Hari ni kak yone nak share betapa pentingnya perancangan percutian yang membabitkan warga emas. Persediaan apa yang patut dilakukan?
Kak yone ada pengalaman bawa parents dan mother-in-law kak yone pergi Bali sebelum ni. Sebelum tu kak yone dah tengok sendiri macam mana keadaannya parents kak yone, terutama abah yang pernah jalani bypass jantung, balik daripada mengerjakan umrah dalam keadaan demam dan sakit-sakit. Terus terkena pneumonia. Memang sampai aje, kak yone terus bawa pergi hospital.
Mak mertua kak yone yang balik daripada umrah pun teruk juga terkena demam-demam. Jadi memang penting sangat apabila kita nak bawa orang-orang tua untuk travel, perancangan yang sangat rapi diperlukan.
Masa kak yone plan gi Bali, apa yang mampu kak yone lakukan ialah:
π Rancang percutian yang berpadanan dengan kehadiran warga emas. Maknanya kak yone takdelah plan tour sampai orang-orang tua kak yone jadi tak larat, terutamanya nak kena jalan jauh-jauh tu, kak yone elakkan. Kita tahu kemampuan mereka dan rancang mengikut kudrat mereka.
π Pastikan beg-beg mereka di-check-in semasa di airport untuk mengelakkan mereka terpaksa membawa bersama beg berat semasa menaiki kapal terbang.
π Pastikan percutian ini percutian yang proper, maksudnya bukan backpack style. Sebab yang sama, kita taknak orang-orang tua kita terpaksa mengangkut beg yang berat apabila kita singgah dan berjalan-jalan di satu-satu tempat.
π Book transportation in advance. Macam di Bali, kak yone dah book transport untuk bawa kami berjalan-jalan semasa di Malaysia lagi. Kita taknak orang-orang tua kita terpaksa menunggu lama in case kita merancang nak naik teksi. Kesian pula mereka tertunggu-tunggu.
π Sebelum tarikh untuk depart tiba, apa yang boleh kita ikhtiarkan ialah up kan immune system ibu bapa kita dengan makanan tambahan seperti supplemen. Shaklee ada Nutriferon, vitamin C, Omega Guard, Garlic yang sangat bagus sebagai vitamin tambahan yang menguatkan sistem pertahanan badan.
πJangan lupa bawa ubat-ubatan yang diperlukan sepanjang percutian tersebut.
π Pastikan pakaian yang dibawa juga sesuai dengan cuaca tempat yang ingin dilawati. Masa parents kak yone gi umrah, silapnya abah kak yone takde baju yang cukup untuk memanaskan badan. Itu salah satu sebab kesihatan abah sangat terganggu sebab abah tak tahan sejuk.
π Yang penting sekali, doa banyak-banyak agar Allah mengurniakan kesihatan yang baik kepada kita dan orang-orang tua kita supaya sentiasa sihat dan kuat π dan dipermudahkan perjalanan kita.
Inilah yang kak yone kongsikan. Harap bermanfaat π
Jom like kedai online kak yone - Hearty . Love . Healthy
Nak dapatkan vitamin-vitamin Shaklee, boleh hubungi,
012-5538628 π
2 Komentar
Ubat-ubatan tu memang penting. Kena bawa selalu lebih2 kalau pergi tempat jauh. Tapi yang lebih penting tu masa yang kita luangkan bersama2 keluarga :)
BalasYes... masa berkualiti yang hendak diluangkan bersama. Itu tujuan kita pergi bercuti :)
Balas