9 kesan baik bersenam

Hari ni kak yone nak berkongsi 9 kesan baik bersenam 😉
1. Senaman meningkatkan kesihatan otak
- Selain daripada mendapat badan yang sihat, bersenam membantu merembeskan hormon serotonin iaitu hormon gembira yang secara tidak langsung akan menjuruskan anda kepada menjana hari yang lebih aktif dan produktif.

2. Bersenam membantu mengurangkan stress
- Point ini sangat penting. Kalau kak yone, selain nak mengecikkan pinggang 😆 Kak yone tahu, senaman membantu mengurangkan tekanan atau stress. Yelaa, apabila hormon serotonin dihasilkan, tak ke kita rasa happy 😊

3. Senaman akan meningkatkan tenaga
- Hormon endorfin yang dirembeskan semasa bersenam akan membantu meningkatkan tenaga. Kesannya kalau orang yang biasa bersenam ni, dia akan kurang semput dan memang cergas.

4. Bersenam mengurangkan risiko penyakit
- Risiko penyakit jantung, strok, tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, diabetes, arthritis, osteoperosis dapat dikurangkan. Malah orang yang suka bersenam ni awet muda tau.

5. Bersenam membantu mengeratkan silaturahim
- Haaaa selalunya kita jarang bersenam sorang-sorang kan? Jadi kalau pergi berzumba atau aerobik, mesti ramai kengkawan kan. Kita pun lebih happy, badan pun sihat.

6. Bersenam menguatkan jantung
- Kalau jantung berhenti berdegup, apa jadi pada kita? Mati lah kan? Haaa orang-orang yang bersenam ni, jantungnya akan lebih kuat. Selain itu, dapat mengelakkan pembentukan plak yang selalu menjadi punca jantung tersumbat. Sistem kardiovaskular juga akan berfungsi dengan lebih efektif.

7. Bersenam membolehkan kita enjoy makanan 'tidak sihat'
- Ramai orang mengukur kalori apabila makan sebab nak jaga badan. Tapi bagi orang yang konsisten bersenam, dalam kadar yang berpada-pada, bolehlah nak makan biskut chipsmore sikit atau pun indulge pada sekeping stik yang sedap.

8. Bersenam membantu membentuk badan yang cantik
- InsyaAllah, selepas beberapa minggu bersenam, pasti anda akan perasan, jeans lama dah muat balik. Baju pun dah tak ketat. Selain itu, perlahan-lahan anda akan tengok paha dan lengan kurang mengeleber sebab badan sedang membentuk otot yang membantu badan kelihatan lebih 'smart'. No more spare tyre.

9. Senaman menjurus kepada kehidupan yang lebih baik
- Kita bersenam bukan untuk menurunkan berat badan, sahaja, malah untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh. InsyaAllah dengan bersenam secara konsisten, kualiti kehidupan juga akan lebih baik.



Bagi yang merasakan senaman kena dibuat apabila ke gym aja, anda boleh baca post ini tentang senaman di rumah yang membantu mengurangkan berat badan. Kalau nekad, pasti dalam apa jua keadaan pun kita boleh buat 😊


Selain itu, jika anda rasa serik melakukan aktiviti kerana rasa sakit-sakit badan selepas aktiviti tersebut, anda bolehlah mengamalkan Ostematrix iaitu tablet kalsium yang membantu mencukupkan kalsium dan pada masa yang sama membantu membuatkan anda rasa lebih selesa semasa dan selepas bersenam.

Semoga kita semua menjadikan amalan bersenam ini sebagai suatu aktiviti rutin, untuk kehidupan yang lebih sihat dan gembira 😊

Ikhlas,
Kak yone jual vitamin Shaklee yang best.
012-5538628
Jom like kedai online kak yone - Hearty . Love . Healthy
Postage vitamin ke seluruh Malaysia atau boleh COD ke:
- Shah Alam
- Klang
- Subang
- USJ
- Mid Valley
- Petaling Jaya (Amcorp Mall, Menara VSQ, Menara PKNS dan sekitarnya)


Previous
Next Post »
0 Komentar