Monday, 28 November 2016

Jom Ke Kelas!

Dulu-dulu, apabila kak yone join sebagai ahli Shaklee, boleh kata zero knowledge kak yone ni. Yang ada pun, yang ingat-ingat lupa masa belajar pasal nutrisi di sekolah dulu.

Apabila kak yone dah mula menjual Shaklee, kak yone tahu, kak yone kena lengkapkan diri dengan pelbagai ilmu. Dalam group Shaklee kak yone pun, ramai guru-guru yang berpengalaman yang tidak loket berkongsi ilmu. Macam-macam ilmu ada 😁


Kak yone paling suka hadiri kelas-kelas yang berkaitan nutrisi sebab banyak sangat perkara-perkara baru yang kak yone belajar. Memang kagum dan tak sangka ohhhh vitamin ni boleh bantu untuk penyakit-penyakit gini.



Tengok kelas-kelas Shaklee semuanya boleh bawa anak-anak. Sangat mesra ibu bapa. Sebab group Shaklee kebanyakannya terdiri daripada surihati suami. Jadi kalau terlalu rigid sampai takleh bawa anak, alamatnya takde sambutanlah kelas-kelas yang dijalankan.

Lagi satu, kebaikan apabila dah ke kelas, apabila jual vitamin, kita akan lebih confident dengan manfaat vitamin-vitamin tersebut. Jadi, bila customer tanya... Kita nak yakinkan customer pun, tersampai aura kita pada customer 😊 

Dulu-dulu kalau customer Whatsapp kak yone tanya set-set tertentu, pasti kak yone cepat-cepat tanya upline. Lama-lama, dah kurang. Sebab:
1. Pengalaman makan sendiri akan mengajar kita.
2. Sebab kita belajar daripada kelas-kelas yang dihadiri.

Daripada tak tahu jadi tahu. Teknik nak cari vitamin yang sesuai untuk masalah customer pun diajar. Kita apply aje. Ishhh senang sangat jual Shaklee ni :)

Haaa... Nak join juga? Jejoms. Whatsapp je kak yone. Kak yone menantikan whatsapp korang. Tak susah pun. Ingat no ni selalu 012-5538628.

Rakan Shaklee anda di mana jua:
Kak Yone
Tel: 012-5538628.
ID Shaklee: 1112978

#TsunamiShaklee
#9Gemilang

Nikmat sebuah sabar

Dalam keributan, Allah berikan cahaya.... Allahuakhbar.... Sungguh itulah rasa hati ini. Terduduk syukur πŸ˜‚ Terima kasih Ya Allah.... Engkau Maha Mengetahui dan Maha Penyayang... Nikmat apa lagi yang aku nak dustakan πŸ˜‚

Menjadi manusia ni, sememangnya kita banyak sangat kekurangannya. Sedang aku serabut dengan benda yang tidak selesai. Tiba-tiba aku dapat message yang benda lain yang memang aku nantikan, telah selesai.

Allahuakhbar, memang dua perkara berbeza tapi Allah bayar satu dahulu. Dengan kesabaran, insyaAllah tak lama lagi yang satu lagi pun akan settle. Aku pasti 😊


Kata-kata yang paling aku suka, apabila diuji, bersabar dan solatlah. Tak payah susah-susah mikir nak buat apa. Lepas solat mengadu dan berdoalah banyak-banyak. Allah pasti tunjukkan jalan.

Itulah yang aku katakan. Nikmat apa lagi yang aku nak dustakan. Apabila difikir-fikirkan, kecik sangat perkara yang aku hadap jika dibandingkan dengan isu Rohingya yang dibunuh di Myanmar 😰 Tapi kita ni banyak je mengadu kan? Benda-benda kecik je pun...

Terima kasih Ya Allah.... Jadikanlah aku ini hambaMu yang bersabar.... HambaMu yang bersyukur.... Sesungguhnya nikmatMu terlalu luas. 

Semoga diri ini belajar untuk lebih bersabar. Tiada yang lebih indah apabila bersabar dan mencapai apa yang dihajati. 😊 Doaku untuk semua, agar kita sabar dan tabah dalam menghadapi segala ranjau dan duri hidup ini dan dipermudahkan segala urusan.

Pengedar Shaklee anda:
Diana
ID Shaklee: 1112978
Tel: 012-5538628


Saturday, 26 November 2016

Setiap Rumah Wajib Ada 1

Tahukah anda berapa umur Vitalea ni? Haaaa tua dah umur Vitalea ni... Dah 100 tahun lebih... Inilah vitamin pertama yang Dr. Forrest C. Shaklee hasilkan. Masa tu dikenali sebagai Vitalized Minerals. Vitalea ni merupakan multivitamin πŸ˜€


Bagi saya lah... Jika saya berkeupayaan, pasti saya akan berikan Vitalea ini pada setiap rumah. The basic vitamin yang harus ada di setiap rumah... Untuk kanak-kanak pun ada juga iaitu Vitalea for Children. 


Kenapa harus ada di setiap rumah? Sebab setiap hari kita tidak mendapat nutrisi yang mencukupi daripada pemakanan kita. Jadi dengan mengambil Vitalea ini, InsyaAllah kita sudah berikhtiar untuk memastikan badan kita mendapat nutrisi lengkap.

