Mati Yang Pasti!

Salam Jumaat atau happy Friday semua. Mesti semua seronok esok dah weekend kan... Hari ni nak tulis something yang serius skit.. iaitu pasal mati yang pasti dialami semua makhluk....



Mati memang tidak kira masa, tidak akan terlambat atau terawal walaupun sesaat. Kematian kita semua telah tertulis di Kitab Luh Mahfuz. Malah, segala-gala mengenai kehidupan kita, kelahiran, rezeki, jodoh, kehidupan semuanya telah ditetapkan di dalam kitab Luh Mahfuz dan itulah kehidupan kita di dunia dan akhirat. Kita hanya menjalankan aje..

Saya nak share skit pengalaman yang tak seberapa pun.. Tapi mengingatkan saya bahawa, dalam hidup ini, apa saja boleh terjadi. Mungkin kecil bagi anda semua.. tapi besar bagi saya :)

Semalam.. dalam elok-elok duduk beristirahat, kebiasaannya, hidung saya memang selalu tersumbat di malam hari.. (disebabkan allergi saya... sama kes ngan anak saya). Memang I live with it and biasakan diri aje. Tapi makin lama, saya rasa macam nak semput. Nafas da mula berbunyi atau wheezing. 

Buat pengetahuan pembaca, saya takde masalah asthma tapi disebabkan allergi, kadangkala, saya akan mula batuk-batuk (memang batuk-batuk tu teruk juga). Dah lama pun saya tak kena batuk-batuk allergi ni.

Saya duduk dan tegakkan badan sebab rasa nak batuk. Kemudian, bermulalah serangan batuk yang tak henti-henti... Batuknya tarik sampai ke perut. Bayangkan kuatnya batuk. Ada masa sampai nak termuntah-muntah. Sekelip mata aje batuk-batuk tersebut menyerang dalam saya duduk bertenang sebelum itu.

Hidung saya kekal tersumbat. Memang tak boleh bernafas melalui hidung. Batuk pula non-stop. Menyebabkan saya sesak nafas dan nafas saya pendek-pendek. Suami saya menyuruh saya minum air panas suam untuk meng'clear'kan laluan pernafasan saya. Saya akui, berair mata juga saya dalam batuk-batuk tu. Tak tertahan rasanya. Dalam tertahan-tahan, saya hirup air panas tersebut.

Dalam fikiran saya, terbayang andai saat kematian tiba, daripada sihat elok... serangan sakit datang dan itulah saat terakhir kita di dunia... segalanya hanya sekelip mata. Itulah kematian... datang tanpa diduga... 

Persoalannya, kehidupan ini, tidak segan dengan dosa... Adakah kita hendak pulang kepada Sang Pencipta dengan keadaan begini? Kenalkah kita dengan diri kita? Matikah kita sebelum kita mati bertemu denganNya. Allahuakhbar... tepuk dada... tanyalah jiwa...

Moga, kematian kita berjasa kepada yang masih ada... Moga pulangnya kita kepada Pencipta.. pulang ke Rahmatullah.. Pulang ke sisi Allah... Yang ada hanya Allah yang Satu... yang tiada dan tidak pernah wujud adalah kita.....
Previous
Next Post »
1 Komentar