Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca-pembaca sekalian. Ampun dan maaf dipinta. Lama sungguh hamba tidak mengupdate blog ini.
Hari ni nak cerita pasal gigi.
Hahaha... saya selalu ingat gigi saya adalah gigi yang tersihat di dunia. Sejak kecil, saya memang suka ke klinik gigi. Kat sekolah rendah ada klinik gigi. Jadi setiap kali gigi longgar, saya akan ke klinik gigi untuk mencabut gigi tersebut.
Alhamdulillah setelah sekian lama, gigi saya takdelah cantik macam pakai braces... tapi okla susunannya. Walaupun ada sikit tinggi dan rendah. Tapi tidak pernah berlubang atau rosak.
Sehinggalah.... sobs sobs sobs... di usia 31 tahun 9 bulan 7 hari. Huarghhhh bermakna sungguh detik itu....
Pada malam saya tengah menikmati dinner steamboat, tiba-tiba... kirk.... aduh..ngilu tak tahan rasanya. Saya tergigit batu ke? Puas saya pegang-pegang di kawasan gigi ngilu tersebut, tapi tiada apa-apa. Saya cuba sambung kembali dinner saya, tapi gigi masih terasa ngilu yang amat.... Lain macam betul. Saya tahu area gigi tersebut memang agak sensitif sebelum ini. Jadi saya jarang mengunyah di bahagian itu.
Tak puas hati, saya mencari-cari jika terdapat batu atau sisa makanan tersangkut di kawasan gigi tersebut. Sampailah saya rasa saya berjaya keluarkan 'batu' tersebut. Saya tunjuk pada suami saya.... saya berasa puas.. "Haaa tengok batu ni.. (dengan perasaan geram)."
Dalam cahaya samar-samar yang ditemani cahaya bulan dan apps "Torchlight" daripada telefon, saya dan suami meneliti 'batu' yang berwarna putih tersebut. "Ehhh ni batu ke, serpihan gigi?" Apabila lidah saya pergi menyiasat di kawasan tersebut... SAH! 'Batu' tersebut adalah serpihan gigi geraham saya.... huhuhu...
Inilah serpihan gigi yang pecah daripada gigi geraham
Selama ini, saya sangka gigi saya adalah gigi tersihat di dunia.. rupanya boleh pulak pecah serpihan daripada gigi geraham. Tak sangka betul... heehehee... Kemudian saya teruskan makan. Hilang sudah ngilunya. Lega rasa hati. Tapi bila minum air sejuk... mak aiiii.... ngilunya... terpaksa saya menekan pipi saya..
Haha... itulah ceritanya. Pengajaran yang saya dapat:
- Kurangkan menggigit ais. Saya memang suka sangat makan ais. Alhamdulillah masa mengandung dulu tabiat ini terhenti seketika.. sekarang memang dah start balik.
- Gosok gigi secara konsisten. Pastikan anda gosok gigi dengan cara yang betul. Bukan dengan cara kiri ke kanan. Tapi lebih elok atas ke bawah. Dengan itu, anda juga akan mengurut gusi dan melancarkan pengaliran darah.
- Guna berus gigi yang lembut agar tidak mencederakan gusi dan menghakis gusi yang melindungi bahagian dalam gigi yang jika terdedah bahagian tersebut akan menyebabkan gigi menjadi ngilu apabila mengambil minuman sejuk atau masam.
- Guna ubat gigi yang berflorida untuk melindungi gigi.
Adapun yang masih elok giginya tapi selalu mengalami masalah gusi berdarah atau gigi rapuh, anda boleh juga mengambil supplemen untuk membantu menguatkan gigi.
Supplemen Shaklee yang membantu ialah:
- Vitamin C (Sustained Release Vita-C) yang membantu mengurangkan pendarahan gusi.
- OsteMatrix - Membekalkan keperluan kalsium kepada tubuh dan secara tidak langsung menguatkan gigi.
Anda boleh baca mengenai masalah gusi dan gigi bagi wanita hamil di link INI.
Jika ada sebarang pertanyaan dan ingin membuat pembelian supplemen-supplemen Shaklee, boleh hubungi saya di 012-5538628. Jangan malu-malu :)
Jom Like FB page saya: Hearty . Love . Healthy
Hubungi saya pengedar Shaklee Shah Alam, Mid Valley, KLCC, PNB Darby Park, Menara VSQ, Petaling Jaya dan seluruh Malaysia untuk maklumat lanjut vitamin semulajadi, pembelian vitamin Shaklee dan pendaftaran keahlian Shaklee:
NURDIANA ABDUL KUDDUS
Call/ SMS/ Whatsapp/ Telegram/ Line/ WeChat/ Viber: 012-5538628
Email: n_diana@yahoo.com / diana.kuddus@gmail.com
Shaklee Independent Distributor ID: 111 2978
COD: Lokasi penghantaran adalah di Shah Alam, USJ, Subang Jaya, Mid Valley, Menara VSQ @ PJ City Centre, Amcorp Mall, PNB Darby Park, KLCC
COD Hujung Minggu: Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati, Setapak, Sri Rampai, Jelatek
2 Komentar
ada serpihan dari gigi geraham tu kiranya gigi berlubang ea?
Balashanisamanina.com
hehe.. saya pun xpasti.. rasanya bila serpihan tu dah pecah daripada gigi geraham tu, mungkin ada lubang di bahagian tepi gigi tu.. Jadi kawasan gusi tu terdedah.. tu yang jadi ngilu sangat tu.. :)
Balas