1. Innate Immunity
Innate immunity ini adalah sistem pertahanan badan pertama kita, orang cakap sebagai first line defence (kalau tentera tu, tentera barisan hadapan). Terdiri daripada:
- kulit
- air liur
- air mata
- lendiran atau mukus yang ada dalam hidung dan mulut
- Asid yang terdapat di dalam perut
- Sel di dalam saluran darah yang berfungsi menghapuskan bakteria
Apa-apa sahaja yang menyerang kita (sedar atau tanpa kita sedari) akan terpaksa menghadap yang first line defence ni dulu. Macam kalau mata masuk habuk, apa jadi? Mata kita akan jadi berair sebab nak keluarkan habuk itu.
Kalau kita tinggal kat tempat yang tercemar, hidung kita berair. Sebab apa? Sebab nak tapis segala kotoran yang nak masuk dalam badan kita.
Itulah antara contoh-contohnya 😊
2. Adaptive immunity
Adaptive immunity adalah sistem pertahanan kedua atau second line defence yang lebih complicated fungsinya. Nama pun adapt iaitu membiasakan diri. Jadi fungsinya ialah, apabila pertama kali bakteria atau virus menyerang, semestinya sistem pertahanan badan akan mempertahankan badan. Tapi hebatnya ciptaan Allah, sistem badan kita ni akan belajar dan ingat, kalau bakteria atau virus ni mai serang lagi lepas ni, dia tau dah nak buat apa.
Jadi, kalau kita terkena jangkitan bakteria yang sama, kesannya mungkin kita tak sakit sangat atau kalau sakit pun, sikit aja. Sebab badan kita dah membentuk suatu antibodi untuk mempertahankan badan daripada serangan bakteria tersebut.
Antibodi ni akan bersedia kalau ada serangan virus atau bakteria lagi di masa hadapan.
Yang kedua ialah, jika termasuk mana-mana organisma dalam badan yang mengeluarkan penyakit, dalam darah kita ada sel-sel mikrofaj yang akan makan organisma ini untuk mengelakkan organisma ini daripada membebaskan penyakit.
Allah memang dah cipta kita sebaik-baik kejadian. Tapi.... kejadian virus dan bakteria ni pun hebat juga. Virus dan bakteria ini juga berevolusi mengikut masa. Maknanya kalau dulu, sekali terkena dengan serangan antibodi, mungkin mati.
Tapi depa ni pun boleh berevolusi memperbaiki lagi pertahanan depa supaya bila berhadapan dengan antibodi yang sama, depa boleh bertahan dengan serangan antibodi tersebut.
Sebab tu, dulu kalau demam viral, lepas 3 hari tak baik kena pi jumpa doktor balik kan? Sekarang doktor kata kalau lepas 5 hari tak baik-baik pun dah jadi normal, sebab virus dan bakteria semakin kuat. Haishhhh takut kan takut.... 😰
Sebab tu, walaupun badan kita memang dah lengkap dengan sistem pertahanan tersendiri, kita bertanggungjawab menjaga diri kita juga. Makan tetap kena jaga. Bukan bantai makan macam-macam tak tentu hala.
Gaya hidup pun kena sihat. Dahla makan macam-macam, lepas tu tak bersenam. Jenuh badan kita nak layan segala macam yang masuk dalam badan. Kesianlah kat badan sendiri. Tak sayang badan ke? Nak pakai sat ke lama?
Untuk jaga diri lebih lagi, kita kena jaga nutrisi pemakanan sehari-hari. Tapi persoalannya cukup zat tak kita makan setiap hari? Sekarang ni, nak harap pada pemakanan sahaja pun tak berapa nak cukup. Sayur-sayur banyak yang guna racun serangga yang berlebihan, ayam pulak ayam cucuk. Ngeri rasa.
Sebenarnya badan kita mudah jatuh sakit apabila tak cukup nutrisi. InsyaAllah apabila dah cukup nutrisi, sihatlah kita. Contohnya kalau kita duduk kat tempat yang banyak pencemaran macam asap-asap ni, banyak radikal bebas yang masuk dalam badan kita. Kita kena makan nutrisi yang tinggi antioksidan untuk membantu menghapuskan radikal-radikal bebas ni.
Kalau cepat stress, asyik fikir negatif, sistem pertahanan badan kita jadi lemah. Kita sendiri yang buat badan kita lemah.
Kalau badan kita kurang makanan yang tinggi antioksidan, kesannya tengok kat diri sendiri. Badan akan jadi lemau, letih, kulit kusam dan nampak tua sebelum usia
Jadi, dari sekarang, amalkan makan supplemen. Orang sekarang dah tak sama macam orang dulu. Dulu-dulu udara lebih segar. Atok nenek kita, walaupun dah berusia, depa masih kuat buat kerja-kerja kampung, bercucuk tanam. Opah saya umur dekat 100, tapi Alhamdulillah, elok berkebun, tebas lalang. Tak sama macam kita yang cepat semput kan 😊
Paling mudah, amalkan multivitamin dan vitamin C. Tapi, pilihlah brand yang betul, macam brand Shaklee yang memang terbukti selamat, semulajadi dan berkesan. Shaklee ada Vitalea (multivitamin), Sustained Release Vitamin C Plus yang siap ada teknologi untuk melepaskan hanya 100gm vitamin setiap jam, lapisan demi lapisan supaya badan kita betul-betul serap vitamin c tu.
Nak bantu boostkan sistem pertahanan badan kita lagi, tambah Nutriferon. Kalau orang yang ada AIDS tahu, depa perlukan interferon (yang kena cucuk ke badan) supaya badan depa kuat melawan virus HIV. Mahal sangat harganya satu suntikan tu.
Tapi saintis dalam Shaklee dah cipta Nutriferon yang sama fungsinya dengan Interferon ni. Mudah dan kosnya jauh lebih murah berbanding satu suntikan. Apabila amalkan Nutriferon ni, badan kita akan lebih peka dan bersedia dengan serangan virus atau bakteria. Memang terbaik Nutriferon ni.
Boleh tengok testimoni-testimoni berikut:
Panjang betul cerita saya. Nak tahu lagi, jangan segan-segan bertanya saya
Banyak lagi yang boleh saya kongsikan.
Rakan Shaklee anda:
Hearty . Love . Healthy
ID Shaklee: 1112978
Tel: 012-5538628