Tahu tak, nutrisi yang mencukupi membantu menjadikan kita lebih sihat, emosi lebih stabil. Tu kan penting... Ramai orang sekarang mengalami masalah kekurangan nutrisi sehingga menyebabkan gangguan kepada kesihatan fizikal dan mental πŸ˜‚

Jadi, mulakan sekarang. Pastikan Vitalea ada di rumah anda sekarang juga :) 

#TsunamiShaklee
#9Gemilang

Rakan Shaklee anda:
Nurdiana Aniff
Tel: 012-5538628

Thursday, 24 November 2016

Yang Dulu Jadikan Pengajaran

Ni kisah kak yone dulu. Sebelum berkahwin. Lepas habis belajar terus bekerja di bandar metropolitan ini. Tak sempat pun berehat di kampung halaman, walaupun kampung kak yone, bukanlah kampung pun πŸ˜„

Tinggal di bandar metropolitan Malaysia ni... Ishhhhh bukan senang. Kalau diimbas balik, penat rasanya. Bekerja pagi, petang sampai malam, sampai ke pagi balik baru nak balik rumah.... Semuanya semata-mata nak kejar duit lebih nak bayar komitmen tinggal di bandar besar πŸ˜“

Masa bujang oklah. Kerjalah sampai macam mana pun.. Tapi apabila dah kahwin, ada anak, takkan nak stayback, bukan aja sampai lewat malam malah sampai ke pagi lagi.... Ya Allah, sudah-sudahlah kak yone masa tu. Dahlah tengah mengandungkan anak yang sulung... Maka kak yone terpaksa tinggalkan semua itu. Kehidupan memang sukar. 

Kemudian, nak teruskan kehidupan, kak yone ajar home tuition dan mengajar di tuition centre pula. Lepas kerja 8 to 5, kak yone bergegas pula ke rumah anak-anak murid kak yone atau tuition centre. Anak sendiri, kak yone minta tolong ma abah tolong jaga nun jauh di Penang 😰 memang sadis. 

Penat memang tak payah cakap. Tapi kak yone bersyukur, jumpa dengan ramai anak-anak murid yang baik. Saat-saat tu adalah kenangan yang terindah dan merupakan pengalaman yang sangat mahal. Life goes on.

Biasalah kan.. Itulah kehidupan... Di awal perkahwinan, memang struggle. Macam-macam dibuat untuk stabilkan kewangan, termasuklah upgrade sijil dengan sambung belajar. Memang banyak sangat berdoa agar diberikan kemudahan. 

Sampai suatu masa, kak yone tekad nak jaga semula anak kak yone. Sampai bila kak yone nak menyusahkan ma dan abah. Betapa hebatnya kuasa doa, Allah tunjukkan jalan yang lebih baik sebelum kak yone habis belajar lagi, ada rezeki pekerjaan yang lebih baik. Dengan itu, kak yone tak perlu lagi mengajar tuition dan dapatlah kak yone luangkan masa dengan anak kak yone.

Daripada pengalaman yang lepas-lepas ini, kak yone ambil iktibar, untuk kehidupan sekarang, untuk persediaan kehidupan mendatang. 

Cabaran dan dugaan dalam hidup memang takkan berhenti. Kini, kak yone masih lagi bekerja dan pada masa yang sama memulakan bisnes Shaklee secara online. Ikutkan komitmennya harus sama macam mengajar tuition. Tapi yang bagusnya, kak yone tak perlu keluar daripada rumah. Semuanya boleh dibuat dengan anak-anak berada di sekeliling kak yone 😊




#TsunamiShaklee
#9Gemilang

Pengedar Shaklee anda:
Diana / Kak Yone
Hearty . Love . Healthy
COD: Petaling Jaya, Shah Alam, Klang, Mid Valley
ID Shaklee: 1112978
Tel: 012-5538628

Wednesday, 23 November 2016

Vitamin Laku Keras Kesukaan Saya πŸ˜€

Hari ini nak cerita dua vitamin favourite saya :) Memang suka sangat sebab ada cerita-cerita best disebalik vitamin-vitamin ini pada saya 😊 Kedua-dua vitamin ini adalah MUST HAVE bagi setiap rumah.

Omega Guard πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•
====================================================
Saya mula amalkan Omega Guard apabila mengalami masalah sakit tumit. Sebelum tu, memang dah macam-macam saya cuba, ada juga sampai mengambil ubat yang diharamkan KKM. Haaa boleh baca di SINI ceritanya. 

Tapi yang paling membantu 'menghilangkan' terus sakit tumit saya ialah Omega Guard :) Malah mak mertua saya pun sangat konsisten dalam mengambil Omega Guard ini untuk masalah sakit lututnya.

Selain itu, Omega Guard membantu melancarkan pengaliran darah dan mengurangkan masalah tekanan darah tinggi dan membantu mengawal kolesterol dalam badan. Haaa sebab itulah saya bagi abah saya makan Omega Guard ini juga :)

Yang best lagi, Omega Guard ini bukan sahaja baik untuk orang dewasa, malah sangat baik untuk kanak-kanak juga. Kalau tak tengok sendiri, pasti kita takkan tahu. Dulu-dulu saya hanya baca je kawan-kawan yang bagi anak-anak mereka kunyah Omega Guard ni macam gula-gula. 

