa merajuk dengan Tun M disebabkan satu kesalahan kecil. Padahal yang lain semua ok dan sebenarnya beliau dah put so much effort dalam menyiapkan tugasan tersebut. Ntah macamana, sejak dari itu, dirinya bagai tersedar. Hidup ni biar bertujuan. Kalau tidak kita memang hilang arah tuju.

Aduh... Masa tu macam nak nangis kak yone dengar. Dalam hidup ni, kebanyakan daripada kita tak sedar yang hidup ni biar bertujuan. Selalu kita akan cakap, tujuan kita nak berjaya dalam hidup tapi tujuan nak berjaya dalam hidup itu terlalu luas. Ada orang jadi doktor tu consider dah berjaya. Kemudian apa jadi? Jadi doktor and follow the flow?

Kata beliau yang sangat sama dengan bisnes Shaklee yang kak yone usahakan ialah, kami sentiasa diingatkan untuk TULIS matlamat dalam hidup. Contoh:

Pada penghujung tahun 2018, kak yone  nak bawa diri, suami dan kedua-dua belah parents untuk menunaikan umrah tajaan Shaklee.

InsyaAllah, Allah akan kabulkan sebab indirectly our mind, body and heart akan mendorong kita berusaha ke arah itu.

Apabila menulis matlamat, biar jelas sejelasnya. Biar ada tarikh spesifik, di mana dan apa-apa sahaja lagi yang menggambarkan tujuan. Supaya kita tahu deadline kita and work for it.

Beliau memang mencapai semua matlamat beliau. Begitu juga leader-leader Shaklee yang lain memang telah mencapai apa yang mereka hajati. Tapi mereka tak berhenti di situ. Perkara yang baik, kita share sama-sama kan supaya orang lain juga berpeluang merasai dan menikmati kehidupan ini dengan lebih baik 😊

Kak yone teringat satu lagi kata Dato' tersebut. Ohhh ya, Dato' tu perempuan tau. Bukan lelaki 😊 Kata Dato', jaga silaturahim dan panjang-panjangkan silaturahim. 

Benda-benda yang ditekankan ini semuanya adalah asas apabila kita berniaga. Macam dalam Shaklee, kami berkumpul dan bersilaturahim dengan ramai orang daripada pelbagai latar belakang. Tapi semuanya saling hormat menghormati, tolong menolong dan sayang menyayangi 😊

Kak yone sangat-sangat menggalakkan sesiapa yang mencari-cari untuk memperbaiki diri fizikal dan rohani, jom ikut kak yone kita jalan sama-sama perbaiki diri. Dalam Shaklee bukan aje nak suruh rebut wang ringgit tapi dalam Shaklee yang kak yone join ini, kami diminta untuk meletakkan pengharapan sepenuhnya kepada Allah Ta'ala.

Satu lagi, pesan dato' tersebut dan memang sangat penting pun peringatan ini dalam kehidupan kita, mintalah segala-galanya dengan Allah dan tiada selainNya. Dia yang Maha Memberi dan Maha Pemurah. InsyaAllah Allah akan makbulkan.



Ajaran Islam memang sangat lengkap. Kita nak buat atau tidak aje. Apabila kita mengejar akhirat, InsyaAllah dunia akan mengejar kita. Dengan itu, semua kebaikan akan datang kepada kita. Segala-galanya minta daripada Allah. InsyaAllah, jika bukan sekarang, suatu masa nanti pasti terkabul.

Sekian coretan kak yone. 
012-5538628

Insulin Dan Kencing Manis

Orang yang mengidap kencing manis atau diabetes ini sebenarnya mengalami masalah rintangan insulin. Puas kak yone cuba fahamkan apa dia rintangan insulin (insulin resistance) ni. 



Beginilah penerangannya. Apabila kita makan, terdapat glukos atau gula di dalam makanan kita. Apabila makanan masuk dalam badan kita, glukosa ini akan ditukarkan kepada tenaga oleh insulin. Dengan itu, kadar gula akan diturunkan dalam darah. 

Namun, yang menjadi masalah ialah apabila sel-sel dalam badan kita tak sedar akan kehadiran insulin ini.

Macam mana boleh tak sedar pulak insulin ni? Kan badan kita dah dijadikan sedemikian cantik? Ok. Dalam badan kita ada asid amino yang dinamakan Arginine. Arginine ni akan berfungsi dengan fantastik apabila rantaian asid amino dalam badan kita lengkap. Tapi, badan kita tak buat semua asid amino tau. So, kita kena dapatkan daripada makanan atau diet harian kita.

Apabila semua 9 rantaian asid amino dalam badan lengkap, memang tiptopla keadaan dalaman kita. Insulin yang dihasilkan pun memang sel-sel badan kita akan dapat detect dan seterusnya membantu menurunkan kadar gula di dalam darah.

So macam mana pulak nasib orang yang ada diabetes ni? Takde ke cara nak bantu? Adaaaa jangan risau. Supplemen ESP mengandungi kesemua rantaian asid amino yang diperlukan badan. Jadi dengan konsisten ESP, insyaAllah, lama kelamaan Insulin yang dihasilkan di dalam badan akan kembali beroperasi menukarkan glukosa kepada tenaga, akhirnya kadar gula dalam darah juga menurun 😊

Yang best lagi, ESP ni adalah sejenis supplement yang rendah indeks glisemik. Apa pulak tu? Makanan yang rendah indeks glisemik ialah, apabila kita minum atau makan, tenaga akan dilepaskan secara perlahan-lahan. Jadi takdelah kita rasa lapar dalam masa yang singkat 😊

Best tak ESP ni? Tambah best lagi, amalkan ESP dan Vivix :D Resveratrol dalam Vivix juga membantu badan kita supaya lebih peka dengan kehadiran insulin. InsyaAllah konsisten dua beradik ni, we can say bye bye to diabetes :D

Nak dapatkan kedua-dua supplemen ini, ingat je no 012-5538628. Kalau tak nak susah-susah contact kak yone, klik butang order di bawah. Tapi bila dah beli, jangan lupa tanya kak yone cane nak makan. Free aje konsultasi untuk pelanggan-pelanggan kak yone 😊



Ikhlas,
Kak yone share untuk manfaat semua