Saya cuba bagi pada anak sulung saya sebab kerap sangat mengalami masalah batuk-batuk dan selsema. Tapi dia susah nak kunyah. Masa tu tak terfikir nak suruh telan terus aje πŸ˜‹

Suatu hari tu, saya nak bawa dia mandi pool. Jadi saya pancing dulu supaya anak saya makan sebiji Omega Guard agar membantu memanaskan badan sebab nak berendam kan... Alhamdulillah. Kali ni anak saya telan aje Omega Guard tu. Tak susah pun sebab dalam bentuk kapsul dan sangat licin dan mudah untuk ditelan.

Mulai hari itu, saya konsisten bagi pada anak sulung saya Omega Guard sebagai ikhtiar masalah batuk-batuk yang asyik kena amik gas tu... Sampai doktor pun dah suruh bersedia amik inhaler πŸ˜“ 




Alhamdulillah, lepas doktor cakap macam tu, kami memang dah tak jumpa dah doktor tu sebab anak saya sangat-sangat terkawal batuknya dan memang jarang demam. Boleh kata tiada lagi lawatan ke klinik setiap bulan seperti sebelum amalkan Omega Guard tu.

Omega Guard ni memang best, sebab banyak manfaatnya. Yang penting yang anda harus tahu, setiap jangkitan penyakit akan mengakibatkan terjadinya radang atau inflammation. Tapi pengambilan Omega Guard akan membantu mengurangkan masalah radang kerana Omega Guard bertindak sebagai anti-inflammation. 

Satu lagi masalah yang saya selalu hadapi ialah terkena alergik yang menyebabkan terjadinya simptom seperti lelah dan semput sampai sesak nafas. Saya akan telan Omega Guard untuk membantu mengeringkan kahak atau mukus yang terbentuk kerana serangan alergik ini. 

Alhamdulillah, tidak lama selepas itu, memang keadaan saya pun terkawal, tiada lagi batuk-batuk teruk, pernafasan juga sangat terkawal. Kahak yang terbentuk memang akan kering. Sebab tu, saya suka sangat Omega Guard ini.






====================================================

Sustained Release Vita-C Plus
πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“

Selalunya vitamin C ni sinonim dengan perempuan yang menginginkan kecantikan kulit. Saya tak kenal vitamin C Shaklee ni sebab nak kulit cantik... heeee... Tapi saya mula ambil vitamin C ini secara konsisten apabila mengandungkan anak kedua saya iaitu salah satu vitamin daripada set hamil Shaklee. 

Masa tu, kalau saya batuk-batuk ke, selsema ke, malah demam sekalipun, vitamin C lah yang saya telan. Yela tengah mengandung... Saya cuba elakkan pergantungan kepada ubat-ubatan 😊 Saya lebih fokus kepada pengambilan vitamin.

Tapi sepanjang mengandung tu, saya perasan yang kulit saya lebih bersih. Jerawat-jerawat pun dah jarang-jarang keluar. Ada pun yang halus-halus sikit-sikit aje. Tapi memang perubahan yang sangat ketaralah apabila mengamalkan Sustained Release Vita-C Plus ni. Udahlah sebotol 180 biji. Amik sebiji sehari, tahan 6 bulan. Sangat berbaloi dengan harganya RM92.50. 

Ramai customer-customer saya pun jatuh cinta dengan vitamin C ni. Dulu-dulu, saya pun selalu gak ragu-ragu. Sampai dalam fikiran cakap, "Bagus sangat ke vitamin C Shaklee ni? Macam sama je ngan vitamin brand-brand lain." Ternyata anggapan saya sangat salah! Bila dah rasa baru percaya 😊

Ada best friend saya, mengambil vitamin C untuk masalah bintik-bintik di sekitar mata. Alhamdulillah dengan dose yang dicadangkan, memang bintik-bintik itu tidak timbul lagi... Sampai sekarang sahabat saya tu setia dengan Sustained Release Vita-C Plus ni.... Macam saya juga :D

kasi can admin kongsi gambar sendiri bila amalkan Vitamin C dengan konsisten




====================================================

Inilah dua vitamin kesukaan saya. Masa promosi mesti saya akan borong dan tak risau sebab akan laku keras punya :)

Amacam ada bran nak try? 

COD:
Petaling Jaya (VSQ, Amcorp Mall, Menara PKNS)
Shah Alam dan sekitarnya
Klang (Bukit Tinggi, Taman Sri Andalas)
Mid Valley
USJ

Rakan Shaklee Anda:
Tel: 012-5538628

#TsunamiShaklee
#9Gemilang

Monday, 21 November 2016

Ceritera tentera dalam badan kita

Terbaca hari ni pasal sistem pertahanan badan atau orang panggil immune system. Rupanya ada dua jenis:

1. Innate Immunity
Innate immunity ini adalah sistem pertahanan badan pertama kita, orang cakap sebagai first line defence (kalau tentera tu, tentera barisan hadapan). Terdiri daripada:

- kulit
- air liur
- air mata
- lendiran atau mukus yang ada dalam hidung dan mulut
- Asid yang terdapat di dalam perut
- Sel di dalam saluran darah yang berfungsi menghapuskan bakteria



Apa-apa sahaja yang menyerang kita (sedar atau tanpa kita sedari) akan terpaksa menghadap yang first line defence ni dulu. Macam kalau mata masuk habuk, apa jadi? Mata kita akan jadi berair sebab nak keluarkan habuk itu.

Kalau kita tinggal kat tempat yang tercemar, hidung kita berair. Sebab apa? Sebab nak tapis segala kotoran yang nak masuk dalam badan kita.

Itulah antara contoh-contohnya 😊


2. Adaptive immunity
Adaptive immunity adalah sistem pertahanan kedua atau second line defence yang lebih complicated fungsinya. Nama pun adapt iaitu membiasakan diri. Jadi fungsinya ialah, apabila pertama kali bakteria atau virus menyerang, semestinya sistem pertahanan badan akan mempertahankan badan. Tapi hebatnya ciptaan Allah, sistem badan kita ni akan belajar dan ingat, kalau bakteria atau virus ni mai serang lagi lepas ni, dia tau dah nak buat apa.

Jadi, kalau kita terkena jangkitan bakteria yang sama, kesannya mungkin kita tak sakit sangat atau kalau sakit pun, sikit aja. Sebab badan kita dah membentuk suatu antibodi untuk mempertahankan badan daripada serangan bakteria tersebut.

Antibodi ni akan bersedia kalau ada serangan virus atau bakteria lagi di masa hadapan.

Yang kedua ialah, jika termasuk mana-mana organisma dalam badan yang mengeluarkan penyakit, dalam darah kita ada sel-sel mikrofaj yang akan makan organisma ini untuk mengelakkan organisma ini daripada membebaskan penyakit.

Allah memang dah cipta kita sebaik-baik kejadian. Tapi.... kejadian virus dan bakteria ni pun hebat juga. Virus dan bakteria ini juga berevolusi mengikut masa. Maknanya kalau dulu, sekali terkena dengan serangan antibodi, mungkin mati. 

Tapi depa ni pun boleh berevolusi memperbaiki lagi pertahanan depa supaya bila berhadapan dengan antibodi yang sama, depa boleh bertahan dengan serangan antibodi tersebut.

Sebab tu, dulu kalau demam viral, lepas 3 hari tak baik kena pi jumpa doktor balik kan? Sekarang doktor kata kalau lepas 5 hari tak baik-baik pun dah jadi normal, sebab virus dan bakteria semakin kuat. Haishhhh takut kan takut.... 😰

Sebab tu, walaupun badan kita memang dah lengkap dengan sistem pertahanan tersendiri, kita bertanggungjawab menjaga diri kita juga. Makan tetap kena jaga. Bukan bantai makan macam-macam tak tentu hala. 

Gaya hidup pun kena sihat. Dahla makan macam-macam, lepas tu tak bersenam. Jenuh badan kita nak layan segala macam yang masuk dalam badan. Kesianlah kat badan sendiri. Tak sayang badan ke? Nak pakai sat ke lama?

Untuk jaga diri lebih lagi, kita kena jaga nutrisi pemakanan sehari-hari. Tapi persoalannya cukup zat tak kita makan setiap hari? Sekarang ni, nak harap pada pemakanan sahaja pun tak berapa nak cukup. Sayur-sayur banyak yang guna racun serangga yang berlebihan, ayam pulak ayam cucuk. Ngeri rasa.

Sebenarnya badan kita mudah jatuh sakit apabila tak cukup nutrisi. InsyaAllah apabila dah cukup nutrisi, sihatlah kita. Contohnya kalau kita duduk kat tempat yang banyak pencemaran macam asap-asap ni, banyak radikal bebas yang masuk dalam badan kita. Kita kena makan nutrisi yang tinggi antioksidan untuk membantu menghapuskan radikal-radikal bebas ni.

Kalau cepat stress, asyik fikir negatif, sistem pertahanan badan kita jadi lemah. Kita sendiri yang buat badan kita lemah.

Kalau badan kita kurang makanan yang tinggi antioksidan, kesannya tengok kat diri sendiri. Badan akan jadi lemau, letih, kulit kusam dan nampak tua sebelum usia

Jadi, dari sekarang, amalkan makan supplemen. Orang sekarang dah tak sama macam orang dulu. Dulu-dulu udara lebih segar. Atok nenek kita, walaupun dah berusia, depa masih kuat buat kerja-kerja kampung, bercucuk tanam. Opah saya umur dekat 100, tapi Alhamdulillah, elok berkebun, tebas lalang. Tak sama macam kita yang cepat semput kan 😊

Paling mudah, amalkan multivitamin dan vitamin C. Tapi, pilihlah brand yang betul, macam brand Shaklee yang memang terbukti selamat, semulajadi dan berkesan. Shaklee ada Vitalea (multivitamin), Sustained Release Vitamin C Plus yang siap ada teknologi untuk melepaskan hanya 100gm vitamin setiap jam, lapisan demi lapisan supaya badan kita betul-betul serap vitamin c tu.

Nak bantu boostkan sistem pertahanan badan kita lagi, tambah Nutriferon. Kalau orang yang ada AIDS tahu, depa perlukan interferon (yang kena cucuk ke badan) supaya badan depa kuat melawan virus HIV. Mahal sangat harganya satu suntikan tu.

Tapi saintis dalam Shaklee dah cipta Nutriferon yang sama fungsinya dengan Interferon ni. Mudah dan kosnya jauh lebih murah berbanding satu suntikan. Apabila amalkan Nutriferon ni, badan kita akan lebih peka dan bersedia dengan serangan virus atau bakteria. Memang terbaik Nutriferon ni.

Boleh tengok testimoni-testimoni berikut:






Panjang betul cerita saya. Nak tahu lagi, jangan segan-segan bertanya saya  Banyak lagi yang boleh saya kongsikan.

Rakan Shaklee anda:
Hearty . Love . Healthy
ID Shaklee: 1112978
Tel: 012-5538628


Sunday, 20 November 2016

Peringatan Allah melalui Grand Ihtifal anakku

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca-pembaca semua 😊 Hari ni nak share moment yang sangat sebak meruntun jiwa semasa menghadiri Grand Ihtifal anak sulungku. Saya ni ibu berhati tisu. Mudah aje jadi lembut tengok anak yang semakin membesar 😭



Sesungguhnya banyak peringatan Allah dalam majlis itu 😭 Sebelum ku terlupa, harapnya dapatlah bersama-sama kita ambil pengajaran dalam entry ini.

Tema Grand Ihtifal tahun ini ialah Quran in my heart. Ada empat cawangan LC untuk majlis ini, dan semuanya mempersembahkan persembahan yang dipetik daripada ayat-ayat Al-Quran.

Tapi yang sangat meruntun jiwa ku ialah persembahan yang membabitkan pesanan Lukman al-Hakim kepada anaknya daripada surah Lukman Ayat 12-19, Surah al-Fath ayat 1-3, dan Surah Al-Kahfi ayat 7-11. Baca dan fahamilah maksud-maksud ayat-ayat Al-Quran ini ya. Sesungguhnya ayat-ayat ini memberi peringatan dan nasihat kepada ibu bapa untuk mendidik anak-anak dengan sebaik-baiknya.

Saya akan kongsikan pada entry seterusnya tentang pesanan Lukman al-Hakim kepada anaknya, insyaAllah. Nak share di sini, panjang sangat la pulak entry ni 😊

Entry ini sebagai peringatan untuk diri saya sendiri sebagai seorang ibu dalam mendidik anak-anak yang bakal menjadi pemimpin pada masa hadapan. Pilihan di tangan kita sama ada nak membiarkan anak-anak berdiri bersama pimpinan Imam Mahadi atau hanyut menjadi pengikut Dajjal. Inilah masa yang akan menentukannya, sementara mereka masih kecil, didiklah mereka.

Kita pun tahu, kita berada dalam fasa zaman ke-4 iaitu zaman yang penuh fitnah, derita dan sengsara. Pada zaman ini, manusia hanyut, terlalai dan terleka dengan pelbagai hiburan yang dihidangkan di depan mata. Dunia di hujung jari kan....

Sedangkan kita sendiri pun tidak cukup kuat dalam menghadapi terlalu banyak keseronokan, inikan pula anak-anak kita. Takkan kita nak membiarkan mereka juga hanyut. Jangan biarkan mereka, generasi masa depan kita hancur kerana kelalaian kita sendiri 😰

Gadgets Gadgets Gadgets



Kebanyakan daripada ibu bapa pada masa kini tidak dapat lari daripada menyogokkan anak-anak dengan gadgets. Kalau bukan tab, smart phone pun jadilah kan? 

Satu pelempang tepat ke muka saya yang membiarkan anak-anak terlalu terdedah dengan gadgets ini. Kononnya nak membiarkan mereka menghabiskan masa dan tidak mengganggu kita buat kerja. Aduhai, sedihnya! Dulu-dulu ada ke mak ayah kita buat begitu pada kita?

Walaupun zaman dah berbeza, gadgets is the thing now, tapi berpada-padalah juga kita mendedahkan anak-anak kita kepada alat-alat ini. Yang terbaik adalah hanya 1 jam setiap hari kalau nak mengadap gadgets including TV!

Banyak kesan tidak baik terhadap anak-anak dengan penggunaan gadgets ini. Antaranya ialah:

- Weak motor skills 
Jari anak yang terbiasa swipe touch screen akan mengalami masalah untuk berfungsi dengan baik terutamanya dalam kemahiran memegang pensel untuk menulis dan mewarna. Malah nak pegang sesuatu dengan kuat pun sukar.

- Affected body posture
Posisi kepala dan leher yang asyik menunduk melihat tab akan merosakkan postur badan mereka. Posisi badan mereka akan kelihatan menunduk daripada posisi asal yang sepatutnya menegak.

- Anak-anak kurang fokus
Anak-anak yang terbiasa dengan gadgets, tidak dapat memberi tumpuan yang lama terhadap perkara. Tidak seperti sumber-sumber dalam gadgets yang boleh ditukar-tukar kepada apa sahaja yang diminati dengan pantas.

- Cenderung berada di alam sendiri
Kanak-kanak kebiasaannya suka berkawan dan bermain-main. Tetapi kerana ketagih terhadap gadgets, masing-masing akan sibuk dengan tab masing-masing. Tengok aje kalau pergi ke gathering. Yang ada tab akan sibuk dengan tab masing-masing dan yang tiada akan mengerumini anak-anak yang ber-tab. 

Banyak lagi kesan-kesan gadgets terhadap anak-anak. Anda boleh google sendiri untuk mengetahuinya.

Terkesan dan kagum dengan Sultan Muhammad Al-Fateh yang telah dididik oleh Ayahandanya Sultan Murad II untuk menjadi seorang raja yang sebaik-baik raja. Pada usia 21 tahun, Sultan Muhammad Al-Fateh telah berjaya menawan Constatinople. 

Sejak dari kecil lagi, Muhammad Al-Fateh memang telah dididik dengan pelbagai ilmu oleh ayahandanya untuk menjadikannya sebagai individu yang bijaksana. Memang telah ditanam di dalam dirinya yang suatu hari Kota Constantinople akan jatuh pada tangannya. 

Hayatilah video berkenaan Sultan Muhammad Al-Fateh seperti dibawah, di mana Nabi Muhammad SAW sendiri dengan diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hambal mengatakan bahawa 


"Akan dibebaskan Kota Constatinople itu.... 
Maka sebaik-baik raja, itulah rajanya. 
Sebaik-baik tentera, itulah tenteranya..."




Di manakah tahap kita dalam memberikan yang terbaik kepada anak-anak? Sudah-sudahlah wahai ibu bapa sekalian. Gadgets is never the solutions for us to use in order to raise our children up. Our children need us to listen to them when they speak, and to spend more QUALITY time with them. Put aside the gadgets when the children are with us. 

Sediakan masa untuk mereka. InsyaAllah masa yang kita peruntukkan untuk mereka akan membantu kita pada masa hadapan. Peringatan untuk diri saya sendiri juga 😰

Harap entry ini bermanfaat. Sama-samalah kita merubah diri kita menjadi ibu bapa yang lebih baik dalam mendidik generasi yang akan menjadi pemimpin pada masa akan datang.

Suatu masa nanti anak-anakku, apabila kamu membaca entry ini, ketahuilah bahawa ibu dan ayah cuba menjadi yang terbaik untuk kamu. Sesungguhnya terlalu banyak kelemahan ibu dan ayah. Maafkan kami.  InsyaAllah akan kami beri yang terbaik untuk kamu.... Semoga kamu menjadi anak-anak yang soleh.

Diana
Hearty . Love . Healthy

Cari Mentor Terbaik Shaklee 😘

Those good old days... πŸ˜€ Pada masa inilah saya mula rapat dengan Ainul Malik. Sahabat saya dunia akhirat 😊 Kami memang bersekolah tingkatan 4 dan 5 bersama-sama. Tapi sekadar kawan jiran sekelas. Masuk matrix pun sama. Masa tu pun dah mula kenal rapat 😁 Tapi first year di Uni, bilik kami selang dua tiga bilik. Jadi masa tu selalu gi makan di dewan makan sama-sama. 


Muka macam budak-budak lagi 😍

Sampailah lepas grad semua... Masing-masing bawa haluan masing-masing. Ainul sambung master dan saya bekerja. Memandangkan kami berdekatan, jadi selalu juga berjumpa... Bertukar-tukar khabar, gossip πŸ˜…

Sampailah masing-masing berkahwin... Tarikh nikah pun beza seminggu πŸ˜‚ Tak dapatlah kami nak datang sebab masing-masing sibuk dengan persiapan. 

Lepas tu, bila da ada anak, semua pun lebih banyak spend masa dengan keluarga. Once in a while kami berjumpa. Sebab lokasi dah semakin menjauh 😊 Saya tahu Ainul menjual Shaklee. Vitamin Ostematrix adalah vitamin pertama Shaklee yang saya beli daripada Ainul.

Tapi hati saya belum terbuka pun nak jadi ahli. Hanya beli kadang-kadang. Smpailah tarikh birthday saya pada tahun 2014, saya berkunjung ke rumah Ainul. Masa tu saya terus daftar online di rumah Ainul. Sebelum tu berkali-kali saya kata nak daftar tapi tak daftar-daftar juga. Akhirnya bila berkunjung tu, saya terus nekad taknak bertangguh-tangguh lagi 😁

Alhamdulillah 2 tahun lebih dah saya menjadi ahli dan menjalankan perniagaan Shaklee ini. Syukur banyak yang dipelajari. Dekat atau jauh saya dengan Ainul tak penting pun. Kebanyakan masanya kami berwhatsapp dan sekali sekala berjumpa di HQ atau berkunjung ke rumah.

Kalau anda mencari orang untuk mendaftar diri sebagai ahli Shaklee, tak perlu risau dengan siapa pun anda mendaftar. Tapi carilah ahli Shaklee yang serius dalam perniagaan dan dari group yang best. Macam mana nak tahu? Jenguk-jenguk blognya, fbnya... Kat situ anda akan tahu πŸ˜€. 

Yang terbaik, jom join kami 😁

Rakan Shaklee anda:
Nurdiana Aniff
Tel: 012-5538628

#TsunamiShaklee
#9Gemilang

Thursday, 17 November 2016

Cara menghilangkan sakit kepala tanpa ubat

Semalam saya dan seorang lagi kawan sepejabat dikehendaki membantu sebagai AJK untuk menguruskan pendaftaran untuk dinner di sebuah hotel. I have been looking forward for this event sebab nak makan free (Lecithin tidak dilupa sebelum nak makan tu πŸ˜‹). 

Ku sangka panas sehingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari πŸ˜” Memang ramai orang yang datang. Ntah kenapa sakit kepala mula menyerang. Aduh... Memang sakit. Ingatkan sebab hectic sangat dengan registration dan tak makan lagi yang membuatkan daku sakit kepala. 



Apabila majlis dah bermula, saya dan sahabat saya masuk ke dewan. Duduk sekejap kemudian makanan pun dihidangkan. Daku mulalah makan. Tapi sakit kepala tak hilang-hilang. Sampai aje hidangan butter prawns, ku cuba makan. Tapi tak lepas tekakku. Masa ni belum ada rasa nak muntah. Cuma hampir-hampir nak mula rasa nak muntah.

Risau sebab sebelum ni, sakit kepala ni menjurus kepada muntah yang teruk. Masa tu nak bangun pun tak boleh.

Saya pun makanlah prawn tu setengah dan saya stop. Tak boleh nak telan (sebelum tu masih boleh lagi). Perut pulak rasa bergelodak. Saya pun meminta diri ke tandas. Pagi tu, memang perut saya memulas. Tak sangka sambungannya ada lagi. 

Namun, walaupun dah ke tandas dua kali, sakit kepala saya masih tak hilang-hilang. Saya tiada sebarang vitamin atau ubat dengan saya waktu tu. Risau macam mana nak drive balik nanti πŸ˜“ Saya masuk semula ke dewan dan duduk. Hidangan butter prawns takde siapa dah makan. 

Normally kalau udang tu, memang favourite saya. Tapi itulah, Allah dah menentukan saya makan sikit je. Nak buat macam mana. Ketentuan Allah tak mampu diubah. Walaupun depan mata, tapi bukan rezeki saya. Saya redha dan tersandar kerana sakit kepala menjadi-jadi.

Tiba-tiba, pengacara pun mula bercakap selepas pertunjukan slide show. Saya pun tengok dan dengar apa yang dicakapkan oleh pengacara majlis. Mula-mula tidak menarik perhatian. Tapi rupanya pengacara sedang berjenaka di tengah pentas.

Sedikit sebanyak hati mula tercuit dan terhibur. Memang kelakor. Terbahak-bahak saya dan kawan saya gelak. Makin banyak saya ketawa, makin kurang sakit kepala saya. Allahuakhbar. Saya kembali tenang. Saya enjoy mendengar jenaka yang dilakukan oleh pengacara tersebut. 

Akhirnya, sakit kepala saya hilang! 😊Hebat sungguh kuasa Allah. PerancanganNya yang terbaik. Allah tahu yang saya kena drive agak jauh di malam hari. Walaupun awalnya diuji sakit kepala sampai nak tengok fon pun tak boleh. Tapi sekelip mata boleh hilang!

Bersyukur sangat. Walaupun saya sampai berkira-kira nak telan ubat. Tapi semua itu tak perlu jika dikehendakiNya. Memang hilang dan saya dah boleh makan hidangan seterusnya. Allahuakhbar. 

Jika dikaji secara saintifik, rasa gembira sebenarnya akan membebaskan hormon Serotonin yang akan membuatkan kita rasa gembira, mengurangkan rasa stress atau tertekan.

Selain itu, hormon endorfin juga akan dibebaskan dan membantu mengurangkan kesakitan. Macam sakit kepala yang saya hadapi semalam, dikurangkan oleh hormon endorfin.

Ada banyak lagi hormon-hormon yang dibebaskan apabila kita gembira yang memberi kesan yang sangat baik ke atas tubuh badan :) Jadi, usahakanlah agar selalu tersenyum dan tertawa agar kita sihat selalu, InsyaAllah. Dengarlah cerita jenaka atau tonton sesuatu yang membuat anda gembira.

Jika anda sudah berkahwin, bermesralah dengan pasangan anda. Pasti hilang sakit kepala 😁

Tapi, kalau terasa terlalu stress atau tertekan, dapatkn vitamin-vitamin yang membantu menghilangkan muka ketat, hubungi saya di 012-5538628.

Terima kasih.

Pengedar Shaklee anda.

Wednesday, 16 November 2016

12 Tips menghadapi musim tengkujuh

Alhamdulillah, rupa-rupanya tahun 2016 ni hampir sampai ke penghujungnya. Pejam celik pejam celik dah pertengahan bulan November. Tak lama lagi, budak-budak pun dah nak cuti sekolah.

Tapi hujung-hujung tahun ni, cuaca tak cerah. Banyak hari-hari akan hujan. Di sesetengah negeri kat Malaysia akan mengalami banjir πŸ˜” 

Ingat dulu, masa kecik-kecik saya di Penang. Rumah saya memang tak kena banjir. Tapi banjir kilat terjadi di kawasan yang dalam perjalanan saya nak ke sekolah. Heeee masa tu gagah juga nak pergi sekolah walaupun kebetulan saya tengah demam waktu tu... Nangis-nangis pulak tu.. πŸ˜… Haha.. Kenangan...

Penghujung 2014, pantai timur dilanda bah yang sangat teruk. Kasihan sangat saudara-saudara kita yang berada di sana. 



Apa yang perlu kita lakukan ekk sebagai persediaan menghadapi bah atau banjir walaupun kawasan kita tak terkena?

1. Doakanlah walau apa sahaja terjadi, kita sentiasa berada dalam perlindungan Allah.

2. Pastikan kawasan parit atau longkang di sekeliling rumah kita lancar pengaliran airnya untuk mengelakkan longkang tersumbat dan boleh menyebabkan pengaliran air perlahan semasa hujan lebat.

3. Jaga kebersihan sekeliling rumah. Kita nak juga mengawal pembiakan nyamuk yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit.

4. Di kawasan-kawasan yang terlibat dengan banjir, sebelum air mula naik, pastikan stok makanan dan minuman mencukupi jika tak dapat keluar rumah kerana banjir.

5. Tak dilupa juga stok ubat-ubatan yang diperlukan sekiranya ahli keluarga ditimpa penyakit seperti demam, batuk-batuk dan selsema.

6. Sediakan peralatan seperti lampu suluh, lilin, power bank sekiranya terjadinya gangguan bekalan elektrik kerana banjir.

7. Dokumen-dokumen penting seperti kad pengenalan, sijil kelahiran, passport dan sebagainya hendaklah disimpan dalam bekas kalis air dan disimpan di tempat yang selamat.

8. Pastikan juga memiliki duit dalam tangan untuk kecemasan. 

9. Jaga ahli keluarga daripada bermain air banjir. Air tersebut adalah air yang tercemar dan dibimbangi mudah mendapat jangkitan penyakit.

10. Jika memang setiap tahun anda dikehendaki berpindah kerana bajir, sediakan pakaian yang selesa dan mudah dipakai dan simpan di suatu tempat yang memudahkan anda mencapai jika dikehendaki berpindah.

11. Sebagai persediaan, kuatkan sistem pertahanan badan ahli keluarga dengan mengamalkan diet yang seimbang dan mengamalkan senaman ringan agar badan sentiasa aktif. Kalau nak mudah, amalkan supplemen yang baik untuk memperkuatkan sistem pertahanan badan seperti Nutriferon, Vitamin C, Garlic Complex dan vitamin B Complex.

12. Bagi yang selamat dan terhindar daripada musibah banjir, ringan-ringankan tangan menghulur bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.

InsyaAllah, semoga tips ini dapat membantu kita supaya lebih tenang dan bersedia menghadapi pelbagai keadaan dan kemungkinan yang tidak disangka-sangka ini.

#TsunamiShaklee
#9Gemilang

Diana
ID Shaklee: 1112978
Tel: 012-5538628.

Tuesday, 15 November 2016

Sayangkan Keluarga Bagi Makan Supplemen

Dua supplemen ini paling penting yang saya akan sentiasa sediakan untuk orang-orang tersayang di dalam keluarga saya. 

Mama ada masalah kencing manis tapi sangat terkawal dan abah ada masalah darah tinggi. Masa abah nak rebah hari tu, saya cepat-cepat beli Vivix. Masa tu ada promo Vivix twin pack. Abah pun, kalau datang batuk-batuknya, saya 'paksa' telan Omega Guard juga. Heee merungut orang tua tu kena telan macam-macam 😊

Mak mertua saya pula ada masalah sakit lutut. Mak memang suka sangat makan Omega Guard. Walaupun kesan Omega Guard agak perlahan, tapi mak memang konsisten ambil Omega Guard hari-hari. Mak kata memang terasa perbezaannya apabila mengamalkan Omega Guard. Alhamdulillah. Syukur. 

Anak-anak saya pun terutama yang abang, Omega Guard ni memang best friend dia. Omega Guard bukan saja baik untuk mengurangkan batuk-batuk dan selsema, malah sangat baik untuk perkembangan otak anak-anak. Alhamdulillah, memang mudah abang menghadam dan mengingati apa yang dipelajarinya.

Saya sendiri pun perlukan Omega Guard dan Vivix. Kesihatan diri kena dijaga. Kalau ibu sakit, boleh lumpuh satu keluarga. Jadi saya memang kena jaga diri dan jaga keluarga 😊 Omega Guard dan Vivix ini memang MOST WANTED vitamin dalam keluarga 😊

Ahamdulillah, kalau tak kenal Shaklee, mesti keluarga saya tak dapat merasai kebaikan vitamin-vitamin Shaklee yang ada. Rugi sangat kalau benda baik kita tak kongsikan 😊

Yang nak mendapatkan Vivix, Omega Guard atau apa-apa sahaja supplemen Shaklee, boleh hubungi saya di 012-5538628 😊

Saya boleh COD di kawasan-kawasan ini:
- Shah Alam
- USJ
- Subang Jaya
- Petaling Jaya - Amcorp Mall, Menara PKNS, VSQ
- Klang - Bukit Tinggi, Taman Sri Andalas
- Mid Valley 

Lembah Klang boleh COD pada hujung minggu atau pun, saya boleh hantar melalui pos 😊

#TsunamiShaklee
#9Gemilang
#ShakleeEffect

Diana
ID Shaklee: 1112978
Tel: 012-5538628